Sekarang ni katanya Roti Awan atau ‘Cloud Bread’ yang nampak gebu gebas ni sedang viral di ‘Tik Tok’. Menariknya resipi ni cukup mudah dan senang nak buat hanya guna 3 bahan. Rasanya manis dan walaupun namanya ‘roti’ tapi tekturnya gebu macam pavlova dan ada rasa lebih kurang macam marshmallow.
Nak tahu lebih lanjut macam mana resipi ‘Cloud Bread’ ni boleh ikut cara yang dikongsikan oleh MiRä MödëRnö ini sebagai panduan;
“Hari ni try buat ‘Cloud Bread’ saya tak tau siapa punya resepi asal. Sebab mudah sangat caranya saya pun teringin nak buat. Saya sertakan sekali gambar dan resepi pada sesiapa yang sudi boleh la try nanti ye”
Bahan-Bahan:
1/4 cawan gula (tak suka manis boleh kurangkan gula)
2 sudu kecil tepung jagung
3 biji putih telur
Cara Membuat:
1. Pukul Telur dengan mixer sampai kembang/ kental.
Ads
2. Kemudian masukkan tepung jagung dan gula, mix lagi sampai sebati.
3. Letak pewarna (jika suka) saya letak warna biru sebab awan mendung kat sini.hihi. Kalau tak nak letak, warna asalnya warna putih.Saya letak juga almond slice untuk hiasan.
4. Bakar pada suhu 150C selama 20 minit.
Ads
Siap!!
Ads
MW: Jadi buat mak-mak yang nak rasa sendiri macam mana ‘cloud bread’ ni, boleh buat sendiri di rumah. Mudah je, guna 3 bahan. Anak-anak pun mesti suka nanti.
Resipi turun temurun. Setiap kali raya, mesti macam-macam hidangan ada atas meja. Menu wajib tentulah rendang, nasi himpit, lontong, kuah kacang dan sebagainya.
Namun, bagi seetengah keluarga akan ada menu ‘special’ iaitu resipi turun temurun dari keluarga. Kalau hidangan ini tak ada, rasa tak lengkap ye! Lagipun, inilah menu wajib ada untuk dhidangkan kepada ahli keluarga dan saudara mara yang datang.
Tak mustahil juga ada resipi rahsia yang menjadikan ia hidangan istimewa juga. Perkongsian kali ini dari Nurhayati Malek dengan resipi turun temurun dari arwah ibunya iaitu satay goreng.
Resipi sate goreng ni memang resipi turun menurun dari arwah Ummi. Memang kegemaran seisi keluarga.
Pada Syawal pertama kebanyakan orang hidangkan rendang, berbeza dengan keluarga kami lebih sukakan ketupat daun kelapa, sate goreng dan sambal kacang.
Tiga lauk itu pun dah cukup dan wajib ada setiap kali raya.
Saudara-mara pun mesti akan cari menu ni kalau datang beraya. Tapi sebenarnya nak buat sate goreng ni tak susah pun tau.
Bahan-bahan:
1kg daging batang pinang
10 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
3 batang serai
1 inci kunyit hidup
1 inci lengkuas
1 inci halia
1 senduk serbuk kunyit
2 senduk gula putih
1 sudu besar ketumbar
1 sudu besar jintan manis
2 sudu besar jintan putih
2 senduk minyak untuk menggoreng
Sedikit garam
Cara Membuatnya:
1. Hiriskan daging melintang dari uratnya supaya daging lebih mudah empuk. Hiris nipis-nipis.
.
2. Kemudian cucikan bersih dan toskan airnya.
.
3. Dalam mangkuk yang berisi daging. Masukkan bahan kisar seperti bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas berserta kunyit. Gaulkan rata. Masukkan sekali dalam 1 senduk serbuk kunyit untuk naikkan warna masakan.
.
4. Masukkan gula dan gaul rata. Ummi selalu pesan kalau nak buat satay ni tak boleh kurang sangat manis sebab satay boleh jadi masam jika gula terlalu sedikit. Cuma jika mahu kurang juga ikut selera masing-masing lah ya.
.
5. Cuci bersih ketumbar, jintan manis dan jintan putih. Kemudian sangai sampai naik bau. Berbeza tau rasanya berbanding beli yang serbuknya sahaja.
.
6. Setelah disangai, kisarkan kering sehingga halus.
.
7. Masukkan ke dalam daging tadi. Gaulkan rata. Tutupkan daging. Perapkan selama lebih kurang 4 jam. Kalau nak biarkan semalaman pastikan simpan dalam fridge tau.
.
8. Setelah diperap. Masukkan 2 senduk minyak masak dan gorengkan satay tadi. Tutupkan kuali biarkan sehingga daging empuk. Jangan lupa untuk kaupkan selalu di bahagian bawah supaya tidak hangus.
.
Nak masak satay ni memang macam rendang juga. Cuma satay ni akan kering sedikit berbanding rendang.
9. Sementara menunggu satay masak bolehlah rebuskan ketupat segera atau ketupat daun kelapa.
.
10. Sambal kacang wajib ada tau.
.
11. Alhamdulillah, siap satay goreng. Memang sedap sangat.
Selamat mencuba semua!
Mohon semua sedekahkan Al-Fatihah kepada Allayarhamah Ummi, Easah Ibni Kamsiah.
Mingguan Wanita : Terliur pula tengok ye. Nak kena buat ni nanti.
Waahh… tak sangka cuma pembakar roti pun boleh buat akok kedut! Kalau ada mak-mak suka sangat makan akok kedut tapi tak ada orang jual dekat-dekat rumah, boleh lah cuba resepi yang dikongsikan Puan Halimatun As Saadiah Ismail ini, nampak pun sedap!
Sedap di makan panas-panas dan tak bau hanyir telor walaupun dah sejuk.
Resepi Buat Akok
Masak air gula & sejukkan
(1 cwn air + Gula pasir + gula merah + daun pandan)
Sukatan ikut kemanisan masing-masing.
1) 5 biji telor
2) Sedikit perisa pandan/contoh pada gmbr (option)
3) Secubit garam
4) Santan 1/2 kotak (size kecil)
5) Tepung gandum 3 sudu makan
( blend semua skli dalam 2 minit)
6) Masukkan 2 sudu minyak masak utk effect golden brown
7) Masukkan air gula yg dah sejuk td, blend sekejap
Bakar sampai golden brown.
Nota:
Perisa pandan ni ada color.. so nampak kuih akok tu seakan-akan hijau. Tak perlu blend daun pandan dah.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Selain makanan, air yang sedap menyejukkan tekak juga sering menjadi perhatian sewaktu berbuka.Tengok video resipi air berbuka yang dikongsikan Sheila Rusly ni, nampak sedap terus rasa segar dan hilang dahaga puasa.
Bagi yang mengikuti laman instagram milik Sheila Rusly pasti biasa melihat perkongsian air tangan oleh Penerbit JS Pictures ini yang rajin berkongsi resipi dilaman sosial tersebut untuk rujukan pengikut akaunnya.
Sheila Rusly diakui merupakan antara selebriti yang hebat memasak di dapur dan mempunyai program rancangan memasak sendiri seperti “Ketuk-Ketuk Ramadhan” yang telah 15 tahun menghiasi kaca tv.
Jadi buat Mak-mak yang inginkan kelainan untuk air berbuka puasa nanti boleh cuba resipi yang Sheila rusly ini kongsikan sempena kedatangan bulan ramadan.
Resipi 1
Air Kelapa Laut, Longan & Lemon
Bahan-Bahan:
2 biji lemon
1 tin longan
1 tin kelapa laut
Air secukupnya
2 biji lemon
Kiub Ais
Cara Membuat:
1. Masukkan longan ke dalam mangkuk.
2. Masukkan pula kelapa laut.
3. Masukkan air dalam anggaran 2 gelas, ikut tahap kemanisan.
4. Perahkan sebiji lemon.(pastikan buang bijinya dulu) dan kacau rata.
5. Masukkan kiub ais dan hirisan lemon ke dalam mangkuk tadi.
A post shared by Sheila Rusly (@sheilarusly_jspictures) on
Resipi 2
Air Nenas Soda
Bahan-Bahan:
1 tin nenas
1 tin limau mandarin
1.5 liter Ais krim Soda
Daun pudina
2 biji Limau Nipis
Kiub Ais
Cara Membuat:
1. Masukkan air nenas dalam tin ke dalam mangkuk.
2. Masukkan pula limau mandarin dalam tin.
3. Tuangkan ais krim soda dalam mangkuk tersebut.
4. Perahkan pula dengan limau nipis.
5. Siat-siatkan dengan daun pudina.
6. Masukkan kiub ais dan kacau rata.
A post shared by Sheila Rusly (@sheilarusly_jspictures) on
Selamat Mencuba! Semoga bermanfaat.
MW: Nampak menarik dan cukup mudah nak buat air yang dikongsikan oleh sheila rusly ni. Jadi buat mak-mak yang inginkan kelainan dan nak rasai sendiri kesegaran air ini, boleh cuba resipi ini ketika berbuka puasa nanti.
Uqasha Senrose tampil memohon maaf secara terbuka selepas hantaran di media sosial mencetuskan kontroversi. Pelakon ini mengakui dirinya terlalu marah, sedih dan letih ketika membuat tindakan tersebut serta berjanji untuk memperbaiki diri dan menjadi ibu yang lebih kuat.