Manusia terpenting setiap kali seorang anak atau suami terima gaji setiap bulan sudah tentulah ibu dan juga isteri mereka. Sebelum menolak hutang itu dan ini, ketepikan terus wang untuk kedua insan istimewa ini.
Dalam erti kata lain, dapat saja gaji bahagiakan dahulu ibu dan isteri, selagi mereka ada tak rugi gembirakan hati dua insan ini. Insyallah hidup anda lebih diberkati dan dipermudahkan Allah SWT. Percayalah.
Dapat saja gaji mesti ingat untuk bahagiakan dua orang wanita ini terlebih dahulu, ibu dan isteri kita.
Kadang-kadang, emak ni tak pernah minta duit dekat kita. Dia tak akan sebut pun. Dan dia tak akan bising pun kalau kita tak bagi dekat dia.
Tapi kenang balik masa kita kecil sampai saat kita berpisah dengan mak kita membina hidup kita sendiri. Siapa yang sanggup bergolok bergadai nak sediakan apa saja hajat kita?
Walaupun kadang-kadang nampak macam mak tak nak bagi, tapi jauh di sudut hati seorang mak, celik saja mata kita pagi esok, semua benda yang kita nak itu akan ada atas ribaan kita.
Walaupun kadang-kadang nampak macam mak marah dan berkira dengan kita, tapi sebenarnya mak nak bagi yang lebih baik daripada apa yang kita minta.
Walaupun kadang-kadang nampak macam mak cakap nanti-nanti dia beli, itu sebenarnya saat paling sukar buat sekarang ibu.
Mak pun mungkin tak ada duit sangat masa itu. Tapi mak tak nak mengaku depan anaknya yang dia tak ada duit.
Jaga Keperluan & Kebajikan Mak Bila Dewasa
Sebab itu bila kita sudah dewasa, seboleh mungkin kita jaga keperluan dan kebajikan mak kita. Dia nak apa pun, kita cuba usahakan. Tak dapat yang mahal, yang murah sikit pun tak apa.
Bila sesekali balik jenguk emak di kampung, jangan tinggalkan emak sehingga semua barang-barang asas di dapurnya cukup. Shopping sakan pun tak apa. Apa sangat lah sesekali berbelanja untuk emak.
Bagi yang mampu boleh bagi lebih dari itu. Mungkin kereta, mungkin rumah. Mungkin boleh bawa emak pergi umrah atau belanja emak menunaikan fardhu haji.
Ads
Kalau kita berjalan ke mana-mana, jangan lupa belikan mak kita sesuatu. Sama macam mak kita bila dia datang rumah kita, dia tak datang dengan tangan kosong.
Selagi ada ruang dalam kereta, akan disumbatnya macam-macam. Semuanya untuk kita anak-anaknya.
Bila kita balik kampung, mak akan bekalkan kita juga dengan macam-macam benda untuk kita bawa balik. Makanan, minuman, barangan dan apa saja yang boleh.
Bila Dapat Gaji, Jangan Lupa Pengorbanan Mak, Isteri
So, bila kita sudah ada duit, ingat semua pengorbanan mak itu. Jangan mudah lupa diri. Kalau kita boleh belikan sesuatu untuk kita dan keluarga kita, kenapa tidak untuk mak kita?
Isteri kita adalah orang kedua yang wajib kita gembirakan. Jangan sesekali anggap wife kita orang gaji kita. Macam-macam dia buat secara percuma.
Dia jaga makan pakai kita. Dia mengandungkan dan beranakkan anak-anak kita. Dia jaga keperluan dan pendidikan anak-anak juga. Dia urus rumah tangga.
Dia korbankan seluruh umurnya bila dia buat keputusan untuk hidup dengan kita sampai akhir hayatnya.
Dia kahwin dengan kita macam dia main judi. Apa saja kesan dan akibatnya dia akan tanggung di kemudian hari.
Hargai Isteri Dengan Beri Wang Saku
Hargai isteri kita. Don’t ever take her for granted. Beri kasih sayang dan perhatian secukupnya. Beri juga wang saku sebagai upah bekerja sehari-hari untuk kita dan keluarga.
Lebih-lebih lagi kalau isteri kita baru bersalin. Masa anak menyusu penuh dengan isteri kita, dia boleh minta upah sebab susukan anak kita. Sebelum dia minta, kita bagi upah tu siap-siap.
Walaupun dia sudah ada duit gaji sendiri. Walaupun dia tak minta. Walaupun beras, gula, garam, ikan, ayam dan daging kita sudah siap beli. Walaupun tempat berteduh dan belanja anak-anak pun kita dah sediakan.
Ads
Asingkan wang saku isteri. Beri berasingan daripada yang lain. Itu salah satu tanda dan tukaran kepada penat lelah dia sehari-hari. Dia nak buat apa dengan duit itu lantaklah. Jangan dia berjudi atau hidap dadah sudah. Hehehe…
Selagi Mereka Ada TAK Rugi Gembirakan
Itulah dua wanita yang pada hari gaji kita mesti ingat. Dapat bagi sikit, bagi sikit. Dapat bagi banyak, bagi banyak. Yang penting kita bagi.
Cuma.. yang paling menariknya ibu dan isteri kita ini kalau mereka bijak, mereka akan ada 1 persamaan.
Walaupun mereka tahu duit itu kita bagi untuk mereka guna, mereka tak akan guna tak tentu hala.
Mereka biasanya akan simpan untuk bekalan saat kecemasan.
Mereka biasanya akan guna untuk selesaikan segala tanggungan, hutang dan sebagainya dulu. Mereka akan cari jalan supaya duit tersebut tak akan habis sia-sia.
Jangan Menyesal Bila Mereka Tiada
Rahmat dan keberkatan buat ibu dan isteri kita pada minggu gaji seperti sekarang. Selagi mereka berdua ada, selagi itu jadi tanggungjawab kita untuk gembirakan hati mereka.
Bila mereka sudah tiada, harta yang banyak pun dah tak berguna. Kita hilang segala-galanya.
Kita hilang punca doa. Kita hilang tempat mengadu. Kita hilang tempat bermanja.
Ya Allah.. berkatilah semua ibu dan para isteri. Kurniakan mereka semua kebahagiaan di dunia dan di akhirat. #KAB
MW: Bila kita bahagiakan mak dan isteri, insyallah hidup kita akan lebih diberkati Allah SWT. Segala urusan kita juga akan dipermudahkan berkat doa daripada dua insan istimewa ini.
Biasanya, bila kita tengok wanita yang berkahwin dengan lelaki kaya kerana dia mata duitan dan mampu memiliki segalanya. Mulalah macam-macam tanggapan yang dibuat oleh orang luar.
Perkongsian daripada Dr Azizul Azli Ahmad ini cukup menarik dan tidak perlulah mengatakan wanita mata duitan sebab dia lakukan semua ini kerana bersebab, demi masa depan keluarga yang lebih selesa.
Sebagai lelaki pula, untuk menjadi ketua keluarga sepatutnya kenalah fikirkan keselesaaan keluarga.
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Antara kursus-kursus asas yang dijangka mampu melahirkan peserta yang berkemahiran dan boleh terus dipraktik dalam perniagaan ialah:
JOM PANDAI BAKERI. BUAT DUIT JUAL KEK DAN ROTI. Peserta akan mengadun dan membakar sendiri adunan agar dapat kenal pasti formula menghasilkan satu adunan sempurna bagi kek dan roti.
Cookies Viral Legend. Jual cookies Paling Masyuk! Orang Malaysia meang suka makan. Cookies atau biskut tidak lagi laris hanya menjelang hari raya. Permintaan cookies memang tinggi dan belajar membuat cookies popular atau sedang trending ketika ini merupakan langkah bijak.
Bila isteri lebih berkemampuan, suami patut malu bukan ambil kesempatan atas kemampuan isteri. Jika isteri tolong lengkapkan itu dan ini, suami jangan buat-buat lupa tanggungjawab.
Sebaiknya sebagai seorang suami, jika tidak berkemampuan sekali pun, jangan lupa tunaikan nafkah isteri. Tak mampu berikan banyak, berikan sedikit.
Bila Isteri Lebih Berkemampuan
Ikuti perkongsian Firdaus Shakirin ini dan hadam baik-baik.
Bila isteri lebih dari mampu, maka suami patut malu…
Jangan sewenang-wenangnya gunakan “kemampuan” isteri untuk bayar serba-serbi tu sebagai satu kelebihan dan kebaikan untuk diri kita sebagai seorang suami.
Isteri mungkin tak kata apa-apa lagi, mungkin sebab dia masih tak rasa untuk kata apa-apa lagi buat masa ini.
Suami Patut Malu
Suatu hari nanti, dia akan berbunyi juga, akan kedengaran ketidakpuasan hati juga. Mungkin akan mengungkit juga sebabnya semua dia tanggung, kesemua dia bayar dan juga semua dia setelkan.
Suami kata gaji isteri banyak lagi. Malah suami juga kata jawatan isteri tinggi lagi.
Tak kisahlah suami itu gaji rendah, atau tak kisahlah suami itu jawatan biasa-biasa sekali pun.
Kalau sudah berkahwin dengan isteri yang lebih mampu dari kita, maka itu bukanlah satu kelebihan dan kebaikan yang boleh digunakan sebagai peluang untuk kita tidak menjalankan tanggungjawab wajib.
Tetap kena bayar, kena tanggung setakat kemampuan yang ada walaupun bukan semua perkara…
Kalau kita suami yang bergantung pada isteri untuk hidup senang, maka malu. Jika kita suami yang bergantung kepada isteri untuk hidup selesa, maka malu.
Kalau kita suami yang bergantung pada isteri untuk kita simpan gaji kita dan tak perlu bayar apa-apa, maka malu…
Malu jadi suami kalau isteri itu tanggung lebih dari sepatutnya. Malu jadi suami kalau duit hendak beli rokok pun mintak dari isteri.
Mingguan Wanita : Sebagai pasangan suami, isteri… jujurlah dalam merancang kewangan keluarga dan jangan bebankan satu pihak semata-mata walaupun isteri lebih dari mampu.
ZAMAN DAHULU BOLEH LAH NAK PERMAINKAN WANITA. SEKARANG ‘BIG NO’ Wanita hari ini PANTANG DICABAR!
Pernah diperlekehkan? Dipijak kepala? Buli atau takut berdepan masalah hidup? Dengar apa nasihat pakar. Jom sertai webinar sehari, AURA: Wanita Pantang Dicabar ini.
“Berkat menjual jeruk bersamaAmmar Ahyan dapat beli sebuah private jet”. Terbaru Datuk Sri Aliff Syukri berkongsi sebuah video di akaun Instagramnya keterujaan bersama isteri dan anaknya menaiki jet peribadi berwarna hitam.
Usahawan berjaya serta pempengaruh hebat ini mendakwa berjaya memiliki sebuah jet peribadi hasil titik peluh menjual jeruk mangga bersama anak sulungnya, Ammar Ahyan.
“Berkat Menjual Jeruk Bersama Ammar Ahyan”
Pada bahagian kapsyen Aliff bersyukur kerana hasratnya sudah tertunai. Serta memohon orang ramai mendoakan yang terbaik buat keluarganya.
“Alhamdulilah, akhirnya tercapai juga hasrat papa dan mama. Doakan yang baik-baik untuk kami, amin,” tulis Aliff.
Lawatan Ringkas Sambil Tunjuk Kemudahan Dalam Pesawat Mewah
Pada video tersebut Aliff turut membawa Ammar Ahyan ke dalam jet peribadi tersebut dan melakukan lawatan ringkas sambil menunjukkan kemudahan mewah dalam pesawat mewah tersebut.
“Alhamdulillah, berkat menjual jeruk bersama Ammar Ahyan kita dapat beli sebuah private jet,” luahnya.
Tahniah Datuk Teruk Jadi Sumber Inspirasi Orang Ramai
Dr Afifah berharap Nubhan dapat bekerjasama memaklumkan kisah perceraian kepada anak-anak. Baca luahan penuh, perkembangan mahkamah dan isu emosi anak dalam kes Nubhan cerai.