Melahirkan anak dalam keadaan sekarang bukanlah sesuatu yang mudah bagi mak-mak yang mengandung.
Sudahlah menanggung teruja ingin memeluk dan mengulit si kecil yang baru sahaja dilahirkan, namun segalanya terhenti apabila bayi yang baru berusia 18 hari dijangkiti Covid-19. Berat mata memandang, lagi berat bahu yang memikul.
Secara tak langsung, bayi ini menjadi individu termuda dijangkiti Covid-19 di negara ini. Sebenarnya bayi ini dilahirkan tanpa sebarang komplikasi namun setelah 18 hari anak ini positif pula.
Bayi 18 Hari Jadi Individu Termuda
Bayi berusia 18 hari menjadi individu termuda di Malaysia dijangkiti Covid-19.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini mengesahkan wujud jangkitan Covid-19 daripada ibu mengandung kepada bayinya selepas proses kelahiran.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, bayi itu disahkan positif wabak itu ketika berusia 18 hari.
Ads
“Memang ada kes tetapi kita tidak pasti sama ada jangkitan itu berlaku ketika di dalam kandungan atau sebaliknya,” katanya pada sidang media harian Covid-19 di Putrajaya, hari ini.
Menurutnya, proses kelahiran bayi berkenaan bagaimanapun berjalan lancar.
“Tiada sebarang komplikasi berlaku semasa proses kelahiran,” katanya.
Faktor Serangan Strok
Dalam perkembangan lain, Noor Hisham berkata, terdapat tiga faktor serangan strok dalam kalangan pesakit Covid-19 terutamanya membabitkan usia muda.
“Terdapat tiga faktor serangkai yang menyebabkan pembekuan darah di saluran darah berlaku. Apabila virus masuk ke dalam darah ia akan menyebabkan tiga faktor aliran darah terjejas,” katanya.
Ads
Katanya, apabila ada inflamasi (keradangan) darah akan menjadi pekat dan mudah membeku.
“Virus menyerang dinding saluran darah dan menyebabkan luka sebelum proses thrombus (saluran darah tersumbat) berlaku,” katanya.
Tambahanya, individu yang mempunyai penyakit obesiti atau dirawat di hospital yang tiada pergerakan tertentu juga menyebabkan pengaliran darah lambat.
Ads
“Ketiga-tiga faktor ini menyebabkan saluran darah tersumbat. Jika ia berlaku di kepala, strok boleh berlaku dan jika saluran darah tersumbat di jantung akan berlaku serangan jantung,” katanya.
Faktor Negara Diisytiharkan Darurat
Sementara itu, Noor Hisham berkata, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menggariskan tiga faktor untuk sesebuah negara mengisytiharkan darurat akibat pandemik Covid-19.
“Faktor pertama apabila banyak kematian berlaku, kedua jangkitan dengan mudah dan cepat serta terakhir ekonomi.
“Di Malaysia, kita ada tiga faktor ini di peringkat awal iaitu pertengahan April apabila kes naik mendadak,” katanya.
Katanya, negara kini dalam fasa pemulihan dan berharap sektor ekonomi juga dapat berfungsi seperti biasa tetapi mengikut syarat dan prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan KKM.
Sumber: Harian Metro
MW: MW mendoakan bayi dan ibunya kembali sihat dan terhindar daripada kesakitan. Tidak dapat bayangkan bagaimana perasaan maknya tika ini setelah mengetahui anak yang baru melihat dunia positif Covid-19.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Baru-baru ini panas di media sosial apabila seorang individu telah berkongsi pengalamannya ditahan wad akibat minum Milo.
Kenyataan lelaki itu tular dan mendapat perhatian orang ramai, tambah-tambah lagi apabila Milo merupakan minuman kegemaran rakyat Malaysia. Berhubung dengan isu tersebut, baca penjelasan Dr Ezairy M.Sallih berkenaan Milo dan kaitan penyakit sinus…
MILO TAK SALAH
Betulkah pesakit sinusitis tidak boleh langsung mengambil MILO sepanjang hidup mereka? Perlu dibuang daripada hidup mereka ke?
TIDAK.
1. Sinusitis boleh berlaku disebabkan oleh banyak sebab. Beberapa punca alahan atau allergen memang perlu dielak oleh pesakit resdung.
2. Makanan yang perlu dielakkan oleh pesakit resdung sebahagian besarnya bergantung kepada pesakit itu sendiri.
3. Apabila seseorang mengalami jangkitan sinus yang akut, mereka perlu menjauhi beberapa perkara. Ini bergantung kepada pesakit sendiri. Umumnya makanan dan minuman seperti alkohol, coklat, produk tenusu, gula dan seumpamanya perlu dikurangkan sehingga jangkitan telah berlalu selepas beberapa minggu. Ini kerana jenis makanan ini boleh membantu meningkatkan pengeluaran lendir yang mengakibatkan keadaan sinus yang berpanjangan.
4. Jika masalah sinus adalah kronik, orang yang dijangkiti perlu mengelakkan jenis makanan untuk tempoh yang lebih lama atau bahkan mengelakkan pengambilan untuk sepanjang hidup mereka untuk mengurangkan kesan jangkitan sinus yang serius, berulang. Ia seperti makanan laut seperti udang, ketam, sotong, sesetengah ikan, ayam dan telur.
5. Perlu diingatkan. TIDAK semua pesakit akan mengalami alahan pada jenis makanan yang sama.
6. Ada pesakit menjadi teruk resdungnya apabila terdedah kepada habuk. Ada tak boleh kena pada aircond. Ada pula alah pada sotong. Ada pula yang tak ada masalah pada ikan, ayam dan coklat. Setiap kita tak sama.
7. Ubah paradigma dan pemahaman kita. Pak Mail tak boleh makan udang, tak semestinya Pak Atan tak boleh juga. Mereka sama, tapi mungkin tak serupa.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Baru-baru ini viral penyebaran video wanita berkebaya merah berjalan ditengah malam yang berjaya ‘menyeramkan’ orang ramai. Ramai terpedaya serta memberikan pelbagai reaksi dengan video ‘seram’ tersebut. Rupa-rupanya video wanita berkebaya merah tersebut hanyalah satu ‘gurauan’ dan lakonan bertujuan memperbodohkan orang ramai akan kewujudan ‘hantu’ tersebut.
“Aku pakat dengan 3..4 orang member..Masing2 pakai baju kebaya yg sama warna…Lepas tu..soh (suruh) depa dok di 3..4 lokasi yg berbeza.. Yg lain dok tepi jalan ja..yg last dok tgh jalan..manakala aku drive kete (kereta) siap camera..rekod sepanjang jalan..”
“Boh tajuk gempak2 sikit..kompom viral..sebab…masyarakat kita mudah percaya dan terpedaya dgn cerita2 camni..so apa aku dapat? Aku dapat perbodohkan orang yang mengaku cerdik..hahahaha sekian cerita aku malam ni..”
Itu pengakuan seorang lelaki yang dipercayai bertanggungjawab merakam dan memuat naik sebuah video “hantu berkebaya merah” di sekitar Kulim yang tular di media sosial sejak kelmarin. Berdasarkan mesej yang disebarkan di laman sosial itu, lelaki berkenaan mendakwa memuat naik video tersebut sebagai gurauan bertujuan “memperbodohkan orang ramai yang mengaku cerdik”.
Menerusi paparan dalam aplikasi WhatsApp kumpulan ‘Taman Bunga Raya Official’ itu, lelaki berkenaan mengaku bertanggungjawab merakam video berkenaan dengan tujuan memperbodohkan orang ramai dengan kewujudan hantu berkenaan. Dia mengaku berpakat dengan tiga hingga empat rakannya supaya mengenakan pakaian baju kebaya yang sama warna di laluan itu.
Dalam video berdurasi 56 saat itu, seorang lelaki dan rakannya kononnya telah merakam visual seorang “wanita berkebaya merah” di tepi jalan ketika melalui Jalan Bukit Lengkok, Kulim awal pagi semalam.
“Hantu” yang sama kelihatan muncul di tiga lokasi berbeza sepanjang jalan itu sebelum tiba-tiba muncul di tengah jalan sehingga menyebabkan pemandu terpaksa menghentikan kenderaannya.Video itu telah ditonton lebih 171,000 kali dan dikongsi lebih 3,600 pengguna Facebook.
Perbuatan Nakal
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kulim, Superitendan Ahmad Nasir Jaafar mengesahkan bahawa tiada laporan polis diterima oleh pihaknya berkenaan video kejadian berkenaan.
