Kalau dah jodoh. Siapa sangka seorang lelaki yang boleh dipanggil datuk dengan usia 50 tahun telah selamat berkahwin dengan seorang gadis yang berusia 14 tahun.
Mungkin kita yang melihatnya rasa umpama seorang datuk dengan cucu. Tapi inilah yang berlaku di Lombok Indonesia, bila seorang lelaki yang boleh dipanggil datuk berkahwin selepas 8 hari berkenalan.
Kalau di Malaysia, ia tidak dibenarkan kerana gadis itu di bawah umur, apatah lagi masih lagi bersekolah. Tapi bagi negara luar, mungkin ia tidak menjadi isu dan mak ayah pun tiada halangan.
Video pasangan ini mendirikan rumahtangga tular di media sosial, gara-gara pernikahan seorang datuk dengan gadis berumur 14 tahun.
Dikatakan seorang pengantin lelaki berusia 50 tahun viral di media sosial gara-gara dia berkahwin dengan seorang gadis bawah umur yang berusia 14 tahun.
Kisah perkahwinan mereka itu turut dimuat naik di TikTok yang memaparkan kedua-dua pasangan pengantin itu kelihatan begitu mesra dan tidak kekok antara satu sama lain.
Dalam pada itu, lelaki berkenaan yang dikenali sebagai Muhammad Nur berasal dari Lombok, Indonesia memberitahu bahawa sdbelum ini dia sudah berkahwin sebanyak 5 kali.
Namun, rumahtangga yang dibina sebelum ini tidak mampu bertahan lama kerana bbekas isterinya sendiri yang memohon untuk bercerai.
Mencari Isteri Baru
Difahamkan, pada awalnya lelaki terbabit ingin mencari pasangan baru untuk dijadikan sebagai isteri sebelum dia dikenalkan dengan isterinya yang sekarang, Nia Safira.
Ads
Kedua-duanya bercadang untuk berkenalan selama setahun, namum memandangkan mereka sudah mulai jatuh cinta antara satu sama lain akhirnya membuat keputusan untuk bernikah selepas lapan hari berkenalan.
“Dah kalau namanya sama-sama suka apa lagi. Tak ada yang boleh menghalang.”
Dalam pada itu, si suami berharap agar perkahwinan yang dibina ini adalah perkahwinan yang terakhir buatnya.
“Dulu saya bernikah dengan 3 janda lepas tu 2 anak dara dan penutup ni saya dengan anak dara juga.
Ini yang terakhir. Saya nikah dengan gadis bawah umur tapi kami saling mencintai.”
Mingguan Wanita : Tak tahulah nak cakap apa. Kalau kita umur 14 tahun tu mungkin kat kampung masih main masak-masak lagi.
Ads
Sumber: Indozone & balikbalik.com
@indozone.id Heboh Pernikahan Kakek 50 Tahun dan Remaja 14 Tahun di Lombok, Sampai Bikin Warga Teriak hingga Kesemsem. Source: @utari_lestariy10 ♬ suara asli – INDOZONE
Tak pernah pegang mesin, tak bermakna mak-mak tak pandai menjahit. Pelajari kaedah dan teknik jahitan mudah dalam kelas satu hari sahaja.
Dalam masa beberapa jam, walaupun beginner anda mampu menyiapkan satu tote bag daripada jeans terpakai dan nasi lemak recyclable bag.
Projek 1: Denim Tote Bag
Jom tukar jeans yang tak muat dipakai menjadi tote bag. Teknik yang dipelajari bermula daripada cara memotong kain, membuat ukuran kain, menjahit lurus, jahit tangkai beg, cara cantuman sehinggalah siap sebiji beg.
Projek 2: Shopping Bag
Beg beli belah berbentuk nasi lemak! Beg kitar semula ini bukan saja menjimatkan ruang, malah dapat melindungi alam sekitar kerana kurangnya penggunaan beg plastik. Teknik yang bakal dipelajari adalah cara jahitan melengkung, jahitan lurus, cara mengukur saiz beg dan cara membuat lipatan.
Jangan ketinggalan sertai Kelas Jahitan Kreatif Denim Tote Bag & Shoping Bag di SewingWorld, One City Subang Jaya pada 15 Oktober 2022 bermula 930 pagi hingga 5.30 petang. Yuran RM60 sahaja.
Remy Ishak akui belum diberi rezeki timang cahaya mata. Begitulah luahan pelakon terkenal Remy Ishak apabila berlegar sebelum ini gosip tentang isterinya, Ezza Yusof dikatakan sudah berbadan dua.
Pemilik nama sebenar Mohammad Zalimie Ishak juga mendedahkan dirinya dan isteri Ezza belum diberi rezeki menimang cahaya mata.
Remy Ishak Akui Belum Diberi Rezeki
Seperti mana dipetik menerusi BH Online, Remy menerangkan dirinya ada berkongsi dengan pelakon Amyra Rosli tentang hal tersebut.
“Belum ada rezeki lagi.
“Saya sebenarnya ada kongsi rasa takut kepada Amyra Rosli.
“Saya takut hendak membawa watak Zafran dalam drama Jangan Menangis Cinta.
“Semuanya kerana saya takut tiba-tiba isteri saya hamil pada masa saya menghidupkan watak Zafran yang emosi dan tidak sukakan anak cacat.
“Saya jadi fobia. Kemudian, baru-baru ini, tular dakwaan orang ramai nampak ‘baby bump’ isteri saya.
“Saya paling gementar saat itu.. Sudahlah saya sedang membawa watak Zafran,” ungkapnya.
‘Baby Bump’ Kelirukan Penglihatan
Menerang lanjut tentang isu itu, Remy menerangkan isu tersebut mula timbul apabila isterinya menyarung baju besar hingga mengelirukan penglihatan orang.
“Isteri cakap tiada apa-apa, hanya baju yang besar.
“Mungkin orang terlalu teruja dan tersalah pandang.
“Mungkin juga orang berharap. Iyalah, saya sudah bernikah beberapa bulan. Saya pun berharap buat masa ini, sementara saya sedang melakonkan watak Zafran iaitu bapa yang pembenci, kami bertenang dululah,” sambungnya yang turut menjelaskan drama adaptasi novel karya Siti Rosmizah itu akan mula disiarkan pada 21 Mac depan di Astro Ria.
Buat penggemar sushi, berhati-hatilah makan hidangan berasal dari negara Jepun ini. Pastikan makan ditempat yang diyakini bersih, selamat dan seeloknya elak makan makanan mentah seperti ikan, daging dan sebagainya kerana ia boleh membahayakan kesihatan.Terutamanya bagi yang menghidap penyakit kronik, sebaiknya elak makan makanan mentah, dikhuatiri mempunyai bakteria dan sukar untuk disembuhkan.
Menerusi laporan Daily Mail,tangan kiri seorang lelaki berusia 71 tahun dari Korea Selatan terpaksa dipotong kerana dijangkiti bakteria selepas makan makanan mentah, sushi.
Tapak Tangan Bengkak
Dalam kejadian ini, pesakit yang tidak didedahkan identitinya itu berkata, tapak tangan kirinya mula mengalami kesakitan dan bengkak sebesar bola golf selepas 12 jam memakan sushi ikan mentah.
Keadaan menjadi semakin teruk apabila dia mula mengalami demam dan kesakitan yang luar biasa di tangannya dalam tempoh dua hari, dengan tangannya yang juga tidak menunjukkan sebarang tanda untuk pulih membuatkan dia terpaksa meminta bantuan dari doktor di sebuah hospital di Jeonju.
Saiz lepuhan di tangan pesakit berukuran 3.5 cm ke 4.5 cm, anggaran saiz sebiji boleh golf. Jangkitan itu turut menjejaskan bahagian belakang tapak tangan dan lengannya.
Pihak perubatan kemudian mengeluarkan air dalam lepuhan di tapak tangannya dan membuang tisu-tisu yang telah terjejas, serta mangsa diberi ubat antibiotik. Malangnya, rawatan itu tidak berjaya dan keadaan tangan pesakit menjadi semakin teruk dan akhirnya terpaksa dipotong.
Hidap Penyakit Kronik
Menurut sumber, pesakit juga menghidap diabetes, tekanan darah tinggi dan penyakit buah pinggang yang memerlukan dia menjalani rawatan dialisis.
Berdasarkan pemeriksaan doktor, pesakit mengalami masalah kesihatan itu kerana sistem keimunan badannya lemah kerana dia menghidap penyakit buah pinggang yang meletakkanya pesakit itu lebih berisiko untuk dijangkiti. Sedangkan orang yang normal boleh sembuh hanya dalam beberapa hari apabila terkena jangkitan bakteria.
Selepas menjalani pembedahan memotong tangan tersebut, keadaan lelaki ini semakin baik dan dia dibenarkan pulang ke rumah.
Semoga bermanfaat! Kongsikan buat penggemar sushi agar mereka lebih berhati-hati.
Masya Allah… terkedu baca tajuk yang mana punca kematian kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun dipercayai didera oleh ibu kandungnya di Taman Permatang Badak Maju, Permatang Badak semalam adalah disebabkan oleh pendarahan di bahagian esofagus.
Hasil bedah siasat pada pukul 10 pagi tadi mendapati keadaan itu berkemungkinan oleh faktor salur darah pecah atau berlaku ulser pada esofagus. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, Asisten Komisioner Othman Nayan berkata,
“Ini mungkin disebabkan stress atau force trauma, selain terdapat banyak kesan parut lama dan luka baru di bahagian kepala dan seluruh anggota badan mangsa yang berkemungkinan didera.”
Apa yang lagi menyedihkan, pemeriksaan fizikal mendapati terdapat banyak kesan lebam ditemui pada bahagian pergelangan kaki, belakang badan, bahagian pinggang, punggung, bahagian siku kiri, bahagian bawah ketiak kanan dan kesan melecur pada bahagian kemaluan mangsa.
Ya, tak mampu nak bayangkan rasa sakit yang ditanggung si mangsa apabila melihat keadaannya. Mangsa yang merupakan pelajar tahun 4 dari Sekolah Chung Ching Tanah Putih merupakan anak pertama dari dua beradik lelaki. Yang kedua berumur lapan tahun.
Mak Ayah Si Mangsa Ditahan
Bapa mangsa yang berumur 30 tahun bekerja sambilan sebagai penjual kereta terpakai selain menjadi pemandu Grab, manakala ibu mangsa mengambil upah menjaga tiga orang kanak-kanak di rumahnya.
Ibu dan bapa mangsa kini ditahan reman sehingga 16 Julai bermula semalam dan kes ini disiasat mengikut seksyen 302 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman gantung sampai mati.
Jenazah kanak-kanak malang itu dituntut oleh keluarganya pada jam 3.40 petang tadi untuk dikebumikan.
Sumber: Bernama
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!