Sesungguhnya inilah keputusan yang dinantikan oleh seorang ibu apabila rumah tangga yang dibina terhenti di tengah jalan. Hak jagaan anak bukanlah isu yang kecil dan seringkali menjadi perbalahan dan pergaduhan setelah pasangan bercerai.
Alhamdulillah dapat hak jagaan anak perempuan, Serina bersyukur mahkamah beri keputusan terbaik untuknya setelah sekian lama menanti.
Mahkamah Putuskan Hak Penjagaan Anak
Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam hari ini memutuskan hak penjagaan kekal terhadap anak perempuan Serina Redzuawan berpihak kepada pelakon itu, selepas meneliti permohonan yang dibuatnya tiga tahun lalu.
Hakim Syarie Salehan Md Yatim, memutuskan Serina Redzuawan, 37, berhak mendapatkan hak jagaan terhadap anaknya Isabella Saffiya O’luanaigh yang berusia sembilan tahun.
Bagaimanapun mahkamah memutuskan seorang lagi anak lelaki Serina, Tristan Tareef O’luanaigh,10, dijaga bekas suami Serina, Gavin Edward O’luanaigh, 43, atau nama Islamnya, Salahudin Ghafar.
Dalam prosiding itu, Serina hadir diwakili Peguam Syarie Datuk Seri Amli Embong manakala Gavin diwakili Peguam Syarie Datuk Zainul Rijal Abu Bakar.
Bersyukur Dengan Keputusan Mahkamah
Sementara itu, Serina ketika ditemui wartawan, selepas selesai prosiding berkata, beliau bersyukur dengan keputusan mahkamah namun agak sedih apabila anak-anaknya terpaksa berpisah.
“Saya bersyukur kerana mahkamah telah memberikan keputusan terbaik apabila saya mendapat hak jagaan anak perempuan manakala bekas suami mendapat hak jagaan anak lelaki.
Ads
“Hari ini, mahkamah buat keputusan ini mungkin tidak mahu berlaku pergaduhan lagi. Saya juga bersyukur perintah penjagaan kedua-dua anak yang dijaga Gavin sebelum ini dibatalkan,” katanya.
Failkan Hak Jagaan Sejak 2018
Sebelum ini, Serina memfailkan permohonan untuk mengubah perintah hak jagaan kekal pada 26 Februari 2018 lalu atas alasan antaranya Gavin yang dinamakan sebagai pihak responden tidak mengamalkan hidup secara Islam.
Pada masa sama, Serina juga khuatir anak-anaknya akan dibawa keluar dari Malaysia memandangkan keluarga bekas suaminya itu berada di London.
Pada Julai 2018, mahkamah sama menolak permohonan Serina untuk mendapatkan hak jagaan sementara dua anaknya itu kerana telah ada hak penjagaan kekal yang dipersetujui bersama sebelum ini.
Ads
Mahkamah dalam keputusannya selain itu turut menegah Serina dan Gavin daripada membawa anak-anak mereka ke luar negara walaupun Serina memohon mahkamah tidak membenarkan bekas suami sahaja membawa anak ke luar negara.
Perintah itu terpakai sehingga kes induk permohonan Serina untuk mengubah perintah berkenaan.
Pada 27 Julai 2017, Serina telah memberikan hak penjagaan kekal dua anaknya itu kepada bekas suaminya itu melalui penghakiman persetujuan berdasarkan beberapa syarat dan terma lawatan yang telah dipersetujui bersama.
Serina dan Gavin berkahwin pada 1 Januari 2010 namun bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Daerah Petaling pada 1 Ogos 2017 selepas tujuh tahun mendirikan rumah tangga.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan Tristan Tareef, 10 dan Isabella Saffiya,9.
MW: Bersyukur kepada Allah, Serina akhirnya mendapat hak jagaan kekal anak perempuannya. MW mendoakan yang baik-baik buat Serina dan keluarga kecilnya.
Usia anak sulung 10 bulan, Tasha Shilla kini hamil anak kedua. Tahniah diucapkan buat pelakon cantik Tasha Shilla yang telah berkongsi khabar gembira tentang kehamilan keduanya.
Berkongsi kisah tersebut menerusi akaun Instagram, Tasha juga dihujani ucapan tahniah malah ada yang mendoakan semoga Tasha dan suami menimang bayi perempuan.
“Alhamdulillah semoga dapat baby girl. Amin… sepasang” komen dilah312.
Usia Anak Sulung 10 Bulan
Anak sulung pasangan ini Raess Zander kini sudah berusia 10 bulan. Akui Tasha berita gembira tentang kehamilan tersebut sangat membahagiakan. Malah mereka sekeluarga juga berasa sangat bersyukur.
“Assalamualaikum. Syukur Alhamdulillah ke hadrat Allah SWT. Khabar gembira buat kami sekeluarga ialah kehamilan yang kedua buat saya.
“Saya harap kalian doakan semoga semua berjalan dengan lancar dan baik InsyaAllah.
“Saya dan keluarga juga turut mendoakan pada pasangan yang masih menanti, semoga pada masa yang akan datang dihadiahkan amanah Allah SWT,” kongsinya menerusi akaun Instagram.
Tasha dan suami, Muhammad Atiq Idris mendirikan rumah tangga pada Februari 2020.
Ustaz Ebit Lew aktif memberi dakwah kepada anak-anak remaja di sekitar Kuala Lumpur. Tanpa mengira waktu, ustaz akan menghabiskan malam harinya berdakwah, minta anak-anak ini bersolat, jaga solat sebab itu sajalah cara nak bagi Allah sayang.
Tak sedikit pun persepsi kurang senang terdetik dari hatinya. Cuma kata-kata Allah sayang, solat itulah yang berkali-kali keluar dari bibir Ustaz Ebit Lew. Sesekali ambil peluang tonton live ustaz di facebooknya.
Hidayah itu bukan saja sampai pada hati anak-anak ini. Malah terkesan untuk anda yang menontonnya. Tapi jangan sesekali memberi persepsi, mengeji, mengecam mereka. Kerana tindakan sebegitu menjadikan anak-anak ini lebih mulia dari anda.
Betapa kasih dan sayang yang Ustaz Ebit Lew berikan memberi rasa kasih dan cinta dalam hati anak-anak ini. Cinta pada Yang Esa, sama seperti tanda ‘Allah itu satu’ yang mereka tunjukkan dalam gambar yang anda tatap di atas. Allahuakhbar!
Bila Jaga Solat, Allah Jaga Kita
Sebak dan menangis jumpa anak-anak remaja belasan tahun di kuala lumpur waktu tengah malam… Mereka semua baik-baik sangat. Dahagakan kebaikan. Disebalik setiap anak-anak ini ada kisah hidup mereka…kami belajar doa sama-sama. Rasa sayu jer hati ini. Serius rindu sangat. Rindu Nabi saw..
Seorang anak ini tanya, ustaz betul ke boleh solat kalau rambut warna? Kalau bertindik, kalau minum arak atau berjudi…
Jawab saya walau apapun jangan tinggal solat. Yang lain belum sempurna takper. Yang penting jaga solat. Bila jaga solat, Allah jaga kita. Rindulah ustaz nak solat. Dah lama teringin nak solat. Tinggal jer..
Takpe adik, Allah baik. Allah maha pengampun. Yang beri adik semua Islam ialah Allah. Allah tak pernah salah. Dalam Al-Quran kata kita sebaik-baik kejadian. Sempurna. Adik semua telah didoakan oleh Nabi saw.
Nanti ustaz nak ajak pergi belajar sambil Jalan Genting Highland dua tiga hari. Nak tak? Jom ustaz bila-bila nanti ajaklah..
Hensem dan cantik-cantik semuanya. Bila pusing KL ramai anak remaja. Kalau malam minggu mat rempat penuh seluruh highway seluruh malaysia. Takde jalan yang kosong. Mereka rindukan Allah sebenarnya. Mereka rindukan bahagia. Bila baca fatihah. Semua pandai baca fatihah. Baik semuanya..
Sayangilah. Doakanlah semua anak remaja kita. Saya menangis sebab mereka ini semua baik-baik. Kita tak tahu ujian hidup yang mereka rasai ketika kecil. Doakanlah dan sayangilah anak ini semua.
Setiap kali saya suap anak remaja ini makan. Mereka terus buka mulut. Mereka suka kena suap. Mereka dahagakan kebaikan. Keikhlasan. Hidup untuk Allah..
Dulu Pun Ada Orang Sayang Saya
Teringat dulu ada orang sayang saya. Suapkan saya, sediakan tempat tidur tengah malam, ada orang bayar yuran saya belajar. Rindu semua yang dakwah saya. Rindu arwah ibu saya. Rindu bapa saya. Rindu cikgu-cikgu saya..saya semenjak 12 tahun belajar berdakwah ke pedalaman, remaja dan dimana sahaja.. Terima kaseh Allah.
Sedih salah saya kurang beri masa berdakwah…janganlah merendahkan sesiapa. Lepas ini paling kurang nampak terus doa hidayat. Kalau berani berilah salam, belanja makan, dan beri sedikit nasihat. Ambil berat hal mereka..
Ya Allah..saya sangat sayang anak remaja ini semua. Ya Allah sayangilah anak remaja ini semua. Jadikanlah mereka matahari hidayah..
Sumber/Foto : Facebook Ebit Lew
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Lepas 7 hari bersalin Izreen kongsi nama anak ketiga. Pelakon yang berasal dari Perlis yang baru saja seminggu melahirkan anak ketiganya membuat pengumuman menerusi Instagramnya.
Lepas 7 Hari Bersalin Izreen Kongsi Nama Anak
Bayi yang baru dilahirkan itu diberi nama Ali Idrees dan merupakan anak kedua hasil perkongsian hidup bersama pemuzik bebas, Ude yang dinikahinya pada 8 Ogos 2017.
Menerusi perkahwinan mereka, Izreen dan Ude turut dikurniakan seorang anak lelaki, Aaron Ibrahim yang kini berusia dua tahun.
“Hai Auntie Uncle semua nama saya “ALI IDREES BIN MUHAMMAD RADZI” panggil Baby ALI aje okay..
“Saya dilahirkan pada 21/9/21 jam 9.06am dan berat 2.87kg (selama ni yang besar tu mama. ALI kecik saja,” kongsi Izreen yang telah bersalin di salah sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur.
Sebelum ini, Izreen pernah menyatakan dia masih belum bersedia untuk berkongsi wajah anak ketiganya kepada umum.
Berkemungkinan besar pelakon tersebut akan berkongsi wajah ahli keluarga terbaharunya itu selepas habis tempoh berpantang.
Untuk pengetahuan, Izreen turut memiliki seorang anak lelaki sulung, Muhammad Adrian Umar, 8, menerusi perkahwinan pertamanya dengan seorang jurukamera, Muhammad Riza Baharudin.
Sumber/Sumber Foto : Instagram Izreen Azminda
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Keluarga Allahyarham Mustaqqeem Mansor merayu siasatan terperinci dijalankan berhubung tragedi Gunung Liang yang meragut nyawa beliau. Ibunya, Rohani Saad, reda dengan ketentuan Ilahi namun mempersoalkan mengapa anaknya ditinggalkan di puncak gunung tanpa laporan polis atau bantuan segera.