Musim demam selesema dan batuk berkahak ni, elok sangatlah anda cuba keajaiban jus nanas yang dikisar sendiri. Minuman ini mampu mengurangkan batuk anak kecil lingkungan umur 1 tahun ke atas. Lagi bagus, minuman ini juga boleh hilangkan kahak dan batuk tanpa minum ubat batuk.
Cara Buat Jus Nanas
Apa yang anda perlukan ialah:
Kisar 1/2 biji nenas
1/2 in halia
Sedikit madu (jika suka)
Ads
1. Gunakan nanas yang manis, jangan nanas muda.
2. Jika mahu lagi sedap anda boleh tambahkan dengan 2 sudu makan madu lebah. Kisar ketiga-tiga bahan dengan 1 cawan air masak.
Ads
3. Setelah kisar, tapis hampas buah untuk ambil jus nanas. Kemudian masukkan dalam botol dan simpan dalam peti untuk dinikmati.
Saranan minum:
Minum pagi dan malam sebelum tidur untuk hilangkan batuk.
Untuk permulaan anda disarankan guna 1/4 biji nanas dan sedikit halia (anggaran setengah inci dibahagi 2).
Ads
Rahsia ini bukan kanak-kanak je, orang tua pun boleh amalkan untuk sembuh dari batuk. Selamat mencuba!
Nota:
Jangan sayang dan simpan lama ya. Kalau anak batuk untuk masa akan datang, sila buat jus yang baru lagi fresh. Tidak disyorkan bagi pada bayi ya!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Ramai wanita yang mungkin dengan berat hati terpaksa mengambil keputusan untuk berhenti kerja selepas mendirikan rumah tangga dan memiliki cahaya mata. Tindakan itu memang wajar dipuji kerana bukan semua wanita mampu mengambil tindakan yang bakal merubah besar dalam kehidupan mereka selepas itu.
Si isteri membuat pengorbanan itu demi untuk keharmonian rumah tangga. Maka, sebagai suami, anda perlu menghargai isteri dan jangan ambil kesempatan di atas pengorbanan isteri itu.
Berikut perkara yang boleh dilakukan oleh suami sebagai penghargaan buat isteri:
1. Wang Saku
Apabila tidak bekerja, isteri sudah hilang punca pendapatan. Hanya mengharapkan suami untuk menanggung segala perbelanjaan. Setiap bulan anda akan memperuntukkan sejumlah wang untuk perbelanjaan rumah. Jangan lupa untuk ‘selit’kan juga elaun untuk isteri. Sekurang-kurangnya isteri ada duit untuk digunakan di saat kecemasan. Isteri juga pastinya ada keinginan untuk memiliki sesuatu barangan. Wang itu yang akan disimpan dan dikumpul sedikit demi sedikit. Kemudian dia akan beli setelah cukup wang, tanpa perlu meminta wang tambahan daripada anda.
2. Tanda Terima Kasih
Sebagai isteri, tiada apa lagi yang lebih penting selain daripada disayangi dan dihargai oleh suami di atas pengorbanan mereka menjaga keluarga. Apa salahnya, sesekali bila dapat gaji, bawa isteri dan anak-anak makan di luar. Tak perlulah isteri memasak pada hari itu. Itu juga masa untuk isteri rileks setelah setiap hari terkejar-kejar uruskan anak-anak.
3. Beli Hadiah
Bila ada duit lebih, apa salahnya belikan hadiah untuk isteri seperti baju baru dan sebagainya. Walau pun tidak bekerja, tapi mereka boleh memakai pakaian cantik ketika keluar menghantar dan mengambil anak dari sekolah, ke pasar dan sebagainya. Takkan anda sanggup biarkan isteri selekeh saja sedangkan anda mampu? Kalau isteri anda kelihatan menarik, anda juga yang tumpang bangga. Itu bermakna anda pandai jaga isteri.
4. Bantu Kerja Rumah
Suami juga boleh bantu isteri membuat kerja rumah seperti mencuci pinggan atau menyapu sampah. Tentu isteri akan rasa terharu dan ini juga menunjukkan sifat timbang rasa suami pada dirinya. Walau pun penat bekerja, anda masih sanggup membantunya.Bantu menjaga anak-anak jika anda lihat isteri sedang sibuk di dapur dan sebagainya. Pasti dia akan rasa bersyukur memiliki suami yang bertimbang rasa. Ingat, kalau anda rasa anda sudah penat seharian bekerja, apakah anda rasa isteri tidak penat seharian di rumah? Malah, ramai wanita yang mengaku, duduk di rumah lagi memenatkan daripada bekerja di pejabat!
5. Jangan Ego
Ada suami yang bersikap ego dan tidak mahu langsung membantu isteri menjaga anak-anak atau melakukan kerja rumah ketika hari cuti dengan alasan sudah penat bekerja sepanjang minggu. Aduhai suami, anda kena ingat. Isteri bukan orang gaji ye. Apa kata anda beri isteri ‘cuti’ sehari dan benarkan dia keluar bersama rakan-rakan atau memanjakan diri di spa. Anda pula ambil uruskan anak-anak sendirian. Baru anda tahu, betapa ‘mudahnya’ tugas isteri di rumah!
6. Ucapkan Terima kasih
Sesekali apa salahnya anda lahirkan rasa terima kasih anda kepada isteri kerana sudi menjaga anak-anak dan menguruskan rumah tangga dengan baik sepanjang anda keluar mencari rezeki. Pasti isteri akan rasa anda menghargai dirinya.
7. Jangan Pandang Rendah
Ada suami yang anggap peranan sebagai suri rumah itu mudah hingga mengeluarkan kata-kata yang tidak enak didengar. Kononnya suami penat keluar bekerja sedangkan tugas isteri mudah saja, hanya duduk di rumah saja jaga anak. Hinggakan sanggup mempelekehkan isteri di depan orang lain. Jangan begitu, anda sepatutnya sentiasa menjaga maruah isteri yang sanggup tidak bekerja demi keluarga. Walau pun isteri seorang suri rumah, tapi mereka juga ‘bekerja’ di rumah malah kerja mereka 24 jam tanpa henti, tanpa gaji.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Mak ayah selalulah bawa anak-anak ke ‘playground’, tak kira lah indoor atau outdoor kerana sebenarnya disitu, banyak rangsangan deria utama untuk perkembangan mereka. Jangan biarkan anak-anak ‘hanyut’ dalam dunia sendiri bermain gajet, rajin-rajinlah bawa mereka ke playgound untuk menggunakan segala rangsangan deria serta mengeluarkan peluh.
Saranan ini merupakan perkongsian oleh Puan Liyana Raya yang merupakan seorang Occupational Therapist sebagai rujukan mak ayah semua.
Bawalah anak ke playground sekerap yang mungkin, kerana di situlah terdapatnya banyak rangsangan untuk deria yang utama dalam perkembangan anak-anak. Malah kita sendiri pun… semasa kecil membesar di playground. Boleh ingat lagi tak,almost everyday kan kita main dekat playground?
“Di playground la otot dan sendi kita dirangsang.
Sebab itu kita jadi kuat.
Kita boleh menulis dengan baik sebab ‘core muscles’ of the chest,back and shoulders mendapat ketahanan yang tinggi sekaligus membantu kita untuk menahan otot ini daripada mengganggu fungsi jari jemari kita ketika menulis.”
Anak-anak zaman sekarang apabila menulis dan menggunting, kebanyakan mereka tidak tahu nak gunakan otot mana nak menulis dan pegang gunting. Makanya kebanyakan dari mereka suka mengangkat sekali bahu dan siku ketika membuat aktiviti penulisan dan guntingan. Sebab itulah menulis bukan hanya pen & kertas semata-mata!
Kenapa jadi macam ni?
Kurang rangsangan terhadap otot dan sendi.
Playground juga turut membantu kita menyeimbangkan badan kerana ianya merangsang deria keseimbangan badan (vestibular) yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar kita.
Kanak-kanak perlu bergerak.
Kita dulu memang boleh duduk diam eh?
Dah kenapa zaman sekarang ni kita nak anak-anak duduk diam?
No point bagi anak duduk diam.
Sebab kalau anak duduk diam,ianya tidak merangsang langsung deria keseimbangan badan ni.
Disebabkan kita nak anak duduk diam,hasilnya kita dapati:
Sebab dengan adanya playground,anak-anak boleh bergerak dan bebas melakukan apa yang mereka ingin lakukan.
Apa yang salahnya terhadap persepsi kita apabila membawa anak ke playground adalah:
We think too much of them getting hurt! Takut anak jatuh,takut anak itu ini… sedangkan kat tangan kita telefon 24 jam. Bila bawak anak pergi playground lagilah kita galak main telefon!
HELLO!!!!! Anak-anak perlukan guidance untuk mereka memanjat di mana,pegang kat mana,masuk kat mana,keluar kat mana…… so peganglah anak tu kalau takut anak jatuh! Bukan pegang telefon! Besides,jatuh kerana bermain itu biasa. Apabila dibiasakan dgn jatuh dan menahan sakit,maka anak kita semakin kebal jadinya
Takut dapat penyakit berjangkit yang bukan-bukan terutamanya di indoor playground. Ada sesetengah ibu bapa yang dah tau anak sakit,kenapa bawak jugak anak keluar? Masa anak tak sihat,duduklah rumah…. dan kadang-kadang anak kita menjadi mangsa namun kadang-kadang kita harus ingat bahawa jangkitan ini bukanlah jangkitan yg membawa maut. Jangkitan ini membuatkan kita renyah nak jaga anak kita semasa sakit.Janganlah ‘overdose’ kan sangat pemikiran kita dengan benda-benda seperti ini. Sebab bila kita ‘overdose’ kan,itulah yg kita dapat.
Sentiasa cakap “jangan panjat situ nanti jatuh!” Juga membawa kepada jatuhnya anak-anak di playground. Itu saya cakap… change your mind and words. Daripada cakap jatuh,lebih baik pergi tolong anak dan bantunya macam mana nak elak daripada jatuh.
Kita,kalau orang tengah kacau kita berseronok,kita marah kan? Apa ingat anak-anak ni tak marah ke kalau kita dok kepohci sana sini masa anak kita tengah seronok main? Mana yang anak lebih suka bila tengah main? Mak ayah datang main sama-sama dan bantu atau mak ayah sambil pegang telefon mulut je lebih kepoh sana sini takut anak jatuh itu ini.
“Ish! Annoying betul mak ayah aku ni!” ——> inilah pemikiran secara tidak langsung yang anak dapat. Sebab anak tu manusia juga sama mcm kita,bukan robot nak diarahkan itu ini.
Bawalah anak bermain di playground samada indoor atau outdoor sekerap yang boleh. Kalau boleh hari-hari bawa… tapi tulah kan,setiap kali bila saya buat ‘site visit’ ke playground,krik krik krik aje…
Anak-anak saya pun lama-lama bosan takde kawan-kawan nak main menjadikan playground bukanlah satu kawasan yang menyeronokkan sama macam kita dulu-dulu. Sebab anak-anak saya dah terbiasa dengan rangsangan-ransangan seperti ini namun kerana stage of play anak-anak saya sekarang lebih kepada social play, ketiadaan rakan-rakan baru di taman menyebabkan taman permainan adalah sangat membosankan. Kena tunggu masa weekends dan cuti sekolah barulah ada ramai orang.
Semoga perkongsian ini bermanfaat. Mak Ayah rajin-rajinlah bawa anak bermain di taman permainan iya untuk rangsangan deria dan perkembangan mereka.
Rupanya bila nak anak pandai menulis dengan baik bukan sekadar kena biasakan dengan pensil.Mak ayah sebenarnya kena beri perhatian dahulu pada 3 kemahiran penting ini menerusi aktiviti-aktiviti yang sesuai.Latih dan ajar anak menulis ini boleh dilakukan seawal usia tiga tahun.
Ilmu ini dikongsikan oleh Puan Aishah Kassim yang merupakan seorang Speech-Language Pathologist.
Berikut antara perkongsian beliau sebagai panduan.
Bila nak ajar kanak-kanak menulis kita bukanlah perlu terus bagi pensil pada anak dan expect anak boleh menulis dengan baik.Ada kemahiran-kemahiran yang perlu kita lihat untuk membolehkan anak-anak menulis dengan baik. 3 perkara penting yang perlu diberi perhatian adalah:
Skill ni bermula seawal 3 tahun.
Tripod – maksudnya menggunakan 3 jari iaitu ibu jari, telunjuk dan jari tengah
Untuk melatih skill ni, anda boleh buat aktiviti-aktiviti seperti berikut:
Skill ni bermula seawal 3 tahun.
Skill ni penting untuk kawalan pergerakan pensil, jadi tulisan anak akan jadi lebih stabil dan cantik. Anak pun tak cepat penat bila menulis lama.
Contoh-contoh aktiviti yang anda boleh lakukan adalah:
Skill ni bermula seawal 4 tahun.
Skill ni penting untuk membolehkan kanak-kanak menulis dengan efisyen dari kanan kekiri atau kiri kekanan.
Contoh aktiviti yang boleh anda lakukan di rumah seperti aktiviti lacing menggunakan 2 tangan seperti:
Jadi pada peringkat awal, banyakkan aktiviti-aktiviti yang boleh melatih ketiga-tiga skill ni.Nanti bila anak dah ready untuk menulis dah senang dah.Biasanya mereka terus dapat je skill menulis dengan baik.
Selamat mencuba.
Semoga bermanfaat, kongsikan juga ilmu ini buat mak ayah yang lain.