
Dilimpahi Rezeki, Alif Satar Tak Pernah Lupa Hubungi Ibu Ayah Setiap Hari. Hormat kepada ibu bapa adalah kewajipan yang berterusan, walaupun selepas berkahwin. Ini adalah prinsip penting dalam ajaran Islam dan juga nilai budaya Melayu.
Walaupun seseorang telah berkahwin, tanggungjawab dan kewajipan terhadap ibu bapa tidak terhapus. Menjaga hubungan baik, memberi kasih sayang, dan menghormati mereka adalah penting, malah semakin penting selepas berkahwin kerana ibu bapa mungkin memerlukan perhatian dan bantuan lebih.
Dilimpahi Rezeki, Alif Satar Tak Pernah Lupa Hubungi Ibu Ayah Setiap Hari
Kini sudah mendirikan rumah tangga dan punya tiga orang anak namun selebriti popular Alif Satar setiap hari tidak pernah lupa untuk menghubungi ibu dan ayahnya.
Sibuk bagaimana sekalipun, Alif akan memuliakan ibu, ayah serta isteri dan akan memberitahu perkembangan terkini dirinya setiap hari.
“Hari-hari saya akan telefon Mama. Pergi kerja ke, saya akan lakukan benda itu sebagai ‘ritual’. Mama, ayah dan isteri Alif saya akan update.
“Tapi apa yang mereka selalu pesan adalah sentiasa menjaga diri sendiri. Dan, kejayaan yang saya miliki pada hari ini adalah berkat doa Mama, Ayah, isteri dan anak-anak,” ungkapnya seperti mana ditemubual.
Rasa Bersyukur
Manakala sebagai seorang suami pula dirinya berasa sangat bersyukur kerana dianugerahkan seorang isteri yang sangat memahami dan menyokong kariernya.
Alif juga ditanya tentang tindakan isterinya, Shadila Hadid sebelum ini yang berkongsi setiap papan iklan menunjukkan suaminya itu dilantik sebagai duta, Alif bagaimanapun meluahkan rasa
“Alhamdulillah, saya tak pernah rasa bangga dengan semua tu. Itu adalah kerja yang saya lakukan.
“Jadi, sekarang dia tahulah yang saya sibuk-sibuk pergi mana tu adalah apa yang dia nampak. But, bila dia kongsi tu itu hanyalah untuk content dia.
“Of course you feel good bila anak-anak kata itu daddy mereka. Seronok tapi saya biasa sahaja,” luah Alif.
Alif Satar Sambung Duta GB Gold, Terbaru Emas Bentuk Keris
Terbaru sewaktu menghadiri majlis pelancaran produk GB Gold, pengasas merangkap CEO GB Gold Malaysia, Tuan Shahfizzam Moideen telah mengumumkan produk emas terbaru mereka edisi rekaan keris yang diukir halus datang dalam dua pilihan: 1 dinar dan juga jongkong emas 1 gram.
Pada masa yang sama GB Gold juga mengumumkan penyambungan kerjasama dengan Alif Satar sebagai duta rasmi GB Gold untuk tahun kedua berturut-turut.
Alif berasa sangat bersyukur dengan kerjasama yang terjalin dan menasihati mereka di luar sana agar mengumpul emas.
“Ia akan jadi satu koleksi siri yang sangat eksklusif. Kalau sebelum ini, saya mengajak orang ramai untuk membeli banyak produk tapi kali ini saya seru untuk membeli emas. Emas tidak akan rugi,” ungkap Alif yang turut juga menyeru semua golongan terutama wanita baik yang muda atau dewasa untuk mengenali emas fizikal dan menjadikan salah satu bentuk pelaburan jangka panjang.
Selain Alif Tuan Shahfizzam turut menerangkan edisi emas kali ini dibuat dengan penuh jiwa seni.
“Emas berbentuk keris ni bukan sekadar untuk simpan nilai kekayaan, tapi juga untuk memartabatkan identiti budaya kita. Dan yang penting, dia tetap emas tulen 999.9, bukan main-main!” luahnya.
Berbicara tentang Alif dirinya sangat berbesar hati dengan kerjasama yang terjalin.
“Kami berbesar hati untuk terus bekerjasama dengan artis serba boleh, Alif Satar, yang memang sinonim dengan nilai-nilai positif & inspirasi,” kata Tuan Shahfizzam.
View this post on Instagram
Baca Disini: Alif Satar Sebak & Terharu Pesanan Anak-Anak “Boleh Buat Nangis 4 Lautan”
Kuat sungguh dugaan bintang lagenda Uji Rashid ini. Walau sudah berusia namun amat tabah meneruskan kehidupan mencabar dalam menjaga anaknya Cico Harahap yang kurang sihat.
Macam mana nak meninggal dalam keadaan husnol khatimah jika tidak sentiasa berzikir, kata Datin Seri Umie Aida.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI