putus haid

Bagi wanita yang telah memasuki umur 45 tahun keatas, perlu bersedia untuk menghadapi gejala putus haid atau menopos. Ini kerana tak semua wanita dapat menangani simptom-simptom ini dengan mudah dan berlapang dada, jika tiada persediaan untuk mengenainya.Sebenarnya, terdapat beberapa gangguan atau gejala selepas berlakunya putus haid atau menopos yang wanita perlu ambil tahu.

Berikut merupakan perkongsian oleh Pakar Sakit Puan, Dato’ Dr. Hamid Arshat sebagai panduan buat wanita.

6 Gejala Atau Gangguan Selepas Berlaku Putus Haid

Selepas putus haid tiada lagi hormon estrogen daripada ovari tetapi masih ada juga sedikit pengeluaran estrogen daripada lemak dan kilang adrenal. Zaman dulu ketika nenek moyang kita mengalami putus haid, jarang mereka mengalami gangguan melainkan sedikit kepanasan badan, sering berpeluh, sukar untuk tidur dan gangguan emosi. Tetapi gejala-gejala tersebut akan lesap dengan sendirinya setelah beberapa ketika dan mereka dapat menyesuaikan diri dengan kehidupan normal.

Dalam zaman moden ini, minda wanita sering dalam keadaan tertekan (stress) dan juga tertekan emosi dan rohani. Oleh itu, apabila berlaku menopos dengan kekurangan estrogen tadi, mereka akan mengalami beberapa gejala.

1. Hot Flushes (Panas Badan)

Panas badan yang susah dikawal walaupun dengan menggunakan hawa dingin. Sukar untuknya menyejukkan badan. Ini boleh mengganggu keselesaan dan menyebabkan sukar untuk tidur. Kekurangan estrogen mengganggu pusat kawalan suhu badan dalam otak.

2. Gangguan Emosi

Ketandusan estrogen juga boleh mengganggu pusat kawalan emosi diotak tengah. Akibatnya wanita putus haid mengalami gangguan emosi seperti kesedihan, moody ataupun mudah marah, mudah tersinggung, kadang-kadang terasa sangat sedih sehingga menjauhkan diri; malah ada juga yang sampai ke tahap psychotic , meracau hendak bunuh diri. Itu kes ekstrem yang jarang berlaku.

3. Proses Penuaan Cepat

Ketandusan hormon estrogen boleh mempercepatkan proses penuaan (Ageing Process) .Hormon estrogen memainkan peranan penting dalam percambahan sel-sel dan keutuhan tisu untuk organ dalam badan khususnya connective tissue saperti kolegen, yang menjaga keutuhan dan kestabilan organ.
Kesan yang ketara sekali dari peroses ketuaan ialah perubahan pada kulit; yang munkin mengalami kedutan dan kekenduran akibat connective tisyu yang lemah.

Rambut mula menjadi putih dan berguguran. Pada keseluruhan organ-organ lain juga menjadi semakin lemah fungsi mereka khususnya otak, jantung, buah pinggan dan liver.Gangguan fungsi otak saperti hilang ingatan dan daya pemikiran boleh berlaku dalam umur tujuh puluhan ekoran dari pengurangan sel-sel neuron dalam otak.

Dr Hamid Arshat Dedah 6 Simptom Wanita Akan Hadapi Selepas Putus Haid & 7 Kaedah Atasi Gejala Ini

4. Kekenduran Peranakan

Gangguan pada percambahan sel-sel khususnya yang melibatkan connective tisu yang berasaskan kolegen akan menyebabkan faraj, rahim dan payudara mengalami pengecutan atau atrophy. Saluran faraj menjadi kering dan kekurangan lendir pelincir.

Dinding faraj mudah melentur , menimbulkan cystocele, dan kesannya hilang kawalan kencing. Bila terbatuk atau bersin, ia tidak dapat kawal pundi kencing dan terus mengeluarkan sedikit air kencing. Ini digelar stress incontinence dan boleh mengganggu amal ibadah sebab membatalkan wuduk. Ada setengah wanita mengalami masalah rahim prolapse, digelar ‘tombong’, rahim terkeluar dari saluran faraj. Kaedaan ini mengganggu keselesaan dan juga hubungan kelamin.

