Baby sakit baik batuk atau selesema doktor takkan bagi ubat batuk atau selesema. Ada juga mak ayah yang cuba dengan rawatan alternatif. Jika dah berlanjutan dekat seminggu dua kenalah bawa jumpa doktor.
Bimbang berkahak. Baby tak reti nak buang kahak sendiri. Sebab itu perlukan bantuan mak ayah untuk keluarkan.
Ini pengalaman yang dilalui seorang bapa, Muhammad Razi Bin Yusrizalketika membawa bayinya yang batuk dan selesema dekat seminggu ke klinik Primer Cherang, Kota Bharu Kelantan.
Dr Safwan dan team membantunya dengan menunjukkan cara-cara yang betul menghilangkan kahak bayinya dengan teknik tepukan pada bahagian belikat dan tepi dada baby.
“Senang saja caranya. Buat di rumah pun boleh. Insya Allah video ini akan membantu mak ayah. Kasihan baby Hanan. Batuk, selesema dekat seminggu.
“Tidur malam pun sesak-sesak nafas. Pergi klini, team klinik ajar saya. Bagi susu kenyang-kenyang lepas tu, relaks 2 jam barulah tepuk.”
Ads
Video Cara Tepuk Nak Hilangkan Kahak Baby Batuk Dan Selesema
Tip Bagus Doktor Beri
√ Tepuk guna 3 jari pada atas belikat baby dan tepi dada baby, lengkungkan tapak tangan agar tak kena bahagian badan lain baby.
√ Berhenti bila baby menangis bila mak ayah tepuk.
Ads
√ Letak baby atas bantal. Dukung pun boleh.
√ Sebaiknya tepuk 5 jam sekali. Selama 3 hari.
√ Mak ayah kena periksa lendir yang baby keluarkan, putih atau kuning.
Ada tak yang akan mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat ini? Atau mungkin perkongsian Fauzan N Siti ini sangat berguna apabila jodoh anda telah sampai nanti, yang mana nak pilih barang hantaran biar jenis memudahkan kerja kaum isteri.
Pada hemat saya yang anak 4 dan dah kawin 14 tahun ni..
Barang hantaran sepatutnya BUKAN…
Bunga, kain, mekap, kasut tinggi membunuh dan minyak wangi. (dah lah mahal, TAK membantu meringankan urusan isteri…kata SAYANG).
1. Steam iron philip ( laju dpt gosok baju suami, anak-anak dan siri sendiri…seriously.. lama weh gosok baju ni…bengkak kaki)
2. Pressure cooker noxxa ( masak cepat gila.. belum cerita masak utk dlm pantang.. memang mudah betul urusan.. so banyak lebih masa nak belai suami.. gitu..)
3. Mesin Dryer kain ( ini memang hadiah paling istimewa, jimat masa jemur kain weh, ujan lagi.. masalah bau baju kepam tiada lagi dan bil electric naik rm 50 sebulan ..ini hari-hari guna)
4. Kuali Magic ikan (ini memang ohsem, bukan apa.. tambah bila kawin kan planning nak ada anak. Isteri bersalin mesti dalam pantang punya..mudahnya masak ikan bakar ..cepat.. nanti bila anak dah besar sikit.. guna pulak nak buat lempeng bagai…mudah cepat… lebiiih banyak masa nak belai suami)
Ini baru berguna
Ini baru tanda sayang isteri
Ini baru akan membantu isteri utk lebih effektif
Dan ini baru tidak membazir duit
Seriously
Kasut tinggi hantaran saya tak pernah pakai.. rasa macam nak mati pakai sakit sana sini. Rugi betul..kalau beli kuali magic ikan tu dah dapat sebijik.
Senang nak masak utk siapa???
SUAMI juga.
BETUL… kalau bakal-bakal suami nak isteri layan lebih walaupun dah anak 10 org. Invest lah siap-siap untuk benda-benda begini. Memang tak rugi..
Cepat tag tunang masing-masing atau mak bapak. Sila fikir-fikir kan.. tak payah minta wang hantaran puluh-puluh ribu lah. Senang kan bakal menantu tu minta ini sudah… yang senang anak awak juga nanti.
