Minyak aloe vera, tak semua tahu. Tapi rasanya setiap rumah mesti ada yang tanam pokok aloe vera dalam pasu. Satu yang menariknya, pokok ini senang tumbuh dan tak perlu penjagaan yang rapi sangat.

Kadang-kadang sebab terlalu banyak, dibiarkan saja pokok tersebut tanpa sebarang kegunaan. Sekadar untuk mencantikkan ruang kebun taman sahaja.

Jangan membazir dan biarkan begitu sahaja. Aloe vera ini banyak kebaikan kalau kita pandai memanfaatnya. Bukan hanya tanam dan biarkan sahaja.

Ikuti perkongsian daripada Nurul Faezah yang menggunakan aloe vera untuk kegunaan rambut dan kulitnya. Tak perlu guna banyak bahan cukup dengan pokok aloe vera dan minyak sahaja.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: DIY “Terarrium” Kaktus, Guna Pokok Hidup & Tiruan, Jimat Kos Sebab TIDAK Membesar

Buat Teh Masala, Campur 3 Jenis Susu Rasanya Lebih SEDAP!

IKLAN

Info Lagi Menarik DI SINI

Minyak Aloe Vera

Aloe Vera yang jenis kecil ini, selalu juga saya buat untuk makan. Tapi jaranglah sebab leceh untuk buang kulit dia. Jadi, saya ambil dan jadi selalu gunakan untuk buat minyak.

DIY Minyak Aloe Vera. Daripada Terbiar Dalam Pasu, Baik Untuk Kulit Dan RambutCaranya:
1. Ambil daun aloe vera dan cuci hingga bersih.
2. Potong nipis-nipis dan masukkan ke dalam minyak (minyak zaitun atau minyak kelapa.

IKLAN

DIY Minyak Aloe Vera. Daripada Terbiar Dalam Pasu, Baik Untuk Kulit Dan Rambut

3. Masak atas api sehingga aloe vera jadi kecut.
4. Biarkan seketika hingga sejuk dan tapis sebelum digunakan.

DIY Minyak Aloe Vera. Daripada Terbiar Dalam Pasu, Baik Untuk Kulit Dan Rambut

IKLAN

5. Minyak ini boleh digunakan untuk rambut (kalau mahukan rambut cepat panjang, bolehlah kerap gunakan. Manakala bagi yang ada masalah kulit kering atau kulit kaki yang cepat merekah, boleh sapukan setiap malam sebelum tidur.

DIY Minyak Aloe Vera. Daripada Terbiar Dalam Pasu, Baik Untuk Kulit Dan Rambut

Selamat mencuba.

MW: Tak susah pun nak buat. Lepas nie, bolehlah buat stok minyak aloe vera kat rumah.

Sumber: Nurul Faezah Yahaya

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI