Mentor pertama Malaysia. Bukan calang-calang untuk mendapat pengiktirafan untuk membimbing danita dalam bidang angkasa. Banyak saringan dan cabaran sebelum bergelar mentor.
Satu yang cukup membanggakan buat Malaysia apabila beliau diangkat sebagai mentor pertama dalam program Mentor Space4Women Anjuran UNOOSA ini.
Mentor Pertama Malaysia Antara 100 Peserta Terpilih Seluruh Dunia
Dr. Norilmi Amilia Ismail, 41 tahun adalah pensyarah Pusat Pengajian Kejuruteraan Aeroangkasa, Universiti Sains Malaysia (USM). Beliau terpilih sebagai satu-satunya mentor Malaysia dalam program Space4Women.
Projek Pejabat Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu untuk Hal-Ehwal Angkasa (United Nations Office for Outer Space Affairs – UNOOSA) itu ditubuhkan untuk memberi peluang pendidikan dan kerjaya angkasa dan STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik) dalam kalangan wanita seluruh dunia.
Projek itu berusaha memastikan penglibatan dan penyertaan yang saksama dalam bidang penerokaan angkasa, sains dan teknologi dalam menjayakan Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) Keempat – Pendidikan Berkualiti dan SDG Kelima – Kesaksamaan Gender.
.
Menurut Dr. Norilmi Amilia, beliau yang terpilih bersama kira-kira 100 peserta seluruh dunia akan berkongsi pengalaman dan membimbing wanita muda (mentee) yang berminat dalam STEM untuk terus maju dalam bidang angkasa.
Ads
“Alhamdulillah, saya teruja untuk meluaskan jaringan dalam bidang angkasa setelah berusaha untuk meletakkan Malaysia di peringkat antarabangsa dalam tempoh 10 tahun ini.
“Menjadi mentor ini adalah satu pengiktirafan kepada saya kerana untuk menjadi mentor perlu ada pengalaman dan pengetahuan mendalam dalam bidang ini sekaligus membuktikan usaha saya berhasil,” katanya.
Pernah Ditaja Oleh UNOOSA
Menurut Dr Norilmi Amalia lagi, beliau sudah lama terlibat dalam ‘space education’ ini. Malah beliau ambil kesempatan untuk memohon sebagai mentor bila pihak UNOOSA menjemput mana-mana yang ‘expert’ dalam bidang angkasa.
“Alhamdulillah selepas disaring, akhirnya dipilih oleh pihak UNOOSA. Lagipun, sebelum ini saya pernah ditaja oleh UNOOSA untuk hadiri persidangan women4space di Korea pada bulan Ogos lalu,” katanya lagi.
Baru-baru ini, Dr. Norilmi Amilia turut terlibat membimbing 11 anak pelajar Kejuruteraan USM yang mencipta sejarah sebagai pasukan pertama Malaysia dipilih untuk melancarkan roket dalam pertandingan Spaceport America Cup 2022 pada 21-25 Jun yang merupakan persidangan dan pertandingan pelancaran roket berkuasa tinggi antara universiti yang terbesar di dunia.
Ads
Latarbelakang Dr. Norilmi Amalia
Beliau berasal dari Kuala Selangor dan merupakan anak ketiga daripada 5 adik beradik. Ibunya seorang guru berpencen dan bapanya adalah bekas juruteknik.
Dr. Norilmi Amalia telah mendapat Ijazah Pertama dalam Kejuruteraan Aeroangkasa di USM. Selepas itu, beliau menyambung pengajian Master dalam bidang Space Mission Analysis anf Design di University of Glasgow, UK dan ijazah kedoktoran (PhD) di universiti yang sama.
Beliau mula mengajar di USM pada tahun 2012. Pada masa sama, beliau dan rakan-rakan turut menubuhkan NGO berkaitan dengan angkasa iaitu Malaysia Space Initiative (MiSi), lima tahun yang lalu, malah turut memgang jawatan Presiden pertama untuk NGO tersebut.
Ads
Pada November 202, beliau menubuhkan syarikat di bawah nama Spaceln yang merupakan spinoff company USM. Ia bermula dengan produk satelit untuk pembelajaran dan kini sedang membangunkan satelit loT bersaiz piko uang akan dilancarkan ke angkasa pada May 2023.
