
Isi Kandungan
ToggleKentang goreng ni biasanya anak-anak memang suka. Nak-nak kalau makan panas-panas dan cicah dengan sos cili mahupun mayonis.Tapi selalunya bila kentang ni kita goreng sendiri, selalu lembik tak ‘keras’ macam yang selalu kita beli.Hah, nak buat kentang goreng ala-ala beli dekat Mc Donald mahupun KFC ada caranya yang tersendiri. Wanita ini kongsikan cara nak buat kentang goreng agar tak lembik dan serap banyak minyak setelah digoreng.Dan Yang pastinya, rasanya super sedap! Tak rugi cuba!
Bahan-Bahan:
2 cawan air
2 sudu besar gula
5 biji kentang (dikupas)
Garam Secukupnya
Cara Membuat:
1. Masukkan air dan gula kedalam mangkuk/ besen besar, kacau dan ketepikan sebentar.
2.Kemudian hiris saiz sederhana, jangan terlalu nipis. Agak-agak saiz macam French Fries KFC.
3.Kemudian, masukkan kentang yang dah dipotong tadi kedalam air gula, rendam selama 15-30 minit dan simpan didalam peti sejuk.
4.Didihkan air dan masukkan 1 sudu kecil garam.
5.Setelah itu, masukkan kentang yang telah disimpan dalam peti sejuk tadi dan masak selama 5 minit. Tambahkan pula dengan 1 sudu makan minyak masak.
6. Tutup api dan toskan kentang biarkan ia suam-suam dahulu sebelum dimasukkan kedalam peti sejuk (bahagian beku).
7. Biarkan ia beku selama 3 jam dahulu barulah digoreng.

Selamat Mencuba!
Sumber:Nadiyatul Husna
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Buat Sos Dan Mayonis Sendiri, Wanita Berniaga Ini Kongsi Petua Nak Jimatkan Kos Tapi Masakan Tetap Sedap!

Isi Kandungan
ToggleKalau buat sos sendiri, ini akan jimatkan kos kaum mak-mak yang ada keluarga besar dan sangat berguna kalau anda ada niat nak berniaga sebab semua resepi yang dikongsikan Puan Rohaizan Saari sangat mudah!
Macam mana buat, mak-mak boleh rujuk bahan-bahan apa yang diperlukan, nanti boleh buat stok dalam peti di rumah.
Mayonis, sos lada hitam, sos cili semuanya saya buat sendiri, jimat! Lagi-lagi kalau buat untuk berniaga ini semua nak save… buat sndiri terjamin kebersihannya. Dapat pujian sedap dan kekalkan rasanya!
Tak perlu beli lagi. Kalau nak kuantiti yang banyak gandakan je ye resepinya.
Kuantiti resepi yang saya share ni tak banyak, mayonis dan sos chili, boleh tahan dalam sebulan kalau simpan dalam freezer. Black papper saya tak pasti, saya berniaga jadi tak sempat simpan lama dah habis!
Saya buat lagi, seminggu 2 kali buat kuantiti seperti dalam gambar tu. Cuba sikit dulu, kalau ok baru buat banyak ya kawan-kawan.
Mayonis
Telur 4 biji (yang belum dimasak, ambil putih dan kuning telur sekali)
Gula 4 sudu besar
Garam satu sudu besar
Lemon separuh biji (air perahan lemon, kalau tak ada boleh gantikn dengan sesudu besar cuka makan)
Minyak masak 2 cawan.
Ketahui Cara Buat:
Masukkan semuanya kecuali minyak dan blend, bila dah sebati baru masukkan minyak dan pastikan blend hingga putih likat.
Kemudian masakkn dengan api yang paling kecil kacau hingga pekat. Jangan sampai mendidih pula ye. Ikut pekat yang kita mahu je. Dah sejuk blend kan untuk dapatkan tekstur yang halus… siap!
Resepi sos black papper
2 sudu lada hitam direndam slme 4 jam (kalaau nk rasa lebih pedas boleh lebihkan) diblend dgn air rendaman tu sekali..
Tepung gandum 3 sudu besar
1 biji Bawang holland dicincang
Kiub ayam seketul
Air secawan
3 sudu besar butter
Sos lada hitam 2 sudu besar (tak ada pun tak apa)
Sos tiram 2 sudu besar (kalau x nak isi pun tak apa)
Kicap 2 sudu untuk warna (tak isi pun tak apa)

Ini cara-cara:
Cairkan butter.
Masukkn bawang dan lada hitam sehingga naik bau dan masukkn tepung kacau-kacau hingga sebati. Masukkn air dan kiub ayam. Kemudian kicap untuk warna yang kita mahu. Masuk gula jika mahu, garam dan serbuk perasa. Masak hingga kepekatan yang kita mahu… siap!
Buat Sos Cili Thai
Lada besar 10biji (buang biji)
Lada kecil merah 5 biji (kalau nak pedas boleh lebihkan)
Bawang putih 3 @ 5 ulas
Gula secawan (boleh lebih dan kurangkan jika mahu)
Tepung jagung 3 sudu atau lebih. Untuk memekatkn (bancuh bersama sdikit air)
Garam sdikit
Cuka 2 sudu besar
Air 4 cawan
Cara Untuk Buat:
Lada diblend dengan bawang putih.
Masukkan dalam periuk dan masak sehingga didih. Kemudian masukkn gula cuka garam sedikit. Air 4 cawan (boleh lebihkn) dan bancuhan tepung jagung. Kacau hingga kepekatan dan ikut kemanisan yang kita mahukan. Siap.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tak Perlu Kukus Dua Kali, Cara Lengkap Buat Pulut Kuning Sedap Tekstur Cantik Merelit

Isi Kandungan
ToggleNak buat pulut kuning ada banyak teknik dan cara memasaknya.Selalunya pulut perlu dikukus sebanyak dua kali.Pulut kuning sedap dimakan dengan rendang ayam atau daging, mahupun kuah kari.Malah disediakan pada hari istimewa seperti majlis kenduri kendara, majlis hari lahir, khatam quran, kesyukuran dan sebagainya.
Rupanya ada cara lebih ringkas untuk buat pulut kuning yang sedap, teksturnya cantik berkilat dan tak lembik.Buat mak-mak yang nak cuba buat pulut kuning sendiri bolehlah cuba resipi keluarga yang dikongsikan oleh Puan Masmira Idris ini.
Berikut perkongsian tersebut;
“Saya nak share resepi dan tips untuk masak pulut kuning jadi cantik, merelit, lemak, lembut dan sebiji-sebijik (tak benyai atau lembik/ kembang). Resepi ni dari mak saya, saya guna sepenuhnya buat meniaga lebih 2 tahun dah.. Alhamdulillah jadi sumber rezeki, yang penting customer selalu rindu nak order lagi hehe”
Bahan-Bahan:
1 kg beras pulut (beras pulut biasa, bukan pulut susu)
2 sudu besar serbuk kunyit
1/2 inci Halia (kupas dan cincang nipis-nipis dan paling halus)
5 helai Daun Pandan
250-300 gram Santan segar dan pekat
2 cawan air panas
1.5 sudu besar gula
1.5 sudu kecil garam
Cara Membuat:
1.Bilas beras pulut 3-4 kali, rendam letak serbuk kunyit dalam 2 sudu besar (at least 3 jam).
2.Sebelum kukus, kena bilas balik dengan air paip.Sejat dengan penapis.
3. Panaskan air dalam pengukus dan masukkan beras pulut dalam pengukus, halia cincang tabur bagi sekata dalam pulut dan daun pandan tadi.
4.Tutup dan kukus dalam 15-20 minit ikut pada jenis pengukus atau kuantiti pulut.. So kukus sampai pulut dah masak.
5.Dalam besen sederhana, masukkan 2 cawan air panas (baru didih, saya guna air panas cuckoo), masuk garam dan gula.
6.Kemudian masukkan santan pekat tadi.. Kacau-kacau sampai rata sebati.. Test rasa tengok, ada masin dan manis sikit.
7.Sediakan besen yang agak besar, masuk kan pulut yang dah siap dikukus tadi.Keluarkn daun pandan.
8.Tuangkan kuah santan yang dibancuh tadi ke atas pulut.. Terus kacau-kacau sampai sekata semua.Jangan risau tengok kuah santan tu banyak (orang kedah kata berlaut) sebab satgi pulut akan serap habis kuah santan tu..Baru lah pulut jadi lembut.. Pastikan kacau pulut sampai rata hilang ketul.
9.Kemudian, tekan-tekan dan ratakan dalam besen tadi, biar dia rehat dalam 10-15 minit baru cedok untuk packing atau makan.
Try lah kawan-kawan insyaallah menjadi dan puas hati.
Info Ekstra!
1. Beras pulut susu nanti pulut kuning jadi benyai lembik.. Kalau boleh cari beras pulut yang panjang sikit, elakkan yang jenis montok-montok. hehe
2. Perlu bilas balik untuk hilang kan bau kunyit berlebihan dan pulut tahan lama.. Please jangan guna perwana.
3. Cincang halia nipis-nipis dan paling halus. Orang yang makan tak kan perasan pon ada halia dalam pulut.
4. Daun pandan 3 helai koyak 3 dan ikat untuk letak dalam pulut masa kukus. 2 helai koyak 3 jugak untuk buat lapik pulut dalam periuk kukus.
5.Pulut yang cukup lemak, kita akan nampak santan tu macam bertali putih-putih kat senduk.
6.Pulut selepas gaul santan tak perlu kukus balik kali ke 2.. Cukup sekali sahaja sebelum masuk santan.Kalau kukus balik nanti pecah minyak dan lemak santan..santan tak lekat pada pulut.