“Kami mendapati video yang dirakam itu lebih kepada perbuatan individu atau kumpulan nakal yang bertujuan untuk menakutkan pengguna jalan raya di kawasan itu terutama di waktu malam.
“Perbuatan ini sama jugalah seperti kes di Taman Pinang Jaya, Bukit Pinang pada Januari lalu di mana ada kanak-kanak nakal yang sengaja berpakaian seperti ‘hantu pocong’ untuk menakut-nakutkan orang ramai terutama kanak-kanak melalui jalan di kawasan itu,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Bukan Kisah Baru
Kisah hantu kebaya merah ini sebenarnya bukanlah baru, sebelum ini pada tahun 2009, kisah hantu ini pernah hangat diperkatakan menonjolkan diri di Kedah sehingga menyebabkan beberapa kemalangan lebuh raya di negeri itu. Berita tersebut hangat diperkatakan ramai ketika itu namun seperti telah dilupakan sebelum kembali menjadi buah mulut netizen selepas kemunculan video terbaharu ini.
Macam-macam hal.Cubalah buat perkara yang lebih berfaedah.Kita pun kena lebih bijak, jangan mudah tetipu dan percaya dengan perkara-sebegini.
Terlanggar seekor anak ayam, seorang budak lelaki membawa duit simpanannya berjumlah 50 sen dan sanggup merayu pihak hospital menyelamatkan haiwan tersebut. Sungguh bersikap sangat bertanggungjawab dan memiliki nilai murni dengan menghargai nyawa mahkluk lain walaupun seekor haiwan.
Merayu Selamatkan Anak Ayam
Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun merayu agar kakitangan hospital menyelamatkan anak ayam yang dilanggarnya dengan basikal secara tidak sengaja, viral di media sosial, lapor Daily Mail.
Derek C Lalchhanhima, dari Sairang, Mizoram, India, dirakam memegang bangkai anak ayam di tangan dan wang kertas 10 rupee (RM0.56).
Menurut rakan kepada keluarga kanak-kanak itu, Derek tidak memahami bahawa anak ayam itu telah mati dan dia merayu agar ibu bapanya membawa haiwan itu ke hospital. Tiba di hospital, Derek membawa bangkai anak ayam itu berjumpa doktor dan situasi itu sempat dirakam oleh seorang jururawat hospital berkenaan sebelum dimuat naik di media sosial dan viral di seluruh dunia.
Anugerah Khas
Pihak sekolahnya yang kagum dengan sikap Derek, memberikan anugerah khas kepadanya di atas kemuliaannya itu. Rakan kepada keluarga itu, Sanga Says, memuat naik gambar Derek di Facebook selepas bapa Derek, Dhiraj Chhetri, seorang pegawai polis menunjukkan dan menceritakan kepadanya mengenai perkara itu.
“Saya ketawa dan menangis dalam masa yang sama. Menurut bapa dia, Derek pulang ke rumah dengan anak ayam milik jiran yang telah mati di tangannya. Dia tidak faham yang anak ayam itu telah mati dan merayu agar ibu bapa dia membawanya ke hospital.
“Bapa dia suruh pergi ke hospital sendiri di mana Derek benar-benar berbuat demikian dengan wang yang ada, 10 rupee,” katanya.
Anak Ayam Tak Dapat Di Selamatkan
Selepas kakitangan hospital memberitahu anak ayam itu telah mati dan tidak dapat diselamatkan, Derek pulang ke rumah sambil menangis. Tetapi Derek mahu membawa bangkai anak ayam itu ke hospital sekali lagi dan kali ini dengan 100 rupee di tangannya.
“Ibu bapa dia terpaksa menjelaskan kepada dia bahawa anak ayam itu sudah mati dan tiada apa yang dapat dilakukan oleh pihak hospital,” kata Sanga.
Mizoram, a 6 year old Indian boy mistakenly ran over his neighbors chicken. He took all his pocket money and rushed the already dead chicken to the hospital innocently. The nurse on duty took the picture.
There is a popular lesson I always draw out of this type of incidence…. pic.twitter.com/8goW4ncXCT
— Ahmed Agritreasure📚🐄🚜🌳 (@Ahmed__Aliyu) April 5, 2019
“Saya Cuba, Bertahan, Usaha Tapi Gagal. Tiada Lagi Kita” itulah yang diluahkan oleh Aprena Manrose tentang rumah tangganya yang dikatakan sudah berantakan.Pelakon cantik, Aprena...