Memang cukup membimbangkan, apabila kes baharu dalam negara hari ini melonjak kepada 5,725 kes, sekali gus merupakan angka tertinggi dilaporkan dan menjadikan jumlah kes positif Covid-19 mencecah 203,933 kes.

COVID-19: Peningkatan Agresif 5,725 Kes Harian Tertinggi Dengan 16 Kematian

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, yang memuat naik statistik itu di media sosial, berkata kes kumulatif jangkitan COVID-19 di negara ini sebanyak 203,933.

Beliau berkata, daripada jumlah tersebut, tujuh kes import mendapat jangkitan dari luar negara manakala sebanyak 5,268 kes adalah penularan tempatan.

Menurutnya, kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 pula merekodkan sebanyak 45,478 kes.

IKLAN

“Sebanyak 16 kes kematian turut dilaporkan dan jumlah kes kematian Covid-19 di Malaysia mencatatkan 733 kes.

“Selain itu, terdapat 3,423 kes sembuh hari ini dan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya daripada Covid-19 sebanyak 157,722 kes,” katanya.

COVID-19: Peningkatan Agresif 5,725 Kes Harian Tertinggi Dengan 16 Kematian

IKLAN

16 Kes Kematian

Ujarnya lagi, sebanyak 301 kes kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 115 memerlukan alat bantuan pernafasan manakala 16 kes kematian dicatat menjadikan jumlah keseluruhan 733 kematian setakat ini.

Pada masa sama, sebanyak 3,423 kes sembuh direkodkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sebanyak 157,722 kes atau 77.34 peratus.

Trend jangkitan COVID-19 di Malaysia jelas menunjukkan peningkatan yang agresif.Sebelum ini diramalkan menjelang bulan Mei 2021, peningkatan kes harian boleh mencecah sehingga 8,000 kes.

IKLAN

Baca Lagi Di Sini:

“Saya Merayu Semua Duduk Rumah, Tempoh 2 Minggu Ini Sangat PENTING Kepada Kita & Negara”

MW: Memang risau kes semakin meningkat, walaupun pelbagai usaha bagi mengekang penularan virus ini telah dilaksanakan. Apa yang penting kita usaha untuk menjaga diri sendiri, patuhi SOP yang ditetapkan, jaga kebersihan diri dan elakkan berada di tempat sesak mahupun ramai.

Sumber:Kosmo, Bharian, Kementerian Kesihatan Malaysia

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI