Ads

Doa Naikkan Seri Wajah Dan Nak Nampak Cantik, Khusus Buat Wanita Bergelar Isteri

nampak cantik

Kalau dah namanya perempuan, perasaan nak nampak cantik itu memang normal. Malah ada sesetengah perempuan sanggup ubah yang dah elok tercipta sebab nak nampak cantik.

Nauzubillah…

Sekali pun nak cantik janganlah sampai ubah apa yang Allah dah bagi, andai dah puas berhias mungkin anda boleh amalkan bacaan doa dari ayat al-Quran.

Nah, ini salah satu ilmu yan patut anda amalkan demi nampak cantik untuk si dia.

Doa Nak Nampak Cantik Dan Berseri

Maka bagi wanita mana yang nak sangat muka atau wajahnya berseri, kenalah baca surah Yusuf Ayat 4 (sebaik baiknya selepas solat)

Marilah kita amalkan ayat pengasih surah Yusuf ayat 4 dan Surah Thahaa ayat 39 seperti di bawah ini.

Ads

Andai ada mak-mak yang sudah mengamalkan, boleh teruskan. Ayat ini adalah ayat pengasih bagi mengeratkan lagi hubungan suami isteri dan boleh amal untuk anak-anak (supaya anak hormat kepada kita sebagai ibu bapak mereka), keluarga dan sahabat.

Idz Qaala Yuusufu Li Abiihi Yaa Abati Inni Ra Aitu Ahada Asyara Kaukabauw Wasy Syamsa Wai Qamara Ra aituhum Lii Sajidin

Maksud Surah Yusuf Ayat 4;

Ingatlah Nabi Yusuf berkata kepada bapanya: Wahai ayahku! Sesungguhnya Aku mimpi melihat sebelas bintang dan matahari serta bulan; Aku melihat mereka tunduk memberi hormat kepadaku.

Setelah membaca surah teruskan dengan membaca keratan ayat dalam surah Thaahaa ayat 39.

Ads

Wa-alqaytu Alayka Mahabbatan Minnii Walitushna Alaa Ainii

Maksudnya surah Thaahaa ayat 39:

Dan Aku telah tanamkan dari kemurahanKu perasaan kasih sayang orang terhadapmu; dan supaya Engkau dibela dan dipelihara Dengan pengawasanKu

Caranya:

Dibaca 3 kali kemudian sapu ke muka wajah.
Amalan ini juga sesuai bagi mereka yang berat jodoh.

Ads

Nota:

Jangan membaca tanpa memisahkan ayat tersebut. Surah Yusuf ayat 4 dibaca sehingga selesai, kemudian berhenti sebentar dan teruskan membaca keratan surah Thaahaa ayat 39. Jangan disambungkan terus dengan bacaan surah Yusuf tadi.

Gunakan doa penyeri pemanis dan pengasih wajah surah nabi yusuf ini dengan niat yang baik terutama untuk isteri yang ingin suaminya menyayanginya lebih lagi. Setiap kali bertemu atau bersua dengan kekasih, isteri atau suami, bacalah kedua-dua ayat ini.

Kalau nak dapatkan kesan yang baik, hendaklah diamalkan selalu membaca dihadapannya. Tak perlu membaca dengan kuat, memadailah dengan hanya membaca di dalam hati.

Dan kalau nak orang rasa senang dengan kita, bacalah kedua-dua ayat ini setiap kali lepas solat sebanyak 3 kali.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Cerita Lain

Faraj Berbau Hanyir

Faraj Berbau Hanyir Selepas Bersama Suami? Ini Punca & Cara Atasi...

Faraj berbau hanyir selepas bersama suami boleh jadi tanda vaginosis bakteria. Ketahui punca, simptom dan cara atasi masalah kesihatan intim wanita ini.