7.Walau sekali kukus saja, insyaallah pulut tahan lebih 36 jam diluar.. Sebab kita dah bancuh santan dengan air panas.
8.Resepi dan cara keluarga saya.. Terpulang pada kawan-kawan.Saya sekadar berkongsi tips untuk dapat kan rasa yang sedap dan tekstur pulut yang cantik.. Mungkin boleh dijadikan jualan sebagai sumber rezeki.
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat buat mak-mak yang berhasrat nak buat pulut kuning sendiri di rumah atau nak dibuat niaga.
Sumber: Masmira Idris
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Buat Korean Garlic Bread Sedap Menusuk Kalbu, Cara Orang Nak Cepat

Isi Kandungan
ToggleBuat Korean Garlic Bread Sedap Menusuk Kalbu, Cara Orang Nak Cepat. Memang ada cara yang mudah untuk buat Korean Garlic Bread ini. Hanya gunakan roti putih biasa je. Sesuai disediakan untuk sarapan pagi, bekal anak-anak ke sekolah.
Ikut resipi yang dikongsikan oleh Puan Haya Yahya ini;
Sebelum subuh dah masuk dapur, hari ini kita buat Korean Garlic Bread cara orang nak cepat.Bau garlic ni memang menusuk kalbu.
Maafkan saya, jiran-jiran. Mengganggu lena kalian dengan aroma masakan ni. Resepi ni boleh sesuaikan ikut rasa masing-masing. Saya pun ambil dari resepi orang lain, tapi tak ingat dari mana dah.
Bahan-Bahan:
Adunan Cream Cheese untuk letak dalam roti
150gm Cream cheese (saya pakai jenama tatura)
3 sudu besar Susu sejat
2 sudu besar Susu pekat manis
*Campur semuanya, kacau sampai rata.
Adunan Butter untuk celup roti
100 gm Butter
5 ulas Bawang putih (cincang halus)
1 biji Telur
2 sudu besar Madu
Sedikit Daun parsley yang kering(takde pun boleh)
*Panaskan butter dengan api perlahan, dah cair masukkan bawang putih dan tutup api. Bila dah agak sejuk, masukkan telur, madu dan daun parsley. Aduk rata.
Letakkan adunan cream cheese di atas roti.
Lipat dua roti dan tekan dengan garpu sekeliling roti agar ia melekat.
Dah siap tekan dengan garpu sekelilingnya.
Celupkan roti dengan adunan butter dan susun di loyang.
Bakar dengan suhu 180c selama 15 minit. Ikut kepanasan oven masing-masing.
Siap!
Semoga bermanfaat. Selamat Mencuba.
Mesti Baca:Buat Sendiri ROTI PUTIH Lembut Wangi Berlemak, Jimat Tak Payah Beli!
Baca Lagi Di Sini:Beli Roti Sardin Goreng Isi Sikit, Buat Sendiri Puas Hati Boleh Makan Berulang!
Artikel Menarik:Resipi ROTI SIRO KELATE Simple, Letak Dalam Peti Sejuk Lagi Sedap!
Mingguan Wanita: Menarik resipi Korean Garlic Bread ni. Memang mudah dah cepat, guna roti putih biasa je. Sesuai sangat untuk anak-anak bawa bekal ke sekolah.

Sumber: Haya Yahya
JEANS BURUK JANGAN BUANG, SERTAI KELAS JAHITAN KAMI. BUAT TOTE & SHOPPING BEG
Klik link untuk daftar: https://toko.ideaktiv.com/product/kelas-jahitan-kreatif/
Tak pernah pegang mesin, tak bermakna mak-mak tak pandai menjahit. Pelajari kaedah dan teknik jahitan mudah dalam kelas satu hari sahaja.
Dalam masa beberapa jam, walaupun beginner anda mampu menyiapkan satu tote bag daripada jeans terpakai dan nasi lemak recyclable bag.
Projek 1: Denim Tote Bag
Jom tukar jeans yang tak muat dipakai menjadi tote bag. Teknik yang dipelajari bermula daripada cara memotong kain, membuat ukuran kain, menjahit lurus, jahit tangkai beg, cara cantuman sehinggalah siap sebiji beg.
Projek 2: Shopping Bag
Beg beli belah berbentuk nasi lemak! Beg kitar semula ini bukan saja menjimatkan ruang, malah dapat melindungi alam sekitar kerana kurangnya penggunaan beg plastik. Teknik yang bakal dipelajari adalah cara jahitan melengkung, jahitan lurus, cara mengukur saiz beg dan cara membuat lipatan.
Jangan ketinggalan sertai Kelas Jahitan Kreatif Denim Tote Bag & Shoping Bag di SewingWorld, One City Subang Jaya pada 15 Oktober 2022 bermula 930 pagi hingga 5.30 petang. Yuran RM60 sahaja.
#kelasjahitankreatif
#sewingworldgallery
Follow kami di Facebook , Website , Instagram, YouTube , Twitter , Telegram MW dan TikTok Mingguan Wanita untuk mendapatkan info, berita terkini serta artikel-artikel menarik.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI