
Curang jadi bukan sebab PJJ, duduk satu umah pun ramai je yang main kayu tiga. Satu impian biasa bagi pasangan yang mendirikan rumah tangga adalah untuk hidup bersama di bawah satu bumbung, melalui hari-hari sebagai satu keluarga.
Curang Jadi Bukan Sebab PJJ, Duduk Satu Rumah Pun Ramai Je Yang Main Kayu Tiga
Kehadiran anak-anak melengkapkan lagi kehidupan, dan melihat mereka membesar di depan mata adalah kebahagiaan yang sukar digambarkan. Namun, tidak semua pasangan bernasib baik.
Kisah seorang kenalan lama yang bekerja di ibu pejabat syarikat minyak di Eropah, sementara isteri dan anak-anak menetap di Kuantan boleh dijadikan panduan.
Meski memiliki pendapatan lumayan jauh melebihi rakan-rakan yang bekerja dalam negara, dia sering mengeluh kerana terpaksa berjauhan dari keluarga. Hidupnya lebih banyak dihabiskan dalam kapal terbang, menghadiri mesyuarat di merata dunia dan tidur di hotel-hotel mewah. Masa bersama keluarga? Hanya sehari dua apabila ada kesempatan singgah pulang. Situasi seperti ini bukanlah terpencil.
Melihat Sisi Terang PJJ
Ramai yang memberi tumpuan kepada kesukaran hidup berjauhan, tetapi jarang melihat sisi positifnya. Pepatah lama ada menyebut: “Jauh di mata, dekat di hati.” Ini benar jika hubungan dibina atas kepercayaan dan kejujuran.
Kehidupan berjauhan tidak semestinya melunturkan kasih sayang. Malah, ada pasangan yang tinggal bersama setiap hari, namun emosi dan jiwa mereka terpisah. Maka bukanlah jarak yang patut dipersalahkan apabila timbul masalah, tetapi bagaimana hubungan itu dipelihara.
Curang? Jangan Salahkan Jarak
Sering kali PJJ dikaitkan dengan kecurangan. Namun, sebenarnya, isu curang lebih berkait dengan nilai diri dan sikap masing-masing. Pasangan yang tinggal serumah pun boleh berlaku curang jika tidak menghargai satu sama lain.
Dalam dunia moden ini, komunikasi bukan lagi halangaan. Video call, mesej, dan pelbagai aplikasi membolehkan hubungan kekal rapat walaupun beribu batu berjauhan.
Kesempatan Jadi Lebih Bermakna
Apabila pertemuan menjadi sesuatu yang jarang berlaku, ia memberi makna yang lebih dalam. Masa yang terhad bersama membuatkan kita lebih menghargai pasangan. Banyak pasangan yang tinggal serumah sekalipun, masih merasa seperti orang asing kerana tiada usaha untuk benar-benar mengenali antara satu sama lain.
Jarak menjadikan setiap pertemuan terasa seperti sebuah perayaan, momen yang dirindui dan dinanti-nanti.
Cintai Pasangan Seperti Dulu
Ingat kembali saat mula-mula bercinta. Setiap detik dirasa indah kerana ada batasan yang harus dijaga. Selepas berkahwin, semuanya menjadi halal, dan rutin pun mula mengambil alih. Perasaan bosan boleh muncul apabila hubungan menjadi terlalu biasa.
Namun apabila berjauhan, kerinduan itu kembali menyemarakkan rasa cinta. Setiap pertemuan menjadi kesempatan untuk merasai kembali detik-detik hangat seperti zaman bercinta dahulu.
Kesimpulannya perkahwinan jarak jauh memang mencabar, tetapi bukanlah satu hukuman. Jika dilihat dari sudut yang positif dan hubungan dipelihara dengan komunikasi, kejujuran, dan penghargaan, ia mampu memberi warna baharu dalam rumahtangga. Jarak bukan musuh cinta, ia boleh menjadi pemangkin untuk lebih menghargai pasangan.
** Artikel ini telah diolah semula daripada perkongsian Dr. Syed Yusainee Yahya, Promind Training And Consultation, juga penulis tetap ruangan Nota Untuk Isteri di dalam majalah Mingguan Wanita.
Baca artikel lain juga: Curang Itu Pilihan, Rasa Seronok Dilayan Orang Lain Sedangkan Pasangan Dah Tatang Macam Raja, Ratu

Curang Di Tempat Kerja, Daripada Kesian Terus Terlanjur
Lelaki Curang Bukan Sebab Rupa Tapi Perangai Sendiri
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI