Ads

Detoks Buang Angin Untuk Lelaki & Perempuan, Lepas Seminggu Amalkan Memang Perut Jadi Kempis

detoks buang angin

Sesekali detoks buang angin dalam badan sendiri, bagus juga sebab kita ni jenis makan segala bagai tanpa fikir lemak-lemak dan segala angin yang akan muncul dalam tubuh badan. Untuk tahu apa bahan yang patut anda sediakan dan macam mana cara nak buat, baca perkongsian Puan AmiEra Johan ini…

Jangan lupa untuk detox badan kita, saya percaya bila kita detox badan akan lebih sihat dan bertenaga.

Ni cara mudah saya detox badan… hampir seminggu dah amalkan rasa ringan badan, perut pun dah kempis sikit sebab saya beranak operate 2x perut susah nak kempis sebelum ni. Segala angin habis keluar.. bila sendawa & kentut-kentut rasa lega sangat. Tak ada la nak berangin je tak tentu pasal.

Ads

Bahan-bahan:

Green tea cap boh 1 uncang
Halba 1sb
Halia suka hati nak buh banyak mana (Lagi banyak lagi bagus)
Air kosong 2 cawan

Note: Untuk kaum hawa kalau nak tambah manjakani/kunyit pun boleh. Tapi kunyit tu tak boleh minum hari-hari tau. 1-2 kali seminggu tu dah memadai. Suka wangi letak serai sebatang dua.

Ads

Cara-caranya:

Rebus semua bahan sampai mendidih. Tunggu agak-agak dah suam-suam kuku. Minum. Nak tambah madu sikit pun ok. Bagus amalkan time perut kosong. Sebelum makan la ya.

Ads

Detox ni laki pompuan boleh je amalkan. Selain boleh detox badan, bawa keluar angin jahat, juga boleh turunkan berat badan. Yang penting konsisten. Tengah nasihatkan diri sendiri sebenarnya ni. Doakan saya pun mampu konsisten!

Anda mungkin berminat dengan

Yang nak try tu, saya ucapkan selamat mencuba!

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Cerita Lain

pertemuan damai

Pertemuan Damai Bertukar Jadi Mimpi Ngeri, Wanita Itu Diugut & Dir*g*l...

Dek kerana rasa tidak puas hati dengan bekas teman wanita, pertemuan damai untuk menyelesaikan konflik hubungan bertukar menjadi tragedi berdarah apabila seorang lelaki dipercayai menikam mati teman lelaki bekas kekasihnya sebelum melarikan diri sejauh ratusan kilometer.