Cuaca yang tak menentu nie, macam-macam wabak penyakit yang datang. Tambah-tambah musim kemarau nie, ada la wabak denggi. Ini belum lagi bila balik kampung, mesti ada kesan-kesan gigitan nyamuk yang ditinggalkan bila pulang ke bandar nanti.

Kali ini, mak-mak tak perlu risau tentang nyamuk yang akan hinggap di badan anak-anak. Boleh cuba cara ini untuk menghapuskan nyamuk dengan lebih berkesan.

IKLAN

Bahan-bahan:

200ml air panas

50gram gula perang

1gram yis

1 botol plastik yang bersaiz dua liter

Cara-caranya:

  1. Potong kepada dua bahagian plastik botol dan simpan bahagian muncungnya.

  2. Campurkan sekali gula perang bersama air panas. Kacau sebati dan biarkan ia sejuk.

  3. Apabila larutan gula perang telah sejuk sepenuhnya, tuang ke dalam botol yang telah dipotong tadi.

  4. Taburkan serbuk yis ke atas larutan gula perang tadi. Jangan kacau. Yis tadi akan menghasilkan karbon dioksida dan menarik minat nyamuk dari dalam rumah untuk keluar singgah ke botol perangkap nanti.

  5. Bagi bahagian mulut botol yang telah dipotong tadi. Letakkan ir berisi larutan gula perang secara tebalik.

  6. Bungkus atau balut keseluruhan botol dengan kertas atau kain berwarna hitam. Letakkan botol yang sama di beberapa sudut luar rumah.

  7. Periksa botol setiap minggu, anda akan dapati nyamuk yang terperangkap akan mati di dalam botol. Larutan ini juga sesuai digunakan untuk memerangkap siput di laman rumah.

Mudah sajakan. Sekarang mak-mak dah tak perlu risau bila nak balik kampung dan bolehlah cuba cara ini.

IKLAN

 

IKLAN

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI