Dari Kecil Biasakan Anak Lelaki Solat Tarawih Di Masjid, Ibu Ini Tunjuk Cara

Agak sukar sebenarnya bagi ibu yang ada anak kecil mahu bersolat sunat tarawih di masjid. Berbeza kes bagi ibu ini, Nurul Uyun Mohd Taher.

Yang mahu dedahkan anak-anak lelakinya dengan solat tarawih di masjid. Bila mana suami tiada di sisi, segala cabaran kena ditempuh sendiri. Dan inilah perkongsian beliau.

 

Dari Kecil Biasakan Anak Lelaki Solat Tarawih Di Masjid, Ibu Ini Tunjuk Cara

Cara Ibu Ini Bawa Anak Lelaki Solat Tarawih Di Masjid

Bukan sekali dua saya balik dari solat tarawih dalam keadaan teresak-esak menangis mengalirkan air mata masa awal-awal Ramadhan tempoh hari.

Mana taknya, belum cukup lagi at least sampai 8 rakaat, sorang dah menangis kena usik dengan abang, yang abang menjerit nak makan(padahal baru je habis makan berpinggan). Belum lagi dia mula berak dan macam-macam lagi kejadian yang ngam-ngam akan berlaku masa solat tarawih.

Bahkan ada yang pesan untuk lebih baik jaga anak dan solat sahaja di rumah. Lebih afdhal dan itu lebih prioriti.

Ikutkan hati mak memang protes sebenarnya. Sebab saya kenal anak-anak lelaki saya. Jenis tidur tak jerap dan saya dah eksperimen masa abangnya dahulu.

Tarawih lewat-lewat pagi nak dekat sahur bila abangnya dah betul-betul tidur.(adik belum lahir). Tak berapa efektif dan saya tak berapa tenang dan Ramadhan masa tu agak tak memberangsangkan.

Jadi tahun ni, saya buat keputusan dan saya tentunya raikan semua pendapat. Kita pun segan sendiri kan bila anak tiba-tiba melalak sama kuat dengan suara imam. Tentu mengganggu jemaah untuk solat.

IKLAN

 

Dari Kecil Biasakan Anak Lelaki Solat Tarawih Di Masjid, Ibu Ini Tunjuk Cara

Pilih Masjid Yang Sesuai Dengan Anak-anak

Saya pilih masjid yang sesuai untuk anak-anak.

Alhamdulillah ada satu yang berhampiran dengan rumah. Kami solat di bahagian wanita yang memang tempat lepak dan main kanak-kanak kecil mahupun besar. (Ni pun sedih juga sebab ramai anak lelaki yang mumayyiz yang tak solat tapi sibuk main game kat luar).

Abbas dan Huzaifah so far menunjukkan prestasi yang agak bagus sepanjang Ummi solat. Walaupun tentunya ada rakaat yang kena extent sebab diorang masih kelaparan. Memang budak laki kuat makan betul!

Alhamdulillah bubur lambuk masjid memang tersedia, dan biasanya Abbas dan Huzaifah akan makan dengan kakak-kakak yang suka main dengan diorang berdua.

IKLAN

Sebenarnya selain part saya nak fokus habiskan tarawih dengan imam adalah kerana ini sebahagian daripada proses melazimkan anak-anak lelaki dari kecil dengan masjid, dengan rumah Allah. Rasanya ni sebab terkuat paling besar kenapa saya tetap degil bawa anak ke masjid solat tarawih.

Saya rasa rugi besar kalau tak manfaatkan bulan Ramadhan ni. Plus, ketiadaan abi sekarang dan abi yang jarang berada di rumah menyebabkan saya perlu bantu ambil peranan untuk biasakan anak lelaki ke masjid, suka ke masjid dan terbiasa dengan suasana Islam.

Kalau nak cerita manfaat lain sebenarnya pun banyak. Tapi taknak cerita banyak. Saya nampak dan boleh observe level of play anak-anak saya dengan orang lain, skil sosial anak-anak, cara anak interaksi dan lots more.

Penting ke? Tak boleh observe waktu lain?
Penting. Sebab saya seorang suri rumah.
Terhad masa anak-anak untuk bersosial dengan orang lain. Eh terbanyak pulak cerita!

 

IKLAN

Dari Kecil Biasakan Anak Lelaki Solat Tarawih Di Masjid, Ibu Ini Tunjuk Cara

4 Tip Pastikan Ibu Sukses Bawa Anak Ke Masjid Ramadan Ini

Jadi kesimpulannya,

1. Know urself and ur kids very well. Orang boleh bagi nasihat yang general which is sangat bagus. Namun kita lebih tahu apa keperluan kita dan anak-anak.

2. Definisi khusyuk bukanlah maksudnya kita kena solat dalam keadaan tak ada siapa yang kacau, boleh habis complete dengan imam, boleh habis tilawah 1 juz masa tarawih dsb. No. Once dah jadi mak (selagi anak tak besar dan terus beranak pinak) itu semua bagai mimpi. Khusyuk maksudnya sedar. Solat dan buat dengan sesungguhnya mohon Allah Bantu hadirkan hati walaupun anak merengek bergayut kat kain semayang.

3. Lazimkan anak lelaki dari kecil (sekecil yang mampu) ke masjid. Biar dia main dan buat bising sekarang daripada dia buat bising, main game dan tak solat masa dah besar. Itu lagi menyedihkan!

4. Terakhir, ibu mesti bijak, kuat hati dan uruskan keperluan anak secukup yang mungkin. Saya memang bawa bekal ke masjid (sejak ada bubur lambuk, lega sikit tak perlu prep buah dan snack dah). Bawa buku, lori mainan etc(no gadget pliz) yang boleh anak-anak attached sepanjang kita solat. Anak-anak saya jenis kuat sosial, jadi tak perlu barang mainan sangat nak dibawa.

Saya doakan Ramadhan kali ini menjadi Ramadhan yang lebih baik buat semua ibu.

Memang tak sama masa bujang dan setelah beranak pinak. Tambahan bila kita terpaksa all alone. Tapi, inilah sepatutnya penguat azam untuk kita menjadi ibu yang lebih baik, insyaAllah

Sumber/Foto : Nurul Uyun Mohd Taher

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI