Datuk Rosyam pesan jangan buat wakaf dosa menfitnah. Bapa kepada lima anak perempuan itu ketika ditemui baru-baru ini memberitahu dirinya tidak kisah terhadap kecaman daripada netizen.
Pelakon terkenal yang juga usahawan hebat ini turut menyatakan dirinya turut tidak ambil peduli terhadap kecaman netizen terhadapnya di media sosial yang diistilahkan sebagai buli siber.
“Kalau netizen nak buli saya, memang tak kisah pun kerana saya tak baca.
“Malah ia tak jadi kudis kerana saya tahu peminat-peminat yang berada di belakang saya adalah bijak,” terang Rosyam.
Datuk Rosyam Pesan Jangan Buat Wakaf Dosa Menfitnah
Terang Rosyam lagi mereka yang suka membuli adalah seorang yang tidak bijak.
“Mereka yang suka buli orang dengan kata-kata kesat pula sangat tidak bijak. Katalah apa pun, saya tak baca. Saya pun ada kontroversi juga. Mereka yang hentam saya dalam media sosial itu bukan peminat saya.
“Sekarang dah ada media sosial, maka paparan berkenaan jenayah buli berkembang terlalu besar. Malah gejala ini sudah ada sejak zaman Rasulullah SAW.
Ads
“Saya nak berpesan di sini, pengguna media sosial kena ingat, Rasulullah pernah pesan bahawa akhir zaman adalah zaman fitnah. Jangan buat wakaf dosa memfitnah orang dan membuli orang dalam media sosial kerana kita akan dapat balasannya di akhirat nanti.
“Rasulullah kata akan ramai yang muflis di hari akhirat nanti. Jadi, kena faham apa itu media sosial. Bukanlah saya nak tunjuk pandai, tapi kita buli orang secara psikologi boleh buat orang itu bunuh diri,” sambung Rosyam.
Sudah Berlaku Sejak Zaman Sekolah
Pelakon yang bakal tampil dengan filem The Original Gangster turut berpendapat gejala buli (fizikal) sudah berlaku sejak zaman persekolahannya tetapi kurang dibesar-besarkan berbanding era media sosial sekarang.
Rosyam turut menerangkan pengguna media sosial yang membuli mana-mana individu sehingga dia mencederakan diri atau bunuh diri, memang tidak akan dikenakan apa-apa tindakan.
“Tapi antara kita dengan Allah itu kita adalah pembunuh tanpa sedar. Semua perlu ingat perkara ini,” ulas Rosyam.
Ads
Celebrity Corner Peluang Selebriti Tempatan Berniaga
Baru-baru pada majlis sambutan ulang tahun kedua ST Rosyam Mart Sungai Buloh, Rosyam yang juga Ahli Lembaga Pengarah ST Rosyam Mart telah memperkenalkan pelbagai inisiatif baru seperti Kad Keahlian ST dan sudut selebriti yang pasti akan menarik minat ramai.
Majlis turut dimeriahkan dengan kehadiran selebriti popular seperti Tyzo, Noraniza Idris, Wak Doyok, Ako Mustapha dan Suki Low yang sempat beramah mesra dengan pelanggan yang hadir.
Bukan itu sahaja, ST Rosyam Mart turut memberi peluang kepada para selebriti tempatan untuk berniaga dengan menyediakan sudut khas buat mereka menjual produk masing-masing di Celebrity Corner cawangan berkenaan.
Antara selebriti tempatan yang mengambil bahagian di Celebrity Corner ialah Wak Doyok, Tyzo Xander, Prince Syed, Shah THR, Suki Low, Ako Mustafa, Angah Raja Lawak, Munif Hijjaz, Azza Elite, Asmidar
Memasuki tahun keenam beroperasi, rangkaian pasar raya terkemuka tersebut terus mengukuhkan perniagaan mereka dengan membuka cawangan keenamnya di Semenyih, Selangor pada Mac lalu.
Nana Mahzan akui agak risau. Namun punya cara tersendiri didik anak. Paling penting kata Nana perlu banyak berbicara dengan anak perempuan. Berkongsi cerita sangat penting dan pastikan anak menghormati dan mendengar kata ibu ayah.
Cantiknya anak dara pelakon Que Haidar dan Linda Jasmine, Tengku Ratu Haidar!
Siapa isteri-isteri geng Syatilla angkat tangan. Setuju tak? Memang suami berat mulut dan tak rajin borak bila dalam kereta suara isteri je macam dj radio tak berhenti bercakap. Hihihi.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Ibu ini, Nur Nina sedang menunggu hari untuk melahirkan anak keenam. Disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang kembali dilaksanakan, kali ini dia terpaksa ke hospital sendirian dan melahirkan anak bongsunya itu tanpa ditemani suami di sisi.
Suaminya yang bertugas sebagai jurutera berada di Sarawak dan tak dapat merentas negeri ke Semenanjung. Sebelum melalui hari penuh debaran itu, ibu ini merakam momen indah di hadapan rumah mereka bersama 5 orang anak-anaknya.
Kongsi ibu,
“Saya ibu anak 5 bakal lahir anak nombor 6 tak lama lagi. Tengah tunggu hari.. sekarang pun dah sakit-sakit contraction. So kena standby bila-bila masa boleh bersalin.
Hasil saya photoshoot sendiri depan rumah dengan anak-anak. Photography terjun je, save bajet.
Sebelum saya deliveru ajak anak-anak pakai sedondon. Doakan urusan bersalin saya dipermudahkan ya.
Tahun ni paling sedih. Sebab suami tak dapat balik (kami PJJ) suami di Sarawak, saya kat Seremban. Sekarang pulak dah PKPB dan PKP kan. Jadi famili saya pun jauh kat Kedah. Tak boleh nak datang. Duduk dengan anak-anak jelah kat Seremban ni. Sedara mara pun tak ada. Jadi bersalin pun kena pi sendiri kat hospital. Anak saya yang sulung 13 tahun dan nombor dua, 11 tahun. Nanti mereka la yang jaga adik-adik kalau saya admit wad. No. 3 – 7 tahun No. 4 – 5 tahun dan no. 5 – tahun Mom to be no. 6.”
Bersalin Kali Keenam, Semua Kena Sendirian
Ketika MW menghubungi ibu ini, akuinya termasuk kelahiran kali ini sudah tiga kali dia PJJ (perhubungan jarak jauh) dengan suaminya. Cuma bezanya sebelum ini, suami dan dia PJJ di Semenanjung saja.
“Start anak no. 4 saya PJJ dengan suami kat Sarawak sampailah sekarang. Kali ini memang kena semua sendiri. Kalau tak, mak saya akan datang dalam seminggu.”
Kongsi ibu lagi, dalam pantang kali ini anak-anak lah yang akan membantu. “Boleh kata melipat baju, membasuh, kemas rumah.. memang saya minta anak-anak lah bantu.
Saya kena jadi kuat kerana suami tak selalu ada. Lagipun saya dah biasa. Kuat dari segi mental, emosi dan hati. Sebab kita lah mak.. kitalah bapak untuk anak-anak. Alhamdulillah.. suami banyak bagi support dari jauh.
Kadang-kadang menangis juga sebab terlalu penat jaga anak-anak sendiri. Saya pula tengah tunggu hari nak bersalin.. suami tak dapat balik sebab Covid-19.”
Anak Lelaki Sulung Banyak Bantu
Baru ini antara 28hb hingga 31hb Disember 2020 ibu ini diwadkan di hospital. “Memang anak-anak saya tinggal kat rumah. Minta anak sulung dan anak kedua jaga adik-adik. Setiap hari saya call, mesej tanya. Susah hati kalau kena duduk di wad banyak hari. Jadi saya minta jiran tengok-tengokkan anak-anak dan temankan tidur malam.”
Agar anak-anak faham tugasan masing-masing, ibu ini jelaskan tanggungjawab yang anak-anak perlu pikul.
“Biasa saya akan panggil anak-anak semua. Kitaorang akan cakap.. sembang sama-sama. Time ni memang saya akan menangis.
Cuma saya selalu cakap, kena tolong mama. Sebab mama sorang-sorang kat sini. Kalau sakit demam takda orang yang akan bantu.
Abang dan kakak kena tengokkan adik-adik kalau mama sakit. Kebanyakan hal anak saya sulung lelaki yang banyak bantu dan faham saya.” Luah ibu ini yang mohon agar mendoakan dirinya kuat.
MW : Sungguhlah.. bukan semua isteri mampu melalui ujian PJJ dengan suami dan melakukan urusan sendirian. Mereka yang perlu berjauhan dari suami semoga diberikan kemudahan dalam urusan harian kalian.
Kata pakar, umur anak dua tahun gigi susunya dah lengkap. Sebab itu, ibu bapa memainkan peranan utama dalam menjaga gigi si kecil. Paling penting mulakan ia dari awal supaya menjadi rutin yang boleh diamalkan sehingga mereka meningkat usia. Nak tahu macam mana cara untuk jaga gigi anak sejak usia muda mereka? Ikuti tip di bawah ini.
Untuk bayi yang belum tumbuh gigi, sebaiknya ibu membersihkan gusi bayi setiap kali selepas minum susu atau sekurang-kurangnya dua kali sehari.
Bagi bayi yang menyusu pula, jangan biarkan anak-anak anda menyusu terlalu lama kerana ia boleh mengakibatkan rampant caries ( gigi berlubang dan hitam pada bahagian atas)
Selepas minum susu (untuk bayi berumur enam bulan ke atas), berikan anak minum air putih. Tujuannya untuk membilas mulut daripada bakteria sebelum ini. Jadikan juga amalan untuk anak-anak yang lain supaya kerap minum air putih.
Bagi si kecil yang berusia dua tahun dan lengkap gigi susunya, berikan berus gigi yang sesuai dengan usia mereka. Gunakan juga ubat gigi tanpa fluorida kerana mereka masih belum pandai meludah.
Berus gigi sekurang-kurangnya dua kali sehari. Setiap pagi selepas bangun tidur dan juga sebelum masuk tidur.
Bawa berjumpa dengan doktor gigi setiap enam bulan sekali.
Kurangkan makanan bergula.
* Ajar Teknik Memberus Gigi Dengan Betul:
Kredit foto : martinsouthondentist.co.uk
Dengan meletakkan berus gigi 45 darjah pada permukaan luar gigi belakang sebelah kiri, gerakkan berus gigi dalam gerakan membulat. Pastikan memberus gigi dan terutamanya di mana gigi bertemu gusi.
Dengan gerakan membulat ini, perlahan-lahan gerakkan berus gigi sehingga ke gigi hadapan. Jangan terlalu cepat dan pastikan anda ambil masa hingga hilang semua plak dan kotoran. Teruskan memberus sehingga ke gigi belakang di sebelah kanan. Ulang cara yang sama untuk gigi bawah.
Beruskan bahagian belakang gigi yang berdekatan lidah untuk gigi atas dan bawah.
Seterusnya berus bahagian gigi yang mengunyah makanan
Bersihkan berus gigi, letak pada lidah dan berus lidah secara lembut kerana lidah juga tempat banyak mengumpul bakteria.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Seronok rasa hati bila pasangan tahu macam mana nak hargai dan buat rasa bahagia. Macam yang pelakon Memey Suhaiza ini rasai. Bila mana suaminya, pelakon terkenal Norman Hakim tak pernah lupa nak meraikan hari lahir Memey. Dari tahun pertama berkahwin sampailah masuk tahun ke sepuluh.
Walaupun, Memey sendiri pernah beritahu pada suaminya itu tak perlu dah nak buat majlis istimewa apatah lagi berkek dan berdeko bagai pada hari lahirnya. Sebab dia sendiri rasa semua itu tak perlu.
Apa yang diperoleh selama ini, sudah cukup untuk dirinya. Namun, Norman tetap juga meraikan isterinya itu dengan sambutan yang bukan biasa-biasa.
Tanpa Gagal Norman Hakim Plan Surprise Itu Ini
Rasa bersyukurnya itu dikongsikan dalam laman instagram miliknya.
Kongsi Memey,
“Assalammualaikum.. Salam jumaat.. Saya mulakan update hari ni untuk suami kesayangan ni. Sebab semua kerana dia.. jadi sangat layak untuk sentiasa dihargai. 10 tahun dah kahwin tanpa gagal setiap tahun untuk plan surprise / plan itu & ini. Walaupun berbuih mulut cakap.. tak nak majlis special, tak nak cake, tak nak deco, sebab dah rasa semua tu.. jadi rasa macam cukup-cukup lah… apa adanya dengan family tu pun cukup bermakna sangat. Tapi dia tetap faham hati perempuan. Mulut cakap lain tapi hati mesti nak.”
Hari Lahir Memey Tahun Ini Paling Banyak Dapat Kek Dan Hadiah
Rezeki Memey terus berganda, bila mana dia sendiri merasakan tidak perlu sambutan hari lahir luar biasa. Tiba-tiba tahun ini, Memey peroleh banyak sekali hadiah dah kek daripada orang sekelilingnya.
“Dan disaat saya tak nak apa-apa Allah bagi rezeki luar biasa.. inilah tahun pertama saya terima paling banyak cake & hadiah dari semua di sekeliling saya.. love u all too.
Tq suami untuk semua surprise birthday semalam.. effort luar biasa. Rasa macam rombongan melamar pulak. Nanti mummy share video k. Tq suami.. love u sooo much
& tq tambah koleksi @khalifahjewels untuk sayang.. yeaaaa. Ps: mummy rasmi dulu bawal raya @normey.hq
Tahun ini merupakan hari lahir Memey kali ke 33. Dan dalam majlis hari lahir yang diadakan di kediamannya itu, turut diadakan majlis bacaan doa selamat di rumah, solat berjemaah, bacaan Yasin.
“Terima kasih banyak ye semua yang ucap dan doakan yang baik-baik. Hari ni rasa nak nangis je sebab terharu sangat saya dapat macam-macam.”
Memey atau nama sebenarnya, Suhaiza Suhaimi mendirikan rumah tangga dengan Norman pada 24 September 2011.
Keduanya, dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Muhammad Darwisz Hakim, Muhammad Dikhriz Hakim dan Mikayla Delisha Hakim.
Bangkit Wanita Mingguan Wanita
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan https://t.me/bangkitwanitaMW
Tudiaaaaaaa..antara webinar yang sedang berlangsung. Nak daftar sebagai peserta boleh ke :
Seorang isteri tidak seharusnya menanggung derita dalam diam. Kasih dan cinta sejati tidak pernah menyakitkan, ia sepatutnya membahagiakan. Jika luka dan tangisan menjadi teman...