Biasanya bila beli daun kunyit dan daun kesum, kita pakai sikit je dan bakinya perlu di simpan dalam peti sejuk. Namun salah cara simpan dedaun ni mudah layu kekuningan, rosak dan tak tahan lama. Membazir bila buang macam tu je.

Ikut cara simpan yang dikongsikan oleh Puan Huda Zainal lapik dengan kitchen towel lembap, daun kunyit boleh kekal segar 3 minggu dan daun kesum pula dah 6 hari.

Berikut perkongsian tersebut;

“Daun kunyit dah 3 minggu. Daun kesum dah 6 hari. Fresh lagi. First time cuba cara ni. Adik yang ajar. Katanya ini cara mak simpan sayur berdaun. Terbukti kekal kesegarannya.”

“Biasanya daun kunyit, 3 minggu dah kuning dan layu. Daun kesum lagi tak payah kata. Sehari dua dah layu.”

Cara-Caranya:

  1. Lapik kitchen towel dalam bekas. Nak guna kain pun boleh.

Daun Kunyit & Kesum Kekal SEGAR, Lapik Dengan Kitchen Towel Lembap!

2. Basahkan kitchen towels tu. Biar dia lembap.

IKLAN

Daun Kunyit & Kesum Kekal SEGAR, Lapik Dengan Kitchen Towel Lembap!

3. Macam tu. Tak banjir. Sekadar lembap je.

Daun Kunyit & Kesum Kekal SEGAR, Lapik Dengan Kitchen Towel Lembap!

IKLAN

4. Masukkan daun kesum & kunyit. Kalau nak guna untuk simpan pudina pun boleh.

Daun Kunyit & Kesum Kekal SEGAR, Lapik Dengan Kitchen Towel Lembap!

5.Cover atas daun tu dengan kitchen towel lembap juga. Lepas tutup bekas. Masukkanlah dalam refrigerator. Tak lah asyik membazir je bila beli tak guna.

IKLAN

Daun Kunyit & Kesum Kekal SEGAR, Lapik Dengan Kitchen Towel Lembap!Hasil setelah lama simpan. Daun kunyit 3 minggu. Daun kesum 6 hari. Surprise juga masa buka bekas tadi.

Daun Kunyit & Kesum Kekal SEGAR, Lapik Dengan Kitchen Towel Lembap!

Baca Lagi Di Sini: Rupanya Begini Cara Betul Simpan Daun Pisang Supaya Kekal Segar, Hijau & Boleh Bertahan Sampai 2 Minggu!

MW: Semoga perkongsian tip dapur ni bermanfaat. Jadi buat mak-mak yang beli lebih daun kunyit dan daun kesum tu, ikut cara simpan yang dikongsikan ini barulah kekal segar dan tahan lama. Jadi taklah membazir apabila dibuang begitu sebab dah layu kekuningan dan rosak.

Sumber: Huda Zainal

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI