Pelajar-pelajar di sekolah tahfiz kebiasaannya hanya mendalami ilmu-ilmu agama seperti menghafaz alquran, hadis nabi dan sebagainya. Namun sebaliknya, istimewa bagi pelajar-pelajar di Madrasah Tahfiz Taufiqillah turut menjadikan bidang keusahawanan, mengusahakan madu kelulut sebagai salah satu modul pendidikan yang turut boleh menjana pendapatan yang lumayan.
Projek madu kelulut yang diusahakan secara suka-suka pada awalnya di Kampung Lembah Arang, Wang Tepus, di sini, tiga tahun kini menjadi sumber pendapatan kepada Madrasah Tahfiz Taufiqillah.
120 Sarang Madu Kelulut
Hasil madu kelulut dari 120 sarang yang diusahakan madrasah itu sangat memberangsangkan dan ia dijual pada harga RM30 bagi setiap 120 gram sehingga membolehkan pengusahanya memperolehi pendapatan sekitar RM14,000 sebulan. Malah pada musim bunga, hasil madu amat menggalakkan sehingga mampu dituai mencecah 100 kilogram (kg), dengan hasil jualan RM24,000.
Pengetua Madrasah Tahfiz Taufiqillah, Auzaid Ismail, 44, berkata wang hasil jualan madu digunakan untuk membayar bil elektrik madrasah kira-kira RM1,500 setiap bulan.
“Ia dapatlah menampung sedikit perbelanjaan madrasah yang mencecah RM20,000 sebulan.
Ads
“Tujuh puluh peratus pelajar di sini adalah anak yatim, orang miskin serta mualaf. Mereka tidak dikenakan yuran, manakala bagi keluarga yang berkemampuan, yuran hanya RM180 sebulan,” katanya.
Projek Madu Sejak 2015
Auzaid yang mengasaskan madrasah terbabit sejak 2013 berkata, beliau memulakan projek madu kelulut itu pada awal 2015, dengan hanya dua sarang untuk kegunaannya sekeluarga. Namun, semakin pelajar menunjukkan minat dengan projek itu dan hasilnya, beliau menambah bilangan sarang sehingga mencecah 120 sarang ketika ini.
Pada peringkat awal, Auzaid berkata, beliau tidak mempunyai ilmu mengenai kelulut menyebabkan lebah itu meninggalkan sarangnya.Beliau kemudian bertemu dengan seorang pensyarah dari Politeknik Sultan Abdul Halim (POLIMAS) di sini, yang mengajarnya secara praktikal teknik penjagaan kelulut.
Ads
Pusat Agro-Pelancongan Islamik
Sarang kelulut diletakkan di bawah pokok serta lereng bukit dan ia kini menjadi seperti sebuah taman yang dinamakan Taufiqillah Stingless Bee Farm. Beliau kini sedang membina sebuah galeri untuk menyimpan dan menjual madu, yang dijangka siap pada awal tahun depan.
“Seiring dengan keindahan taman kelulut di lereng bukit serta pelbagai pokok bunga yang ditanam, pastinya ladang kelulut ini boleh dijadikan pusat agro-pelancongan Islamik tidak lama lagi,” katanya.
Pelajar, Mohd Syarhan Mohd Tahir, 16, berkata beliau bersyukur dapat belajar di madrasah itu, yang turut mendedahkannya pada ilmu keusahawanan. Beliau diberi kepercayaan untuk menjaga sarang kelulut dan menyedut madu pada sebelah petang sebelum diisi ke dalam botol.
Ads
“Sekarang, saya juga diajar cara membuat sabun mandian dan pencuci muka berasaskan madu. Ia pengalaman yang mungkin jarang diperoleh di madrasah lain.
“Ladang kelulut di sini sudah sebati dengan kami sebagai pelajar, malah suasana berbukit di sini juga dapat mengubat kerinduan saya kepada keluarga,” katanya yang berasal dari Ranau, Sabah.
Mingguan Wanita mengucapkan tahniah atas inisiatif yang diusahakan oleh pengetua madrasah ini.Bukan apa, ia sekurang-kurangnya membantu memulihkan imej institusi sekolah tahfiz sering diperlekehkan ramai pihak sebelum ini. Stigma pelajar tahfiz perlu meminta sedekah, mengharap ihsan orang ramai serta menjual pelbagai barangan demi kelansungan hidup pusat tahfiz boleh diubah dengan memiliki pendapatan sendiri begini. Malah ia juga menghidupkan sunnah, melahirkan jiwa usahawan.
Eyna bukan minah rempit – “Sejak remaja adik memang minat motosikal,” abang jururawat maut konvoi RXZ. “Sejak remaja adik meminati aktiviti pemotoran sebagai hobinya dan mendapat sokongan keluarga dengan aspek keselamatan menjadi keutamaan.”
Eyna Bukan Minah Rempit – “Sejak Remaja Adik Memang Minat Motosikal,” Abang Jururawat Maut Konvoi RXZ
Demikian luahan Emey Lee, 45, selepas insiden yang meragut nyawa adiknya, Roslinawati Ramli atau lebih dikenali sebagai Eyna Lee, 33, apabila motosikal RXZ yang ditunggangnya terbabas di Kilometer 394, Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) arah Kuala Terengganu pada Jumaat lalu.
Emey menjelaskan, arwah bersama suami, Mohd Nor Mustapa, 34, serta dua anak mereka iaitu Alyssa Sofea, 4, dan Alyssa Waheeda, 6, turut serta dalam perjalanan dari Simpang Renggam, Johor bagi menghadiri program RXZ Members 7.0. Turut menemani mereka ialah ibu bapa mentua serta ahli keluarga lain.
Alyssa Sofea, 4, dan Alyssa Waheeda, 6, sudah kehilangan ibu dalam usia yang terlalu muda.Tabahlah wahai anak!
Ketika bercuti di luar negara. Ketika disatukan sebagai suami isteri.
“Adik saya bukan minah rempit seperti yang ramai katakan dan tidak timbul istilah tinggal suami kerana nak pergi ke RXZ Members 7.0.
Arwah adik memang meminati aktiviti permotoran dan tidak pernah terlepas ke sana dan turut memiliki RXZ sendiri yang dibeli sejak usia 21 tahun, ketika kejadian dia menggunakan RXZ milik suaminya, katanya.
Beliau menambah, setiap kali mengikuti konvoi atau perjalanan jauh, keluarga pasti akan turut serta demi memastikan keselamatan arwah.
“Sedih memang sedih dengan kehilangan adik namun kami sekeluarga reda dengan ujian ini,” katanya lagi sambil mengingat kembali pertemuan terakhir bersama adiknya pada 29 Julai lalu di Felda Tementi.
Jenazah Allahyarham Roslinawati disempurnakan di kediaman keluarganya di Felda Tementi, Bera.
Jenazah Roslinawati selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Tementi kira-kira jam 2.45 pagi. Menurut Emey, kehadiran orang ramai yang tidak disangka-sangka di tanah perkuburan menunjukkan arwah disenangi ramai.
Jenazah Allahyarham Roslinawati yang maut ketika dalam perjalanan ke himpunan RXZ Member 7.0 dibawa keluar dari Unit Forensik Hospital Hulu Terengganu.
Arwah yang merupakan anak keenam daripada tujuh beradik disifatkan seorang yang periang, pemurah dan suka menolong.
“Satu lagi sikap adik, suka bersedekah terutamanya sedekah Subuh,” ujarnya.
Dalam pada itu, menurut pihak polis, siasatan awal mendapati mangsa bertolak dari rumah sekitar jam 1 pagi menuju Kuala Terengganu. Namun setiba di lokasi kejadian, motosikal yang ditungganginya dipercayai hilang kawalan sebelum terjatuh di atas jalan.
“Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada bahagian kepala,” jelas kenyataan itu.
Menguatkan lagi dirinya tidak lagi mengenakan hijab, pemilik nama sebenar Erneelya Elyana Emrizal tampil dengan gaya tidak memakai hijab ketika muncul dalam program Semarak Uniti Keluarga Malaysia anjuran Kementerian Perpaduan Negara (KPN) di Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2022.
Memetik laporan Berita Harian Online, Elyana akui dirinya lebih selesa tidak mengulas soal hijab.
“Saya mengambil keputusan tidak menjelaskan apa-apa kerana mereka tak menginginkan penjelasan.
“Bila saya menjelaskannya, macam-macam versi cerita tidak masuk akal akan keluar.
“Demi menjaga jiwa dan persekitaran, saya ambil keputusan tidak menerangkan apa-apa kepada mereka yang tidak mahu memahami saya.
“Ini adalah proses kehidupan. Cuma, apa yang saya boleh katakan, saya impikan kehidupan lebih baik, setiap hari,” ungkapnya.
“Baik Buruk Biarlah Saya Sendiri Yang Menanggungnya”
Elyana juga berkata, dia tidak menghiraukan pandangan dan pendapat orang ramai kerana apa yang dilakukan biarlah dirinya yang menanggung sendiri.
“Dahulu, saya sangat mementingkan jiwa dan hati orang. Sekarang, saya akan melakukan apa yang saya rasa terfikir nak buat. Baik buruk biarlah saya sendiri yang menanggungnya.
“Jika boleh terima, Alhamdulillah. Kalau tak boleh terima, tak mengapa kerana saya tidak ada apa-apa masalah, tetapi, inilah diri saya,” sambung Elyana yang turut berterima kasih untuk mereka yang mendoakannya selama ini.
Mingguan Wanita: Semoga semuanya baik-baik saja dalam kehidupan Elyana sekeluarga.
Kes penderaan dan penganiayaan remaja Sindrom Down, Bella akhirnya terbela apabila Mahkamah Sesyen hari ini memerintahkan
pengasas Rumah Bonda Siti Bainun Ahd Razali, membela diri atas dua pertuduhan mengabai dan menganiaya seorang remaja perempuan sindrom Down dikenali sebagai Bella.
Pendakwaan Berjaya Buktikan Kes Prima Facie
Hakim Izralizam Sanusi membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Siti Bainun, 30 di akhir kes pendakwaan.
Pada 28 Oktober lepas, pihak pendakwaan menutup kesnya selepas memanggil 22 saksi pada perbicaraan kes itu yang bermula 30 Mac lepas.
Selain Bella, saksi lain termasuk bekas penghuni Rumah Bonda iaitu Yasmin Nahar Mahmood, pakar psikiatri, Dr Wan Asyikin Wan Azlan; pembantu pengurus syarikat swasta, Zurianty Sudin dan pakar bedah plastik, Dr Salmi Mohamed Shukur.
Kes itu dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nor Azizah Mohamad, Zilfinaz Abbas, Zahida Zakaria, Fazeedah Faik dan Shakira Aliana Alias manakala peguambela, Nur’Aminahtul Mardiah Md Nor, Mohammad Farhan Maaruf, Nurul Hafidzah Hassan dan Nur Ellena Mohamed Razif mewakili Siti Bainun.
Siti Bainun, mengaku tidak bersalah mengabai dan menganiaya remaja perempuan sindrom Down berusia 13 tahun itu sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal serta emosi.
Dia didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kondominium di Wangsa Maju di ibu negara antara Februari dan Jun 2021 mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Suami isteri pegawai Imigresen guna duit rasuah RM600k buka kedai emas. Sepasang suami isteri yang juga pegawai Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dipercayai menyalurkan wang hasil rasuah untuk membuka sebuah kedai emas dengan modal kira-kira RM600,000.