“Salam admin, mohon hide fb saya.” Tulis suami yang meluah rasa dengan Mingguan Wanita. Tak tahan katanya dengan sikap isteri yang terlalu degil, ego. Sampai suami makan hati.
Layan suami nak tak nak, duduk berjauhan hingga suami bawa baju isteri asalkan dapat melepas rindu. Kejam sungguh isteri yang sanggup seksa suami dalam diam ini.
Isteri Perwatakannya Lembu, Tapi Degilnya Nauzubillah
“Saya nak berkongsi pengalaman sedikit tentang rumah tangga saya. Antara sifat ego dan degil. Saya sudah berumah tangga hampir 7 tahun.
“Ini adalah perkahwinan yang kedua bagi kami suami isteri. Isteri saya baik orangnya. Dari segi perwatakan kalau ditengok lembut tapi hatinya.. degilnya.. nauzubillah sangat kuat.
“Betul duit adalah segala-galanya. Tapi bila susah, sama-sama lah membantu. Saya hanya berniaga kecil-kecilan saja. Isteri bekerja sebagai tukang masak.”
“Gajinya banyak, tapi saya tak pernah nak berkira tentang gajinya. Jika saya dalam kesusahan, saya mohon bantuan kewangan darinya.
“Tapi saya bayar. Tak pernah tak bayar balik. Cuma dia macam tak boleh terima. Dia kata abai tanggungjawab. Sebagai suami saya menjalankan tanggungjawab yang baik. Semua saya sediakan.”
Ads
Setahun Kami Tidur Asing
“Kami tidur berasingan hampir setahun. Tapi kasih sayang saya sangat kuat padanya. Lagi dia buat perangai, lagi saya sayang padanya.
“Bagi saya penceraian bukan menyelesaikan masalah kami. Anak-anak tidak mahu kami berpisah. Iya lah umur makin meningkat.
“Saya tetap bertahan dan berdoa kepada Allah moha lembut dan buang sifat-sifat ego, degilnya. Setiap hari saya akan mesej dia walaupun dimaki.
“Layanan dia terhadap saya langsung tiada. Kini, saya tinggal berjauhan dengannya. Baju yang dipakai saya bawa bersama sebagai pengganti dirinya.
“Saya berusaha mencari rezeki tapi masih belum dapat hidup mewah. Cukup bulan gaji untuk bayar bil dan langsai hutang-hutang.
Ads
Stess Hingga Kena Serangan Jantung
“Seringkali saya menasihatinya agar solat jangan ditinggal. Biar sesibuk mana sekali pun. Kerana doanya saya perlukan. Rezeki saya paling kuat adalah di sebalik doa seorang isteri.
“Buang sifat ego, degil, sombong.. insyaAllah ada keberkatannya dalam mencari kebagiaan rumah tangga. Terlalu banyak menonton drama Melayu dah menjadi ikutan pulak.
“Saya sedar duit boleh buat apa saja. Boleh beri bahagia boleh juga musnahkan segala-galanya. Kini, saya hanya mampu berdoa moga Allah sedarkan dirinya bahawa kebahagiaan itu akan hadir jika sifat ego, sombong dan degil dapat dibuang jauh-jauh dalam dirinya.
“Saya berharap dan berdoa agar jodoh saya hingga ke jannah.
Ads
“Akibat terlalu stress saya disahkan serangan jantung baru-baru ini. Penceraian bukan menyelesaikan masalah malah akan terbabit melukakan hati anak-anak serta ibu bapa di kampung.
“Selagi mampu saya akan tetap pertahankan rumah tangga saya yang saya bina kerana Allah. Malah saya langsung tidak kedekut untuk memohon maaf kepadanya jika kesalahan itu datang dari saya.
“Sakit demamnya saya yang akan uruskan sehinggalah tahap mencuci najisnya. Saya bukan jenis suami yang suka melepak di kedai mamak.
“Masa saya habiskan bersama di rumah membantu siapkan kerja rumah. Jika ego, sombong menguasai diri habislah kebahagiaan yang dibina.
“Saya tak putus berdoa, moga ada sinar satu hari nanti. Dan Allah hilangkan segala sikap buruknya demi mahligai yang kami bina.”
MW : Wahai suami, jika rumah tangga diuji dengan kesusahan dan penyakit. Ingatlah kepayahan ujian yang Allah berikan kepada Nabi Ayub AS. Yang terus bersabar dan tak putus doa, hingga Allah kembalikan semula kesihatan dan kebahagiaan hidupnya. MW doakan semoga Allah rungkaikan masalah rumah tangga suami ini.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Anak lelaki, pewaris yang cukup kuat dalam keluarga. Dialah yang menjadi harapan untuk jaga keluarga dan menjadi ketua keluarga.
Tanggungjawab anak lelaki cukup besar dalam jaga keluarga. Sebab itu, mak ayah jangan terlalu manjakan dan berikan apa saja. Bimbang bila sudah dewasa, sikap manja ini akan berterusan dan tidak mampu untuk berdikari, apatah lagi dalam menjaga keluarga.
Tiada mak ayah yang tidak sayang anak pun. Baik anak lelaki atau anak perempuan, masing-masing ada tanggungjawab tersendiri terutamanya bila besar daslam jaga keluarga. Bukan untuk jaga mak ayah tapi demi untuk keluarga sendiri kelak.
Walau bagaimanapun, anak lelaki menjadi tonggak utama dalam jaga keluarga. Tak perlu nak manjakan dan ajrlah anak erti tanggungjawab. Inilah antara sebab utama Dr Taufiq Razif nasihatkan supaya mak ayah tidak terlalu menjakan anak lelaki.
Ada sebabnya kita tak boleh manjakan anak lelaki. Mereka inilah nanti bakal menjadi ketua keluarga.
Ada 7 sebab kenapa tak boleh manjakan anak lelaki secara melampau walaupun kita sayang pada anak kita.
1. Beri mereka membesar dengan pengalaman dan ajar tentang kesusahan agak tidak terlalu berharap pada mak ayah.
2. Jangan terlalu mengikut kehendak anak. Kalau nak sekalipun kena usaha. Biar dia rasa emosi untuk sedih tidak dapat, rasa marah dan sebagainya.
3. Masa kecil, ajar anak lelaki urus diri sendiri. Mungkin juga boleh tologn untuk lipat dan kemas baju sendiri.
4. Ajar anak agar apa yang dia inginkan tak semua dia dapat.
5. Payah macam mana sekali, jangan bagi anak bergantung pada mak ayah.
6. Bila terlalu manja, anak hanya bergantung pada mak ayah, dan bimbang bila dewasa tak mampu berdikari sendiri, tak ada tanggungjawab dan lebih teruk tak reti jaga keluarga.
7. Kena ajar anak buat kerja rumah. Jangan ingat hanya anak perempuan saja kena belajar urus rumah. Pastikan anak lelaki tidak terkecuali.
Kata pakar, umur anak dua tahun gigi susunya dah lengkap. Sebab itu, ibu bapa memainkan peranan utama dalam menjaga gigi si kecil. Paling penting mulakan ia dari awal supaya menjadi rutin yang boleh diamalkan sehingga mereka meningkat usia. Nak tahu macam mana cara untuk jaga gigi anak sejak usia muda mereka? Ikuti tip di bawah ini.
Untuk bayi yang belum tumbuh gigi, sebaiknya ibu membersihkan gusi bayi setiap kali selepas minum susu atau sekurang-kurangnya dua kali sehari.
Bagi bayi yang menyusu pula, jangan biarkan anak-anak anda menyusu terlalu lama kerana ia boleh mengakibatkan rampant caries ( gigi berlubang dan hitam pada bahagian atas)
Selepas minum susu (untuk bayi berumur enam bulan ke atas), berikan anak minum air putih. Tujuannya untuk membilas mulut daripada bakteria sebelum ini. Jadikan juga amalan untuk anak-anak yang lain supaya kerap minum air putih.
Bagi si kecil yang berusia dua tahun dan lengkap gigi susunya, berikan berus gigi yang sesuai dengan usia mereka. Gunakan juga ubat gigi tanpa fluorida kerana mereka masih belum pandai meludah.
Berus gigi sekurang-kurangnya dua kali sehari. Setiap pagi selepas bangun tidur dan juga sebelum masuk tidur.
Bawa berjumpa dengan doktor gigi setiap enam bulan sekali.
Kurangkan makanan bergula.
* Ajar Teknik Memberus Gigi Dengan Betul:
Kredit foto : martinsouthondentist.co.uk
Dengan meletakkan berus gigi 45 darjah pada permukaan luar gigi belakang sebelah kiri, gerakkan berus gigi dalam gerakan membulat. Pastikan memberus gigi dan terutamanya di mana gigi bertemu gusi.
Dengan gerakan membulat ini, perlahan-lahan gerakkan berus gigi sehingga ke gigi hadapan. Jangan terlalu cepat dan pastikan anda ambil masa hingga hilang semua plak dan kotoran. Teruskan memberus sehingga ke gigi belakang di sebelah kanan. Ulang cara yang sama untuk gigi bawah.
Beruskan bahagian belakang gigi yang berdekatan lidah untuk gigi atas dan bawah.
Seterusnya berus bahagian gigi yang mengunyah makanan
Bersihkan berus gigi, letak pada lidah dan berus lidah secara lembut kerana lidah juga tempat banyak mengumpul bakteria.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Kadang-kadang bila anak buat peel, buat mak ayah geram saja. Belum lagi yang anak berkepit 24 jam. Mak nak buat kerja pun tak senang hati.
Biasanya bila anak berkepit 24 jam, mulalah mak rasa hilang sabar. Habis semua kerja terbengkalai. Bayangkan kalau anak demam, lagi hura hara dibuatnya.
Tanpa kita sedar, masa inilah anak nak berkepit 24 jam. Suatu hari nanti, bila dia dah besar dan dewasa, kita sebagai mak ayah pula yang rasa seperti keanak-anakan, seperti apa yang dikongsikan oleh Mohd Fhais Salim ini.
Kita hidup ada tiga hari saja. SEMALAM, HARI INI & ESOK. Fokus yang terbaik pada hari ini. Tiada hari semalam dan esok yang kita kesali lagi.
Dalam perkongsian tiktok Mohd Fhais Salim turut memperkatakan hal ini. Suatu hari nanti anak tak lagi dok berkepit dengan mak ayah tapi mak ayah pula yang akan jadi keanak-anakan.
Memang penat jaga anak tapi suatu hari nanti anak dah tak lagi asyik memanggil-manggil nama kita.
Ingatlah , suatu hari nanti anak-anak dah tak lagi suka kita pimpin tangan dia. Anak-anak dah tak lagi mahu duduk di pangku kita.
Mak Ayah Pula Akan Lebih Manja
Suatu hari nanti, anak tak lagi mahu tunjuk kehebatan diri dia depan kita dan tak mahu didukung atau dimanja-manja.
Malah, suatu hari nanti kita pula akan jauh lebih matang dan lebih dewasa dari kita.
Pasti ketika itu kita pula yang akan jadi lebih keanak-anakan sebab mahu perhatian dari anak-anak
“Kakak…nanti cuti balik kampung makan dengan ibu ye!
“Abang, ibu akan masak lauk kegemaran kamu ni, mai la datang makan.
Mingguan Wanita : Jadi, layanlah anak sebaiknya sebab apa yang berlaku hari ini tidak akan berulang kemudian hari. Yang ada hanyalah kenangan.
Pemergian Roslina Yusof, isteri peniaga air balang yang tabah melawan diabetes, menyentuh hati ramai. Suami setia, Ah Yauddin Ahmad, reda isteri pergi selepas sempat mengucapkan kata cinta terakhir.