
“Saya sangkakan itulah penerbangan terakhir dalam hidup kami suami isteri.”
Demikian luahan seorang penumpang penerbangan MH2742 Malaysia Airlines yang berdepan detik mencemaskan apabila pesawat itu mengalami penurunan tekanan udara secara tiba-tiba sebelum selamat mendarat di Lapangan Terbang Bintulu, Sarawak pada Rabu lalu.
Suasana Cemas Dalam Pesawat Malaysia Airlines
Menerusi perkongsian di Facebook, Abdul Jalil menceritakan pengalaman ngeri itu berlaku kira-kira sejam sebelum pesawat yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 8.20 pagi dijangka mendarat di Bintulu.
Menurutnya, keadaan di dalam kabin bertukar panik apabila kedengaran bunyi ganjil diikuti pesawat terasa menjunam. Tidak lama kemudian, topeng oksigen jatuh secara automatik dari ruang atas tempat duduk penumpang.
Penumpang Cemas Dan Suasana Panik
“Apabila keluar alat bantuan penafasan dan kapten mengisytiharkan kecemasan (dan) menasihati penumpang untuk memasang alat bantuan penafasan, saya tahu ada sesuatu yang tidak elok berlaku.
“Pada masa itu hati saya terdetik, kiranya inilah penerbangan terakhir kami, sekurang-kurangnya ada rakaman terakhir untuk tatapan anak-anak dan cucu,” tulisnya.
Abdul Jalil turut menggambarkan suasana di dalam kabin menjadi sunyi dan tegang, dengan ramai penumpang kelihatan cemas manakala kru kabin tidak sempat memberi arahan seperti kebiasaannya.
Pesawat MH2742 Mendarat Selamat Di Bintulu
Namun begitu, rasa takut itu bertukar lega apabila juruterbang memaklumkan bahawa pesawat kembali stabil pada ketinggian 10,000 kaki sebelum mendarat dengan selamat di Lapangan Terbang Bintulu sekitar jam 10.35 pagi.
“Alhamdulillah, kami selamat mendarat. Peristiwa singkat ini terasa begitu panjang kerana pelbagai kenangan dan doa silih berganti dalam fikiran,” ujarnya lagi.

Pengajaran Dari Insiden Penerbangan MH2742
Melalui pengalaman tersebut, Abdul Jalil mengakui insiden itu memberi pengajaran besar tentang nilai kehidupan dan keinsafan terhadap kebergantungan manusia kepada Allah SWT dalam setiap detik kehidupan.
Kejadian dalam penerbangan MH2742 Malaysia Airlines ini menjadi peringatan kepada semua tentang pentingnya kesyukuran, ketenangan dalam menghadapi kecemasan, serta kecekapan kru penerbangan dalam memastikan keselamatan penumpang.
Sumber: Abdul Jalil
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Zulin Aziz Kunci Mulut Punca Pergaduhan Dengan Suami “Doakan Yang Baik-Baik”

Zulin Aziz kunci mulut punca pergaduhan dengan suami. Lumrah dalam perkahwinan, pastinya ada dilambung badai apatah lagi usia perkahwinan yang masih muda.
Tidak ada angin dan ribut, pelakon dan pengacara terkenal, Zulin Aziz sebelum ini mengejutkan peminat dan pengikutnya di akaun Instagram dengan berkongsi hantaran mengenai status rumah tangganya.
Dalam hantaran yang dikongsikan Zulin sebelum ini memberi bayangan rumah tangganya dengan Farhan Norzaini yang berusia 14 bulan seperti tidak dapat dipertahankan lagi. Pada masa yang sama Zulin juga menegaskan perkongsian mengenai rumah tangganya dengan bukanlah sekadar gimik yang didakwa segelintir warganet.
Zulin dan suami kemudiannya memberitahu mahu perbaiki rumah tangga.
Zulin Aziz Kunci Mulut Punca Pergaduhan Dengan Suami
Pasangan yang bernikah di Masjid Negara, pada 20 Februari tahun lalu itu sewaktu Aidilfitri, kelihatan begitu bahagia menyambut Syawal bersama.
Seperti mana dilaporkan Harian Metro, Zulin Aziz memberitahu dek kerana menghormati keluarganya, dia memilih untuk mengunci mulut dan enggan mendedahkan secara terperinci punca pergaduhan dengan suami.
Malah dia memohon agar mendoakan yang terbaik buat rumah tangga mereka.
“Doakan yang baik-baik hubungan kami semakin rapat selepas apa yang berlaku.
“Lebih baik saya tidak memanjangkan perkara ini.
“Orang boleh membuat spekulasi tentang apa yang berlaku, tetapi hanya kami berdua saja tahu puncanya.
“Lagi kita bercakap, lagi banyak perkara tak baik keluar dari mulut orang.
“Itu adat dalam rumah tangga, apatah lagi kami baru setahun dalam perkahwinan. Kadang-kadang perkara-perkara kecil pun boleh menjadi punca.
“Apa pun kami berdua berdoa semakin matang,” ungkap Zulin.

Baca Disini : Sayang Saja Tak Cukup Kata Zulin Aziz
Mingguan Wanita: Semoga Zulin dan suami melayari bahtera perkahwinan dengan baik.
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Sumber: Harian Metro
Sumber Foto : Instagram Zulin Aziz
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Ritual Tradisi Bawa ‘Rezeki’ Datuk Bandar ‘Berkahwin’ Dengan Buaya!

Siapa sangka adat dan ritual tradisi masyarakat setempat di sesebuah kawasan mahupun negara adakalanya cukup unik. Buaya yang dianggap binatang berbahaya, dikahwinkan dengan pemimpin tempatan dipercayai mampu membawa ‘rezeki’ dan ‘tuah’.
Di Mexico, seorang Datuk Bandar melamar seekor buaya yang lengkap dipakaikan gaun pengantin demi meneruskan upacara tradisi di negeri itu.

Ritual Tradisi Bawa Rezeki
Datuk Bandar San Pedro Huamelula, Victor Hugo Sosa ‘berkahwin’ dengan buaya itu sebagai sebahagian daripada ritual tradisi orang asli untuk membawa ‘rezeki’ ke kampung di barat daya Mexico.

Upacara itu turut dipercayai akan membawa ‘tuah’ kepada komuniti nelayan setempat.
Buaya betina yang dinamakan Little Princess dikenakan pakaian berwarna putih seperti pengantin dan kemudian dibaptiskan sebelum Sosa melafazkan ikrar perkahwinan.
Pengantin lelaki turut memberikan ciuman kepada isterinya.

Penggabungan Manusia Dengan Alam
Reptilia berusia tujuh tahun itu dipercayai sebagai dewa yang mewakili ibu pertiwi dan perkahwinan dengan pemimpin tempatan melambangkan penggabungan manusia dengan alam lain.
Majlis penuh warna-warni itu turut diserikan dengan persembahan muzik tradisional dengan tetamu bersorak kegembiraan.
“Kami meminta alam supaya hujan turun dengan cukup, makanan serta mempunyai sumber ikan di sungai,” kata datuk bandar itu.
Oaxaca terletak di selatan Mexico yang mempunyai ramai penduduk miskin.Mexico merupakan negara paling kaya dengan budaya orang asli dan masih mengekalkan bahasa serta tradisi mereka.

San Pedro Huamelula ialah sebuah perkampungan nelayan kecil di pantai Pasifik Oaxaca.
Mesti Baca:‘Baru Seminggu, Mentua Suruh Buat UPT.’ Jika Gagal Hamil, Suami Kena Kahwin Lain
Baca Lagi Di Sini:Tak Pernah Berkahwin, Wanita Warga Emas Bertemu Jodoh Pada Usia 83 Tahun!
Artikel Menarik:Bertemu Jodoh Usia 48 Tahun, Pelakon Haliza Misbun Akhiri Zaman Anak Dara
Mingguan Wanita:Unik sungguh ritual tradisi begini, berkahwin dengan buaya bertujuan untuk membawa tuah dan rezeki di sesebuah tempat.
Sumber: Utusan
Follow kami di :
Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita
TikTok: https://tiktok.com/@mingguanwanita
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Setahun Siapkan Kediaman Moden Minimalis, Jurugambar Ini Kongsi Panduan Lengkap DIY Setiap Ruang

Kediaman berkonsep ‘Moden Minimalis’ milik Fairus Khafiz ini mengambil masa setahun untuk disiapkan. Usaha membina ruang idaman dilakukan dengan kerja tangan sendiri dan bantuan rakan.
Semuanya bermula dengan draf menggunakan perisian 3D ‘Sketch Up’, wiring, pemilihan skema warna, shading sampailah ke pemilihan lampu dan sebagainya.
“Saya membuat survey secara mengeluruh di laman web untuk mendapatkan tema Modern Minimalist Home Decor.”
Panduan Lengkap Membina Setiap Ruang Kediaman

Ruang Dining
Bagi menambah luas ruang secara ilusi, saya pasang 8 cermin secara rapat. Ini untuk mendapatkan bentuk cermin berbingkai. Saya ada terfikir untuk pasang cermin besar terus, tapi memandangkan kesukaran dalam pengangkutan, so, saya teruskan dengan idea cermin dengan 8 pecahan. Lebih berbaloi dan mudah dipasang.
Setiap pintu saya cat dengan mengunakan cat kayu dari Jotun dengan warna Purewhite. Bermula dengan cat primer, disambung 3 kali dengan cat jenis kayu.
Suis lampu dan plug tiga poin saya dapatkan dari Home Pro mengunakan silver color untuk tema modern dan minimal.
Terdapat 2 plaster ceiling, satu living room dan dining room. Kedua plaster ceiling saya gunakan 4 biji light white lampu limpah dari Home Pro. Untuk shading, saya gunakan lampu putih LED.
Dekorasi ruang ini saya dapatkan dari Kaison, Daiso ataupun kedai RM 2.

Dining Room Dari Sudut Berbeza
Untuk dinning room, saya dapatkan meja makan dari Ikea model bjursta. White color. Saya suka meja ni sebab boleh dikecilkan jadi 4 seater.
Kerusi meja makan saya dapatkan di Lazada. Banyak kedai yang jual, tapi nasib saya, masa saya beli, 4 biji dalam RM3++. Saya ada jumpa, kedai jual, sebiji, RM 374!!!
Untuk dining room, saya gunakan foto dengan tema “Best Picture”. Gambar yang digunakan adalah gambar yang pernah menang dalam beberapa pertandingan. Gambar anak Bajau Laut meminta duit dalam hujan di tingkap hotel. Gambar ini diambil semasa saya di Mabul, Sabah.
Warna dinding saya gunakan Jotun Majestic Perfect Beauty – EveningSky Code 4168. Untuk ceiling dan dinding bukan utama, saya gunakan Bare 1391.
Framenya saya dapatkan dari Lazada. Saiz terdiri dari 12Rs. 3 lagi frame adalah karya dari pengukir dari Langkawi. Unik sangat. Saya dapatkan di Pusat Kraftangan Langkawi. Banyak benda menarik di situ.
Lightingnya saya dapatkan dari Ikea, model Ranarp white color. Saya letak betul-betul di tengah meja makan. Lampu ceiling pula saya dapatkan dari Home Pro warna light white.
Bagi shading, saya gunakan LED white color di keliling plaster ceiling. Untuk frame, saya gunakan lampu model hektar dari Ikea.
Lantai guna Solid Hardwood dengan warna grey. GlacierOak floors nampak timeless style and long-lasting beauty, with a modern industrial-inspired twist.
Saya gunakan tiang pemisah sebanyak 8 batang. Saya dapatkan di kawasan Klang. Untuk memisahkan dining room dengan living hall, saya gunakan storage bench dari Ikea, Applaro. Saya simpan Toto, bantal etc jika ada yang nak tidur di living room.
Kabinet TV, saya dapatkan dari Ikea model besta. Dibeli secara berasingan dan dicantum menjadi tiga laci atas dan 3 laci bawah disangkut di atas dinding. White color.
Agar tampak moden, saya dapatkan floor lamp dari Ikea model Stockholm 2017. Tapi sampai hari ni tak ada mentol. Dah habis katanya.
Setiap pintu dan bingkai saya cat dengan mengunakan cat kayu dari Jotun dengan warna purewhite. 3 lapis digunakan bagi nampak kemas dan berkilat.
Suis lampu dan plug tiga poin, saya dapatkan dari Homepro mengunakan silver color untuk tema modern dan minimal.

Sudut Lain Dining Room
Warna dinding saya gunakan Jotun Mejestic Perfect Beauty – EveningSky Code 4168. Untuk ceiling dan dinding bukan utama, saya gunakan Bare 1391.
Frame, saya dapatkan dari Lazada. Saiz terdiri dari 12Rs. 3 lagi frame adalah karya dari pengukir dari Langkawi. Unik sangat.
Lighting saya dapatkan dari Ikea, model Ranarp white color. Saya letak betul betul ditengah meja makan. Untuk suis, saya gunakan dari Home Pro dengan silver color.
Lampu ceiling saya dapatkan dari Home Pro, dengan warna light white. Shadingnya, saya gunakan LED white color di keliling plaster ceiling. Untuk frame, saya gunakan hektar dari Ikea.

Bilik Air
Bahagian tandas dalam bilik utama, kebanyakan kerja ini diserahkan pada yang pakar sebab saya tak ada peralatan. Lagipun, saya kurang yakin. Walau bagaimanapun, semua barangan dalam tandas ni saya beli sendiri.
Saya gunakan black stone untuk nampak mewah. Dari dinding sampai ke lantai. Lampu limpah light color untuk pencahayaan saya dapatkan di Home Pro.
Kebanyakan barang, saya dapatkan di Home Pro kecuali cabinet mirror. Yang ini saya dapatkan di Ikea model lilangen.
Shading bawah cabinet mirror, saya dapatkan juga dari Kkea, model ostana
Manakalan suis lampu dan plug tiga poin, saya dapatkan dari Home Pro mengunakan silver color untuk tema modern dan minimal.

Dapur
Pada bahagian dapur, saya dapatkan modular cabinet dari Ikea. Dicantum-cantum untuk dijadikan cabinet kitchen. Barang seperti sinki etc saya dapatkan di kawasan Puchong.
Lampu saya gunakan dari Ikea model Ranarp black color. Digantung rendah bagi nampak lebih fokus pada kabinet. Pilihan warna adalah hitam bagi membezakan warna kabinet yang putih. 2 lampu digunakan disusun hampir.
Pilihan suis lampu dan plug tiga poin, saya dapatkan dari Home Pro mengunakan silver color untuk tema modern dan minimal.
Lantai dapur, saya guna 5 mm tebal vinyl dengan corak PioneerValley. Warna lebih gelap bagi kontra dengan warna kabinet dapur. Kawasan basah perlu dipasang jenis ini kerana tahan basah. Saya turun memasang dibahagian tandas.
Ruang masuk dapur, saya guna cat Jotun Majestic Perfect Beuty Code Nutmeg 1929. Ceiling pula saya gunakan Bare 1391. Dapur basah di luar saya gunakan warna Nutmeg, lantai dibiarkan marmar asal.
Setiap bingkai pintu saya cat dengan mengunakan cat kayu dari Jotun dengan warna purewhite. 3 lapis digunakan bagi nampak kemas dan berkilat.
Untuk suis lampu dan plug tiga poin, saya dapatkan dari Home Pro mengunakan silver color untuk tema modern dan minimal.

Bilik Tidur Ketiga
Bilik tidur ketiga ini saya guna cat Jotun Mejestic Perfect Beauty Code #SofisticatedBlue 4744 untuk main wall dan Decoblue 4477 untuk wall lain dan ceiling.
Lighting saya guna dari Ikea model Vidja untuk floor lamp dan Svirvel untuk lampu ceiling. Bilik ni paling gelap sebab akan jadikan bilik teater untuk Audio dan Video.
Setiap pintu dan bingkai saya cat dengan mengunakan cat kayu dari Jotun dengan warna purewhite. 3 lapis digunakan bagi nampak kemas dan berkilat.
Suis lampu dan plug tiga poin, saya dapatkan dari Home Pro mengunakan silver color untuk tema modern dan minimal.
Frame saya dapatkan dari Ikea, Guldbodo. Saya gunakan gambar potrait semasa saya mengembara ke Shenzen, Kota Belud, Ho Chi Minh, Dhaka, Mekkah dan Siam Rep.
Untuk flooring, living room gunakan Solid Hardwood dgn warna brown. AustinOak floors nampak tenang dan kemas untuk bilik tidur.
Langsir pula saya gunakan jenis blind dari Ikea model tupplur.

Ruang Pintu Masuk
Untuk ruang pintu masuk, saya guna cat Jotun Majestic Perfect Beauty Code Persiankhaki 1623. Bahagian ceiling saya gunakan Bare 1391.
Untuk flooring, saya gunakan SolidHardwood dgn warna grey. GlacierOak floors nampak timeless style and long-lasting beauty, with a modern industrial-inspired twist.
Lighting saya guna dari Ikea model knappa untuk lampu ceiling. Suis lampu dan plug tiga poin, saya dapatkan dari Home Pro mengunakan silver color untuk tema moden dan minimal.
Untuk frame saya dapatkan dari Ikea, Gunnabo. Saya gunakan gambar landscape terbaik semasa saya mengembara ke Bandar Seri Bagawan, Pangkor Laut, Maldives, Mabul, Ranau, Frankfurt, Genting dan Kandy.
Setiap pintu dan bingkai saya cat dengan mengunakan cat kayu dari Jotun dengan warna Purewhite. 3 lapis digunakan bagi nampak kemas dan berkilat.

Ruang Tamu
Saya dapatkan sofa dari Ikea model Ekabol. White color. Saya suka sofa ni sebab ada para di bawahnya. Saya letakkan buku komik kesukaan saya dan beberapa buku yang saya sedang baca.
Langsir dijahit di Nilai3, 10 kaki tutup balkoni dari atas ke bawah. 2 lapis. Satu plain silver shining dengan 80% penahan cahaya matahari dan white plain color untuk pencahayaan dari luar.
Di living room ini, saya gunakan foto dengan tema “Black and White”. Gambar-gambar ini saya ambil dalam warna hitam putih sepanjang saya mengembara.
Antara gambar yang saya gunakan, Sydney Harbour Bridge, Sydney Opera House, Taipei 101, Canton Tower, Brisbane, Downtown, Briekfield, Jørn Utzon Room, Lourve Museum, Paris Downtown Dan Songshan Cultural and Creative Park.
Warna dinding saya gunakan Jotun Majestic Perfect Beauty – EveningSky Code 4168. Pada ceiling dan dinding bukan utama saya gunakan Bare 1391.
Bingkai frame, saya dapatkan dari Lazada. Saiz terdiri dari 5R, 12R dan 5′ x 12′. Untuk lighting saya dapatkan dari Ikea, Tigdig dengan lima poin cahaya, sedikit yellowish untuk shading. Untuk suis, saya gunakan dari Home Pro dengan silver color.
Bagi menaikkan warna, saya gunakan carpet berwarna kelabu model vindum. Untuk flooring, bahagian living room saya gunakan Solid Hardwood dengan warna grey. GlacierOak floors nampak timeless style and long-lasting beauty, with a modern industrial-inspired twist.

Bilik Tidur Utama
Di bilik tidur utama, saya gunakan warna pastel atau neutral bagi menaikkan mood relaxing.
Katil saya dapatkan dari Ikea model malm dengan pilihan warna WhiteStainedOak ditambah 4 storages di bawah katil. Saya beli sekali meja sisi katil dari jenis corak kayu yang sama.
Yang atas meja sisi katil tu eksprimen saya, guna bunga plastik dalam tabung lilin. Saja mencuba.
Warna dinding saya gunakan Jotun Majestic Perfect Beauty – persiankhaki Code 4168. Untuk ceiling dan wall bukan utama, saya gunakan Washedlinen 1391.
Untuk lighting saya dapatkan dari Ikea, model Alang dengan warna hitam. Suisnya saya gunakan dari Home Pro dengan silver color. Untuk lampu ceiling saya dapatkan dari Home Pro, dengan warna yellow white.
Shading, saya gunakan LED white color di keliling plaster ceiling. Frame, saya gunakan hektar dari Ikea.
Saya dapatkan set frame ayat Al Quran dan jam dari Lazada.
Flooring, living room gunakan Solid Hardwood dgn warna light brown. cremamapple floors nampak sesuai dgn warna tanah yang cuba diketengahkan.
Setiap pintu dan bingkai saya cat dengan mengunakan cat kayu dari Jotun dengan warna purewhite. 3 lapis digunakan bagi nampak kemas dan berkilat.
Suis lampu dan plug tiga poin, saya dapatkan dari Home Pro mengunakan silver color untuk tema modern dan minimal.