IKLAN

5. Sakit Sendi & Osteoporosis

Ketandusan estrogen mengurangkan penyerapan logam kalsium, kesan jangka panjang ialah osteoporosis atau kereputan tulang. Warga emas sering mengalami patah tulang pada gelang tangan (wrist), tulang peha (femur). Osteoporosis bolih melibatkan mana-mana tulang dalam tubuh badan.Sakit sendi khususnya lutut akibat osteoarthritis juga dialami. Cartilage sendi jadi nipis dan cecair sendi berkurangan mengakibatkan kesakitan ketika berdiri dan berjalan, perlu guna kerusi untuk solat duduk.

Dr Hamid Arshat Dedah 6 Simptom Wanita Akan Hadapi Selepas Putus Haid & 7 Kaedah Atasi Gejala Ini

6. Risiko Serangan Jantung Dan Angin Ahmar

Risiko serangan penyakit jantung dan angin ahmar (stroke) meningkat 10 tahun lepas putus haid. Keutuhan saluran darah ke organ-organ penting, otak dan jantung mula terganggu dan boleh pecah akibat tekanan darah tinggi. Perdarahan (hemorrhage) dalam otak menyebabkan stroke.

Kaedah-Kaedah Mengatasi Gejala-Gejala Putus Haid

1. Kuat Iman & Yakin Diri

Sangat penting bagi setiap wanita apabila mencapai keumor 50an telah mantap imannya dan yakin dirinya ( self esteem) agar dapat menangani gangguan emosi dan rohani ketika berlaku putus haid. Allah beri peluang untuk meningkatkan amal ibadah degan ketiadaan haid. Berfikir positif sentiasa, katakan kepada diri ‘ aku sihat, aku cantik, aku sayangkan diriku’. Kata-kata seperti ini akan beri semangat untuk kita terus hidup sihat dan bahagia.

2. Sokongan ahli-ahli keluarga dan rakan

Sokongan moral dan spiritual dari suami dan anak-anak sangat penting untuk mengatasi kemurungan dan kesedihan yang munkin timbul. Anak-anak perlu sering menghubungi melalui talipon dan menziarahinya.Tingkatkan pergaulan dan kemesraan dengan kawan-kawan lama sekolah, sekerja dan seqariah masjid.

3. Pemakanan seimbang, berkhasiat dan berzat

Amalkan memakan bahan-bahan yang berkhasiat dan berzat serta dari bahan-bahan mentah dan segar, buah-buah, sayur-sayuran hijau, sawi , bayam, broccoli dan ulam-ulam.Tentukan jenis-jenis makanan karbohidrat, lemak dan protien adalah seimbang. Kurangkan gula dan lemak-lemak haiwan. Jauhkan kegemukkan yang mungkin menyebabkan kencing manis dan darah tinggi.

IKLAN

Dr Hamid Arshat Dedah 6 Simptom Wanita Akan Hadapi Selepas Putus Haid & 7 Kaedah Atasi Gejala Ini

4. Exercise dan physiotherapy

Exercise selama 30 – 60 minit stetiap hari, berjalan, jogging, menunggang basikal, treadmill atau gym memberi banyak menfaat kepada kesihatan fizikal, mental dan rohani. Exercise menguatkan otot-otot dan sendi, menguatkan jantung dan fungsi paru-paru, mengurangkan tekanan mental (stress) dan jiwa, meningkatkan keceriaan dan keriangan ekoran dari pengeluaran endorphins dari otak.

Pelvic floor dan Kegel exercise membantu menguatkan otot-otot rahim, mencegah prolapse rahim dan kuatkan kawalan kencing, kawal stress incontinence, disamping menghasilkan lebih kepuasan hubungan kelamin.

5. Supplement Vitamin & Logam

Penting setiap wanita yang telah putus haid mengamalkan makan supplement dari multivitamin dan logam kerana seringkali bekalan bahan-bahan tersebut dalam makanan seharian munkin tidak mencukupi, lagi pun sistem penyerapan dalam usus mungkin tidak berfungsi sepenuhnya.

Terdapat berbagai-bagai jenama multivitamin dipasaran diantaranya obimin, prenavit, iberet, proviton dan lain-lain, kandungan utama ialah vitamin B. Vitamin C dalam dose satu gram dan vitamin E 400 IU , logam kalsium dalam 400 mg setiap hari dapat membantu mengurangkan kesan-kesan dan gejala menopos.