Lebih membanggakan, beliau turut memenangi zgeran Superb Teraju pada awal tahun lalu bagi projek loT atelit ini dan baru-baru ii memenangi MDEC IdeaKita.
Mingguan Wanita : Tahniah Dr Norilmi Amilia, terus sukses dan berjaya harumkan nama negara dan membantu anak didik dalam dunia angkasa.
Kelahiran cahayamata pastinya menjadi saat yang paling bermakna dan dinanti-nantikan bagi pasangan yang mendirikan rumahtangga. Sebagai pelengkap dalam membina keluarga bahagia.
Berkahwin pada 17 November 2017, pasangan bahagia pelakon jelita Izara Aishah, 28 dan Muhammad Adib Khalid, 30 telah dikurniakan cahayamata yang pertama baru-baru ini.
Setelah seminggu kelahiran anak perempuan mereka dengan berat 2.9 kilogram pasangan ini bersedia berkongsi kegembiraan mendedahkan wajah comel anaknya. Menerusi perkongsian di Instagram, Adib Khalid telah memuat naik beberapa foto bersama dengan cahaya mata pertamanya.
Luah Rasa Kesyukuran
Dalam catatan di Instagram tersebut, Adib turut memanjatkan rasa syukur dengan kelahiran anak pertamanya yang diberi nama, Irisa Alaia Binti Muhammad Adib yang dilahirkan pada 15 April lepas.
Bagi Adib, sekarang mereka telah bertiga. Detik-detik kelahiran bayi perempuannya, Irisa Alaia merupakan detik paling indah dan menggembirakan baginya dah juga Izara Aishah.
Pasangan ini juga mengucapkan rasa terima kasih atas semua doa yang baik-baik dan sokongan yang diberikan. Malah turut mendoakan agar anak yang baru dilahirkan ini membawa keberkatan, memberikan kegembiraan pada setiap orang, serta berjaya di dunia dan akhirat.
Rata-rata pengikut dan rakan artis di IG Adib juga turut menzahirkan ucapan tahniah di atas kelahiran cahaya mata pertamanya.
MW: Tahniah buat pasangan Adib dan Izara atas kelahiran cahayamata yang pertama.Semoga Irisa Alaia menjadi seorang anak yang solehah dan membahagiakan kedua ibu bapa.
“Marhaban Ya Baby Girl, Izinkan Papa Mencium Bau-Bauan Syurga..” itu luahan kegembiraan pelakon Norman Hakim,42 ketika mencium bayi perempuan mereka yang baru sahaja dilahirkan jam 12.52 tengahari semalam. Bayi dengan berat 3.35 kg yang masih belum diberikan nama ini merupakan puteri pertama hasil perkongsian hidup dengan pelakon Memey Suhaiza,30 selepas mendapat 2 orang putera.Sekaligus ia merupakan anak ke-enam Norman Hakim, termasuk anak hasil perkahwinan terdahulu.
Norman mengumumkan kelahiran dan mengucapkan kesyukuran atas kelahiran bayi tersebut didalam statusnya di Instagram.
“ALHAMDULILLAH SYUKUR TERIMA KASIH YA ALLAH…
“Alhamdulillah isteri saya dah selamat lahirkan baby girl seberat 3.35 kg secara normal jam 12.52pm tadi”
“Terima kasih diatas doa kalian yang tak putus-putus..Aamiin Ya Rabb”
Didalam posting yang lain pula, Norman memberitahu bahawa isterinya telah mengalami mild contraction sejak dari pagi. Pelakon ini juga ada meminta para peminat dan pengikutnya mendoakan keselamatan dan proses kelahiran yang dilalui isterinya berjalan lancar.
“Masa ‘macam dah time’..a mild contraction from this morning.Mohon doakan jugak untuk wifey SUHAIZA BINTI SUHAIMI semoga dilancarkan dan dipermudahkan proses kelahiran.Baby tunggu abang @danishhakim_243 balik,tu yang dia tak sabar nak keluar…BISMILLAH”
Sementara itu, terdahulu dalam posting di Instagram Memey Suhaiza pula, ibu kepada Muhammad Darwisz Hakim, 5, dan Muhammad Dikhriz Hakim, 3 ini ada memohon maaf sekiranya dia ada membuat kesalahan sama ada dalam keadaan sedar atau tidak.Malah Memey turut meminta pengikutnya di laman sosial Instagram mendoakan dirinya dan bayi dalam kandungannya dapat dilahirkan dengan selamat.
“Saya minta maaf ya kalau saya ada salah silap sama ada sedar atau tidak. Doakan saya dan baby selamat.
“Terima kasih kepada semua yang mendoakan yang baik-baik untuk saya dan keluarga. Semoga Allah membalasnya.
“Okey, sah nak bersalin hari ini. Sampai hospital, Dr Zarina Bibi periksa rupanya (bukaan) dah 5 cm,” katanya.
Mingguan Wanita mengucapkan tahniah buat Norman Hakim dan Memey Suhaiza. Semoga kelahiran bayi ini menambah kebahagiaan dan memberikan rezeki yang melimpah ruah buat keluarga.
Seperti yang diketahui umum, Mira Filzah merupakan seorang selebriti yang bijak. Graduan Ijazah Sarjana Muda Perniagaan Antarabangsa, Universiti Teknologi MARA (UiTM) ini berkongsi tip menjadi pelajar cemerlang dan hindarkan diri dari stres belajar.
Isteri kepada Wan Emir Astar ini juga tidak kedekut ilmu dan mahu menyuntik semangat membantu pelajar SPM yang banyak menghadapi peperiksaan percubaan SPM yang bakal diadakan bulan depan (Oktober).
Malah Mira juga sedar pandemik Covid 19 yang melanda turut mengendurkan semangat untuk belajar. Pandemik berkenaan menyebabkan sesi persekolahan terbantut. Peperiksaan termasuk SPM dianjak ke tahun depan dan dijangka berlangsung pada 6 Januari 2021. Peperiksaan percubaan SPM pula akan diadakan bulan depan (Oktober).
Kena Tenang
“Kalau stres belajar, jangan paksa diri. Berehat seketika. Nak belajar dan buat ulang kaji ini kena tenang. Kalau serabut tak ada guna juga. Nak serap ilmu kena dalam keadaan selesa.
“Cuba buat perkara yang boleh hilangkan stres atau saat otak tepu. Seimbangkan dengan perkara lain. Atau jika perlu lelapkan mata atau tidur seketika, lakukanlah. Cuma elak tidur waktu petang selepas waktu Asar. Nanti otak dan badan lagi penat. Cuba kalau penat sangat pejam mata sekitar waktu tengah hari sebelum masuk waktu Zohor,” kata Mira.
Elak Ketagih Dunia Digital
Mira yang baru muncul dengan drama Bidadari Kiriman Tuhan bergandingan dengan Zul Ariffin juga berharap adik adik calon SPM juga dapat mengelak untuk terus ketagih dengan dunia digital termasuk menggunakan telefon bimbit.
“Belajar untuk jarakkan diri dengan dunia digital. Memang sekarang kita sudah terbiasa memegang telefon bimbit melayari itu ini dan menggunakan pelbagai aplikasi berjam jam.
“Ambil masa untuk menikmati udara di luar contohnya bersenam dan berjoging. Pada masa sama jaga penjarakan fizikal. Atau paling mudah buat apa saja benda yang kita gemar.
Jangan Tinggal Solat
“Bagi calon SPM yang beragama Islam, jangan tinggal solat. Begitu juga dengan bangsa lain untuk berdoa dengan Tuhan masing masing.
“Minta restu ibu bapa. Doa ibu bapa sangat mustajab. Jangan segan peluk mereka dengan kasih sayang untuk beberapa saat,” kata selebriti popular ini yang juga merupakan ikon dan duta PTTI.
“Saya Cuba, Bertahan, Usaha Tapi Gagal. Tiada Lagi Kita” itulah yang diluahkan oleh Aprena Manrose tentang rumah tangganya yang dikatakan sudah berantakan.Pelakon cantik, Aprena...