Datuk Yusof & isteri titip doa buat Puteri Sarah. Seperti yang diketahui umum, menerusi prosiding pagi tadi, Syamsul enggan melepaskan isterinya.
Dan Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur juga mengarahkan pasangan berkenaan dirujuk kepada Jawatan Kuasa Pendamai (JKP).
Sebelum itu, Puteri Sarah mengemukakan bukti baharu yang mendakwa pernah dipukul suaminya itu sekitar 2020, namun tidak membuat laporan polis kerana ketika itu masih sayang.
Datuk Yusof & Isteri Titip Doa Buat Puteri Sarah
Menerusi perkongsian laporan portal berita, ibu kepada dua cahaya mata, Puteri Sarah memberitahu bapa mentuanya Datuk Yusof Haslam dan ibu mentua Datin Patimah Ismail bakal menjadi pencelah dan saksi membabitkan krisis rumah tangga anak mereka Syamsul Yusof.
Bercerita kepada media, Puteri Sarah memberitahu Datin Patimah menghubunginya pagi tadi bagi memaklumkan sokongan yang akan diberikan kepada dirinya.
Ads
“Mak dan bapa mentua saya baru hubungi pagi tadi maklumkan mereka ingin mencelah dan menjadi saksi apabila berhadapan dengan orang ketiga dan Syamsul.
“Mereka sanggup nak beri keterangan kerana mereka sentiasa dengan saya, mereka nampak apa yang berlaku.
“Malah mereka turut titipkan doa untuk saya hari ini,” kongsi Puteri Sarah.
Ads
Perasaan Sayang Sudah Tidak Ada
Pada waktu yang sama, Puteri Sarah turut meluahkan sudah lama perasaan sayang terhadap suaminya tidak wujud.
Persoalan media, adakah masih menyimpan rasa sayang terhadap suaminya? Terus dinafikan Puteri Sarah.
“Tolong lepaskan saya. Perasaan sayang sudah tiada,” tegas Puteri Sarah.
Majlis Fatwa Kebangsaan jelaskan kepercayaan terhadap angka bismillah 786 salah & bertentangan akidah.
Baru ini tular di media sosial satu perkongsian dari ibu Neelofa, Noor Kartini Noor Mohammed yang ketika itu berada di Tanah Suci berkongsi kelebihan mengamalkan ayat Bismillahirahmanirohim sebanyak 787 (dilebihkan satu) selepas diijazahkan oleh gurunya, Baba Aziz.
InsyaAllah kita jadikan dalam amalan harian kita. Kepada mereka yang sedang mengalami dalam kesulitan hidup. Niat kerana Allah SWT. Semoga Allah permudahkan segala-galanya. Aamiin.. ❤️🤲 pic.twitter.com/nVSFfhHjol
Dari rakaman itu, Noor Kartini memaklumkan bacaan Bismillah itu mestilah dibaca 787 dalam sehari (dibahagikan ikut kesesuaian masa) dan selepas 40 hari boleh nampak kesannya amalan membaca Bismillah tersebut. Tidak boleh baca lebih atau kurang dan jika yakin, Allah akan memberikan ikut kesesuaian dan apa yang kita perlukan.
Di sebalik perkongsian video ditonton lebih sejuta itu, mempercayai angka 787 atau 786 bermaksud Bismillahirrahmanirrahim, sejak 2007 lagi sebenarnya, Majlis Fatwa Kebangsaan telah menyatakan amalan mempercayai angka tersebut adalah salah dan bertentangan dengan akidah ahli sunnah wal jamaah.
Dipetik dari laman web Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, fatwa mengenainya sudah lama dikeluarkan.
Menurut Majlis Fatwa Kebangsaan, Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor yang bersidang pada 26 Julai 2007 telah membincangkan mengenai Kepercayaan Terhadap Angka 786 Bermaksud Bismillahirrahmanirrahim.
Dalam pada itu, selepas perkongsian dari Noor Kartini ini, ada agamawan dan pensyarah hadis mengulas di media sosial mengenai apa diperkatakannya. Ia dikongsikan oleh Assistant Professor Dr Abu Hafiz Saleh Hudin yang memiliki PhD dalam bidang ilmu al Quran/ As Sunnah selain menuntut ilmu hadis secara bersanad.
Beliau mendapat Ijazah Sanad sebanyak 34 kitab termasuk Kutub Tis’ah daripada ulama hadis muktabar dunia iaitu Prof Dr Muhammad Abu Al-Layth al-Khayrabadi.
Kata Dr Hafiz, hentikan ikut ‘petua’ selebritiri seperti ini.
Hentikan ikut ‘petua’ selebriti. Zikir, doa dan ibadah telah secara tersusun diajar oleh Nabi SAW. Penetapan ulang basmalah 787 tu sendiri sgt bermasalah. Dlm hadith sahih ajar istighfar yg ikhlas mampu beri jalan keluar masalah. Kenapa reka yang tiada dlm nas?! https://t.co/MtWFgNkkTa
” Zikir, doa dan ibadah telah secara tersusun diajar oleh Nabi SAW. Penetapan ulang basmalah 787 tu sendiri sangat bermasalah. Dalam hadith sahih ajar istighfar yang ikhlas mampu beri jalan keluar masalah. Kenapa reka yang tiada dalam nas?! soalnya.
Agama bukan dibina atas pengalaman kita saudara/ri. Agama atas dalil. Kena 787? Kalau ganjil, 1,3,5 pun ganjil. Kalau ada org amalkan dan tak dpt spt yg didakwa, bagaimana pula? Agama berdasarkan Quran dan Sunnah. Ia mesti ada sumber bukan rekaan.
Tambahnya lagi, “agama bukan dibina atas pengalaman kita saudara/ri. Agama atas dalil. Kena 787? Kalau ganjil, 1,3,5 pun ganjil. Kalau ada orang amalkan dan tak dapat seperti didakwa, bagaimana pula? Agama berdasarkan Quran dan Sunnah. Ia mesti ada sumber bukan rekaan.
Selepas dirinya memuat naik tweet ini, sudah pasti timbul pelbagai pendapat di mana ada bertanya di mana salahnya kerana ada yang mengamalkannya dan berjaya memperoleh rezeki yang banyak. Namun seperti kata jelas Dr Hafiz, segala yang dikongsikan mestilah dari sanad hadis yang sohih.
Ulang basmalah dgn jumlah 787, tanpa boleh lebih atau kurang dgb fadhilat spt dalam video; boleh tunjukkan saya sanad nya kalau ada? Saya nk semak juga…sahih atau dhaif atau langsng tiada asal.
Daphe Iking rancang semuanya terlebih dahulu supaya senang untuk jaga rambut! Betul juga ya, mak-mak yang sering masak tu mesti hilang selera untuk makan kan?
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Hari Wanita Antarabangsa diraikan pada setiap 8 Mac. Melihat pencapaian hebat wira-wira negara mahupun ikon wanita-wanita berjaya dalam bidang masing-masing dengan mengharumkan nama negara, membuatkan kita tersenyum bangga dan secara tak langsung menjadikan mereka sumber inspirasi.
Namun sebenarnya figura wanita yang hebat ini juga ada di rumah kita sendiri. Menjadi idola bagi setiap anak-anak. Susuk tubuh seorang wanita bergelar isteri dan mak yang cekal berkorban menguruskan anak-anak dan keluarga setiap hari. Tanpa kenal erti penat lelah dan mengeluh. Dialah yang bangun seawal pagi dan tidur yang paling lewat sekali. Tak putus-putus berdoa untuk kebahagiaan dan kejayaan anak-anaknya.
Setiap bait kata-kata dan pesanan mak kepada anak-anaknya pula menjadi azimat dan pedoman.
MAK walaupun belajarnya tak tinggi mana, namun pesan mak pada anak-anak perempuannya, jadilah wanita yang berilmu. Lengkapkan diri dengan pelbagai cabang ilmu. Ilmu rumahtangga, ilmu agama, ilmu mendidik anak-anak dan sebagainya.Belajarlah setinggi yang mampu, kejar impian dan cita-cita yang mahu. Manfaatkan ilmu yang bukan hanya boleh dapat di universiti, namun pelbagai ilmu yang boleh digunakan dalam kehidupan supaya tak mudah diperlekehkan dan tahu hak yang perlu dipertahankan apabila ditindas.
MAK walaupun masakannya ringkas sahaja, namun sedapnya kalah chef terkemuka. Pesan mak, lengkapkan diri dengan pelbagai kemahiran yang ada. Tak pandai masak tak apa. Yang penting rajin dan mahu belajar memasak. Sedap, tak sedap belakang kira. Sebab kata mak, air tangan ibu pengikat kasih sayang anak-anak dan suami. Walau di mana mereka berada, masakan ibu lah yang paling diingati.
