Cendawan atau mushroom adalah sejenis tumbuhan spora (kulat) yang tumbuh di atas tanah atau menumpang pada perumah seperti sisa tumbuhan atau bahagian tumbuhan yang telah reput dan menyerap zat-zat nutrien daripadanya.

Ada diantara cendawan ini tumbuh melata dan mudah ditemui. Ada pula spesis cendawan yang perlu ditanam dan dibiakkan. Bentuk cendawan boleh dikenali menerusi bahagian atasnya persis payung yang sedang berkembang dan berbatang.

Cendawan membekalkan banyak khasiat terhadap kesihatan dan ada beberapa jenis cendawan yang mempunyai nilai tinggi serta dihidangkan sebagai makanan mewah dunia. Terdapat pelbagai jenis cendawan dan antara jenis yang agak popular ialah seperti Cendawan Tiram Kelabu, Cendawan Tiram Putih, Cendawan Abalon. Cendawan Enoki, Cendawan Truffle, Cendawan Butang, Shitake, Kulat Kukur dan banyak lagi. Jom kenali cendawan yang sering digunakan dalam masakan.

Cendawan Tumbuhan Spora Kaya Nutrien

  1. Truffle

Juga dikenali sebagai ‘black diamond’ atau berlian hitam kerana nilai harganya yang tinggi meskipun hanya beberapa hirisan sahaja. Truffle direkodkan sebagai makanan yang termahal dunia. Dihidangkan di restoran berkelas tinggi dan pelanggan truffle terdiri dari kelompok elit kerana harganya boleh mencapai ribuan ringgit. Direkodkan harga untuk 100 gram truffle boleh mencecah RM130,000 harga bagi sebuah rumah kos rendah jika di Malaysia.

Truffle putih dari Itali boleh mencecah harga tiga kali ganda dari truffle hitam. Jika anda berkesempatan ke Perancis atau Itali, truffle sering diburu oleh perompak untuk merampasnya kerana nilainya yang tinggi dan kesukaran untuk mendapatkan truffle itu. Truffle merupakan spesis kulat yang tumbuh meliar dan termasuk di dalam tumbuhan yang terkawal serta tidak boleh ditanam sesuka hati. Ia tumbuh di dalam tanah dan sering ditemui tumbuh berdekatan akar pokok oak, poplar dan bic. Selain Perancis, truffle kini mula ditanam secara meluas di negara Amerika Syarikat, New Zealand, Chile dan Austria.

Cendawan Tumbuhan Spora Kaya Nutrien

2. Cendawan tiram

Nama saintifiknya Pleurotus Ostreatus, adalah cendawan yang paling mudah ditemui. Pertama kali ia ditemui di Jerman dan ditanam secara terutamanya ketika Perang Dunia Pertama satu ketika dahulu. Kesukaran mencari makanan ketika waktu perang, menjadikan cendawan tiram juga dikenali sebagai makanan perang buat warga Jerman ketika itu. Kini ia meluas ditanam secara komersial bukan sahaja di Jerman bahkan di seluruh dunia.

IKLAN

Cendawan tiram banyak didapati dalam hutan beriklim hawa sederhana dan subtropika di seluruh dunia. Cendawan ini merupakan sejenis saprofit yang bertindak sebagai pengurai utama kayu. Cendawan tiram juga mengandungi antioksidan dan kalsium yang tinggi. Ia hidup dengan menumpang pada perumah seperti sisa tumbuhan atau bahagian tumbuhan yang telah reput dan menyerap zat-zat makanan daripadanya.

Terkini teknik penanaman cendawan tiram yang lebih komersial dan praktikal membolehkan ia di tanam dengan menggunakan kos yang rendah dan mampu menjana pendapatan lumayan.

Cendawan Tumbuhan Spora Kaya Nutrien

  1. Cendawan Enoki

Juga dikenali sebagai cendawan straw merupakan sejenis cendawan yang tinggi dengan serat, kandungan kalori rendah dan menguatkan sistem imun. Kandungan kalsium dan fosforus dalam cendawan enoki sangat tinggi bagus untuk membantu menguatkan tulang dan gigi. Habitat semula jadi cendawan ini boleh ditemui di tunggul kayu terutamanya di kawasan lantai hutan yang lembap.

Cendawan Tumbuhan Spora Kaya Nutrien

  1. Cendawan kukur atau kulat sisir

Cendawan Kukur atau juga dikenali sebagai kulat sisir adalah sejenis cendawan yang amat terkenal dikalangan orang kampung. Nama saintifik bagi cendawan ini adalah Schizophllyum commune.

IKLAN

Cendawan sisir mudah ditemui hidup pada batang kayu pokok getah yang mati. Ia juga sering tumbuh pada batang kayu pokok lain yang mati atau reput. Masyarakat setempat di Malaysia khususnya menggemari kulat sisir dan menjadikan ia sebagai sebahagian hidangan menu masakan tradisi Melayu.

Lazimnya ia tumbuh di pokok-pokok reput biasanya dikutip dan dikeringkan sebelum dijual. Oleh kerana kulat sisir ini mempunyai kandungan air yang sangat rendah berbanding cendawan tiram kelabu yang mempunyai kandungan air sehingga 80%, kulat sisir amat mudah mengering sekiranya diletakkan di bawah sinaran matahari. Kulat sisir amat ringan dan harganya agak mahal mencecah RM80 sekilogram sekiranya di jual di pasar-pasar tempatan.

Cendawan Tumbuhan Spora Kaya Nutrien

  1. Cendawan butang

Agaricus bisporus yang juga dikenali sebagai cendawan butang, cendawan meja atau cendawan tani merupakan salah satu kulat yang boleh dimakan dan tumbuh semula jadinya di kawasan padang rumput dan ladang-ladang selepas hujan dari lewat musim bunga hingga musim luruh di seluruh dunia. Walaupun spesies ini hanya terdapat di sekitar Eropah dan Amerika Utara tetapi populasi spesies ini naik mendadak dan merupakan salah satu cendawan yang paling banyak ditanam secara komersial di seluruh dunia. Cendawan ini tumbuh liar secara semula jadi mempunyai pileus keperang-perangan serta insang yang berwarna perang gelap.

Cendawan Tumbuhan Spora Kaya Nutrien

  1. Cendawan portobello

Cendawan Portobello merupakan sejenis cendawan rendah natirium, lemak dan kolesterol. Ia juga kaya dengan protein yang tinggi, mengandungi thiamin, vitamin B6, folat, magnesium, zat besi dan sumber serat yang baik. Nama saintifik cendawan portobello adalah Agaricus Bisporus ini mempunyai dua warna iaitu warna putih dan coklat.

IKLAN

Cendawan Tumbuhan Spora Kaya Nutrien

  1. Cendawan Cremini

Cendawan Cremini sebenarnya spesies cendawan yang sama seperti Cendawan Tombol Putih (Agaricus bisporus). Cendawan ini mempunyai rasa yang berbeza daripada Cendawan Tombol Putih. Jika anda menemui cendawan ini jenis bersaiz kecil ia dikenali sebagai Cremini, Baby Bella, Mini Bella, Portobellini dan juga Baby Portobella.

Cendawan Tumbuhan Spora Kaya Nutrien

  1. Cendawan porcini

Cendawan Porcini antara cendawan yang sering menjadi item tambahan dalam masakan Itali. Nama saintifik cendawan ini adalah Boletus Edulis. Cendawan ini mudah didapati di kawasan hutan pokok-pokok pine dan tumbuh dengan suburnya terutama ketika musim luruh. Cendawan ini bernilai tinggi dan ianya dijual secara komersial sewaktu musim luruh tiba. Lazimnya untuk dieksport keluar negara, cendawan ini dihiris nipis dan dikeringkan terlebih dahulu.

Cendawan Tumbuhan Spora Kaya Nutrien

  1. Cendawan morel

Baunya yang manis, membuatkan ramai yang meminati cendawan yang tumbuh liar ini. Bahagian atasnya mengandungi kandungan istimewa yang dikenali sebagai mycelium. Sama seperti cendawan portobello, cremini dan tiram…cendawan morel cukup popular digunakan dalam penyediaan masakan Itali. Selain rasanya yang lazat ia juga tinggi manfaat khasiatnya.

Cendawan Tumbuhan Spora Kaya Nutrien

  1. Cendawan Lion Mane

Cendawan ini cukup popular dijadikan hidangan bagi masyarakat Asia terutama di India, China, Korea dan Jepun. Cendawan ini boleh dinikmati mentah ataupun dikeringkan dan dijadikan minuman seperti teh. Cendawan ini juga mengandungi bahan bioaktif yang mempunyai kesan yang baik ke atas badan, terutama otak, jantung dan usus

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI