Misteri sungguh tangisan anak kecil ini. Dah masuk seminggu tak henti-henti lagi menangis. Ditambah pula dengan suhu badan yang tiba-tiba panas mendadak. Hairannya, ia cuma berlaku sebaik azan Maghrib dan berhenti menjelas Subuh.
Ibunya susah hati sangat-sangat. Lalu diikhtiarkan bertemu dengan Ustaz Mujahidin Al Banjaridari Pusat Perubatan Islam Al-Mujahidin. Rupa-rupanya, inilah yang berlaku.
Anak Kecil Ini Terus Menangis Dengan Kuat
Kedatangan sepasang suami isteri pagi tadi berhajat untuk merawat anak kecil mereka. Si kecilnya berusia 7 bulan. Kata suaminya, sejak balik dari Pahang ikut Jalan Muadzam, anaknya menangis di dalam kereta.
Sebelum anak beliau menangis, isteri ternampak seorang perempuan melintas jalan sambil mendukung seorang Anak kecil. Kejadian itu berlaku dalam pukul 11 malam. Selepas melihat perempuan itu melintas, tiba-tiba anak kecil mereka menangis dengan kuat.
Bila dipujuk anaknya akan berhenti menangis. Sebaik sampai ke rumah, tiba-tiba badan anak kecilnya panas. Bila dipegang kepala, badan menjadi panas, manakala kaki dan tangan amat sejuk.
Tiba-tiba anaknya menangis semula. Kali ini lagi teruk, matanya akan memandang ke atas setiap kali menangis. Dalam tidur pula kerap tersentak-sentak. Seolah-olah ada yang mengganggu tidur si kecilnya itu.
Kejadian ini berlarutan selama seminggu lebih. Masuk waktu Maghrib saja kepala, badan panas, kaki dan tangan sejuk. Dah tu, asyik nak berkepit saja. Tak boleh langsung kena Tinggal.
Sentiasa saja berada dalam ketakutan. Lagi hairan, bila siang atau pagi bayinya OK nampak sihat. Puas ayah pergi hospital ambil darah, semuanya normal aan OK. Pergi juga buat rawatan Islam, tetapi hanya buat rawatan untuk bayi sahaja.
Bila kedua pasangan ini datang untuk buat rawatan. Mereka minta tolong rawatkan anak beliau. Anak beliau dah seminggu lebih asyik menangis dan demam. Yang pelik, tangisannya hanya bermula selepas waktu Maghrib ke atas hinggalah ke Subuh.
Bila datang buat rawatan, saya terus rawat ibu pada bayi itu. Setelah di ruqyah ternyata ada jin yang menumpang di dalam tubuh ibu bayi itu.
Ads
Dialog Ustaz Dengan Jin
Ini yang saya tanyakan pada makhluk yang menumpang tubuh ibu ini.
Saya: Dari mana kamu??
Pesakit : Hahahahahaha hahhaha (dia hanya ketawa sahaja)
Saya : Lepaskan dia, kenapa kau ganggu dia dan anaknya?
Pesakit : Aku suka dia. Aku ikut dia dari malam seminggu lepas. Dia nampak aku melintas. Anak aku inginkan teman bermain. Sebab itu anak aku dan aku ganggu anak kamu. Sebab itulah anak kamu menangis setiap malam hingga Subuh.
Saya : Sudah lah lepaskan dia. Dia tak salah.
Ads
Pesakit : Aku peduli apa? Aku suka dia. Aku suka anak dia. Jangan ganggu aku. Jangan pisahkan aku dengan dia faham tak?
Saya : Aku hantar kamu balik tempat asal kamu!!
Pesakit : Aku tak nak..Aku dah mula sayangkan dia dan anak dia..Hahahaha (Sambil ketawa)
Tanpa buang masa saya sambung ruqyah kembali. Syukur Alhamdulillah izin Allah jin tersebut dapat di keluarkan. Selepas itu saya rawat anak beliau pula. Syukur Alhamdulillah izin Allah semuanya di permudahkan Allah.
Sebab Itulah Mak Ayah..
Pesan saya di luar, jika anda ada anak kecil, janganlah anda lalu jalan yang kurang banyak kereta terutama waktu malam. Jika ada anak kecil sebaiknya rancang perjalanan di siang hari.
Ads
Bukan apa kasihan bila dah terkena. Tambah lagi jika anak kecil yang kena. Jika lambat diubati anak kecil anda boleh terkena sawan. Jika berlaku begini pada anak anda dan jika mak ayah pergi rawatan Islam janganlah rawat hanya bayi sahaja.
Kebanyakan gangguan itu banyak datang berpunca dari ibu dan ayah bayi tersebut. Kita yang tak sedar. Jika balik lewat malam atau pergi mana-mana, balik saja rumah amalkan:
√ Beri salam depan pintu rumah “Assalamualaikum” kemudian baca surah Al Ikhlas 3 kali.
√ In shaa Allah, izin Allah rumah anda akan dilindungi dari gangguan makhluk halus. Sebaiknya rumah kita perbanyakkan mengaji Al Quran, azankan dalam rumah sekurangnya sekali setiap hari.
√ Banyakkan solat jemaah dalam rumah.
In shaa Allah rumah anda akan sentiasa dilindungi dan di rahmati Allah.
Moga dijauhkan dari perkara di atas berlaku pada diri kita dan famili kita.
Ibu ini sentap bila anaknya disamakan dengan anak mamak oleh seorang wanita yang digelarnya makcik bawang. Betapa setiap ibu akan mempertahankan anaknya dengan apa cara sekalipun. Hatta kata-kata daripada orang yang tak dikenali pun boleh menggores hati seorang ibu. Ini cerita realiti yang terjadi dalam masyarakat kita.
Saya bukan nak tanya soalan tapi saja nak share satu cerita yang menyakitkan hati saya semalam.. Macam mana ye nak layan mulut makcik bawang yang sekarang ni makin banyak sangat kat luar sana?
Ceritanya semalam saya pergi majlis kesyukuran jiran. Ramai juga la yang layan anak saya. Anak saya baru 3 bulan. Dalam ramai-ramai orang tu, ada sorang makcik bawang sebelah saya tiba-tiba je dia cakap “macam anak mamak” cakap kuat-kuat pulak tu.
Padahal anak saya tak ada la hitam sangat pun. Kulit anak saya sawong matang. Saya terkejut dia cakap macam tu tanpa rasa bersalah. Depan-depan orang ramai dia hina anak saya.
Saya dengan rasa marah, terus ambil anak saya dan minta izin kat tuan rumah untuk balik.. Suami pun tak banyak cakap dan dia ikut je. Maybe dia pun marah dengan makcik tu.
Saya dan suami ambil keputusan balik terus (padahal baru sampai) sebab takut kalau lagi lama kat situ, lagi tak terkawal rasa marah kami. Sampai ke pagi ni saya masih teringat lagi kata-kata makcik bawang tu.
Kalau cakap sekadar bergurau, tak apa la asaya boleh terima. Tapi makcik tu cakap serius siap jeling lagi kat anak saya. Saya harap sangat lepas ni saya dah tak jumpa dah spesies makcik-makcik bawang ni.
Bila cikgu ada rasa kasih dengan anak-anak murid sama macam anak-anak sendiri, maka anak-anak murid akan cepat membina kepercayaan kepada pendidiknya. Biarpun anak murid itu cumalah seorang anak kecil yang baru nak kenal alam persekolahan.
Itulah pendekatan yang digunakan oleh Guru Bimbingan & Kaunseling, SK Putrajaya Presint 8 (2), Hussin Bin Ismail atau lebih dikenali dengan nama Cikgu Hussayn.
Mendekati dua orang anak murid ini dengan penuh kasih. Bagaikan bapa yang bimbangkan anak-anaknya di sekolah. Tentu sebagai ibu mahupun bapa, kita tak berasa gusar andai dekatnya jiwa pendidik dengan anak-anak kita ini.
Kisah Cikgu Hussayn ini cukup dekat, menyentuh hati kita dengan pekerti beliau menyantuni anak-anak muridnya pada hari orientasi darjah 1 di sekolah tempatnya mengajar.
Orientasi Tahun 1 Dan Ragam Anak-anak
Semalam di sekolah berlangsung program orientasi murid tahun 1/2018. Saya ditugaskan sebagai pengacara majlis.
Untuk mengalu-alukan kehadiran ibu bapa di dataran dan mengendalikan sesi bersama anak-anak. Dalam banyak-banyak gambar saya suka gambar ini sebab penuh makna pada saya.
