Cornflakes Coklat, Guna Tiga Bahan. Sekali Makan Tak Nak Berhenti

Share

Raya dah nak dekat nie, tinggal beberapa hari lagi. Sudah tentu bahan-bahan kat bakeri pun banyak yang habis. Lebih sedih, bila gi kedai bakeri punyalah beratur panjang, sekali bahan yang nak pakai pulak dah habis. Sedih!.

Tak payah, pening-pening kepala. Ada resepi cornflakes coklat yang guna bahan kat pasar raya sahaja. Boleh buat banyak-banyak. Anak-anak pun suka, coklat katakan. Mak-mak lak mesti ralit juga bila makan nie.

Perkongsian daripada Nor Hafidzah Qasim

“Bila cari cooking coklat kat kedai semua tak ada stok. Nak pi kedai bakery, malas nak beratur panjang. So, singgah supermarket, kita beli coklat tango yang plain, untuk buat cornflakes coklat.
“Resipi ni memang mudah, tak perlu guna oven. Boleh serah kat anak sahaja untuk buat. Sebab nak makan nanti merekalah juga kan.

Cornflakes Coklat

Bahan-bahan:
A. 1 pek coklat tango plain 140gm dan 1 sudu besar butter. Cairkan guna teknik double boiler.
B. 2 1/2 cawan cornflakes yang dihancurkan sedikit.

Cara Membuat:
Satukan bahan A dan B ke dalam bekas. Gaul sehingga rata.
Sudukan ke dalam bekas kertas. Biarkan sejuk seketika di dalam peti ais.
Resepi yang sangat mudah sebab tak perlu bakar.

Masukkan 140gm coklat tango dan 1 sudu besar butter. Gunakan teknik double boiler. Kacau sehingga coklat cair.
Guna penyukat macam ni lebih mudah.

Masukkan 2 1/2 cawan cornflakes ke dalam coklat yang telah dicairkan.
Masukkan ke dalam bekas kertas, sejukkan seketika di dalam peti ais.
Dah siap.
Simpan dalam bekas kedap udara.

Selamat Mencuba!

Resipi: Nor Hafidzah Qasim

IKLAN