Memang tak dapat dinafikan, setiap bulan senggugut atau sakit pada bahagian perut akan menyerang wanita ketika datang bulan atau haid. Apa kata kunyah dan makan halia kerana dikatakan dengan memakan halia mampu mengurangkan gejala-gejala dismenorea iaitu sakit teruk atau senggugut yang dialami oleh sesetengah wanita semasa kitaran haid.

Sebenarnya, bukan itu sahaja khasiat halia. Banyak lagi.

Halia adalah bahan popular dalam masakan terutamanya dalam masakan Asia dan India. Herba ini juga telah digunakan untuk tujuan perubatan selama beribu tahun.

Halia tergolong dalam keluarga Zingiberaceae. Bagi mendapatkan khasiatnya, rizom halia ini boleh dimakan segar, dikeringkan, dihancurkan jadi serbuk, diekstrak minyak atau dijadikan sebagai jus.

IKLAN

Analisa saintifik menunjukkan bahawa halia mengandungi beratus-ratus bahan dan metabolit yang boleh menyumbang kepada kesihatan dan penyembuhan. Antaranya gingerols dan shogaols yang paling banyak dikaji.

Halia menyediakan pelbagai jenis vitamin dan mineral. Dikatakan dalam 100 gram halia terdapat 79 kalori. Hanya 17.86 karbohidrat, 3.6 gram serat pemakanan, 3.57 protein, 0 gram gula, 14 gram sodium atau garam, 1.15 gram besi, 7.7 miligram vitamin C, dan 33 miligram potassium.

Zat –zat lain yang ditemui dalam halia adalah seperti vitamin B6, magnesium, fosforus, zink, folat, riboflavin, dan niasin.

IKLAN

Bahan anti keradangan dan antioksidan yang terdapat dalam halia amat berguna untuk kesihatan termasuklah gingerols, beta karotena, capsaicin, asid caffeic, curcumin dan salicylate.

Kebaikan dan kelebihan halia terhadap kesihatan tubuh memang tidak dapat dinafikan.

Memudahkan Pencernaan

Bahan fenolik dalam halia dikatakan mampu melegakan kerengsaan gastrousus, merangsang air liur dan penghasilan hempedu, dan menahan pengecutan gastrik seiring dengan pergerakan makanan dan cecair yang melalui saluran gastrousus. Dikatakan halia boleh membantu mencegah kanser kolon dan sembelit.

IKLAN

Sesuai Mengurangkan Rasa Loya

Ada antara pesakit kanser yang mengunyah halia atau meminum teh halia bagi mengurangkan rasa loya semasa rawatan kanser. Malah mengambil halia untuk mengurangkan rasa loya akibat mabuk perjalanan amat berkesan tetapi ia dikatakan tidak mampu mencegah rasa hendak muntah. Dikatakan juga halia selamat digunakan semasa kehamilan terutamanya untuk melegakan loya. Ibu hamil boleh membeli halia ini dalam bentuk lozen atau gula-gula.

Melegakan Selesema Dan Demam Selesema

Semasa cuaca sejuk, meminum teh halia amat baik bagi memastikan tubuh panas. Ia diaforetik yang bermakna ia merangsang perpeluhan, dan bertindak memanaskan tubuh daripada dalam. Jika anda mahu membuat teh halia sendiri di rumah, bolehlah menghiris lebih kurang 20 hingga 40 gram haia dan rendamkannya dalam secawan air panas. Tambahkan sehiris lemon dan sedikit madu bagi menambah perasa dan kebaikan tambahan yang termasuk vitamin C dan sifat-sifat antibakteria. Halia juga dikatakan ramuan semulajadi untuk melegakan demam selesema dan selesema.

Merawat Keradangan

Dikatakan halia telah digunakan selama berkurun lama untuk mengurangkan keradangan dan merawat masalah keradangan. Malah dikatakan halia juga amat berkesan dan selamat untuk merawat keradangan berkaitan dengan osteoarthritis.

Baik Untuk Kesihatan Kardiovaskular

Kegunaan lain halia adalah mengurangkan kolesterol, merendahkan risiko pembekuan darah, dan membantu untuk mengekalkan kesihatantahap gula dalam darah. Lebih banyak penyelidikan diperlukan bagi membuktikannya, namun halia dikatakan mampu menjadi sebahagian daripada rawatan penyakit jantung dan diabetes.

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI