Corndog Viral Serius Sedap Puas Makan, Jimat Kos Bila Buat Sendiri!

Share

Makanan ‘street food’ Korea seperti Corndog semakin viral dan menjadi kegilaan ramai.Ramailah yang ingin mencuba menikmati corndog ini, yang sinonim dengan salutan sosej, keju mozarella tarik. Makan panas-panas dengan keju ditarik, fuh memang terangkat!

Buat mak-mak yang nak mencuba merasai Corndog yang tengah viral ni, sebenarnya boleh buat sendiri di rumah. Lebih jimat dan berbaloi, puas hati makan. Almaklumlah, jika dibeli harga corndog ini boleh tahan juga harganya

Boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Puan Nur Syazwani Mustafa ini sebagai panduan;

“Demam “corndog” masih belum berakhir. Kali ni aku olah sikit resipi. Untuk memantapkan lagi rasa.Serius lagi sedap dari jenama terkenal kat mall tu. Yang jenama C**N tu. Oppss!”

Bahan-Bahan:

Sausage (Ayamas Cheese)
Mozzarella Cheese (Ambil yang block bukan shredded.(Brand Arla kat Aeon RM17.50. Boleh potong jadi 8 kiub. Sedap brand ni)
Bread Crumbs(Ambil yang jenis “putih” bukan “oren”)
Chopstick kayu (dekat 99 Speedmart ada jual)
1 sudu besar Yis Mauripan
1/2 sudu kecil garam
1 cawan air suam
7 sudu besar Tepung Gandum (sudukan biasa saja, jangan membukit sangat dan jangan rata sangat. Sedang-sedang saja. Nanti tak berapa nak lemak manis kejadiannya)
1 paket Tepung Cucur Lemak Manis Adabi.(Ni yang akan buatkan corndog kita sedap and tak boring makan)

Cara Membuat:

  1. Rebus sausage selama 2-3 minit dalam air yang menggelegak. Kemudian toskan. Potong dua.

2. Potong Mozzarela Cheese block menjadi kiub, potong sebesar sausage tadi. Kemudian ambil chopstick dan cucukkan sausage dahulu diikuti dengan cheese.

3. Bancuh 1 paket Tepung Cucur Lemak Manis Adabi dengan 7 sudu besar Tepung Gandum. Kemudian letak 1 sudu besar Yis Mauripan dan garam. Bancuh dengan 1 cawan air suam sehingga mendapat tekstur yang kental. Tambah air lagi kalau tak cukup. Bancuhan perlu tak terlalu cair dan tak terlalu pekat. (Rujuk video for tekstur tepung). And seeloknya simpan dalam peti ais selama lebih kurang 1/2 jam untuk “setkan” bancuhan.

4. Lepas tepung dah set, masukkan bancuhan tersebut ke dalam 1 bekas berbentuk gelas yang tinggi. Supaya senang nak celup bahan yang dicucuk tadi. Atau boleh saja terus salutkan terus menggunakan garpu/sudu. Part ni memang renyah sikit and memerlukan kesabaran.

5. Selepas itu salutkan pula ke dalam bread crumbs. Kepal-kepalkan hingga mampat bahan salutan. Dan terus goreng. Guna kuali yang besar dan minyak yang banyak. Api dapur sederhana.

6. Last sekali boleh letak apa saja topping yang korang suka. Aku guna mayonis, sos cili and sos tomato saja. Then decokan dan siap untuk dimakan. Tariklah cheese tu sampai ke London. Hihi. Sedap giler!

Tip Jimat :

  • Macam aku untuk jimatkan kos buat corndog ni, aku beli piping bag je untuk letak sos and mayonis. Tak perlu beli mayonis botol yang ada corong tu, sebab akan menambahkan kos je. Hihi.

  • Mozzarella Cheese brand “Perfect Italiano” ni murah sikit dari brand Arla. Kalau dapat cari yang ni memang boleh hasilkan lebih banyak sikit corndognya. Sebab cheese ni tebal dan sedap juga.

Last but not least, SELAMAT MENCUBA. Puas makan sebab dapat 8 batang sekali buat. Kos buat dalam RM40. Kos beli luar dalam RM80++. So jimat bukan kalau buat sendiri?

Baca Lagi Disini: Strawberry Cheesecake Rolls Sedap Guna Kulit Popia, Cuma 5 Bahan Je!

MW: Jadi buat mak-mak yang teringin nak rasa Corndog Viral dan buat untuk anak-anak, boleh cuba resipi yang dikongsikan ini. Lebih mudah, jimat, sedap dan berbaloi.

Sumber: Nur Syazwani Mustafa

IKLAN