Kemalangan yang meragut nyawa itu sememangnya menyakitkan. Lagi-lagi melibatkan seluruh ahli keluarga dan ada kematian dicatatkan. Sedikit sebanyak ia mengganggu emosi ahli keluarga yang terlibat. Pengalaman Dr. Dila Sulaiman, Doktor Pakar Psikiatri di Jabatan Psikiatri & Kesihatan Mental, Hospital Bintulu, Sarawak ini menyedarkan kita betapa ubat bukanlah satu-satunya penawar untuk sakit yang melibatkan emosi.
Kami menerima satu rujukan seorang pesakit berumur 5 tahun yang terlibat dalam satu kemalangan baru-baru ini.
Kemalangan yang melibatkan 6 orang itu turut meragut nyawa salah seorang ahli keluarga mereka.
Bila sedar dari bius, anak ini nampak cepat meragam, sering menangis dan asik bertanyakan di mana ayahnya.
Doktor di Jabatan Kanak-Kanak risau sekiranya dia mengalami PTSD (Kecelaruan Stress Pasca Trauma), lalu merujuk kes ke Jabatan Psikiatri.
Pihak keluarga anak ini pula masih tidak yakin untuk membawanya berjumpa dengan ayah yang juga berada di wad kerana kemalangan yang sama; ‘takut lemah semangat’ atau ‘terkejut’ katanya.
Ads
Namun kami percaya, dia cuma mahukan kepastian ayahnya masih ada, mahu rasa selamat.
Tidak mahu kehilangan.
Jadi kami sendiri pergi mengiringi adik ini berjumpa dengan ayahnya di dalam wad. Dan air mata ahli keluarga yang sama-sama berada di wad pun menitis menyaksikan seorang anak kecil menangisi ayahnya yang sakit, tetapi pada masa yang sama saya tau dia pastinya lega dapat melihat wajah ayah tercinta.
Hati saya tersentuh juga seketika kerana anak ini sebaya anak saya yang kedua. Dan sekiranya perkara yang sama berlaku kepada kami (nauzubillàhiminzalik), saya pasti anak saya juga akan mahukan perkara yang sama.
Ads
Tidak semua kes memerlukan rawatan dari segi ubat-ubatan.
Tidak semua kes yang dirujuk ke Jabatan Psikiatri maknanya kes orang ‘gila’ (dalam buku perubatan tiada istilah gila ya).
Kadang-kadang, peranan doktor cukup mudah. Cuma fahami apa yang pesakit perlukan, dan beri apa yang diperlukan.
Dalam kes ini, dia cuma mahu berjumpa dengan ayah.
Ads
Dia juga faham ayah masih sakit, dah berharap ayah akan sihat nanti. Tangisannya juga terus reda setelah puas menatap wajah ayah. Semoga mereka berdua akan cepat sembuh dan dapat kembali bersama.
Post Traumatic Stress Disorder/Kecelaruan Stress Pasca Trauma
Kecelaruan emosi yang berlaku selepas seseorang individu mengalami/menyaksikan sesuatu tragedi/trauma yang sangat menakutkan, mengancam nyawa atau boleh menyebabkan kecederaan yang serius kepada individu itu sendiri atau keluarga/sahabat terdekat.
Antara simptom PTSD:
1) ‘Intrusion’ – mengalami ulangan memori mengenai kejadian eg: mimpi ngeri, ‘flashback’
2) ‘Avoidance’ – mengelak apa-apa perkara yang boleh mengingatkan kepada tragedi tersebut
3) Altered mood/cognition – perubahan mood dan pemikiran
4) ‘Arousal’- cepat marah, mudah tersentak/terkejut, sukar tidur, kurang konsentrasi
Dapatkan pemeriksaan dan rawatan dari hospital/klinik terdekat dengan anda sekiranya anda mengalami simptom-simptom ini.
Penerbit dan pelakon terkenal, Datuk Rosyam Nor akhirnya dikurniakan cucu keempat, yang juga seorang cucu lelaki. Satu penantian yang cukup lama untuk dirinya.
Kongsi Rosyam, 54, kelima-lima anaknya adalah perempuan. Begitu juga dengan kehadiran tiga orang cucu perempuan sebelumnya. Selepas 32 tahun, barulah hadir seorang hero dalam keluarganya.
Semalam anak keduanya, Nur Anis selamat melahirkan bayi lelaki di sebuah hospital swasta.
Kegembiraan itu diluahkan kepada para followernya di instagram, dalam masa yang sama meminta pandangan untuk diberikan nama pada cucu lelaki pertama dalam hidupnya itu.
Penantian 32 Tahun, Kehadiran Cucu Lelaki
32 TAHUN!
Alhamdullilah. Lama sangat tunggu.
Terima kasih Allah kerana kurniaanMu
HASIL PERKAHWINAN AKU
Dikuniakan 5 anak perempuan. Alhamdullilah
HASIL PERKAHWINAN ANAK SULONG @_nieshafiz
Dikuniakan 3 Cucu Perempuan Alhamdullilah
Proses Panjang Selama 32 Tahun Tunggu Sang Hero
Alhamdullilah semalam anak aku @_aniskiss selamat melahirkan. Alhamdullilah
CUCU LELAKI ! yeyyyy
Terima kasih Doktor dan staff di @andorrahospitalofficial
Pelakon filem KL Gangster 2 ini mendirikan rumah tangga dengan Datin Runika Mohd Yusof dan dikurniakan lima anak perempuan, Arniesha Azureen, Nur Anis, Nurlisa, Syadira dan Zarith Maryam.
Mingguan Wanita :Tahniah! Buat Datuk Rosyam Nor sekeluarga dengan kehadiran orang baru dalam keluarga.
Hari bahagia buat pelakon terkenal Indonesia, Luna Maya apabila selamat bernikah dengan aktor Maxime Bouttier dalam sebuah majlis indah yang berlangsung di Bali, Indonesia, hari ini.
Majlis pernikahan pasangan ini mengetengahkan gabungan budaya Bali, Jawa dan Eropah, sekaligus mencerminkan latar belakang serta perjalanan hidup kedua-duanya pasangan raja sehari ini.
Luna atau Luna Maya Sugeng, 42, dinikahkan sendiri oleh abang kandungnya iaitu Tipi Jabrik dan disaksikan oleh pelakon Raffi Ahmad, seorang penolong pendaftar perkahwinan serta seorang lagi saksi.
Rata-rata netizen di ruangan komen juga mengucapkan ucapan tahnaiah dan mendoakan rumah tangga pasangan ini kekal sehingga akhir hayat.
Terdahulu sebelum upacara akad nikah, Luna Maya telah menjalani upacara siraman dan sungkeman mengikut adat Jawa, termasuk Maxime yang turut menyertai tradisi itu.
Majlis yang sarat dengan adat Jawa itu disiarkan menerusi saluran YouTube rasmi Luna Maya pada pukul 8 pagi (waktu tempatan), menyaksikan Luna mengenakan kebaya putih elegan yang dipadankan dengan kain batik merah jambu. Beliau diiringi dua adik lelakinya, Tipi Jabrik dan Ismael Dully, ketika memasuki kawasan perarakan yang dihiasi indah dengan bunga pastel.
Dalam masa sama, Maxime Bouttier turut menyertai siri acara siraman tersebut sebagai tanda penghormatan terhadap budaya dan tradisi yang dipegang.
Meskipun berbeza usia 10 tahun, ia tidak menghalang hubungan mereka untuk berkembang dan pada Disember 2022 mereka tampil secara terbuka di khalayak ramai. Luna Maya menerima lamaran Maxime Bouttier di Jepun dalam suasana yang santai dan intimate.
Untuk rekod, hubungan cinta Luna dan Maxime mula dihidu peminat sekitar tahun 2023.
Bagaimanapun, pasangan ini memilih untuk berdiam diri dari mengulas lanjut mengenai hubungan tersebut kerana perbezaan umur di antara mereka.
Setelah hampir tiga tahun mendirikan rumahtangga, kehamilan pertama pastinya suatu perkara yang ditunggu-tunggu oleh Lisa Surihani dan pasangannya Yusry. Namun tiada siapa yang tahu disebalik kegembiraan menerima berita tentang kehamilan yang dinantikan itu, rupanya Lisa melalui detik sukar yang dikongsikan menerusi sepotong video yang dimuat naik di laman Instagram Mingguan Wanita semalam.
Pelakon cantik jelita ibu kepada Yahaira Leanne dan Yusof Leonne, membuat pendedahan eksklusif mengenai kisah kegugurannya pada kehamilan pertama menerusi video sedutan episod Program Tanya Doktor Imelda yang akan bersiaran pada Khamis ini dengan topik “Punca dan Tips Tangani Keguguran”
Dalam sedutan video yang dimuat naik itu, Lisa dilihat sebak saat menceritakan detik tersebut.
“Saya nak kongsi pengalaman saya sendiri, sewaktu saya mengandung anak yang pertama saya sebenarnya mengandung kembar.
“Bila saya membuat pemeriksaan dan saya diberitahu oleh doktor saya yang salah satu bayi dalam kandungan saya sudah tiada heart beat…
“Saya bersyukur saya dapat lahirkan Yahaira Leonne tapi saya nak tahu kenapa ia boleh berlaku?
“Sebab saya tanya, What does it mean? Adakah ia bermaksud ada prosedur yang perlu dilakukan?” luah Lisa
Untuk mengetahui cerita penuh Lisa dan juga perbincangan lanjut mengenai topik “ Punca dan Tips Tangani Keguguran”, jangan lupa saksikan episod Tanya Doktor Imelda pada Khamis ini, 18 Julai jam 9 malam di Astro Prima 105 dan Prima HD 121.
Foto: IG LISA SURIHANI & IG MINGGUAN WANITA
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Tisu bahu koyak, muntah banyak kali, Hospital Istanbul maklum keadaan Ardell lemah. Pelakon Nadzmi Adhwa menerusi siaran langsung di media sosial berkongsi perkembangan terbaharu mengenai isterinya, Ardell Aryana, yang kini dirawat di sebuah hospital di Istanbul.