Curang di tempat kerja, isteri bawa anak dan sijil nikah kantoikan suami yang sedang memadu kasih dengan kekasih gelapnya.
Barangkali inilah caranya untuk memberi pengajaran kepada suaminya yang tergamak bermain kayu tiga di belakangnya.
Suami Curang Di Tempat Kerja
Kisah kecurangan seorang suami yang sedang asyik memadu kasih bersama wanita lain di tempat kerja akhirnya terbongkar apabila dia ‘ditangkap’ oleh isterinya sendiri, lapor laman berita Suara.com semalam.
Menerusi satu video yang dikongsikan di TikTok, lelaki tersebut yang bekerja sebagai buruh binaan rumah dilihat sedang berdua-duaan dengan seorang wanita dalam keadaan mesra.
Isteri Bawa Anak & Sijil Nikah Kantoikan Suami
Secara tiba-tiba seorang wanita dipercayai isterinya datang bersama anaknya. Wanita itu kelihatan terkejut melihat suaminya sedang berdua-duaan dengan perempuan lain.
Dia kemudiannya mengamuk dan cuba untuk membelasah kekasih gelap suaminya itu.
Tidak cukup dengan itu, si isteri mengeluarkan sijil nikah mereka dan menunjukkannya kepada wanita berkenaan sebelum dihalau oleh wanita tersebut.
Dia kemudiannya cuba ditenangkan oleh suaminya yang menarik tangannya untuk keluar dari situ agar tidak terus menimbulkan kekecohan.
Ads
“Di saat seorang isteri ‘menangkap’ suaminya bersama wanita lain. Sudah siap sedia membawa sijil nikah. Bukan biasa-biasa,” tulis keterangan pada video tersebut.
Netizen Turut Bersimpati
Video itu menjadi tular dengan ramai netizen memberikan pelbagai komen mengenai situasi itu.
“Kalau suaminya kacak, kaya, tidak mengapa jika mahu direbut. Sebaliknya, kalau dia tidak kacak, miskin dan berlagak hebat, lebih baik kamu tinggalkan sahaja,” kata seorang netizen.
“Masya Allah, siap dibawa anak perempuannya sekali. Tak dapat dibayangkan apa perasaan kanak-kanak tersebut dalam situasi seperti itu. Mungkin hatinya hancur,” kata seorang lagi pengguna. – AGENSI
Mingguan Wanita : Selagi isteri masih boleh bersabar dan menerima kesalahan suami, maka hargailah sebaiknya. Jangan sampai isteri tawar hati dan undur diri, menyesal nanti tiada gunanya.
Ku mohon ya Allah, “Jadikanlah kami mak ayah yang pandai menghargai anak.” Sebelum semuanya hanya tinggal kenangan dan anak-anak miliki kehidupan sendiri.
Ternyata sebenarnya sekejap saja anak-anak bersama mak, ayah. Waktu kecil mereka terlalu singkat, dek kerana terlalu sibuk, anak-anak membesar tanpa mak ayah sedari.
Dari tadika, bersekolah rendah, kemudian ke sekolah menengah sebelum ke university dan seterusnya bekerja. Semakin lama semakin jauh hubungan mak, ayah dengan anak-anak.
Sesungguhnya, kongsi Puan Farhana Fizal, akan tiba suatu masa nanti, kita akan rindu setiap momen bersama anak-anak tika dan saat ini.
Tiada lagi jeritan, pergaduhan, bentakan, rengekan mahupun balingan dan lemparan barang dan permainan.
Malah, tiada lagi rumah yang berselerakan, tiada lagi mainan yang belum disimpan, tiada lagi pakaian bergelimpangan.
Tiada juga teman di meja makan, tiada lagi mereka yang bercakap tiada hentinya, tiada lagi rajukan yang kita tak tahu punca.
Tiada marah yang boleh kita luahkan tanda kita ada mereka, tiada lagi rungutan penat tanda mereka bersama kita, tiada lagi keluhan lelah tanda mereka di sisi menguji cinta.
Masa itu, yang ada hanya sunyi dan air mata. Masa itu kita hanya berteman kenangan dan memori bersama.
Saat itu yang tinggal hanya rumah yang bersih tapi sepi, bilik yang aman tapi kosong, ruang tamu yang indah tapi tiada penghuni.
Di meja makan kita hanya berteman pinggan dan cawan, di kamar mandi kita hanya ternampak memori mereka bermain air tanpa henti, dan di ruang solat yang hanya ada quran dan rehal di tepi.
Chocodap’s, Faith Fleur, Anggun Cotton Collection, Teh Ais Pyorr, Masak-masak Cekyana (Oden viral) dan bayak lagi jenama lain mempunya ratusan ribu pelanggan masing-masing.
Tak ramai anak Melayu kita mampu bina empayar perniagaan dari bawah dari tiada apa-apa. Ia bukan dicipta sehari dua. Banyak pengorbanan terpaksa dilakukan sepanjang pendakian.
• Apa rahsia mereka?
• Apa yang mereka lakukan?
• Apa ilmu-ilmu yang diamalkan?
• Siapa yang susah senang bersama mereka?
• Apa dugaan dan keperitan yang dilalui?
Teringin ikut jejak mereka?
Semua ini akan terjawab di program Webinar Eksklusif CEO BIsnes Viral anjuran Mingguan Wanita pada 25 September 2021 secara virtual. Dangarkan sendiri perkongsian jujur mereka. Eksklusif!
Menangi hadiah-hadiah cabutan bertuah serta wang tunai bernila RM100.
Berani bandingkan fizikal isteri sebelum dan selepas kahwin, seorang lelaki dikecam netizen gara-gara tindakannya yang dikatakan keterlaluan.
Di Jakarta, Indonesia, seorang lelaki dikecam netizen kerana membuat perbandingan keadaan fizikal isterinya semasa sebelum dan selepas mereka berkahwin, malah menganggap wanita itu kini tidak cantik, lapor laman berita Suara.com kelmarin.
Menerusi perkongsian lelaki yang dikenali Irvhan Chandra itu di akaun TikTok, memaparkan gambar isterinya ketika mereka sedang bercinta dengan keadaan bentuk badannya yang langsing dan berkulit gebu.
Penampilannya juga kelihatan menarik serta sedang tertawa manis.
Bagaimanapun, selepas mereka berkahwin, lelaki itu berkata, isterinya semakin gempal terutamanya ketika hamil.
“Semakin berusia, kelihatan tidak cantik,” tulis lelaki tersebut pada keterangan video itu.
Hantaran tersebut mendapat kritikan hebat daripada netizen dengan ramai yang marah membaca kenyataan lelaki itu yang menggunakan perkataan tidak cantik (jelek) terhadap isterinya.
“Sebelum berkahwin, isteri kamu cantik kerana dia dijaga oleh ibu bapanya. Selepas berkahwin, terpulang kepada bagaimana seorang suami melayan isterinya,” tulis seorang netizen.
“Kalau begitu, jangan dibiarkan dia mengandung. Biar sahaja dia tetap cantik, jangan punyai anak supaya dia kekal langsing. Jika sudah mempunyai anak, nanti tidak sempat bersolek. Jadi, jangan punyai anak,” sindir seorang pengguna. – Agensi
Mingguan Wanita : Lain kali cakap siang pandang-pandang, akhirnya memakan diri sendiri juga. Paras rupa bukanlah keutamaan sebaliknya kasih sayang dan cinta yang patut dititikberatkan dalam hubungan suami, isteri.
Gigihnya cari rezeki bak kata pepatah, di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Nak berjaya bukannya senang. Begitulah yang dilalui oleh pemilik Syarikat Amle Holding Sdn Bhd yang juga Pengasas Jenama Pyor, Muhamad Amle Rusbadrol atau lebih mesra dengan panggilan Abang Am.
Anak kelahiran Teluk Intan, Perak ini mengakui bukanlah satu perkara mudah untuk dirinya berjaya seperti hari ini. Malah sewaktu memulakan perniagaan, dia dan isteri, Norzawati Zahari melalui kehidupan yang agak sukar. Mana tidaknya, isteri pernah meniarap di atas jalan raya kerana terpaksa menolak van yang uzur.
“Pada awal semasa memulakan perniagaan, kami membeli sebuah van yang agak uzur. Dek kerana kosnya yang murah, saya tak pasti samada ianya kenangan pahit atau manis, tapi banyak kenangan yang diingati bersama van tersebut.
“Pernah satu ketika, van tersebut tidak dapat dihidupkan, isteri pula tidak pandai memandu. Jadinya si isteri yang menolak van. Apabila van tu kembali boleh start, saya pun pandang cermin sisi nak tengok isteri, tapi isteri dah meniarap di atas jalan.
“Lepastu apabila hari hujan, kaki akan basah kena air hujan dari lantai van. Van uzur tu juga pernah gugur enjinnya apabila parking di tempat niaga,” kongsi Abang Am yang popular menjual teh ais di dalam balang.
Bermula dengan Syarikat Amle Holding Sdn Bhd diasaskan pada 17 Ogos 2014, sebelum itu syarikat menggunakan nama Muhamad Amle Enterprise, syarikat menjalankan perniagaan berkonsep kan Trading iaitu membekalkan bahan mentah makanan dan minuman. Syarikat Amle Holding menjalankan konsep perniagaan stokis dan agen.
Menurut Abang Am, titik tolak memulakan perniagaan adalah pada awal 2011 yang mana dia dan isteri memulakan perniagaan di pasar pagi dan malam bersama isteri dengan menjual ayam goreng.
“Menjalankan perniagaan pada ketika itu adalah jalan paling cepat untuk mendapatkan wang kerana ingin melangsaikan masalah hutang,” kongsi Abang Am yang pernah menerima pencapaian di Wyndham Acmar Klang Hotel apabila menerima sijil dan pengiktirafan oleh Lang International Corporate Titan Award (LICTA) sebagai ‘the fasters growing beverage kiosk operator’.
Sepanjang meniti kejayaan, Abang Am menyatakan dia berasa sangat gembira apabila mendapat mesej dari ibu yang mengatakan “mama bangga dengan kamu”.
Tidak mahu dibuat dengan keindahan kejayaan yang dikecapi sahaja, kenangan yang dilalui sewaktu dalam kesusahan sentiasa menjadi pemangkin untuk dirinya berjaya. Abang Am turut berkongsi kisahnya yang pernah diuji dalam perniagaan.
“Pada 2017 perniagaan diuji dengan amat teruk. Modal dan simpanan yang ada pada waktu tu banyak digunakan untuk menyertai event-event dan ekspo di kebanyakan negeri. Semua event dan ekspo mengalami kerugian yang besar hinggakan lori kami hampir ditarik oleh pihak bank. Jadi kami terpaksa membayar lori tersebut sehingga simpanan menjadi kosong.
“Pada waktu itu juga kami terpaksa menjual dan mencairkan beberapa aset syarikat untuk terus bertahan sehingga dapat peluang pinjaman bahan mentah dari rakan pembekal ayam untuk meneruskan perniagaan, dan di situlah titik permulaan jenama Pyorr dilahirkan pada ramadhan 2017 dengan menjual teh ais di dalam balang,” sambung Abang Am yang menjadikan Rasulullah S.A.W sebagai inspirasi hidup.
Kejayaan demi kejayaan yang diraih, Abang Am akui sejujurnya ada perasaan takut apabila sampai ke tahap ini kerana tanggungjawab yang lebih besar dan amanah yang perlu di pikul. Namun Abang Am tidak lokek tip dan nasihat buat mereka yang mahu berjinak dalam bidang perniagaan.
“Tetapkan matlamat, misi dan visi yang jelas. Buat sehabis baik, buat hingga jadi, buat sampai berjaya, kaya dan berjasa, jangan cepat berputus asa dan patah semangat. Setiap apa yg berlaku, ujian dan cabaran yang dilalui akan buatkan kita lebih kuat dan jadikan ianya satu pembelajaran untuk kita pada masa akan datang.
“Keduanya, jangan lupa menuntut ilmu, nak berjaya di dunia perlu ilmu dan berjaya di akhirat juga perlukan ilmu. Jangan bosan dan jemu untuk belajar. Percaya pada diri sendiri, kenali potensi dan kelebihan diri sendiri dan tetapkan matlamat.
“Apa yang ingin dicapai memerlukan kerja keras, komitmen dan sikap jangan pernah menyerah kalah,” luah Abang Am yang akui dirinya seorang yang tegas dan berani ambil risiko serta melakukan cabaran dan perkara yang baru.
Mahu empayar yang dibina terus kukuh, Abang Am juga menyimpan cita-cita yang besar.
“Cita-Cita saya agar jenama Pyor dapat berdiri sama teguh dengan jenama jenama yang besar. Saya juga berharap produk Pyorr akan sentiasa mendapat tempat di hati setiap orang walaupun apabila saya sudah tiada lagi nanti,” katanya.
Walaupun sibuk dengan perniagaan namun bapa kepada empat cahaya matai bi tidak pernah mengabaikan tanggungjawab kepada keluarga tercinta.
“Saya sebenarnya seorang yang sangat sibuk dengan menguruskan enam syarikat di bawah jagaan saya. Selalunya sebelum tido saya akan siapkan jadual kerja saya untuk keesokan hari agar lebih mudah untuk saya uruskan masa.
“Di samping tu, saya juga gunakan buku planner sekiranya ada apa-apa appointment. Saya gunakan jadual sebagai guideline untuk saya, dan saya akan cuba fokus dengan apa yang saya lakukan. Walaupun saya adalah seorang business owner, saya selalu meletakkan diri saya sebagai pekerja, bekerja seperti pekerja yang lain.
“Selain tu, setiap apa tugasan yang saya lakukan perlu ada guideline. Selesai waktu bekerja bagi saya adalah selewatnya lewatnya jam 7 petang. Kemudian saya akan habiskan masa bersama keluarga pula,” akhirinya.
SERTAI & DAFTAR SEKARANG KURSUS KEMAHIRAN ASAS BANGKIT WANITA:
Yuran murah dan berbaloi-baloi. Klik link di bawah ini:
Kehidupan sibuk di kota sering kali membuat kita terperangkap dalam rutin yang sama. Namun, di sebalik kesibukan kerja, sesekali rasa mahu bertukar angin, menikmati...