Pernah buat urutan muka untuk naikkan kening? Haaa… bila kita berumur, kelopak mata akan nampak jatuh dan menurun berbanding umur muda-muda dulu.
Doktor Kongsi Urutan Muka Bantu Naikkan Kelopak Mata
Okay, jom kita buat urutan naikkan kening yang dikongsikan oleh Doktor Bainun. Kita semua ada bentuk mata berbeza jadi soket mata kita pasti tidak akan sama.
Untuk memastikan kita urut muscle, bukan kita urut tulang dan bukan biji mata. Caranya:
Ads
1. Kita kena angkat kening dengan menggunakan jari. Tak kisah jari mana asalkan selesa.
Ads
2. Kemudian buat urutan secara membulat. Ini buat dalam enam kali. Mungkin akan rasa sakit sedikit tapi kita tahu sedang urut muscle yang stress.
Ads
Lepas Urut Terus Nampak Kesannya
Ini antara urutan muka yang nampak instant result. Selepas urut kita akan nampak perbezaan pada kening yang naik sedikit daripada asal dan kelopak mata lebih terbuka.
Jadi buat anda yang mahu kekal awet muda, boleh amalkan urutan muka ini bagi memastikan mata anda kurang berkedut dan kelopak tidak cepat jatuh.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Beberapa nama yang tidak asing dalam dunia aktivisme kembali mencuri perhatian apabila menyertai Global GSF 2.0, sebuah misi kemanusiaan Gaza yang dijadualkan berlepas dari Barcelona pada April ini.
Antara yang terlibat termasuk Ardell Ariana, Haroqs, Datin Heliza Helmi dan Hazwani Helmi, figura yang sebelum ini aktif dalam pelbagai misi bantuan kemanusiaan.
Misi seperti Global GSF 2.0 bukan sekadar perjalanan biasa. Ia melibatkan risiko, pengorbanan dan komitmen tinggi, sesuatu yang tidak semua mampu lakukan.
Namun, keberanian sukarelawan Malaysia ini menjadi inspirasi, khususnya buat wanita yang ingin menyumbang dalam cara mereka sendiri.
Penyertaan Ardell, Heliza dan sukarelawan lain dalam Global GSF 2.0 membuktikan bahawa semangat kemanusiaan tidak pernah padam.
Dalam dunia yang semakin mencabar, usaha kecil seperti ini mampu memberi harapan besar kepada mereka yang memerlukan.
Ramai isteri bekerja tidak berani meminta itu ini daripada suami sendiri kerana takut membebankan ketua keluarga.
Maklumlah, bila isteri yang uruskan hal kewangan, Nampak duit mengalir macam air, jadi perasaan nak minta hak sendiri pun rasa bersalah.
Dibiar sampai satu tahap akhirnya meletup dan mengungkit apabila berlaku salah faham dalam hubungan. Ini yang kita tidak mahu dan kena elakkan!
Sepatutnya, walaupun awak bekerja, awak kena minta suami belikan itu dan ini. Nak makan soto? Minta suami belikan. Nak beli baju? Minta suami belikan. Teringin nak makan di kedai saja pun? Minta suami belikan.
Jangan sesekali rasa bersalah walau kalian ada duit sendiri. Ya, ikut kemampuan suami tetapi jangan sampai tak berani nak minta.
Ustaz kata, mintalah apa sahaja pada suamimu kerana rezekinya akan melimpah ruah dan tidak putus.
Kerana suami memikul amanah yang terkadang dia lupa hanya kerana si isteri bekerja.
Pesanan buat para suami, kena ingat dan wajib tahu. Nafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur. Nafkah untuk isteri kena declared betul-betul clear.
“Abang bagi RM100 ni untuk nafkah sayang. Ni lagi RM200 untuk sayang beli barang dapur ya.”
Full stop.
NAFKAH isteri diberi tanpa syarat. RM100 tu si isteri nak beli apa pun, ikut suka dia lah. Dia nak simpan, nak beli apa-apa. Itu hak dia. Ini baru betul. Cukup nasihatkan isteri, jangan buat benda tak baik.
