lgbt

Ramai yang sebak dan mengalirkan air mata dengan video pengakuan kisar benar seorang ‘mak nyah’ yang terjebak dalam kehidupan lorong seawal usia 12 tahun.

Mula bekerja di lorong seusia 12 tahun, ditinggalkan oleh ibu di tepi jalan, hanya ditemani sebotol susu, lima helai lampin bersama surat beranak.Itu antara perkongsian komuniti lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) bersama penceramah bebas, Ebit Lew yang mengambil pendekatan bersama mereka dalam kemMakNyah.

Menerusi Instagram peribadinya, Ustaz Ebit Irawan Ibrahim Lew @ Lew Yun Pau, melahirkan rasa sebak ketika sesi hati ke hati bersama golongan tersebut selama tiga hari dua malam di sebuah resort.

Katanya, salah seorang komuniti itu bernama Mas berusia 26 tahun telah kembali kepada jalan ALLAH SWT dengan mengambil masa tiga hari sahaja malah kini telah mendirikan solat lima waktu tanpa gagal.Bagaimanapun, perit hidupnya dilalui sendirian ketika usia masih kecil setelah ditinggalkan ibunya di tepi jalan sehingga dirinya kekeringan air mata.

Namun sinar cahaya hidupnya berubah setelah bertemu dengan Ustaz Ebit Lew, dan diisi dengan beribadah tanpa rasa jemu.

IKLAN

Rasa Rindu Pada Mak Ayah

Kata Mas menerusi video di Instagram Ebit Lew, dia memberitahu telah mula memelihara solat dan timbul rasa rindu hendak bertemu ibu ayahnya walaupun tidak pernah berjumpa.

“Saya memang rindukan mak ayah walaupun tidak berjumpa. Sebelum ini memang tidak rasa rindu, tetapi bila saya mula solat, saya selalu rindu.

“Saya rasa mereka ada dekat dengan saya, saya ada simpan lagi surat beranak tetapi saya belum ada kekuatan untuk mencari mereka,” katanya.

IKLAN
View this post on Instagram

Sebak dan akhirnya semua menangis… sesi hati ke hati bersama maknyah transgender 3hari 2malam. Ini malam pertama. Mas 26 tahun, kali pertama saya jumpa beberapa bulan lalu dan beri masa 3hari di jalan Allah. Kini solat 5 waktu.tak tinggal solat.. Ditinggalkan ibu dengan surat beranak, 5 helai lampin,susu…..mula kerja lorong dari umur 12 tahun. Bila mula jaga solat rasa rindu nak jumpa mak ayah walau tak pernah jumpa..semua tak tahan menangis rasa rindu pada Allah dan ingin menjadi anak yang baik..Allahuakbar..ramai yang hadir..solat fardhu dan qiamulail semua datang awal..Allahu..semua menangis bersama masa dalam tahaju. Ya Allah betul-betul kem kali ini. Betapa kita semua rindu kasih sayang Allah-ebitlew #23hingga25oktober2018 #kemMakNyah #videoPenuh di Fb ebit lew Atau link youtube ebitlew di bio #jemputKemRemajaCutiSekolah #9thn18tahun #selangorDanJB #daftarwww.transformjiwa.com

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew) on

Video Viral

Perkongsian video ini juga telah dikongsikan menerusi Facebook Wan Syafiq Wan Zahidi yang memuat naik video tersebut sehingga ia viral dan mengundang sebak di media sosial.

IKLAN

Tengah malam buta baju saya basah dok edit video ni. Saya tak boleh berhenti fikir nasib Mas ni..Jual diri dilorong sejak umur 12 tahun.. Ditinggalkan ibu ayah sejak kecil.. Hanya berbekal botol susu dan 5 kain lampin.Saya tak boleh tahan nak bayangkan kalau anak saya sekarang ni umur 3 tahun ditinggalkan begitu.. Aduh.. ?Masa kecik tu macam mana lah Mas ni hidup bawa diri sorang-sorang.. Makan apa.. Tidur kat mana..Berjalan tanpa petunjuk.. Menangis tapi tidak dipujuk.. Bila penat dia terduduk.. Menunggu diri dipeluk..Saya dok bayang kalau jadi pada anak saya je..== Update ==Ya saya lawan gerakan LGBT.. Lawan gerakan LGBT, tapi bukan memusuhi mangsa LGBT. Antara sebab jadi begini adalah wujudnya demand, maka terhasil supply.Harap masa depan anak-anak kita lebih cerah. Supaya berkurangan kisah seperti Mas ini. Campur tangan pihak berkuasa sangat penting bagi bendung benda ini dari berlaku lagi.Kita lawan LGBT supaya tidak lagi ada Mas 2, Mas 3, Mas 4..Kami semua doakan Mas berubah dan hidup bahagia dan berjaya.. Amin.. Amin.. Amin..==Video ni saya edit dari live Ustaz Ebit Lew.. Boleh korang tengok sana untuk full video..#beranibuatWan Syafiq Wan Zahidi

Posted by Wan Syafiq Wan Zahidi on Tuesday, 23 October 2018

Sehingga artikel disiarkan, video berdurasi 2.05 minit itu meraih 495,000 tontonan, 14,000 perkongsian dan lebih 2,000 komen dari netizen.

Mingguan Wanita mendoakan agar golongan komuniti lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) ini kekal istiqamah dan berusaha untuk kembali berubah ke pangkal jalan. Usaha dakwah Ustaz Ebit Lew mendekati golongan ini, wajar dipuji dan diberikan sokongan sepenuhnya oleh masyarakat.

Sumber:Ebit Lew & Sinar Harian

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI