Dr Khairul Anuar Zainun, ketuai bedah siasat jenazah Zara Qairina, bukan ‘kaleng-kaleng’ orangnya. Proses bedah siasat ke atas jenazah Allahyarham Zara Qairina Mahathir di Hospital Queen Elizabeth (HQE), Kota Kinabalu, hari ini turut mendapat khidmat kepakaran daripada Pakar Perunding Patologi Forensik Hospital Sultan Idris Shah, Serdang, Selangor.

Dr Khairul Anuar Zainun, Ketuai Bedah Siasat Jenazah Zara Qairina Bukan ‘Kaleng-kaleng’ Orangnya

Pakar berkenaan, Dr Khairul Anuar Zainun, menjalankan prosedur tersebut bersama Pakar Patologi HQE, Dr Jessie Hiu, dengan bantuan dua lagi pegawai perubatan.

Berikut sedikit latar belakang Dr Khairul Anuar Zainun:

Dr Khairul Anuar Zainun, Ketuai Bedah Siasat Jenazah Zara Qairina Bukan ‘Kaleng-kaleng’ Orangnya

1. Merupakan Pakar Perunding Patologi Forensik dan mengetuai Jabatan Perubatan Forensik di Hospital Serdang.

2. Pengalaman kerjaya termasuk berkhidmat sebagai Forensic Pathologist di beberapa hospital utama seperti:

*Hospital Kuala Lumpur

*Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru

Ads

*Hospital Sungai Buloh

*Kini di Hospital Sultan Idris Shah, Serdang

3.Dr. Khairul Anuar mempunyai minat mendalam dalam siasatan kematian kanak-kanak (paediatric death investigation) serta kematian perinatal.

4. Beliau menjalani latihan subspesialisasi di Sheffield Children’s Hospital, United Kingdom, khusus dalam siasatan kes kenegerian (coroner’s death investigation) bayi dan kanak‑kanak di Sheffield dan kawasan sekitarnya.

Menurut peguam keluarga ibu Zara Qairina, Hamid Ismail, proses bermula kira-kira jam 11 pagi selepas ibu arwah selesai membuat pengecaman jenazah.

Ads
Dr Khairul Anuar Zainun, Ketuai Bedah Siasat Jenazah Zara Qairina Bukan ‘Kaleng-kaleng’ Orangnya
Peguam, Hamid Ismail ditemui pemberita di luar Jabatan Forensik HQE. – NSTP/Mohd Adam Arinin.

“Sebelum itu, doktor juga memberi taklimat kepada keluarga Allahyarham mengenai proses bedah siasat,” katanya ketika ditemui di pekarangan HQE.

Hamid memaklumkan, prosedur tersebut dijangka mengambil masa beberapa jam sebelum hasil penemuan akan disampaikan oleh Dr Jessie kepada keluarga. “Selepas itu mayat akan dibawa balik semula ke Sipitang oleh polis untuk tujuan pengebumian semula,” jelasnya.

Mengenai kehadiran pakar luar, beliau berkata, langkah itu dilihat sebagai usaha memastikan ketelusan siasatan. “Saya percaya pihak polis memastikan semua elemen untuk keadilan kepada Zara. Oleh itu, seorang doktor pakar dibawa dari Semenanjung untuk mengelakkan apa-apa pertuduhan yang tidak baik,” katanya.

Dr Khairul Anuar Zainun, Ketuai Bedah Siasat Jenazah Zara Qairina Bukan ‘Kaleng-kaleng’ Orangnya
DR Khairul Anuar tiba di Jabatan Forensik HQE bagi memulakan proses bedah siasat Zara Qairina, hari ini. FOTO Mohd Adam Arinin

Difahamkan, mayat pelajar Tingkatan Satu itu tiba di HQE sekitar jam 10.30 malam tadi selepas digali semula dari Tanah Perkuburan Islam Tanjung Ubi, Sipitang, pada jam 7.30 malam. Sebelum proses bedah siasat, jenazah dibawa ke Jabatan Radiologi untuk menjalani imbasan Tomografi Berkomputer (CT Scan) sebelum ditempatkan di Jabatan Forensik Perubatan.

Ads

Allahyarham sebelum ini ditemukan tidak sedarkan diri di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Datuk Mustapha, Papar, pada 16 Julai lalu, sebelum disahkan meninggal dunia di HQE keesokan harinya.

Sumber: Kosmo Harian Metro Berita Harian

Baca artikel lain juga: Ibu Zara Qairina Menangis Ketika Proses Pengecaman, Peguam Nafi Video Tular & Kutipan Dana Biayai Yuran Guaman

Kronologi Lengkap Kes Zara Qairina Yang Meruntun Jiwa

Jasad Zara Qairina Masih Utuh, Betul Dan Bukan Saya Seorang Saja Yang Menyaksikannya, Ramai Lagi- Imam Masjid

 

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI