Hiburan

Di Usia Perkahwinan Yang Ke-3, Sari Yanti Umum Hamil Enam Bulan

Share

Alhamdulillah tahniah diucapkan kepada pelakon kecil molek, Sari Yanti yang mengumumkan dia kini sedang hamil enam bulan.

Berita gembira itu Sari Yanti kongsikan menerusi postingnya di akaun Instagram sempena sambutan ulang tahun perkahwinannya bersama pelawak, Jep Sepah.

Foto: Instagram

Sari Yanti atau nama sebenarnya Sari Yanti Mohamad Nazari mendirikan rumah tangga bersama Jep pada 25 Februari 2017 dan hasil perkahwinan mereka, pasangan ini telah dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Dariya Inara yang kini berusia hampir dua tahun.

Foto: Instagram

Menerusi postingnya juga, Sari Yanti mengharapkan ikatan perkahwinan yang dibina akan dirahmati Allah di dunia dan akhirat.

Ikuti perkongsian, Sari Yanti

Esok anniversary kami yang ke 3 . Ya Allah rahmatilah perkahwinan @jepsepahtu dan @sariyanti di dunia hingga akhirat. amin ❤ .
.

Alhamdulillah dalam perjalanan kami di usia perkahwinan yang ke 3 tahun kami sedang tunggu kehadiran ahli baru .. insyaallah. Kami bersyukur dan ucapkan terima kasih banyak banyak atas doa yang baik dari anda semua. Semoga Allah balas yang lebih baik buat anda sekeluarga 🤗
.
Kakak tak penah kisah @jepsepahtu

rambut panjang ke pendek. Mana mana pun sayangnya sama. Hatinya sama. Tak ada beza. I love you Husband @jepsepahtu . Happy 3rd Anniversary 💋❤
.
Nota kaki : my 6th pregnancy. #6monthpregnant
Hasil perkahwinan terdahulu, Sari Yanti dikurniakan dua anak iaitu Barr Al Aliy dan Baasit Al Haq. Foto: Instagram

Rata-rata peminat dan rakan artis mengucapkan tahniah kepada pasangan ini dan berdoa agar kebahagian mengiringi pasangan ini selamanya. Insyallah.

MW: Semoga Sari Yanti dikurniakan kesihatan yang baik sepanjang kehamilannya kali ini. Dalam masa yang sama, Allah mempermudahkan urusan hariannya.

IKLAN