Pengamilan extra virgin oil sebanyak satu sudu besar, minyak kelapa dara sebanyak satu sudu kecil setiap hari boleh bantu melindungi kesihatan dan fungsi otak, disamping mencegah masalah dementia dan alzheimer.Minyak Habbatus Sauda sebanyak satu sudu kecil setiap hari juga boleh bantu meningkatkan kekebalan badan (immunity).Biji anggur (grape seeds) , sumber antioxidant, resvereterol, dua kapsul setiap hari boleh bantu lindungi kesihatan jantung dan otak.

IKLAN

Dr Hamid Arshat Dedah 6 Simptom Wanita Akan Hadapi Selepas Putus Haid & 7 Kaedah Atasi Gejala Ini

6. Pembedahan

Pembedahan dilakukan jika ada gangguan dalam peranakkan dan sistem perkencingan. Munkin perlu bedah buang rahim; vaginal hysterectomy atau pelvic floor repar ( PFR). Disamping itu pembedahan tersebut boleh meningkatkan nikmat hubungan kelamin.Jika masalah osteoarthritis pada lutut menyebabkan kesakitan teruk, mungkin perlu bedah’ knee replacement.

7.Hormone Replacement Therapy (HRT)

Esterogen sering dikatakan hormon penyeri paras dan bentuk tubuh badan wanita, ia penting mengkekalkan kecantikan dan seterusnya berperanan dalam usaha kekal ‘awet muda’. Ia juga banyak digunakan dalam produk-produk kecantikan dan sering didapati dari uri. Estrogen krim juga ada dipasaran untuk pelbagai kegunaan, ada yang menggunakan sebagai pembesar payudara, ada juga yang digunakan untuk mengatasi kekeringan pada faraj yang kadang kala dialami wanita putus haid.

HRT atau hormon estrogen gantian banyak digunakan olih ramai wanita pada zaman sekarang. Tujuan utama ialah untuk mengatasi gejala2 menopos yang disebut diatas, disamping mengkekalkan kecantikan, paras rupa serta melambatkan peroses penuaan.

Banyak jenama produk estrogen dipasaran, diantaranya ialah premarin yang hanya mengandungi estrogen sahaja. Ada juga produk yang mengandung estrogen dan progesterone, tetapi ia akan menyebabkan keluaran haid setiap bulan, saperti pil perancang. Biasanya dos hormon-hormon tersebut amat rendah, walau demikian pengguna perlu mendapat nasihat dan pemeriksaan dari pakar gyne sebelum makan. Jika ada tumbuhan saperti fibroid dalam rahim dan payudara, juga lain-lain penyakit saperti darah tinggi atau penyakit jantung dan kanser, lebih baik jauhkan dari makan hormon gantian.

Berapa lama perlu makan hormon gantian?

Sebenarnya tiada had, alhamdulillah isteri saya pun makan premarin, sudah melebihi 20 tahun, tetapi sekarang hanya makan selang hari, ada kala dua kali dalam seminggu. Yang penting ialah pemantauan dari doktor pakar, dengan melakukan pemeriksaan ultrasound scanning dan pap smear pada organ peranakkan, juga pemeriksaan payudara untuk mengesan ketulan. Sebaiknya juga buat ujian darah komprehensif untuk mengesan apa-apa penyakit dipertingkat biokimia setiap tahun sekali. Jika dikesan sesuatu masalah , pembetulan boleh dilakukan dengan kaedah dan kawalan pemakanan, exercise dan physiotherapy, detoxifikasi atau dengan ubat-ubat khusus.

Selain kegunaan hormon estrogen gantian, ada juga produk herbal yang khusus bolih mengawal gangguan saperti panas dan ketidak selesaan badan, gangguan emosi dan sukar tidur. Produk ini digelar ‘Remifemin’, yang perlu dimakan setiap hari, ia sering diberikan kepada mereka yang ada penyakit-penyait yang tidak membolehkan guna hormon estrogen.

Rumusan

Putus haid adalah satu proses physiology, ia bukan penyakit. Oleh itu berwaspada sebelum mengambil hormon estrogen gantian. Dapatkanperundingan dari doktor pakar gyne anda, semoga kesihatan dan keserian anda terus kekal demi untuk keharmonian hubungan suami isteri.

Dr Hamid Arshat Dedah 6 Simptom Wanita Akan Hadapi Selepas Putus Haid & 7 Kaedah Atasi Gejala Ini
Gambar isteri saya. Sudah lama menopos tapi masih minat hiasan pearls of Hyderebad

 

Sumber:Dr Hamid Arshat

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI