
Datuk rogol cucu 13 tahun dijatuhi hukuman 33 tahun penjara & 14 sebatan, masuki bilik mangsa hampir setiap malam. Tindakan seorang datuk yang merogol cucu sendiri dan memasuki bilik mangsa hampir setiap malam membawa padah apabila Mahkamah Sesyen Muar menjatuhkan hukuman penjara 33 tahun dan 14 sebatan kepadanya.
Tidak hanya melakukan jenayah rogol terhadap cucu berusia 13 tahun ketika kejadian mangsa berusia 12 tahun) malah turut melakukan amang seksual terhadap seorang lagi cucunya iaitu adik kepada mangsa berusia 9 tahun.
BACA ARTIKEL BERKAITAN DI SINI :- Ibu Dakwa Alat Sulit Anak Kedua Turut Dipegang Oleh Suspek Rog*l Remaja 13 Tahun
Remaja Dibaham Atuk Sendiri, Ibu Mengigil Anak 13 Tahun Dir*g*l Hampir Setiap Malam
Hakim Mohd Khairi Haron menjatuhkan hukuman itu selepas berpuas hati dengan pengakuan bersalah tertuduh berusia 67 tahun terhadap lima pertuduhan yang dihadapinya.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap cucunya yang berusia 12 tahun selain merogol mangsa di sebuah rumah di Batu Pahat antara Januari hingga Disember tahun lalu.
Dia turut didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang lagi cucunya yang berusia sembilan tahun di lokasi sama dalam tempoh berkenaan.
Bagi kesalahan amang seksual, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang dibaca bersama Seksyen 16 akta sama, manakala pertuduhan rogol dibuat mengikut Seksyen 376(2)(d) Kanun Keseksaan.
Susulan laporan itu, polis menjalankan siasatan sebelum menahan tertuduh bagi membantu siasatan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nur Ameerah Allaudeen manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Selain hukuman penjara dan sebatan, mahkamah turut memerintahkan tertuduh menjalani sesi kaunseling sepanjang tempoh pemenjaraan serta dikenakan pengawasan polis selama tiga tahun selepas tamat menjalani hukuman mengikut Seksyen 26 dan Seksyen 27 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.