
Isi Kandungan
ToggleTengok rumah orang, bukan main cantik langsir eyelet menutup pintu sliding rumah masing-masing. Elok je cantik tersusun. Rumah sendiri.. entah mana silapnya tak mahunya jadi cantik sekata. Sakit lak mata menengoknya.
Rupanya ada cara macam mana nak jadikan langsir jenis eyelet ni cantik tersusun dan tak menggelembung tak tentu arah. Ini tip DIY ‘curtain devider’ yang dikongsikan Lia Johari. Cuma guna cawan plastik saja.
Ini Cara Jimat DIY ‘Curtain Devider’ Langsir Eyelet
1. Belah dua cup dan potong bawah cup bentuk bulat untuk muat masuk dalam rod langsir.
2. Kemudian letakkan cup pada rod langsir di setiap bahagian gelembung kain langsir.
Rujuk Stepnya Pada Gambar
Sebelum. Senget sana sini.
Bila di tiup angin asyik bergerak dan hilang susunan. Stress mak!
Guna plastik cup macam ni.
Belah dua cup guna gunting dan kemudian potong bentuk bulat bahagian bawah cup.
Masukkan cup yang telah di potong tadi pada rod langsir mengikut gelembung langsir.

Done!
MW : Mudah sangat rupanya. Bolehlah mak-mak cuba ya.
Baca sini :
- Teringin pakai langsir ring, takde modal. DIY rod guna paip PVC, jimat.
- Tukang jahit ni ajar cara mudah nak tebuk lubang langsir, tak perlu hantar ke kedai lagi.
Artikel ini disunting dan diterbitkan dengan keizinan penulis, Lia Johari
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Aduhai Anak… Terlebih Tegas Salah, Berlembut Sangat Pun Salah!

Antara topik yang sering dibualkan oleh para ibu adalah tentang cabaran mendidik anak-anak pada zaman sekarang. Memang tak dinafikan, generasi milenium teramat berbeza dengan zaman dahulu. Kalau dulu, mak ayah marah, terus menikus. Tak berani nak merajuk. Kalau merajuk, tak ada yang nak pujuk.
Apabila dapat keputusan peperiksaan, reda kalau kena libas dengan rotan jika ada yang ‘merah. Tapi tak sekali pun mak ayah salahkan cikgu yang mengajar. Kalau anak tak pandai, anak itu yang tak belajar dalam kelas.
Mendidik Anak Zaman Canggih
Membesarkan anak-anak pada zaman sekarang teramat hebat dugaannya lebih-lebih lagi yang sedang meniti usia remaja. Gajet seperti telefon bimbit umpama gam melekat di tangan. Sekali ditegur, sekali diletak. Kalau tak ditegah, sepanjang hari mata menatap skrin telefon. Belum lagi bab main ‘game’ sepanjang masa hingga mata naik juling.
Itu anak lelaki, anak dara lain ceritanya. Sibuk berselfie, dengan mulut ‘muncung itik’. Bergaya mengalahkan orang yang dah bekerja. Bayangkan, usia baru 12- 14 tahun, tapi dah pandai pakai mekap. Tengok penampilan tak sangka masih ABU (anak bawah umur).
Bila dah bergaya dengan mekap mampan, pasti akan jadi perhatian ramai lelaki. Jadi, tak salah kalau lelaki dewasa cuba menggoda. Mana sangka itu anak bawah usia!
Inilah dilema mak ayah zaman sekarang. Kalau terlalu tegas, anak kata tak sayang. Kena marah sikit, dah lari dari rumah. Belum bab mudah percaya pada lelaki yang tak dikenali hingga tergadai kehormatan diri.
Sebaliknya, kalau terlalu berlembut, takut jadi seperti filem arahan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee, ‘Anakku Sazali’. Setiap kehendak dituruti agar anak rasa disayangi. Si ayah seolah-olah ‘membeli’ kasih sayang si anak dengan wang ringgit. Tapi tanpa sedar, akhirnya ia jadi punca anak terlalu manja sehingga merasakan bebas untuk melakukan apa saja. Filem itu banyak pengajaran tersirat untuk ibu bapa faham dan hadam.

Tiap mak ayah ada cara didikan mereka sendiri kerana hanya mereka yang ‘kenal’ diri anak-anak mereka. Tapi bagi saya, paling penting, kena ada asas agama dalam diri anak. Sebagai mak ayah, kena bersederhana. Ada masa kita perlu jadi kawan mereka dan ada masa kita kena tegas untuk membimbing mereka agar jangan tergelincir daripada landasan yang betul. Kalau tanya saya, bab manjakan anak memang tak dipraktikkan walau pun dia anak tunggal yang secara logiknya dia boleh dapat apa saja yang dia mahu. Tapi saya dan suami ajar anak untuk rasa betapa susah nak dapat sesuatu benda agar dia akan menghargai benda itu.
Sememangnya bila cakap soal anak-anak, hati mak ayah sentiasa rasa bimbang dan tak tenang…!
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Siram Baja Roti Seminggu 3 Kali, Tanaman Subur Bunga Makin Meriah!

Isi Kandungan
ToggleSeronok bila bercucuk tanam, pokok jadi subur, berdaun hijau, berbunga dan berbuah meriah. Hilang segala penat berkebun tu. Kalau mak-mak dah cuba macam-macam cara dan baja, pokok payah nak subur boleh cuba siram baja roti seminggu 3 kali. Cara nak buat mudah, kosnya pun murah sangat.Hasilnya memang puas hati, jimat dan berbaloi!
Boleh cuba buat sendiri baja roti seperti yang dikongsikan oleh Puan Intan Suhana ini;
“Gara-gara kebun keliling rumah menunjukkan perkembangan yang sihat dan positif, mak happy sangat. Maka mak rasa nak kongsi satu petua ringkas menyuburkan tanaman yang dah ramai orang cuba dan berjaya.”
“Kak intan panggil resepi ini baja roti. Kalau ikutkan nama sebenarnya MOL (Mikroorganisma Lokal). Kos nya murah amat. Hanya perlukan air dan roti yang sungguh enak dimakan begitu saja haha.”
“Cara nak buat pun mudah aje. Tak perlu guna tenaga beria. Dah jadi nanti, cuma siram dan lihat keajaibannya. Semua pokok tanaman kita akan berkembang biak, pucuk baru makin meriah, daun bukan main hijau, kemudian kalau yang tak pernah berbuah tu nampak dah mula keluarkan buah.
Mari kita baca dan cuba buat hari ini juga.
Bahan-Bahan:
Sekeping roti yang masih baik
Air sebanyak 1.5 liter
* Air hujan atau air basuhan beras je tau.
* Kalau nak guna air paip, sila dedahkan dahulu air kepada cahaya matahari seharian supaya dapat hilangkan/ kurangkan kandungan klorin.
* Ramai yang tanya pasal air ni. Disebabkan sekarang kebanyakan kita dah ramai yang pakai penapis air di rumah, takde masalah pun nak guna air paip andai kita sedia maklum bahawa penapis air kita tu boleh menyingkirkan kandungan klorin.
* So silalah gunakan air coway, air cuckoo dan yang sewaktu dengannya.
Cara-Caranya:
1. Koyak-koyakkan roti dan masukkan dalam botol, kemudian masukkan air. Pastikan air yang digunakan bukan lah air yang berklorin ye.Sebaiknya guna air hujan atau air basuhan beras.
Kak intan gunakan air hujan yang ditadah khas untuk siram pokok-pokok keliling rumah ni ha.
2. Kemudian peram, letak ditempat gelap. Kak intan letak kat dalam kabinet dapur bawah sinki.
Minimum peram 4 hari pun dah ok. Tapi paling efektif minimum peram selama 7 hari. Pastikan selepas setiap 3 hari pastikan penutup botol dibuka bagi mengeluarkan gas yang terhasil akibat proses peraman atau penapaian ni. Saintifik sikit bunyi nye kan.
Kalau lupa buka penutup botol tu bersedia lah untuk menghidu bau masam satu rumah sebab ia bisa meletop ngerti nggak.
MOL ni seeloknya digunakan dalam tempoh 14 hari. Tapi ia juga boleh tahan sampai setahun kalau rajin bagi dia gula merah setiap 6 bulan sebagai sumber makanan untuk mikrob yang terhasil.
Kuantiti gula merah kita agak-agak saja okeh. Sebab kak intan pun belum sampai tahap bagi makan mikrob ni lagi. Nebes
Kak intan suka gunakan nisbah sendiri haha. Ku taruk roti 4 keping sebab nak sesuaikan dengan nisbah air yang ku anggap ada dalam 6 liter kot bekas penyiram ni. Nak ikut ikutlah.
Bila baja dah jadi ku tuang saja sebotol baja ini ke dalam bekas ni dan tambah aje air hujan sampai penuh bekas.
Kemudian round aje keliling rumah siram pokok-pokok kesayangan sambil nyanyi lagu “Dimatamu”. Biar pokok pun terhibur .
Haaa tengok tu. Pokok bunga lily ni memang tak rajin berbunga. Lepas kena siram dengan baja roti ni berlumba-lumba batang bunga dia keluar.Tapi sayang. Udah kena libas separuh dengan suamiku si tukang mesin rumput.
Daun kesom yang gemok. Nasib baik tak ikut tuan dia yang keding haha.
Daun kucai ni bagus. Mencontohi kekedingan tuan nya kahkah. Tapi subur okeh.

Sebelum ni pokok limau purut ni togel gara-gara ulat beluncas. Setelah si beluncas dibasmi dengan rasa bersalah, ku siram dengan baja roti seminggu 3 kali. Hasilnya nahhh daun baru bukan main meriah.
Paling sedih pokok delima ni. Hidup segan mati tak mahu je asalnya. Sekarang kemain lagi dia. Sampai senget sebelah. Ko nak ke mana tu. Jiran sebelah tak balik minggu ni.
Paling best pokok belimbing buluh ni. Berbuah buat pertama kalinya selepas berapa kurun ku tanam. Buahnya semalam udah ku petik buat sambal tumbuk dengan ikan bilis. Perghhhh
Info Ekstra!
- Kalau dah ikut sukatan 1.5 liter air + 1 keping roti tak payah tambah air dah kalau nak siram pada pokok.
Semoga bermanfaat. Selamat mencuba!
Baca Lagi Di Sini: Campuran Telur & Yakult, Cara Organik Hasilkan Hormon Penggalak Pokok Berbuah Lebat!
MW: Mak-mak yang suka bercucuk tanam, tapi pokok payah nak subur dan tak berbuah mahupun berbunga, cuba siram dengan baja roti ni. Buat sendiri je,mudah tapi hasilnya memang puas hati ikut cara yang dikongsikan ini.
Sumber: Intan Suhana
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Leher Baju T Mengembang Kembali Elok, Rendam Dalam Air Sejuk Sebelum Gosok!

Isi Kandungan
ToggleBiasanya baju T memang mudah mengembang dan berkedut-kedut pada bahagian ‘leher’ baju, terutamanya selepas dicuci. Sayang sungguh, sebab ia boleh menyebabkan baju nampak seperti sudah lama walaupun sebenarnya masih baru. Sebenarnya dengan merendam bahagian leher baju T tersebut dengan air sejuk sebelum menggosoknya boleh mengembalikan kekemasannya.
Tip ini dikongsikan oleh Nexcy, pakar dalam perkhidmatan dobi dari Jepun sendiri. Menurut Nexcy leher baju T mengembang bukan disebabkan kekerapan kita memakai baju ini tapi juga ada kaitan dengan cara kita mengeringkannya.
Contohnya menggantung baju T yang lembap menggunakan penyangkut menyebabkan bahagian bawah baju menarik bahagian atas baju T menyebabkan ia meregang terutama di bahagian leher.
Nexcy juga kongsikan cara untuk membaiki dan mengembalikan kekemasan bentuk pada bahagian leher baju T yang mengembang ini seperti berikut;
Bahan Diperlukan:
Seterika
Satu mangkuk kiub ais diisi dalam air sejuk
Meja atau permukaan rata untuk meletakkan baju T.
Cara Membuat:
1. Lipat bahagian leher seperti bentuk kipas.
2. Kemudian rendam bahagian tersebut dalam mangkuk berisi kiub ais.
3.Perah air sambil pastikan bahagian leher dalam bentuk lipatan kipas.
4.Kemudian letakkan baju T di atas permukaan rata. Ratakan bahagian leher dan gosokkannya menggunakan jari secara menegak (sejajar dengan panjang baju).
5.Seterika bahagian ‘neckline’ menghala ke arah atas baju T.
6.Letakkan T-shirt pada permukaan rata sehingga kering.
Siap!
Hasilnya, Leher baju T sudah kembali ke bentuk asal dan nampak macam baru!
Selamat Mencuba.
Baca Lagi Di Sini:Cara Mudah Elak KESAN KARAT Pada Baju Bila Guna Mesin Basuh!

Artikel Menarik:Kekalkan Sifat Malu, Tolak Tepi Trend Pakai Baju Selak Pep*t Untuk Fesyen!
Mesti Baca:TRIK Lipatan Baju Tak Mudah Terbuka, Tetap Elok Tersusun Kemas Dalam Almari!
Mingguan Wanita: Menarik tip yang dikongsikan ini. Ada masalah leher baju T mengembang dan berkedut-kedut, boleh cuba rendam sekejap dalam air sejuk sebelum gosok. Memang berkesan, leher baju T kembali elok, macam kita baru beli.
Macam ni nak lipat baju elok kemas.
Follow kami di :
Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita
TikTok: https://tiktok.com/@mingguanwanita
Sumber:Teepr
Tak perlu susah payah nak sental baju sekolah anak.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI