Allahu, sebaknya bila mengenangkan kejamnya seorang anak apabila tergamak membunuh mak kandungnya dengan tangannya sendiri.Lebih memilukan, darjat seorang ibu yang selayaknya berada ditempat yang mulia dan tertinggi, berakhir ditempat yang hina, kotor malah menjijikan.
Misteri kehilangan seorang wanita sejak 19 September lalu terjawab selepas mayatnya ditemui di dalam tangki najis belakang rumahnya di Sungai Burung, Balik Pulau, petang semalam.
Mangsa Faridah Mat Hashim, 63, dipercayai dibunuh anak kandungnya pada Rabu lalu sebelum mayat wanita malang berkenaan disembunyikan di dalam tangki najis rumah mereka.
Ketua Polis Daerah Barat Daya Superintendan A A Anbalagan berkata, mayat mangsa yang tenggelam di dalam tangki sedalam 1.2 meter itu ditemui menantunya pada 2 petang sebelum menghubungi polis.
“Polis dengan bantuan pihak bomba berjaya mengeluarkan mayat mangsa dan mengesan satu kesan kelar di bahagian hadapan lehernya, selain turut menemui pisau di dalam tangki itu.
“Siasatan awal polis percaya mangsa dibunuh anak lelakinya berusia 29 tahun selepas dia kini didapati menghilangkan diri sejak kehilangan ibunya.
“Satu laporan polis dibuat pada Jumaat lalu memaklumkan kehilangan mangsa sebelum mayatnya ditemui hari ini,” katanya.
Menurutnya, suspek kini diburu polis dan dia turut mempunyai rekod jenayah membabitkan kes mencederakan saudaranya sendiri.
Katanya, rumah itu didiami suspek bersama ibunya dan seorang adik perempuannya.
“Adik suspek memberitahu polis bahawa dia ada melihat ibunya menunaikan solat Subuh pada pagi 19 September itu sebelum hilang sejak itu sehingga mayatnya ditemui, hari ini.
“Suspek dipercayai suka berkhayal dengan menghidu petrol. Lelaki itu kini diburu polis dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya.
Laporan terkini, suspek berjaya ditahan pihak polis.Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan A A Anbalagan, berkata suspek berusia 29 tahun itu ditahan di Balik Pulau dengan lelaki terbabit dijangka direman, esok.
“Ya, kita sudah berjaya menahan suspek kes terbabit.
“Siasatan masih dijalankan dan saya akan beri makluman lanjut kemudian,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Mingguan Wanita mengucapkan salam takziah buat keluarga wanita ini, semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang yang beriman. Semoga pelaku, menerima hukuman dan pembalasan yang setimpal.
Kalau baca berita seram kan baca kisah pengasuh yang pelbagai itu. Rata-rata buatkan kita tersentak-sentak sama, terkejut dengan kasar dan kerasnya pengasuh layan anak jagaannya.
Penjaga Moleiq ini, Ozlyn panggil ‘nurse’. Dan dia mempunyai kisah tersendiri dengan personaliti yang menyenangkan. Apa yang perlu ditempuh demi membolehkan dia mencari sesuap nasi juga berat untuk sesiapa jua lalui.
“Happy birthday Cora!” Tulis Ozlynn dalam instagramnya.
“Kelam kabut dia gi panggil Ariq kat luar sebab kita saja buat kelam kabut konon nak minta tolong Ariq. Sekali dia kena main la Cik Salmah.” Sambung Ozlynn langsung memaklumkan siapakah wanita yang diraikan itu.
Kata Ozlynn lagi, “Dia nurse yang jaga baby sepanjang aku bekerja kat luar. Orang yang tegas tapi penyayang. Dah sebulan lebih jaga baby.”
“Banyak benda aku tau tentang dia dan belajar dari dia. Kita ni bersyukur masih boleh kerja di negara sendiri. Nak dengan tak nak je atau memilih dengan tak.”
“Satu malam duduk dengan dia tengok dia cerita. Tahan sebak. Dia cakap kat sini kadang dia dibayar untuk jaga orang tua, baby. Sedangkan anak dia kat kampung sakit.”
“Terpaksa dia tinggalkan sebab nak cari duit lebih kat Malaysia. Bulan 5 hari tu suami dia meninggal. So dia sekarang kena tanggung mak, abang dia yang dah tua dan anak dia yang tak sihat. Tabah betul dia.”
“Kadang dia tengok aku suap anak-anak makan. Dia kat tepi menitik-nitik air mata. Aku nampak dia cuba sorok muka.”
Sebab Ozlynn tak nak buat ‘Cik Salmah’nya sedih, dia pun teruskan kata tanpa pandang muka Cora. Aku suruh dia kerja elok-elok.
“Nanti aku bawa anak kau datang sini melawat kau. Jangan risau pasal duit belanja dan tiket flight. Nanti aku curik duit laki aku sebab dia banyak duit.”
Tergelak dia sambil lap air mata dengar aku cakap.
Dia bukan Islam tau. Tapi dah selalu dengar aku cakap InsyaAllah, dia sendiri sebut, “Yes maam, insyaAllah.”
MW doakan semoga niat Ozlynn mahu membahagiakan Cora diberikan kemudahan OlehNya. Dan sememangnya suka tengok cara Ozlynn dan Johan membesarkan kelima-lima anaknya, Ariq, Sodiq, Haziq, Cantiq dan Moleiq.
Sarat ketegasan, kasih sayang yang tak berbelah bagi.
Semalam anak tiri kepada penyanyi nombor satu Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza, Asyraf Khalid berkongsi satu tulisan yang positif di laman Instagram miliknya selepas keretanya dilanggar lari.
Baginya, ujian itu satu peringatan dari Allah buatnya untuk baiki ibadahnya.
Kenapa bila kita di landa musibah, orang kata rezeki akan masuk?
Baru-baru ni, saya dilanda musibah, kereta kesayangan saya dilanggar lori dan lori tersebut lari tanpa kami sempat ambil plate number. Bila saya post gambar di story saya, ramai yang cakap, inshaallah ada rezeki akan masuk. Betul ke?
Bagi saya, ianya bergangung pada bagaimana kita ambil musibah tersebut dan interepetasi kita terhadap situasi tersebut.
Bila saya di uji, benda pertama yang saya akan fikir, automatic dalam fikiran saya, ujian ni datang dari Allah, dan mungkin saya kurang ingat pada Allah atau infak ke jalan Allah atau mungkin saya tak jaga waktu solat saya.
“Bila kita ambil ujian Allah ini sebagai satu peringatan, kita akan kembali ke jalan yang lurus, dan bila kita di Jalan yang lurus, inshallah Allah akan redho dengan perbuatan kita dan dari situlah datangnya rezeki yang lebih besar tersebut.”
“Sebaliknya, kepada yang melihat masalah itu sebagai satu ‘bad luck’ mereka akan terus lagi dapat ‘bad luck’ kerana mereka tidak ambil musibah tersebut sebagai peringatan dari Allah dan terus lupa pada Allah dan perintah-Nya.”
Ustaz saya selalu mengingatkan kami, kalau kita punyai masalah dengan sesiapa pun, itu adalah ujian dari Allah. Pulihkan hubungan dengan Allah, dan hubungan kita sesama manusia akan jaga oleh Allah.
Saya bukan lah seorang ustaz atau seorang ‘scholar’. Sekadar berkongsi buah fikiran untuk di fikirkan bersama. Have a good day ahead everyone!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!