Ads

Diana Rafar Tidak Meletakkan Perkahwinan Sentiasa Indah, Bila Marah Bagi Masa Setengah Jam

Diana Rafar
Diana Rafar

Pelakon dan penyanyi Diana Rafar tidak meletakkan perkahwinan sentiasa indah, bila marah bagi masa setengah jam. Ada masa kita cukup bahagia dengan suami dan kadang diuji tanpa disangka-sangka.

Diana Rafar Tidak Meletakkan Perkahwinan Sentiasa Indah

Diana Rafar Tidak Meletakkan Perkahwinan Sentiasa Indah, Bila Marah Bagi Masa Setengah Jam

Menerusi satu portal hiburan, Diana atau nama sebenar, Adiana Abdul Rafar, 44, berkata pemikiran sebegitu boleh membawa kepada kekecewaan dan tekanan kepada diri sendiri apabila berdepan ujian dalam rumah tangga.

“Dalam perkahwinan, terutama pasangan yang baru berkahwin, saya nasihatkan usah tanamkan pemikiran bahawa perkahwinan akan sentiasa indah dan sempurna.

“Apabila sesuatu perkara yang tidak dijangka berlaku, nanti kita tidak bersedia untuk terima qada dan qadar.

“Jadi, apabila kita terlalu mengharapkan kebahagiaan semata-mata, perkara sebeginilah yang boleh menyebabkan kemurungan dan kita rasa jadi sukar untuk terima realiti,” katanya.

Pernah Berpisah, Jadikan Lebih Matang

Diana Rafar Tidak Meletakkan Perkahwinan Sentiasa Indah, Bila Marah Bagi Masa Setengah Jam

Berkongsi pengalaman peribadi, Diana yang pernah melalui fasa berpisah sementara dengan suami tercinta, Zamarul Hisham berkata, ujian yang dihadapi sebelum ini banyak mengajar dia bermunasabah dan memperbaiki diri sebelum mengharapkan perubahan pasangan.

Ads

Tambahnya, keharmonian rumah tangga bukan sahaja bergantung kepada prinsip ‘give and take’, sebaliknya meletakkan hubungan dengan Allah dan mencintai diri sendiri terlebih dahulu.

“Saya pernah ada pengalaman berkahwin dan berpisah sementara. Jadi, saya fikir, ujian itu yang mengajar saya cara hendak bahagia sekarang.

“Dalam rumah tangga bukanlah kena ada ‘give and take’, tetapi. kita kena mencintai diri kita dan mencintai Allah tu lebih dari segala-galanya.

“Bukan bermaksud kita tidak perlu mencintai suami kita, tapi kita letakkan Allah yang pertama, kemudian diri kita sendiri. Jangan juga kita mencari kesalahan pasangan kita,” katanya.

Fokus Ubah Diri Sendiri Dulu

Diana percaya setiap orang perlu melakukan refleksi diri dan mengubah sikap.

Mengulas lanjut, bintang filem Susuk itu berkata, perubahan terhadap diri sendiri adalah kunci untuk menarik aura positif dalam rumah tangga.

Ads

“Apabila kita fokus untuk ubah diri sendiri, secara automatik aura positif kita akan tarik aura positif pasangan. Kalau kita amalkan cara ini, insya-Allah masalah yang tiada penyelesaian boleh dielak.

“Kebanyakan masalah sekarang berlaku sebab masing-masing ada ego. Kalau salah seorang tidak mahu lihat kekurangan diri sendiri, perubahan susah nak berlaku.

“Tetapi kalau salah seorang berubah, insya-Allah aura positif kita akan mempengaruhi pasangan yang negatif dan secara perlahan-lahan rumah tangga jadi lebih harmoni,” katanya.

Bila Marah Bagi Masa Setengah Jam

Disoal cara menangani konflik rumah tangga, Diana berkata dia mengamalkan pendekatan menahan diri daripada terus meluahkan kemarahan bagi mengelakkan kata-kata terlanjur yang boleh menyakitkan hati.

“Bagi saya, cukuplah kita buat kerja dan tanggungjawab kita, abaikan perkara kecil tidak perlu diperbesarkan. Hendak merajuk pun, kalau boleh simpan, simpan dahulu.

Ads

“Apabila tercetus pergaduhan, bagi masa dalam setengah jam atau satu hari kemudian tengok keadaan kita, silap-silap kita lupa yang kita marah.

“Kalau masa itu juga hendak mengamuk, isu akan jadi berpanjangan. Apa yang terlontar dari mulut kita boleh jadi racun kepada pasangan kita, biarpun sebenarnya bukan niat daripada hati kita,” ujarnya.

Suka Pergi Umrah

Diana Rafar Tidak Meletakkan Perkahwinan Sentiasa Indah, Bila Marah Bagi Masa Setengah Jam

Diana berkata dia dan Zamarul masing-masing lebih gemar menunaikan umrah berbanding bercuti ke destinasi lain. Bagi mereka, suasana di Tanah Suci memberi ketenangan, memupuk rasa syukur dan menyatukan hati.

“Sejak dua hingga tiga tahun kebelakangan ini, kami selalu diberi peluang untuk tunaikan umrah. Alhamdulillah, abang (Zamarul) dan saya ada ‘vibe’ yang sama,” katanya.

Sekadar info, Zamarul pernah melafazkan cerai terhadap Diana pada 14 Januari 2015. Kira-kira sebulan kemudian, Zamarul melafazkan rujuk secara lisan di rumah mereka.

Gambar: Diana Rafar

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Cerita Lain

Didik Anak Lelaki

Tak Rugi Didik Anak Lelaki Buat Kerja Rumah Dari Kecil, Nanti...

Tak rugi didik anak lelaki buat kerja rumah dari kecil, nanti kahwin mudahkan isteri. Pandangan ini, cukup tepat.