Alkisahnya 2 orang murid ini sepatutnya ikut serta rakan-rakan melawat sekitar sekolah tetapi tidak mahu, mungkin kerana tidak biasa dan mahu menunggu ibu ayahnya di situ.
Memandangkan semua ibu bapa ke dewan untuk mendengar taklimat dan guru-guru sudah bergerak ke kelas masing-masing maka saya temankan mereka di situ buat sementara.
Sebagai Guru Bimbingan & Kaunseling saya memahami tindakan ini juga adalah sebagai ‘rappo’ yang akan membantu memudahkan saya. Bagi menjalankan sesi kaunseling dengan lebih lancar nanti sekiranya perlu.
Untuk makluman, dua anak ini pada mulanya menangis kemudian apabila ditenangkan, akhirnya mula diam dan salah seorang kelihatan agak keletihan.
Saya katakan padanya “Mari sini.. awak tidur sahaja di riba cikgu! Nanti kalau ayah awak datang cikgu kejutkan.” Unsangkareable.. memang dia mahu dan terus tidur seperti gambar.
Alhamdulillah.. berkat kesabaran melayan, kepercayaan pada seorang guru telah berbuah.
Seperti Kita-kita Dulu
Saya perasan juga ramai parent yang lalu lalang tersenyum dan ada yang duduk di sebelah saya ketika itu menyangka itu adalah anak saya.
Maaf pada yang belum tahu, anak saya ada 4 orang dan perempuan kesemuanya. Betullah tu.. ini anak orang yang saya anggap sama seperti anak saya sendiri.
Pada ibu ayah murid ini maaf ye kalau kurang selesa saya upload gambar ini. Tujuan lebih kepada nak berkongsi ragam anak-anak masuk tahun 1 dan perkara ini adalah normal sama seperti kita-kita dahulu.
Bahkan percayalah yang anak-anak sekarang lebih baik daripada zaman kita dari segi reaksinya terhadap sekolah dan guru baru.
Ibu ayah yang lain juga mesti ada ragam anak-anak masing-masing kan. Jom kongsi di ruangan komen boleh saya tengok bagaimana reaksi dan gelagat mereka. Nyatakan nama sekolah sekali pun ok juga. Tqvm & UiLove!
Bukan saja uruskan jenazah, ada juga sumbangan katil begitulah yang dimaklumkan oleh pelakon berbadan genit Noorkhiriah.
Seperti mana yang diketahui ramai, pelakon Khiriah sanggup menjadikan kenderaan MPV miliknya sebagai van jenazah. Lebih menyentuh hati apabila Noorkhiriah atau mesra dengan sapaan Khiriah menawarkan perkhidmatan van jenazah secara percuma untuk golongan yang memerlukan.
Bukan itu saja malah Khiriah bersama suami dan teamnya menerusi Pertubuhan Amal Nur By Khiriah turut menguruskan jenazah dari mandi, kafan, solat hinggalah ke tanah perkuburan tanpa bayaran.
Seperti mana yang selalu diwar-warkan, pelakon ini dan suaminya sememangnya sering mendoakan agar Pertubuhan Amal Nur By Khiriah dipermudahkan segala urusan.
Bukan Saja Uruskan Jenazah, Ada Juga Sumbangan Katil
Terbaru menerusi perkongsian di akaun Instagram rasminya, Noorkhiriah berasa sangat bersyukur apabila ada katil sumbangan dari penginfak.
“Assalamualaikum selagi Allah bagi izin selagi itulah kami bantu mana yang memerlukan. Dari segi kebajikan juga @pertubuhanamalnurbykhiriah cuba bantu.
“Bukan setakat menguruskan jenazah sehingga ke tanah perkuburan. Ada katil sumbangan dari penginfak. Ada katil yang dibeli atas sumbangan orang ramai, besar pahala kalian.
“Pihak akak hanya memanjangkan sahaja. InsyaAllah amanah yang diberikan ini akan kami tunaikan sebaik mungkin.
Terima Kasih Allah
“Doakan semoga usaha kecil @pertubuhanamalnurbykhiriah ini Allah redha…
“Dengan sumbangan kalian mampu mengerakkan @pertubuhanamalnurbykhiriah pergi sejauh ini.
“Terima kasih Allah, terima kasih semua.
“Semoga Allah membalas segala kebaikan kalian,” luah Noorkhiriah.