Yang silapnya sekarang, bila wujud suami yang tak hulur duit belanja sebab? Sebab dia kata,
“Aku dah beli barang segala cukup semua dalam rumah. Makan pakai cukup. Cukup nafkah kamu.”
Silap.
Silap besar.
Bulan demi bulan si suami kata, “Bila lah aku nak senang. Tiap bulan tak cukup. Aduhai.”
Sebab apa tak cukup?
Sebab dengan isteri kamu beri nafkah bersyarat.
Isteri bekerja dan ada duit sendiri?
Duit isteri, hak isteri.
Tak akan membatalkan syarat wajib nafkah tersebut.
Pernah nampak orang miskin tapi hidup mereka sekeluarga penuh senyuman dan mesra?
“Sayang, ni abang bagi RM20 untuk nafkah sayang bulan ni ya. Minta maaf sikit saja abang bagi.”….
Si isteri pun jawab, “Terima kasih abang! Sayang dah lama teringin nak beli minyak wangi kecik tu. Sayang beli tau.”…
Si suami pun balas, “Beli lah sayang. Doakan rezeki abang banyak ya. Dapat belikan satu botol yang branded nanti.”…
Tuntutannya bukan pada nilai besar atau kecil.
Tapi kefahaman dan ilmu tentang nafkah.
Dan jika kamu seorang isteri yang sedang melalui ujian ini bersama suami —
ketahuilah, kamu adalah sebahagian dari kekuatannya.
Bila kamu terus berada di sisi, tanpa banyak kata, hanya dengan tenang dan tidak menghakimi — itu pun sudah cukup untuk menenangkan hatinya yang sedang gelisah.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Sebelum ini tular video ketika Aliff Aziz makan biskut raya bersama ahli keluarganya dan netizen ternampak frame gambar wajah bekas isterinya, Bella Astillah ditutup.
Hal ini menjadi komen dan persoalan kepada sesiapa sahaja yang melihat, namun apabila ditanya penyanyi dan pelakon lelaki ini, dia memilih untuk tidak mencampuri urusan hiasan dalaman kediaman ibu bapanya.
Memilih untuk tidak mengulas lanjut berkaitan isu tersebut selain mempertahankan ibunya, Siti Hafiza Basharahil dengan menyatakan bahawa visual tersebut muncul tanpa disengajakan ketika sedang merasa kuih raya.
Sekali lagi, ini adalah perkara yang saya rasa tak sesuai untuk dikongsi. Itu adalah rumah mak ayah saya, terpulanglah kepada mereka apa hiasan yang mereka nak letak dalam rumah.
“Umi (ibu) saya bukan sengaja, masa itu tengah buat reviu makan dan mungkin ramai orang yang ada masa untuk ‘freeze frame’ dan sebagainya.
“Saya tak boleh komen banyak sebab dalam rumah mak ayah saya,” katanya.
Pelantun lagu Sayang Sayang itu menegaskan enggan membiarkan komen negatif mengganggu fokus utamanya ketika ini.
“Setiap orang ada persepsi masing-masing. Kalau saya nak buat sesuatu dalam hidup mengikut kata orang, maka saya akan berada di tahap itu sahaja.
“Saya sudah melakukan banyak perkara bodoh dalam hidup saya. Jadi sekarang ini saya perlu fokus untuk perbaiki diri,” ujarnya.
Sebelum ini, tular sebuah video memaparkan beberapa keping foto keluarga di kediaman ibu bapa Aliff di Singapura yang didakwa menutup bahagian wajah Bella Astillah.
Perkara tersebut mencetuskan rasa tidak puas hati dan berang dalam kalangan peminat Bella yang menyifatkan tindakan Hafizah sebagai keterlaluan.
Untuk rekod, Aliff sebelum ini pernah mendirikan rumahtangga dengan Dayang Nabellah Awang Astillah pada 9 September 2016 namun bercerai pada 13 Jun 2024 selepas mendakwa bekas suaminya itu curang sebanyak 11 kali.