“Cikguku Mak Mentuaku” Anak Murid Selamat Jadi Menantu, Baca Khutbah Nikah Sendiri

Share

Urusan jodoh semuanya ketentuan yang maha Esa. Siapa sangka anak murid yang diajar di sekolah kini telah selamat menjadi menantu sendiri. Malah lebih istimewa pada hari pernikahan, pengantin sendiri yang membaca khutbah nikah di hadapan para tetamu yang hadir.

Ini yang dikongsikan dalam video ringkas oleh fadhilah_nfi yang merupakan sepupu kepada pengantin perempuan iaitu Ummu Sakinah.

Majlis ijab dan qabul pasangan pengantin baru ini diadakan pada 5 Ogos lepas dengan bertemakan Melayu Klasik. Majlis diadakan dengan sangat meriah dengan mengumpulkan seluruh keluarga dan sanak saudara.

Pengantin Baca Khutbah Nikah

Malah turut mencuri tumpuan, apabila pengantin lelaki sendiri Luqman Aiman, berkesempatan membaca khutbah nikah sendiri disaksikan oleh jurunikah, wali dan tetamu yang hadir pada majlis pernikahan tersebut.

@fadhilah_nfi Replying to @kancilbiru1 first time dengar pengantin sendiri baca khutbah nikah. sangat rare. boleh dengar dan hayati khutbah nikah ni. #khutbahnikah #aimanforsakinah ♬ original sound – fadh

Ramai yang mengusik dan tumpang gembira apabila anak murid berpeluang menjadi menantu cikgu sendiri.. Tidak kurang ramai yang turut mendoakan kebahagiaan pasangan pengantin baru ini.

@fadhilah_nfiCikguku mak mertuaku…♬ Wanita Terbaik – Furqan Fawwaz
@fadhilah_nfi 5 Ogos 2023 | Ijab & Qabul Aiman & Sakinah Alhamdulillah, tahniah sepupu @ummusakinahh telah melangkah ke fasa kehidupan yang baru. Barakallahu lakuma wa baraka ‘alaikuma wa jama’a bainakuma fil kheyr. Semoga pernikahan dilimpahi sakinah,mawaddah dan rahmah. #AimanForSakinah #akadnikah @ummusakinahh ♬ Mimpi – Aisyah Aziz

Mesti Baca:Pengorbanan Guru Bantu Murid Cina Susah, Tak Pandai, Satu Famili Panggil ‘Cikgu Mak’
Baca Lagi Di Sini:Cikgu Bertemu Jodoh Dengan Anak Murid, Pernah Ajar Suami Bahasa Melayu Ketika Tingkatan 3
Artikel Menarik:Aidilfitri Bermakna, Selepas 36 Tahun Jumpa Semula Cikgu Kimia Yang Bayarkan Yuran Universiti

Mingguan Wanita:Alhamdulillah, siapa sangka daripada anak murid kini dah jadi menantu sendiri. Apapun tahniah buat kedua-dua cikgu dan anak murid ini. Selamat pengantin baru buat pasangan pengantin, semoga berkekalan hingga ke akhir hayat.

Sumber: TikTok Fadhilah_nfi

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

IKLAN