Datuk Ram Singh Nafi Tunduk Pada Politik – “Tuduhan Ini Adalah Palsu Sama Sekali, Berniat Jahat….”

Share

Datuk Ram Singh nafi tunduk pada politik – “Tuduhan ini adalah palsu sama sekali, berniat jahat.” Datuk Ram Singh menafikan sekeras-kerasnya dakwaan bahawa beliau pernah menerima, meminta atau dipengaruhi oleh mana-mana parti politik mahupun pihak berkepentingan berhubung kes yang sedang dikendalikannya.

Datuk Ram Singh Nafi Tunduk Pada Politik – “Tuduhan Ini Adalah Palsu Sama Sekali, Berniat Jahat…”

Peguam kanan yang bertindak mewakili salah seorang daripada lima remaja yang didakwa berkait dengan kematian Allahyarham Zara Qairina Mahathir itu menekankan bahawa setiap keputusan beliau dibuat tanpa sebarang pertimbangan tidak wajar.

“Saya mengambil maklum dengan kebimbangan sekeping gambar yang dikongsi secara meluas di media sosial dengan sindiran yang mencadangkan integriti saya terjejas dalam satu perkara yang sedang dibicarakan di Mahkamah Kanak-Kanak.

“Saya ingin menyatakan secara mutlak dan tanpa sebarang keraguan bahawa tuduhan ini adalah palsu sama sekali, berniat jahat, dan dirancang untuk mencemarkan reputasi profesional saya.

“Sepanjang masa, saya telah menjalankan tugas mengikut standard etika tertinggi profesion undang-undang dan peraturan tata kelakuan profesional,” katanya menerusi kenyataan rasmi.

Beliau sebelum ini turut memaklumkan kepada media bahawa kes berkenaan diambil secara pro bono, tanpa mengenakan sebarang bayaran guaman.

Ram, yang pernah mewakili pelbagai tokoh awam di Sabah, menjadi perhatian ramai selepas tampil membela remaja terbabit.

Dalam prosiding semalam, kelima-lima remaja tersebut mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan di bawah Seksyen 507C(1) kerana menghina orang lain.

Untuk rekod, Zara Qairina, 13, ditemukan tidak sedarkan diri di sekolahnya pada 16 Julai lalu sebelum disahkan meninggal dunia sehari kemudian di Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu.

Ram menegaskan bahawa kedudukannya sebagai pegawai mahkamah menuntut beliau menegakkan keadilan tanpa sebarang rasa takut atau pilih kasih.

“Saya melaksanakan tugas itu dengan teliti dalam kes ini. Saya menggesa orang ramai supaya tidak mengendahkan sindiran tidak berasas ini.

“Sekiranya pembohongan ini berterusan, saya tidak akan teragak-agak untuk mengambil semua langkah undang-undang yang perlu bagi melindungi nama dan kedudukan profesional saya,” ujarnya.

Sumber: Harian Metro

Baca artikel lain juga: Pempengaruh Raih Laba, Hasil Tunggang Kes Zara Qairina

Kes Zara Qairina: Datuk Ram Singh Wakili 1 Daripada 5 Tertuduh

Datuk Ram Singh Saya Beri Khidmat Percuma, Tertuduh Bukan Anak VVIP

 

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE

 

Published by
Has