Ruang Masuk Ke Dapur
Untuk ruang masuk ke dapur, saya guna cat Jotun Majestic Perfect Beuty Code #Nutmeg 1929. Untuk ceiling, saya gunakan Bare 1391.
Untuk frame saya guna white frame size 6R dari Lazada. Saya gunakan gambar saya semasa di Taipei, Sydney, Hong Kong dan Phnom Penh. Mengunakan tema “Moment”, pengembaraan yang paling diingati.
Untuk memisahkan ruang dapur dengan dining room, saya gunakan 8 pemisah tiang dengan corak granvale.

Tribute Pada Semua Jurugambar
Untuk ruang ini, saya gunakan tema “tribute” kepada semua photography. Gambar-gambar yang digunakan semasa saya mengembara di Indonesia.
Frame saya dapatkan dari Ikea dengan size 8R. Saya susun secara rapat untuk menampak gambar seperti bersambung.

7 Tip Sebelum Mulakan Projek Kerja Tukang Kediaman Sendiri
1. Rancang Bajet
Saya masukkan semua detail ke dalam perisian “Sketch Up” dari sekecil sekecil suis, pilihan foto sehinggalah susun atur perabot.
Saya mulakan dengan planning bagi memastikan pengunaan budget adalah minumum. Senang cerita paling jimat.
2. Survey Di Kedai
Masalah bermula bila “idea” nak diterjemahkan kepada “realiti”. Saya bermula daripada survey kedai-kedai untuk mendapatkan harga termurah.
Setiap yang dibeli perlu mengikut “idea” dan perlu “under budget” Bukan mudah. Sangat susah.
Hampir ditipu dengan pembekal, barang tak sama masa dapat sebut harga dan macam-macam lagi.
Paling “frust” bila barang tiada dan perlu alternatif lain. Minggu ni survey lampu, next week lighting dan seterusnya.
3. Buat Senarai Barang Agar Tak Membazir
Bagi mengunakan budget secara optimum, saya list barang agar tidak membazir atau terbuang. Ukuran perlu tepat. Contohnya untuk cat, saya akan buat pengiraaan berapa liter yang diperlukan.
Begitu juga flooring, wiring, jubin bilik air dan lain-lain. Sebabnya semua barang ini dibeli oleh saya terus dari pembekal. Sebarang kesilapan adalah kesilapan saya sendiri.
Barang-barang dibeli mengikut fasa kerja yang akan dibuat. Disebabkan dah terbiasa dengan “Microsoft Project” saya pastikan planning dan budget seiring.
Saya bermula dengan wiring baru. Setiap wiring perlu diuji selepas dipasang, sebab lepas ini semua dah dalam dinding.
Masa kerja-kerja hacking, beberapa kali dimarah dengan jiran sebab, saya buat hari minggu. Nak buat macamana. Kerja diteruskan ke toilet, plaster ceiling dan penukaran pintu.
4. Bantuan Rakan
Kerja kerja di atas tak semua saya buat sendiri. Untuk plaster ceiling dan piping toilet saya perlukan bantuan. Begitu juga kerja kerja memecah jubin toilet asal.
Setelah siap kerja-kerja sebelum ini, pemasangan jubin toilet dilakukan. Kemudian saya mulakan proses melicinkan dinding untuk coloring. Ambil masa dan memenatkan.
5. Bersiap Sedia Dengan Segala Kemungkinan Kesilapan
Guru saya You Tube. Hahahaha. Macamana pun banyak juga kesilapan yang saya buat. Contohnya saya terpaksa cat semula rumah disebabkan tersilap pengunaan cat primer.
Benda basic pun boleh salah. Cat balik. Sakit badan jugalah buat kerja kerja mengecat ni. Berapa banyak layers lah nak buat.
Setelah siap, ini masa yang saya paling suka, pasang lampu. Sebab masa ni, dah nampak bagaimana shading yang kita pilih akan naik. Sampai ambil cutilah.
Bengang kalau ada short kat mana-mana wiring atau bulb rosak. Kena pergi kedai balik tukar. Then buat tiang pemisah. Playwood digabung digam. Untuk finishing, tampal dekat pelekat kayu.
Siap lighting, flooring pula. Ni pun ambil masa. 3 hari sebab bukak balik sebab tak kemas. Baru belajar katanya. Saya gunakan Solid Hardwood untuk ruang tamu, bilik.
Untuk Vinyl, saya gunakan di dapur dan kawasan hadapan tandas. Untuk pastikan skema warna adalah sama, sekali lagi saya guna “Sketch Up”. Saya dapatkan sample dan masukkan dalam 3D modeling.
6. Tetapkan Tema Seperti Yang Diinginkan
Ok, seri dah naik. Masa untuk dekorasi. Saya mulakan dengan pemasangan bingkai gambar. Saya gunakan 32 photo yang saya ambil sendiri mengikut tema. Black and White, landscape view, people portrait, best photo, moment dan tribute.
Nasib baik Fotokem bagi baucer printing, saya save dalam RM 600++ untuk printing. Bila dah siap, dah gantung, pasang lighting, cunlah. Suka sangat.
7. Masukkan Perabot, Pilih Yang Benar-benar Nak
Seterusnya perabot, saya cuba untuk menerapkan “modern minimalist home decor”. Pengunaan perabot mesti ada nilai tambah pada ruang.
Tidak perlu beli semua jika tidak digunakan. Lagipun rumah saya duduk sekarang dah banyak sgt barang. Nanti double perabot pula.
Pemilihan perabot juga telah dipilih semasa planning, dah saya terpaksa survey di IKEA untuk memastikan mengikut planning. Pemasangan perabot juga mengambil masa kerana ada yang perlu dipasang sendiri dan digantung.
Contoh kitchen cabinet, tv cabinet, sink, toiler cabinet, mirror dan lain lain. Sekali lagi kena marah dengan jiran sebab buat bising masa drilling.
Then siap, masanya untuk sentuhan, langsir semua dibeli di Nilai 3, murah berbanding ambil upah atau di kedai home decor.
Jauh beza. Saya sebenarnya tak suka langsir. Cuma ruang balkoni sahaja gunakan langsir. Yang lain gunakan birai. Lebih nampak ringkas dan modern.
Bila Kira Balik, Saya Jimat Amat Sangat
Alhamdulillah, akhirnya siap juga. Mulanya macam tak percaya juga. Dalam hati, boleh juga aku buat benda benda ni semua dengan tangan 4 kerat ini. Kira boleh bertukang rupanya aku.
Bila kira-kira balik, saya dapat jimat yang amat sangat. Ini kerana sebelum mula kerja, saya ada dapatkan sebutharga. Harga untuk ubah suai adalah 3 kali ganda dari apa yang saya belanjakan. Semua resit saya simpan untuk track budget.
Lagi satu, kenapa saya ambil keputusan untuk buat sendiri, banyak kontraktor tak mahu ikut design yang saya buat. Katanya yang dicadangkan lebih cantik. Tapi sebenarnya bila ikut kata kontraktor, kalau ada ribuan RM, semua boleh jadi. So, sebab dah frust, lebih baik buat sendiri.
Kuncinya Keseronokan Bertukang Sendiri
Post saya ini hanyalah cuma berkongsi keseronokan bertukang sendiri dari A sampai Z. Banyak benda saya belajar dan kesabaran adalah kunci untuk melakukan kerja mcm ini.
Sampai satu ketika, dalam hati kata “sudahlah, penatlah nak fikir. Baik buat benda lain” Tapi sikit-skit saya pujuk diri dan kerja pun jalan balik.
Lagi satu, terima kasih yang membantu. Kalau tak ada orang bantu, tak jalan juga. Terima kasih atas pinjaman tenaga dan masa. Terima kasih juga yang pinjamkan peralatan. Sayang semua.
PS: Untuk info, saya bukan bekerja bahagian Interior Designer. Ini hanya hobi, disamping itu, saya pemain photography, boleh lawat hasil kerja saya di facebook.com/fairuskhafizphoto
Sumber/Foto : Facebook Fairuz Khafiz
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!

