Demi anak, ibu sanggup ambil tuisyen duduki SPM, beri galakan anak belajar. Kasih seorang ibu, sanggup melakukan apa sahaja demi anak-anak! Seorang ibu sanggup berkorban dengan mengambil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 sebagai motivasi buat anaknya lulus dalam peperiksaan tersebut.
Norazah Spiji, 48, berkata, dia mengikuti kelas di Pusat peningkatan akademik dan pakar dalam membantu pelajar SPM, PTTI dengan mengambil sembilan mata pelajaran.
Menurutnya, keputusan itu dibuat bagi mengubah sikap anaknya, Muhammad Haziq Asyraf yang tidak mahu belajar sebaliknya lebih gemar bermain permainan video dan telefon bimbit.
“Niat saya adalah nak ajar anak dan beri motivasi kepada dia. Sebabnya, dia memang suka main ‘game’ sampai lewat malam, telefon bimbit. Saya suruh belajar, dia tak nak. Jadi, saya fikir macam mana nak ajar dia. Saya pun tak pandai.
“Bukan apa, saya takut keputusan SPM dia nanti tak melayakkan dia untuk sambung pelajaran. Jadi, saya cakap pada diri kenapa tidak saya ambil juga SPM. Maka, saya pun mengikuti kelas dalam talian yang dibuat PTTI.
“Memandangkan anak duduk di asrama, dengan cara ini saya boleh bantu dan dalam masa sama dapat ajar dia dalam pelajaran menggunakan nota yang ada,” katanya.
Menurut wanita yang berasal dari Sarikei, Sarawak, dia tidak menjangka memperoleh keputusan 3A, 3B, 2C dan 1D.
Gred A membabitkan mata pelajaran Bahasa Melayu (A-), Sejarah dan Matematik (A).
Ads
“Saya sangat gembira dan bersyukur sangat. Tak sangka boleh dapat banyak A. Rakan saya semua pun cakap perkara sama. Memang terkejut.
“Saya pilih program Selekoh Akhir PTTI sebab dapat tahu ramai pelajar dapat banyak A belajar di sini. Kalau saya belajar sendiri tak faham pula. Alhamdulillah, selama tiga bulan saya mudah ingat dan faham.
“Ketika itu dalam fikiran tak terfikir pun nak dapat A dalam Matematik. Apatah lagi dengan umur saya ini, memang cepat lupa. Tapi, saya cuba juga,” katanya.
Keputusan Luar Jangkaan
Hasil daripada pengorbanan dan kerja keras Norazah itu, anaknya berjaya mengubah peperiksaan percubaan yang sebelum ini 6G ke 3A.
Ads
“Saya berharap anak saya akan lebih berjaya pada masa hadapan. Terima kasih semua cikgu di PTTI yang membantu saya,” katanya.
Dalam pada itu, hantaran video dimuat naik di TikTok Sir Race yang juga tenaga pegajar di PTTI memaparkan keterujaan Norazah ketika membuat semakan keputusan SPM pada 27 Mei lalu.
Ads
Dipaparkan bagaimana Norazah dalam keadaan berdebar sambil dikelilingi oleh rakan sekerja yang turut teruja menunggu keputusan itu.
Semoga kisah ini menjadi inspirasi buat bakal calon SPM 2024 untuk menyahut cabaran belajar bersungguh-sungguh untuk mendapatkan keputusan yang baik dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia kelak!
Zaman sekarang kebanyakan mak ayah semangat latih anak puasa walau anak baru berumur 4-5 tahun. Yang sekerat hari tu kira OK lagi, tapi yang jadi isu sampai mak ayah tahan anak nak berbuka semata-mata nak anak belajar berpuasa.
Alhamdulillah kalau ada anak-anak yang berjaya, tahniah buat mak ayah. Tetapi yang tak best bila ada kes anak-anak yang keluar masuk pergi sekolah dengan cuaca panas, tetap dipaksa puasa. Sudahnya sampai anak kurang air dalam badan.
Kalau anak dah akil baligh, memang patutlah mak ayah tegaskan. Ini anak baru 4-7 tahun. Kasihan. Rasanya ada betulnya pandangan Doktor Khairul Faizie ini, betulkan solat anak dulu baru latih puasa.
Patut Ke Latih Anak Puasa?
Aku teringat kisah patient aku, Ramadan 2- 3 tahun lepas. Kisahnya si emak datang bawa si anak yang sekolah darjah 4 atau 5. Anaknya sakit perut. Anaknya sakit perut sebab berpuasa. Anaknya tak larat nak puasa, penat ke sekolah (itu alasan anak), tapi si emak tetap paksa anak puasa, sampai budak tu sakit perut ala gastrik dan datang ke klinik untuk dapat rawatan.
Beginilah..
Aku teringat pesan Almarhum Dato Seri Abu Hassan Din Al Hafiz tentang puasa bagi kanak kanak. Almarhum bagi nasihat yang lebih kurang begini :
“Ramai antara kita yang beria ia menekankan latihan puasa kepada anak anak kecil, which is good as an early exposure. Cuma tak ramai yang menekankan latihan SOLAT.
Ramai yang bangga dan siap beritahu orang anaknya umur 6- 7 tahun berjaya puasa Ramadan penuh sebulan, tapi adakah anak itu disuruh solat? Anak tu penuh tak solat 5 waktu sehari semalam?
Di mana kita nak letak pahala puasa itu, kalau tidak solat? Tak salah latih anak puasa, tapi amat salah kalau tak latih anak solat. Umur 7 tahun dah perlu disuruh solat. Mungkin masa tu buat satu waktu sehari. Umur 8, dah boleh buat 2 waktu sehari, by the time umur 10 tahun, boleh dipukul (DENGAN HIKMAH) andai anak tidak mahu solat.”
Pastikan Anak Dah Akil Baligh
Puasa ni antara syarat WAJIB nya ialah BALIGH.
Budak sekolah darjah 4, darjah 5 dah baligh ke?
Tak perlu lah nak dipaksa puasa kalau budak tu tak larat. Yang dewasa pun boleh berbuka kalau tak larat / tak sihat, ini kan pulak budak umur 10 tahun.
Jangan risau sangat tentang puasa, risaukan tentang solat. Datuk Seri Hassan Din berkata juga:
“Kalau anak kita dah biasa dengan solat (jaga solatnya), maka Insya Allah dia akan jaga puasa nya.”
Orang yang solat, amat amat jarang dia tak puasa. Tapi orang yang puasa, belum tentu dia solat.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Bella & Caprice akhirnya berdamai. Menerusi ruangan komen, majoriti netizen menyambut baik perkara tersebut dan berharap tiada lagi perbalahan antara Bella Astillah dan Caprice.
Malah pelakon, Daler Yusuf turut mendoakan agar Bella dan anak-anak dilindungi Allah.
“Bella you’re so matured in settling problems , tak ada drama. Semoga Allah SWT lindungi Bella dengan anak-anak dan murahkan rezeki korang!” itulah yang dicoret oleh Daler untuk Bella.
Selain Daler ramai lagi rakan artis dan juga pengikut Bella di akaun Instagramnya mendoakan terbaik buat Bella dan anak-anak.
Bella & Caprice Akhirnya Berdamai
Menerusi perkongsian di laman Instagram masing-masing, pempengaruh popular, Caprice dan Bella akhirnya mengambil keputusan untuk berdamai dan tidak memanjangkan kemelut yang berlaku.
Mereka juga telah berdamai menerusi sebuah panggilan video dimana kedua-duanya memuat naik hantaran terbaru ketika sedang mencari jalan penyelesaian terbaik.
Malah menerusi ruangan kapsyen juga Caprice menyatakan dirinya dan Bella sudah tiada apa-apa isu berbangkit.
“Bella dan saya ‘cool’. Semuanya sudah selesai,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Manakala di akaun Instagram Bella pula, dirinya turut memuat naik gambar sedang membuat panggilan video bersama Caprice dan isterinya, Farra Inalis.
Untuk rekod sebelum ini wanita didakwa kekasih gelap Aliff Aziz, Sarah Yasmine mendakwa Caprice turut terbabit dalam konflik membabitkan Aliff dan Bella.
Sarah mendedahkan walaupun Caprice mengetahui mengenai hubungan di antara Aliff dan Ruhainies, namun dia didakwa berpihak kepada Aliff.
Sarah turut mendakwa video berkaitan Bella dan pelakon baharu Muaz Zabir yang disebarkan melalui TikTok Edisi Umat juga adalah hasil suntingan Caprice.
Selepas itu Bella yang juga ibu kepada dua orang cahaya mata juga dalam hantaran yang diulang siar semula daripada perkongsian Sarah di Instagram Story turut mendakwa Caprice mempunyai kaitan dalam kes penyebaran hubungan membabitkan dirinya dan Muaz.
Bella turut menyifatkan Caprice seolah-olah menjerat lehernya sendiri apabila cuba mempertahankan diri selain mempunyai bukti-bukti mengenai hubungan Bella dan Muaz.
Anak perempuan meningkat remaja. Nana Mahzan akui agak risau. Namun punya cara tersendiri didik anak. Paling penting kata Nana perlu banyak berbicara dengan anak perempuan. Berkongsi cerita sangat penting dan pastikan anak menghormati dan mendengar kata ibu ayah.
Cantiknya anak dara pelakon Que Haidar dan Linda Jasmine, Tengku Ratu Haidar!
Siapa isteri-isteri geng Syatilla angkat tangan. Setuju tak? Memang suami berat mulut dan tak rajin borak bila dalam kereta suara isteri je macam dj radio tak berhenti bercakap. Hihihi.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Semoga mak ayah kepada Muhammad Nufail Mohd Nasir yang baru berusia 10 bulan ini tabah menghadapai kehilangannya. Mohd Nufail atau panggilan manjanya Noah dikatakan meninggal dunia kerana sesak nafas di rumah pengasuh.
Jika diberi pilihan, mungkin mak-mak tidak mahu menghantar anak ke rumah pengasuh untuk dijaga. Namun tidak semua bernasib baik mampu menjaga anak-anak sendiri. Barangkali sudah tersurat, ajal Noah juga telah sampai. MW merakamkan salam takziah buat keluarga terutama mak dan ayahnya.
Bayi 10 bulan Meninggal Dunia Dipercayai Sesak Nafas
Bayi lelaki berusia 10 bulan meninggal dunia dipercayai sesak nafas ketika berada di rumah pengasuhnya di Gelang Patah, Iskandar Puteri, petang kelmarin.
Dalam kejadian jam 4.20 petang itu, bayi malang, Muhammad Nufail Mohd Nasir atau dipanggil Noah tiba-tiba didapati mengalami sesak nafas oleh pengasuhnya yang berusia 31 tahun.
Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar berkata, bapa bayi berkenaan menghantar dua anaknya iaitu Noah dan abangnya yang berusia dua tahun tujuh bulan ke rumah pengasuh sebelum ke tempat kerja.
“Namun pada jam 4.20 petang, bayi itu didakwa tiba-tiba mengalami sesak nafas sebelum pengasuh dan suaminya membawa Noah ke Klinik Kesihatan Gelang Patah lima minit kemudian bagi mendapatkan rawatan.
“Namun setibanya mereka di wad kecemasan di klinik itu jam 4.50 petang, bayi malang itu disahkan sudah meninggal dunia oleh doktor yang merawatnya,” katanya dalam kenyataan, di sini.
Dzulkhairi berkata, pengasuh berkenaan juga menjaga seramai enam kanak-kanak dan tiga bayi di rumahnya yang masing-masing berusia antara dua bulan ke lapan tahun.
Bayi Kurang Ceria Seperti Biasa Sebelum Sesak Nafas
“Menurut pengasuh berkenaan, pada hari kejadian Noah berada dalam keadaan tidak ceria seperti biasa dan kurang minum susu serta makanan.
“Apabila pengadu menyuapkan susu, si mati menolak dan tidak mahu minum,” katanya.
“Semasa dalam jagaan pengasuh berkenaan, bayi berkenaan juga didapati tidak ada mengalami kecederaan dan tidak pernah jatuh atau pun menunjukkan keadaan yang mencurigakan pada tubuh badannya,” katanya.
Beliau berkata, hasil pemeriksaan pada anggota badan mangsa juga tidak menunjukkan sebarang kecederaan.
“Jenazah dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) untuk bedah siasat pagi tadi, ” katanya.
MW: Bukan mudah menjaga anak yang masih bayi, ini bukan masanya menyalahkan antara satu sama lain. Sebaliknya jadikan kisah ini sebagai pengajaran buat kita semua sama ada yang bergelar emak atau juga pengasuh. Masing-masing menggalas tanggungjawab yang berat.
Black hadiahkan kereta mewah idaman isteri. “Kadang-kadang kita terlalu mencari yang sempurna, sampai terlupa untuk hargai yang selalu ada di sisi” Inilah ungkapan penuh...