Kata sayang anak…
Gitu…
Duit guna untuk tangkap gambar beribu photoshoot bagai tu, pelamin semua… cuba kira..dryer dpt sebijik (RM 800), iron philip sebijik (RM 1400 ), noxxa sebijik (RM 800)
Saya tidak jual barang-barang, ini posting dari hati..tapi ada EarlyEduKids yang mungkin sesuai untuk anak-anak yang minat main robot!
Tapi kalau
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Sejak akhir-akhir ini macam jadi trend mak ayah suka cium mulut anak, sebagai tanda kasih sayang yang tidak terhingga.Sebenarnya sayang macam mana sekalipun mak ayah, dilarang untuk cium pada bahagian mulut anak walaupun mereka masih kecil. Ini antara sebab-sebabnya:
Bibir merupakan kawasan sensitif yang boleh merangsang syahwat Dr Charlotte Reznick, seorang penulis, psikologi pendidikan dan anak di Universitas California Los Angeles ,UCLA, berpendapat mengenai kesan buruk jika terlalu sering mencium anak-anak di bibir.
“Ketika seorang anak mencapai 4 atau 5 atau 6 dan pada usia sekitar itu keinginan seksualnya mulai muncul (dan beberapa anak-anak keinginan seksualnya muncul lebih awal, terkadang muncul pada usia 2 atau 3) dan ciuman di bibir akan mendorong keinginan seksual(syahwat) mereka.”
Ada bayi yang terkena penyakit kerana sering diciumi bibirnya. Ingatlah bahawa mulut boleh memindahkan kuman melalui ciuman bibir, kerana kuman tersebut boleh masuk ke dalam tubuh.Pelbagai jenis penyakit boleh disebarkan melalui mulut.
Mencium pipi merupakan tanda kasih sayang orangtua pada anaknya, maka hal ini diperbolehkan untuk dilakukan.Namun ada bahagian tertentu yang disarankan untuk mencium anak iaitu pada bahagian pipi, seperti yang pernah dilakukan oleh Saidina Abu Bakar ketika mencium puterinya, Aisyah.
“Aku masuk bersama Abu Bakar menemui keluarganya, ternyata Aisyah puterinya sedang berbaring kerana diserang sakit panas yang tinggi. Maka aku melihat ayahnya, Abu Bakar, mencium pipinya seraya bertanya: “Bagaimana keadaanmu, wahai puteriku?” (HR. Al-Bukhari no. 3918)
Walaupun tiada hadis khusus berkaitan perkara ini, tapi sebaiknya memang tak digalakkan untuk mencium anak pada bahagian mulut. Cukuplah tunjukkan kasih sayang pada anak dengan pelukan dan ciuman di pipi.
Bila kita rasa bangga dengan pencapaian anak kita contohnya dia boleh skor A dalam exam dia cepat-cepat kita cium bahagian tengah kepala anak kita.
Bila anak kita buat sesuatu yang buat kita rasa redha dan ikhlas pada anak kita, dahi adalah tempat terbaik untuk kita cium.
Bila ambil anak daripada taska atau bila anak baru balik daripada sekolah tempat terbaik nak cium adalah di pipi.
Ciuman di tangan ni sangat istimewa sebab tu kita kena ajar anak kita cium tangan kita.Untuk menzahirkan rasa hormat dalam diri.
1. Gosok di belakang leher ye kalau anak-anak nampak risau atau tak tenteram.
2. Gosok di dada pulak sangat mujarab untuk kurangkan kenakalan anak-anak. Sambil gosok tu mak ayah boleh cuba selawat atau baca surah surah pendek macam Al Fatihah atau Ayat Kursi.
Semoga bermanfaat!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Setiap isteri barangkali ada senarai panjang tentang perkara yang dia mahu adu kepada kementerian yang menjaga hal wanita tentang suami mereka.
Sebagai contoh, hati isteri mendidih melihat suami yang masih di depan TV sedangkan jam sudah 1.30 pagi. Rasa seperti anda telah bermadu dengan kelas bola sepak kesayangan dia pula.
Tekak isteri kembang bila nampak kuku tangan suami panjang seperti kuku anak helang. Hitam pula tu. Siapa yang tidak geram. Betul tak?
Ya, sudah tentu perkara seperti ini sangat penting dan kalau boleh setiap suami yang melanggar hal-hal ini sepatutnya dijatuhkan hukuman berat. Ini bukan perkara main-main.
Sebagai contoh dulu rungutan tentang tugasan isteri di rumah yang tidak habis-habis. Entah dari mana tiba-tiba muncul idea supaya suami memberi elaun kepada isteri.
Gegak-gempita sebentar masyarakat membincangkan idea tersebut. Mujur idea itu telah sejuk dan tidak bergerak lagi. Tapi siapa tahu entah esok lusa tiba-tiba kita dengar pengumuman kuat kuasa undang-undang tentang perkara itu.
Kemungkinan itu tidak boleh ditolak.
Kali ini saya kongsikan beberapa perkara yang anda juga barangkali juga geram kepada suami. Namun demi keamanan dunia, lupakan sahajalah.
Silalah gubal hukuman berat untuk menghukum suami jika melakukan perkara-perkara ini, tetapi percayalah kami tidak akan berubah. Anda tentu mahu tahu, bukan?
Pertama sekali jangan cuba ubah cara suami memandu kereta. Mungkin suami pernah ringan mulut kata ”Ada awak nampak Papa happy dengan masakan macam ini?”
Tetapi jangan balas pula dengan merungut tentang cara suami memandu kereta. Isteri mungkin terus daftar masuk kelas memasak apabila suami merungut begitu. Izinkan saya bertanya.
Ada anda nampak kemungkinan suami akan masuk balik kelas memandu jika anda membebel dengan cara dia memandu? Tidak, bukan?
Jadi apabila dia memandu jarak jauh sila duduk dengan selesa. Lagi cepat mata mengantuk lagi elok. Sebelum tidur, salam, cium tangan, rendahkan kerusi dan tidur.
Kecuali kalau dia selalu kena saman memandu laju, langgar lampu merah atau pernah terbabas sebab mengantuk maka berhentilah merungut pasal cara dia memandu. Sebab memang rungutan anda itu tidak laku!
Rumahku Syurgaku! Betul dan sebab itu anda suka rumah yang sentiasa kemas. Cuma masalahnya suami anda jenis penyepah.
Dia hanya perlukan kurang daripada 10 minit untuk menukar ruang tamu yang kemas tadi menjadi seperti tongkang pecah.
Bantal dia baring sambil tengok TV terlepek di situ. Serpihan biskut bersepah. Gelas dia minum tidak dibasuh dan macam-macam lagi.
Anda boleh tegur dan serta-merta dia akan susun semula tapi ikut cara dia. Gelas tadi dia bawa ke singki dan dibasuh tapi ikut cara dia.
Curah air dan letak semula di tempat gelas. Betul tak? Itu pun nasib dia basuh. Selalu juga gelas itu akan tunggu tangan anda juga membasuhnya. Jangan terlalu serius.
Cara dia membasuh gelas itu tidak akan membuatkan anda hilang pangkat di pejabat. Pujuk hati dan bertabahlah.
Dia selalu kerja lebih masa? Balik ke rumah lewat malam? Betulkah dia kerja lebih masa atau ada perempuan lain? Hati tidak tenang dan sebab itu setiap kali dia balik anda tanya macam-macam.
Cemburu tanda sayang tetapi jangan sampai dia bosan. Itulah nasib suami dan ayah yang baik. Bekerja kuat demi keluarga tetapi terpaksa bersoal jawab bila balik ke rumah.
Kecuali anda ada bukti melebihi keraguan yang munasabah maka lebih baik senyum dan sambut dia dengan wajah manis sambil menghulur air minuman yang dia suka.
Ada banyak lagi yang mahu saya kongsikan tetapi rasanya anda sudah faham. Anda hebat sebab mengubah dasar-dasar negara mengikut apa yang anda fikir baik.
Bagus tetapi redhalah apabila tidak berjaya mengubah suami mengikut kehendak anda. Jangan membazir tenaga fikir anda kenapa suami tidak mahu berubah? Tak berbaloi dan baiklah anda buat perkara lain.
Penulis : Dr Syed Yusainee Syed Yahya, Promind Training And Consultation merupakan kolumnis ruangan Nota Untuk Isteri, majalah Mingguan Wanita
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!