Perkara berkaitan agama bukanlah boleh dijadikan bahan lawak jenaka.Siti Nuramira Abdullah, wanita tular di media sosial kerana menanggalkan baju kurung dan tudungnya ketika membuat persembahan di sebuah kelab komedi baru-baru ini didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas tuduhan menyebabkan rasa tidak harmoni dalam kalangan orang Islam.
Bagaimanapun, tertuduh mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Siti Aminah Ghazali.
Mengikut pertuduhan, Siti Nuramira didakwa mengaku seorang Muslim dan menghafal 15 juzuk al-Quran kemudian membuka tudung dan menanggalkan baju kurung sewaktu membuat persembahan di atas pentas.
Perbuatan itu didakwa dilakukan tertuduh di Restoran Crack House Comedy Club, 24 Lorong Rahim Kajai 14, Taman Tun Dr Ismail (TTDI), Brickfields, jam 6 petang, pada 4 Jun lalu.
Suasana Tidak Harmoni Di Atas Alasan Agama
Berikutan itu, tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 298A(1)(a) Kanun Keseksaan iaitu perbuatan berkenaan boleh menyebabkan suasana tidak harmoni di atas alasan agama, di antara orang yang menganut agama sama.
Bagi kesalahan itu, tertuduh boleh dihukum penjara minimum dua tahun dan maksimum lima tahun, jika sabit kesalahan.
Peguam tertuduh, R Sivaraj memohon anak guamnya dikenakan jaminan minimum RM4,000 dengan syarat tambahan melaporkan diri di balai polis mengikut keperluan serta pasport diserahkan kepada mahkamah.
Katanya, wang jaminan tidak seharusnya ditetapkan pada jumlah tinggi kerana ia bukan bersifat hukuman, sebaliknya bagi memastikan tertuduh hadir ke mahkamah.
“Siti Nuramira masih bujang dan bekerja di agensi pemasaran serta perhubungan awam sebelum ini, namun kerjayanya terjejas akibat penularan COVID-19.
Ads
“Demi mencari rezeki sekarang, tertuduh bekerja sebagai pegawai eksekutif di syarikat teknologi maklumat dengan anggaran gaji RM3,000 sebulan.
“Tertuduh juga memberi kerjasama penuh sepanjang proses penahanan dan reman, selain tidak akan memuat naik kenyataan di platform media mengenai perjalanan kes,” katanya.
Kes Mendapat Perhatian Secara Meluas
Selain Sivaraj, tertuduh juga diwakili peguam, Datuk Shaharudin Ali dan Ramesh N P Chandran.
Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Najihah Farhana Che Awang menawarkan jaminan RM50,000 atas alasan kes itu mendapat perhatian secara meluas.
Katanya, kadar jaminan rendah boleh menjejaskan pandangan masyarakat terhadap sistem perundangan dan badan kehakiman.
Ads
“Syarat tambahan lain tertuduh perlu melaporkan diri di balai polis setiap minggu atau setiap bulan, selain pasport diserahkan kepada mahkamah.
“Selain itu, arahan larangan daripada mahkamah supaya tertuduh tidak membuat kenyataan perjalanan kes di media sosial dan cetak,” katanya.
Mahkamah kemudian menetapkan jaminan RM20,000 dengan syarat tambahan seperti dicadangkan pihak pembelaan dan pendakwaan.
“Melaporkan diri di Balai Polis Brickfields setiap bulan dan tertuduh diberi pelepasan untuk mengambil pasport di rumah selepas selesai proses ikat jamin untuk menyerahkannya kepada mahkamah,” katanya.
Sebutan kes ditetapkan pada 18 Ogos ini.
Ads
Terdahulu, Siti Nuramira yang memakai kot hitam dan baju kuning tiba jam 9 pagi tadi dengan tangan bergari, sebelum diiringi dua anggota polis dibawa masuk ke mahkamah.
Puluhan pengamal media daripada pelbagai agensi berkumpul di pekarangan mahkamah seawal jam 7.30 pagi untuk merakam video serta gambar wanita itu.
Sementara itu, teman lelaki wanita berkenaan berusia 38 tahun akan didakwa di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya, hari ini mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Media sebelum ini melaporkan, wanita itu ditahan di Jalan Gasing, Petaling Jaya, Sabtu lalu dan direman empat hari hingga hari ini, manakala teman lelakinya ditahan keesokannya dan direman tiga hari hingga tempoh sama.
Sebelum ini, tular satu video di media sosial memaparkan wanita itu yang mengaku berasal dari Kuala Kangsar, Perak, menghina Islam ketika membuat persembahan di kelab komedi di TTDI.
Mingguan Wanita:Semoga menjadi pengajaran buat yang lain. Perlu ingat perkara berkaitan agama perlu dihormati dan tidak boleh sama sekali dijadikan bahan lawak jenaka.
Zulin Aziz tertinggal dompet dalam kapal terbang, dalam risau tetap nikmati percutian ke Korea. Suatu hal yang membuatkan kita risau dan tak senang duduk, bila kehilangan dompet. Inilah yang dilalui oleh pelakon Zulin Aziz yang diuji tertinggal dompet ketika bercuti ke Korea Selatan bersama suami tersayang, Farhan Norzaini.
Zulin Aziz Tertinggal Dompet Dalam Kapal Terbang
Berkongsi kisah ini, dirinya memaklumkan kali terakhir membuka dompetnya adalah ketika membuat pembelian air di dalam pesawat Air Asia dan hal malang itu hanya disedarinya ketika ingin membayar tambang teksi selepas tiba di hotel penginapannya di Korea.
“Masa nak bayar teksi tadi baru perasan purse tak ada dalam beg. Zulin tertinggal kat seat tu. Dalam tu ada kad pengenalan, kad bank dan wang tunai. Apa nasib aku kat Korea ni. Bantuin saya please apa kena buat ni 😭 katanya yang berkongsi ujian dihadapinya itu.
Atas nasihat pengikut-pengikutnya termasuk menyuruh membuat laporan di bahagian Lost & Found, Zulin dan suami menuju semula ke lapangan terbang. Namun harapannya agak menghampakan kerana bahagian tersebut telah ditutup selain terpaksa membayar tambang teksi yang agak mahal dua kali ganda kembali ke hotel kerana sudah tengah malam.
Selain telah membuat laporan ke Air Asia, jelas pelakon ini adiknya yang bekerja di Air Asia turut membantunya membuat laporan di ibu pejabat Air Asia di Kuala Lumpur. Bagaimanapun masih belum menerima sebarang berita buat masa ini.
“Buat masa sekarang belum ada khabar berita, tak apa janji kita usaha kan,” katanya lagi.Dalam pada itu, Zulin memberitahu dia sempat menyekat kad miliknya sebaik sahaja menyedari dompet berkenaan hilang.Namun wang tunainya tidak diketahui nasib berikutan dompetnya yang belum ditemui itu.
Dalam Risau Tetap Nikmati Percutian Di Korea
“Tak apalah mungkin Allah nak gantikan dengan rezeki lebih baik,” luahnya.
Dalam pada itu, dirinya dilihat menikmati percutiannya malah sambil bergurau dirinya memaklumkan suamilah yang perlu mengeluarkan semua perbelanjaan semasa bercuti di Korea ini.
Moga dipermudahkan urusan dirinya dan dompetnya ditemui kembali.
“Mayat orang terendam nie bau dia dari jauh dah boleh hidu. Kulit mereka pun dah tertanggal. Biasa badan mereka licin, beza dengan kematian biasa.
“Satu petua bila bau mayat begini, pantangnya jangan ludah. Sebaiknya telan air liur dan insya Allah bau mayat akan hilang serta merta.
“Biasanya bagi pengurusan mandi jenazah begini, kita akan lapik kain putih dahulu dan baru letak jenazah atasnya. Jangan gosok kerana isi dah lerai.
Ambil sabun dan taburkan. Paip air kita bungkus atasnya dan jirus perlahan pada jenazah. Tak lama, biasa sekejap. Habis mandi, kulit-kulit tertanggal kita satukan sekali…
Ikuti kisah pengalaman tukang mandi jenazah, Puan Lasminah Dul Siraj yang berpengalaman berpuluh tahun dalam pengurusan jenazah di Lembah Klang.
Ikuti video penuh temubual bersama dirinya di YouTube Mingguan Wanita dan Facebook jam 8 malam ini. Jangan lupa subscribe YouTube Mingguan Wanita.
Lokasi temuramah :- Tanah Perkuburan Islam Kg Kerinchi, Bukit C2 Pantai Dalam.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Semangat yang ditunjukkan Cikgu Nancy Thomas ini boleh jadi inspirasi untuk tenaga pengajar yang lain. Tetap bersemangat mengajar pelajar dengan penampilan menarik, pakai sari biarpun kelas cuma dilakukan secara online saja.
Cikgu Nancy yang cantik berbusana sari rona ungu-emas, ini bukannya ke mana-mana pun. Cuma mahu mengajar depan pelajar-pelajarnya seramai 40 orang itu.
Kehadiran Penuh, Cikgu Nancy Pakai Sari Rai Pelajar Sambut Deepavali
Daripada 40 orang pelajarnya, seorang saja yang meyambut hari Deepavali. Bagi meraikan pelajarnya itu, Cikgu Nancy tak kekok mengenakan sari ketika mengajar online untuk kelas Bahasa Melayu STPM, Semester satu selama 2 jam.
Kongsi cikgu.
“SELAMAT PAGI CIKGU
Walaupun ada seorang sahaja pelajar saya yang meraikannya, semangat menyambut Deepavali tu tetap ada.
Google Meet hari ni kita rayakan Deepavali. Kita kan 1Malaysia.
Kelas saya 7.00-11.00 pagi ni. Sem 1 tadi (7.00am-9.00am) 100% kehadiran 40/40. Terharu sangat-sangat dengan komitmen pelajar. Semoga KECEMERLANGAN menjadi milik kalian. Hanya itu yang mampu cikgu doakan.”
Rata-rata netizen yang membaca perkongsiannya memuji usaha yang Cikgu Nancy lakukan. Tak kurang juga yang memuji akan kecantikan Cikgu Nancy.
Rupanya Cikgu Nancy ini merupakan bekas finalis Dewi Remaja tahun 89/99. Beliau juga merupakan Guru Akademik Tingkatan Enam, merangkap Ketua Panitia Bahasa Melayu STPM di SMK Merbau, Miri, Sarawak.
Cikgu Nancy bukan saja cantik malah rajin berkongsi tip cantik di laman sosialnya. Aktif pula dengan dunia fitness malah mengumpul medal yang banyak untuk sukan marathon.
MW : Semoga jadi contoh kepada para pendidik yang lain. Biar pun berjauhan dari pelajar-pelajar, tetap hargai mereka. Bila guru ikhlas mengajar, anak-anak murid pun sama rasa. Dan jadi sayang nak tinggal kelas, walaupun sesi kelas online.
Gara-gara wanita menolak cinta dan lamarannya, seorang lelaki hilang pertimbangan hingga sanggup menikamnya hingga maut. Mahkamah Mesir cadang suspek dihukum digantung ‘live’
Cinta ‘bertepuk sebelah tangan’ cenderung membuatkan individu melakukan perbuatan yang boleh memburukkan keadaan.
Seperti seorang pelajar lelaki di Universiti Mansoura Mesir ini yang telah bertindak menyembelih rakan perempuannya di hadapan pintu pagar kerana dendam.
Dalam kejadian baru-baru ini, suspek yang merupakan pelajar jurusan seni tahun tiga menikam seorang gadis yang dikenali sebagai Naira Ashraf di hadapan pintu pagar ketika beliau dalam perjalanan ke perhentian bas.
Lelaki Ini Tergamak
Susulan kecederaan parah tusukan pisau pada leher, keadaan Naira menjadi tidak stabil sebelum disahkan meninggal dunia sebelum tiba di hospital.
Dalam perkembangan terbaru, The Sun UK melaporkan suspek yang dikenali sebagai Mohamed Adel akan dijatuhkan hukuman gantung sampai mati.
Hakim yang mengendalikan kes jenayah tersebut berkata suspek dijatuhi hukuman mati pada 6 julai yang lalu akan menjalani hukuman gantung, disiarkan secara langsung di televisyen.
Tikam Girlfriend Hingga Meninggal
Mahkamah Mesir meminta Parlimen supaya hukuman gantung terhadap pembunuh itu disiarkan secara langsung di televisyen bertujuan sebagai pengajaran bagi mencegah jenayah serupa berlaku pada masa hadapan.
“Penyiaran itu walaupun hanya sebahagian daripada permulaan prosiding, boleh mencapai matlamat pencegahan,” titip Mahkamah Mansoura.
Difahamkan kali terakhir siaran langsung hukuman mati dilakukan di negara itu pada tahun 1998.
Mingguan Wanita : Wanita perlu berhati-hati terutama ketika berada di tempat awam, tingkatkan tahap keselamatan diri agar keselamatan sentiasa terjaga.
Mayat tiga beranak ditemui mereput di dalam rumah, anak lelaki autistik. Tiga mayat yang dipercayai mempunyai hubungan kekeluargaan ditemukan dalam sebuah rumah di Jalan Bukit Kristal di sini pada Selasa.