Chef Ini Ajar Buat Sup Shark Fin, Masakan Cina Halal Yang Susah Nak Jumpa

Sup shark fin ni selalu kita dapat makan di restoran-restoran cina Muslim atau ketika menikmati hidangan chinese food di hotel. Memang istimewa dan sedap rasanya.

Ingatkan susah sangatlah nak buat sup ni. Rupanya senang saja. Bahan-bahan nak membuatnya pun boleh didapati di pasaraya besar dengan mudah.

Chef Hassan Hen Bin Abdullah berkongsi cara memasak sup shark fin dalam perkongsian video. Mingguan Wanita catatkan dan jika mak-mak masih kurang jelas, boleh tengok video dari chef ini ya.

Klik Sini Untuk Lihat Video Cara Memasak

IKLAN

Bahan-bahan Sup Shark Fin

Sebiji telur (tak guna semua)
Sedikit chicken stok (serbuk)
Sedikit garam
1 biji telur masin (ambil kuningnya – guna sedikit saja)
Tepung jagung (bancuhkan dengan air)
Ayam dicincang
Cendawan black fungus – hiris nipis panjang
Ham – hiris nipis panjang (jenama Lof Daging Ayamas)
Jejari ketam (hiris nipis panjang)
Cendawan putih – hiris nipis memanjang
Cendawan hitam – hiris nipis memanjang
Tulang ayam – jumlahnya ikut citarasa
Shark fin – boleh beli di pasaraya
Homemade Chicken Stock jenama maggi
Sos ikan sotong jenama Puteri (ini ada tanda halal)

Cara Membuat

1. Rebus tulang dan ayam yang dicincang dalam air panas. Ini nak bagi buang bau dan hanyir ayam. Toskan.
2. Masukkan 1 1/2 mangkuk air dalam kuali. Masukkan tulang ayam jadikan sup. Ketepikan tulang.
3. Masukkan cendawan-cendawan, jejari ketam, ayam yang dicincang tadi sampai betul-betul mendidih.
4. Masukkan 1 1/2 sudu homemade chicken stock dan 2 sudu sos ikan sotong.
5. Masukkan setengah sudu chicken stock (serbuk) dan sedikit garam.
6. Biarkan mendidih betul-betul baru masukkan tepung jagung sedikit demi sedikit. Kacau agar ia tak berketul. Tuang sampai pekat.
7. Kalau nak beri warna boleh tambahkan sedikit kicap pekat.
8. Kacau sebatu masukkan sedikit shark fin. Kuah akan memekat.
9. Kacau telur tadi dan tuangkan sedikit dalam kuah yang pekat itu. Siap.

 

IKLAN
Chef Ini Ajar Buat Sup Shark Fin, Masakan Cina Halal Yang Susah Nak Jumpa
Chef guna shark fin jenis ini. Boleh dibeli di pasaraya besar contoh aeon big.

Cara Nak Hias Shark Fin Dan Telur Masin

Angkatlah sup shark fin masukkan dalam mangkuk. Letak sedikit shark fin dekat tengah dan taburkan sedikit telur masin atasnya.

Sesetengah orang Cina, mereka akan gunakan telur ketam. Memandangkan kosnya yang mahal, chef gantikan dengan telur masin.

IKLAN

Sumber/Foto/Video : Hassanhen Bin Abdullah