Cas air suam RM2, rezeki peniaga viral berakhir. Lesen perniagaan tak diperbaharui MPPD. Ramai mempertikaikan tindakan peniaga di Port Dickson yang mengenakan bayaran air suam RM2 kepada pelanggan semalam.
Ternyata itu bukan kali pertama kerana sebenarnya sudah banyak aduan dibuat mengenai restoran ini. Dan selepas viral semalam, Majlis Perbandaran Port Dickson mengambil pendirian tegas kerana ia telah menjejaskan pantai peranginan ini yang menjual makanan mahal di mata masyarakat.
Yang Dipertua MPPD, Mohd Zamri Mohd Esa berkata, tindakan itu diambil susulan aduan diterima sekali gus bagi mengelakkan perselisihan faham dengan peniaga lain yang mendakwa turut terkesan disebabkan tindakan caj makanan mahal dikenakan.
Ads
“Kita bagi tempoh sehingga Mac ini kepada peniaga tersebut untuk mengosongkan kedai dan kita terpaksa ambil tindakan ini kerana kedai itu sudah banyak kali tular.
“Ia menganggu perniagaan peniaga lain dan memberi imej negatif terhadap kawasan medan selera itu. Mungkin dia boleh berniaga di tempat lain selepas ini,” katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.
Lesen Perniagaan Tak Diperbaharui MPPD
Ujarnya, beliau tidak menafikan dengan kos sara hidup dan harga barang mentah yang meningkat menjadi salah satu faktor peniaga mengenakan caj mahal.
Ads
Bagaimanapun katanya, ia tidak boleh dijadikan alasan semata-mata sehingga mengenakan harga yang tidak munasabah.
“Bila timbul cerita macam ini sedikit sebanyak timbul persepsi negatif kepada peniaga makanan lain di Port Dickson yang dicop mahal.
Ads
“Tapi ia mungkin berlaku kepada sebilangan kecil peniaga saja dan setakat pemerhatian saya harga makanan di Port Dickson masih berpatutan,” katanya.
Sinar Harian sebelum ini melaporkan sebuah kedai makan mengenakan caj RM2 untuk air suam dan RM1 untuk air kosong.
Resit berkenaan dikongsi seorang pelanggan pada hantaran Facebooknya pada Selasa sehingga menjadi tular.
Jumlah keseluruhan bil yang dimuat naik pelanggan terbabit termasuk hidangan makanan dan minuman lain, ialah RM102.
Dia turut menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati jika pergi makan di kedai berkenaan yang terletak di Port Dickson.
“Ira Sah Menjadi Isteri Saya Di Sisi Syarak Dan Allah”. Akhirnya pelakon dan pengarah sensasi Syamsul Yusof akui dirinya kini sah bergelar suami kepada Ira Kazar.
Anak kepada Datuk Yusof Haslam itu juga memberitahu perkahwinan kali ini dengan wanita pilihannya, Ira Kazar di Thailand.
Pengakuan tersebut dikongsikan sendiri oleh suami Puteri Sarah menerusi video dimuat naik dalam laman Instagram. Malah dia juga menyatakan akad nikah antara dia dan Ira berwalikan bapa Ira yang juga pelakon veteran, Kazar Saisi.
“Hari ini saya bergelar suami Ira dengan berwalikan bapanya, Saisi.
“Ira kini sah menjadi isteri saya di sisi syarak dan Allah,” kongsi Syamsul.
Pada masa yang sama Syamsul juga mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang bersabar menanti perkembangan terbaru termasuk isu rumah tangganya.
“Seperti dikatakan, saya akan meletakkan titik noktah terhadap isu rumah tangga yang tidak sepatutnya di kongsi dalam media sosial, tetapi nak buat macam mana.
“Saya bernikah secara sah dengan Ira di Thailand. Ada sebab saya memilih berkahwin di sini bagi memudahkan beberapa perkara.
“Perkahwinan kami juga sudah didaftarkan, syukur Alhamdulillah,”.
“Saya mahu menegaskan Puteri Sarah masih isteri saya. Kepada Puteri Sarah, saya mengharapkan kepulangan awak.
“Pulanglah ke rumah agar kita dapat berbincang dan tak perlu dihebahkan dalam media sosial. Bawa anak-anak kita balik.
“Apa sahaja kita berbincang di rumah tanpa perlu mengaibkan saya.
“Terus-terang, bawa anak-anak ke sana sini tanpa keizinan suami, sedangkan saya masih suami awak.
“Saya tak nak cakap lebih, fikir-fikirkanlah,”.
“Tak pernah terlintas membelakangkan keluarga, Saya harap doa baik-baik daripada ibu bapa, adik-beradik dan keluarga.
“Saya berdoa keputusan yang saya buat dirahmati dan dilindungi Allah daripada segala fitnah, hasad dengki serta niat jahat.
“Paling penting, saya mengharapkan doa terbaik. Saya bukan manusia sempurna, ada masanya melakukan kesilapan,” ujarnya.
Menerusi ruangan komen ramai yang mengucapkan tahniah buat pasangan pengantin baru ini.
Siti Bainun menangis di kandang saksi, kesemua peguam sah tarik diri di hari kedua perbicaraan. Semalam sepatutnya bermulanya prosiding bela diri, Orang Kena Tuduh, Siti Bainun Ahd Razali dalam kes penderaan melibatkan remaja OKU, Bella.
Namun semalam diberitakan hampir kesemua peguam dari lima firma yang mewakilinya menarik diri dengan memberikan alasan masa perbicaraan tidak sesuai. Dan hanya tinggal dua sahaja dibawa hari kedua iaitu hari ini.
Boleh baca perkongsian dari Mommy Zurianty Sudin yang berjuang untuk adik Bella berkaitan penarikan diri peguam Siti Bainun.
Namun Allah sudah menulis takdirnya apabila dua peguam yang tinggal juga akhirnya menarik diri.
Memetik laporan Sinar Harian, tindakan dua peguam menarik diri di saat akhir semasa prosiding bela diri kes mengabai dan menganiaya kanak-kanak perempuan dikenali Bella, menyebabkan pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali, menangis di kandang saksi, di Mahkamah Sesyen di sini pada Selasa.
Siti Bainun, 31, dilihat mengesat air mata ketika Hakim Izralizam Sanusi memaklumkan, mahkamah telah menerima notis penarikan diri daripada peguam, Asiah Jalil dan Nurul Nurul Hafidzah Hassan pada jam 9 malam, Isnin.
Izralizam: Kamu tahu tak, mereka mahu tarik diri?
Siti Bainun: Puan Asiah ada beritahu Sabtu lalu, boleh nak tarik diri sebab ada pertindihan jadual, tapi beliau tak ada cakap, betul-betul nak tarik diri, tak apalah Yang Arif, saya akan cuba bincang semula.
Izralizam: Saya juga ada terima notis penarikan diri peguam, difailkan jam 9 malam tadi, sekiranya ada pertindihan tarikh, peguam perlu buat permohonan berserta alasan, untuk saya pertimbangkan.
Hakim ini turut menasihati tertuduh supaya membuat aduan kepada Majlis Peguam, sekiranya rasa teraniaya dengan tindakan peguam-peguamnya.
“Mahkamah tak salahkan atau marahkan kamu, tetapi kalau kamu sendiri tidak beri arahan, macam mana mereka nak bersedia?,” kata hakim itu.
Izralizam: Kamu bagi tak mereka tarik diri?
Siti Bainun: Mestilah tidak.
Izralizam kemudiannya menasihati Siti Bainun supaya melantik peguam yang lebih bertanggungjawab untuk mengendalikan kesnya.
“Seorang sahaja sudah memadai untuk mengendalikan kes, kalau banyak firma tapi berlaku macam ini, ia tidak memberi manfaat kepada kamu juga,” katanya.
Susulan itu, mahkamah kemudian menetapkan 26 dan 27 Januari ini bagi sambung perbicaraan bela diri manakala prosiding yang dijadualkan berlangsung hingga Jumaat ini dilapangkan.
Tertuduh juga dikehendaki untuk memaklumkan mengenai status lantikan peguam baharu pada tarikh berkenaan.
Pada Isnin, Sinar Harian melaporkan tiga peguam yang mewakili Siti Bainun menarik diri iaitu Mohammad Farhan Maaruf, Nur Ellena Mohamed Razif dan Nur A’minahtul Mardiah Md Nor.
Mohammad Farhan dan Nur Ellena memfailkan permohonan itu secara bertulis pada Jumaat lalu manakala Nur A’minahtul membuat permohonan menarik diri secara terbuka.
Pada 24 November tahun lalu, Siti Bainun diperintah untuk membela diri atas dua pertuduhan tersebut.
Pada 20 Ogos 2021, Siti Bainun didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, sebagai orang yang dipertanggungjawab untuk menjaga kanak-kanak perempuan sindrom Down berusia 13 tahun telah mengabaikan iaitu dengan menyebabkan kanak-kanak itu mengalami kecederaan fizikal dan emosi.
Pada 20 November 2021, Pengasas Rumah Bonda itu didakwa sekali lagi di mahkamah sama atas pertuduhan menganiaya remaja sama.
Cukup menyayat hati kemalangan tragis antara dua buah kereta yang berlaku semalam, dua maut manakala empat lagi cedera yang melibatkan Proton Saga dan Nissan Sentra.