Petang Jumaat tadi, isteri angkasawan negara, Datin Dr Halina Mohd Yunos berkongsi di insta story nya kegembiraan dan keterujaan suaminya, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Syukor menyambut kehadiran orang baru dalam keluarga mereka. Sepasang bayi kembar yang begitu dinantikan mereka. Dr Halina selamat melahirkan bayi kembarnya di hospital perubatan swasta.
Ini merupakan kelahiran kembar kedua selepas Noah dan Adam. Dalam video itu, Dr Halina menulis, “Alhamdulillah.. daddy is super excited.”
Dr Sheikh Muszaphar pula kelihatan tenang membetulkan kedudukan bayi kembar dalam balutan selimut biru lembut. Dan bayi sebelahnya dalam balutan selimut merah jambu.
Sebelum ini, Dr Sheikh Muszaphar memaklumkan yang isterinya itu akan melahirkan anak kembar mereka jam 9 pagi Jumaat melalui kaedah pembedahan.
Ads
Sebelum kehadiran bayi kembar mereka ini lagi, ayah ini begitu teruja berkongsi sebuah bilik bayi yang telah dihias cantik. Menandakan, kehadiran orang baru yang begitu dinanti.
Difahamkan, Dr Halina dinasihatkan agar melahirkan bayi kembarnya sejak minggu lepas lagi. Namun, mereka dapat menangguhkannya sehingga kandungan mencecah usia 35 minggu.
“Dr Halina akan diwadkan hari ini, dan bakal menjalani pembedahan pada jam 9 pagi. Inilah yang terbaik untuk ibu dan bayi.”
“Dikhuatiri dengan risiko pre-ekslempsia, satu-satunya cara adalah dengan melahirkan bayi-bayi tersebut. Terlalu berisiko jika perlu tunggu terlalu lama.”
Ads
Pilih Hari Jumaat, 20.11.20
Hari Jumaat memberi barakah kepada semua orang. Hari ini, 20.11.20 bersamaan hari Jumaat adalah tarikh yang dipilih pasangan ibu ayah kembar kali kedua untuk melahirkan anak bongsu kembar mereka.
“Moga Allah permudahkan segalanya. Mohon doakan Dr Halina dan bayi kembar.” pinta Dr Sheikh Muszaphar beberapa jam sebelum kelahiran bayi kembar mereka.
Untuk kelahiran kali ini, anak-anak Dr Halina dan Dr Sheikh Muszaphar; Bella, Tasha, Adam dan Noah perlu ditinggalkan di rumah.
Ads
Sedih hati ibu mahu tinggalkan anak-anak dan meneruskan perjuangan bersalin di hospital. Lebih menghiris hati ayah, bila mana anak-anak mereka ini begitu rapat dengan ibunya.
Seakan tak mahu melepaskan.
Sempat Dr. Sheikh Muszaphar memujuk, pemergian mereka cuma untuk beberapa hari saja. “InsyaAllah, kami akan bawa pulang adik beradik kembar comel ini untuk dikasihi dan dirai anak-anak.”
Pesan ayah,
Kami bersyukur dikurniakan dengan kehadiran anak-anak yang cantik kaya dengan jiwa yang cantik dan penyayang. Bella – jaga setiap orang memandangkan kamu kakak sulung dan dilahirkan menjadi pemimpin. Tasha – tolong jangan banyak sangat picit pipi kembar. Adam dan Noah – jadi budak baik okay.
Dr. Sheikh Muszaphar juga memaklumkan yang perasaannya menghadapi kelahiran bayi kembar bongsu mereka ini seakan DejaVu. Segala macam perasaan bercantum rasa; berdebar, teruja dan bimbang.
Ketika negara diuji Covid-19, beberapa negeri diuji pula dengan musibah banjir. Mangsa banjir di beberapa daerah terbabit di Pahang ada yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS). Prihatin dengan musibah banjir yang melanda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan turun padang.
Setia di sisi, Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang turut sama merasai kesukaran yang dirasai rakyatnya. Malah, Dua hari lalu, Al-Sultan Abdullah yang berjiwa rakyat ini memandu sendiri meredah banjir di Lebuh Raya Pantai Timur (LPT).
Yang mana, Seri Paduka dan Raja Permaisuri Agong berkenan mengadakan lawatan mengejut. Mahu melihat sendiri keadaan mereka yang diuji musibah banjir di daerah Maran, Pahang.
Di sana Seri Paduka bersama Raja Permaisuri Agong mengurniakan sumbangan kepada mangsa-mangsa banjir di pusat pemindahan sementara sekitar Maran.
Semalam, Seri Paduka dan Raja Permaisuri Agong yang terkenal romantis ini, berkenan memasak untuk mangsa banjir yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Orang Ramai Seri Damai, Kuantan.
Kelihatan juadah makanan yang disediakan dimasak dalam kuali kawah, bagi memenuhi keperluan rakyat diuji banjir yang berada di PPS.
Sudah menjadi kelaziman bagi Raja Permaisuri Agong menyingsing lengan baju menyediakan makanan kepada mangsa banjir di negeri Pahang.
Air Tangan Yang di-Pertuan Agong Dan Raja Permaisuri Agong Santuni Mangsa Banjir
Sentuhan Yang di-Pertuan Agong dan air tangan Raja Permaisuri Agong mencerminkan keperibadian dan keprihatinan tinggi Seri Paduka Baginda terhadap mangsa banjir dan golongan yang memerlukan bantuan.
Sebelum ini, Seri Paduka juga telah berkenan melawat dan meluangkan masa menyantuni mangsa banjir yang ditempatkan di PPS Wisma Belia dan PPS Sekolah Menengah Kebangsaan Sg. Isap, Kuantan.
Seramai 128 orang daripada 49 keluarga telah dipindahkan di PPS ini setelah kediaman mereka dilanda banjir akibat hujan berterusan sejak hari Sabtu lalu.
Baginda turut berkenan menyantuni mereka yang ditempatkan di PPS Sekolah Menengah Sains Sultan Ahmad Shah dan PPS Sekolah Kebangsaan Kempadang, Kuantan
Seri Paduka Baginda berdua mengajak seluruh rakyat bersama Baginda mendoakan agar bencana banjir yang melanda beberapa negeri pada ketika ini tidak berpanjangan sehingga mengorbankan nyawa dan harta benda.
MW : Tersentuh hati dengan kebaikan Agong dan Permaisuri Agong kita.
Pelakon yang juga kakak kepada Ruhainies, Risteena Munim dan kekasih hatinya Isa Khan mengumumkan tarikh nikah mereka.
Pasangan ini telah memilih tarikh 12 Mac bersamaan Jumaat ini untuk bernikah.
Risteena & Isa Khan Nikah 12 Mac
Bakal suami kepada Risteena yang juga seorang penyanyi, Isa Khan bakal disatukan sebagai pasangan suami isteri.
Berita gembira itu diumumkan Isa, dan Risteena, menerusi laman Instagram masing-masing.
“Kami ingin mengambil kesempatan ini untuk memohon doa daripada semua yang mengenali mahupun tidak mengenali diri kami agar mendoakan segala urusan ijab dan qabul kami yang akan dilaksanakan pada 12 Mac nanti dipermudahkan,” tulis Isa Khan.
Bagaimanapun, Isa dan Risteena tidak berkongsi secara terperinci berkaitan masa dan lokasi majlis pernikahan itu akan dilangsungkan.
Menurut Isa bersempena meraikan penyatuan dua hati antara dia kekasih hati, Risteena, sebuah karya istimewa telah diabadikan untuk mereka berdua.
“Saya akan abadikan cerita cinta kami dalam sebuah karya yang saya ciptakan sendiri untuk si dia, Risteena, yang berjudul Karunia Terhebat, the greatest gift.
“Semoga semua urusan kami berjalan dengan baik atas kehendak-NYA,” katanya lagi.
Peminat Doakan Segalanya Dipermudahkan
Sumber/Sumber Foto: Instagram Risteena Munim & Isa Khan
Gempa bumi yang menggegarkan wilayah Turkiye dan Syria baru-baru ini membuatkan banyak bangunan-bangunan dan kediaman hancur dan musnah menyembah bumi. Ramai mangsa runtuhan yang masih terselamat pula hilang tempat kediaman untuk berteduh.
Pelbagai negara dan pihak di seluruh dunia turut bersimpati terhadap musibah dahsyat yang melanda ini. Malah turut berganding bahu, memberi bantuan dalam pelbagai sudut yang diperlukan.
Derma Kabin Piala Dunia
Terbaru, Qatar antaranya mendermakan sepuluh ribu kabin dan tempat penginapan sementara yang digunakan semasa Piala Dunia 2022 kepada Turki dan Syria untuk menampung para mangsa yang kediaman mereka musnah akibat gempa bumi.
Seorang pegawai Qatar memberitahu Reuters demikian pada Isnin (13 Feb).
Kapal yang mengangkut 350 unit pertama sudah berlepas dari Qatar menuju ke Turki pada Ahad (12 Feb), kata pegawai itu.
Hantar 10 Ribu Kabin
Qatar berikrar untuk menghantarkan 10,000 unit tempat penginapan sementara ke kawasan-kawasan gempa bumi, menurut Dana bagi Perbangunan Qatar dalam satu ciapan di Twitter pada Ahad.
“Memandangkan keperluan mendesak di Turki dan Syria, kami mengambil keputusan untuk menghantar kabin dan karavan ke wilayah tersebut, menghulurkan bantuan serta-merta yang amat diperlukan kepada warga Turki dan Syria,” kata pegawai itu.
Angka korban di Turki dan Syria, ekoran gempa bumi 7.8 pada skala Richter pada 6 Februari lalu serta gempa susulan, kini sudah melepasi 41,000. 35,418 kematian di Turkiye dan lebih 5,800 kematian di Syria.
Jumlahnya dijangka terus meningkat, dengan tumpuan beralih daripada menyelamatkan mangsa yang terperangkap di bawah runtuhan kepada menyediakan tempat perlindungan, makanan serta jagaan psikososial.
Penganjur Piala Dunia Qatar sememangnya merancang untuk mendermakan unit-unit tempat penginapan itu, yang diletakkan di kawasan padang pasir sekitar ibu kota Doha demi menampung para peminat bola sepak yang mengunjungi negara itu bagi menyaksikan kejohanan Piala Dunia.
Peminat bola sepak membayar kira-kira AS$200 (S$265.72) semalam untuk menginap di unit tersebut. Kabin-kabin itu membantu untuk mengelakkan potensi kekurangan tempat tinggal sewaktu tempoh kejohanan tersebut, yang berlangsung sepanjang sebulan dari November hingga Disember lalu.
Mingguan Wanita:Alhamdulillah terbaik Qatar dan negara-negara lain seluruh dunia yang turut menyumbang dalam musibah gempa bumi di Turki dan Syria ini.
Inkues Zara Qairina bermula 3 September 2025, seramai 195 saksi dirakam percakapan. Mahkamah Koroner Kota Kinabalu menetapkan prosiding inkues bagi menyiasat punca kematian pelajar...