Pesan mak lagi, selagi bergelar isteri berusaha jaga suami dan rumahtangga sebaiknya. Hormat suami, utamakan suami, jaga makan minum dan keperluan suami supaya rumahtangga kekal bahagia. Namun andai jodoh dah tiada sekalipun, kita tak ralat dan dah buat sebaiknya sebagai isteri.
Pesan mak lagi, kata-kata ibu merupakan doa keramat untuk anak-anak. Apabila bergelar ibu, jangan sesekali bandingkan anak-anak. Terima baik buruk mereka seadaanya. Jaga tutur kata yang paling utama. Terguris hati sekalipun, tetaplah maafkan anak-anak kerana syurga dan keberkatan hidup mereka, pada mulut seorang mak yang mendoakan mereka.
Pesan mak lagi, wanita juga kena belajar hidup berdikari. Ambil tahu, belajar dan mampu uruskan pelbagai perkara seorang diri. Boleh memandu ke sana sini tanpa perlu menunggu suami, menghantar dan mengambil nanti. Namun perlu tahu masa dan batas untuk berdikari.Bukan kata tak perlukan suami, sekurang-kurangnya bila ditakdir suami tiada lagi, kita tak ‘patah kaki’ uruskan kehidupan dan anak-anak seorang diri.
Pesan mak lagi wanita kena ada pendapatan, simpanan dan ‘pegang’ duit sendiri. Tak kiralah bekerja tetap atau sekadar sambilan berniaga kecil-kecilan di rumah. Tak banyak mana pun tak apa. Kepuasan dapat dirasai dan rasa ‘bebas’ bila mana kita dapat membeli apa sahaja yang kita sukai, memiliki simpanan mahupun beri duit pada mak ayah dengan duit sendiri, tanpa perlu hanya bergantung harap dan meminta-minta pada duit suami.
Akhir sekali pesan mak, benar wanita yang menghayun buaian dapat menggoncang dunia. Namun apabila mendongak di langit tetaplah melihat rumput di bumi. Kekalkan santun dan budi bahasa walau siapa pun kita.
Harris Dedah Isteri Mengidam Nak Makan Sabun. Pelakon Harris Annuar menerusi perkongsian di Instagramnya mendedahkan isterinya mengidam nak makan sabun pula.
“Haaa! Sudah. Bini aku dah makan sabun pula.” Kongsi pelakon itu mengenai isterinya, Asha Merican yang mengidam untuk makan sabun.
Menurut Harris, Asha menganggap sabun yang dimakan itu ada rasa ‘kicking’.
“Kata dia, rasa dia, ‘kicking’,” tulisnya.
Menerusi ruangan komen ramai yang memberikan pendapatnya tersendiri namun ada juga yang mempertahankan karenah ibu mengandung.
“Janganlah Dok Kecam, Memang Tak Boleh Jangka. Doakan Semoga Allah Jaga” itulah antara komen positif dari netizen.
Harris bagaimanapun tidak sempat untuk menghalang tindakan isterinya itu kerana ia berlaku di luar pengetahuannya.
“Mengidam tahap apa pula ini? Nak halang pun tak boleh. Dia dah buat dulu. Nasib baik dia ludah balik,” luahnya.
Menerusi perkongsian video lain, Harris berkongsi mengenai Asha yang sempat menjilat sedikit sabun ketika sedang mandi, namun, dikumur dan tidak sempat ditelan.
“Lepas mandi, dia datang dan beritahu, dia jilat (sabun) sikit, kemudian dia ludah dan kumur balik. Tak sempat telan pun. Nasib baik,” kongsinya.
Pada video yang sama kedengaran suara Asha yang menyuruh Harris untuk bau lidahnya.
Sebelum ini Harris pernah memuat naik video pendek mencuit hati ketika isterinya sedang menghidu bau dinding simen kerana mengidam.
Sementara itu menerusi ruangan komen ramai juga mendoakan agar segalanya dipermudahkan buat isteri Harris.
Daphe Iking rancang semuanya terlebih dahulu supaya senang untuk jaga rambut! Betul juga ya, mak-mak yang sering masak tu mesti hilang selera untuk makan kan?
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!