https://www.mingguanwanita.my/sayang-kulit-curilah-waktu-untuk-pakai-masker/

Cara mudah mendapatkan kulit wajah cerah dan mulus dengan bahan alami pasti ingin diketahui ramai. Lebih-lebih lagi jika bahan itu tersedia di dapur rumah kita.

Ramai orang makan pisang kerana ia diketahui mengandungi banyak vitamin dan zat penting yang diperlukan oleh tubuh. Selain memberikan zat lebih tinggi daripada yang terdapat dalam buah epal, pisang juga dapat memberikan tenaga dengan cepat.

Khasiat Tinggi Dalam Pisang

Pisang mempunyai kandungan gizi sangat baik, antara lain menyediakan energi cukup tinggi dibandingkan dengan buah-buahan lain.

Pisang juga kaya akan mineral seperti kalium, magnesium, fosfor, besi, dan kalsium. Selain itu, pisang mengandung vitamin, iaitu C, B kompleks, B6, dan serotonin yang aktif sebagai neurotransmitter dalam kelancaran fungsi otak.

Cara Mudah Miliki Kulit Wajah Cantik Dan Mulus Guna Pisang!

Cara Manfaatkan Pisang Bagi Wajah Mulus

Apa sebenarnya kelebihan pisang sehingga mampu membuatkan wajah lebih cantik? Pisang memiliki beberapa kandungan zat yang sangat baik di antaranya vitamin B, B6, C, magnesium, kalsium, fosfor dan besi yang juga sangat bermanfaat untuk kecantikan kulit wajah.

Cara Cerahkan Wajah 

Mempunyai wajah yang cerah, bersih, mulus serta putih tentunya dimimpikan para wanita. Anda boleh penuhi impian itu dengan menggunakan masker pisang. Tidak perlu mengeluarkan belanja yang mahal serta kulit lebih selamat.

IKLAN

Baca artikel menarik lain di sini:

https://www.mingguanwanita.my/sayang-kulit-curilah-waktu-untuk-pakai-masker/

Wajah Lebih Lembap Dengan Masker Coklat Dan Masker Pisang Yogurt

Haluskan Wajah Dengan Pisang

Jika kulit anda kasar dan kering, cubalah  masker dengan menggunakan buah pisang. Sekiranya anda memakainya secara rutin, ia membantu menghaluskan dan membuatkan kulit wajah anda lebih mulus. Caranya, anda lenyek pisang sehingga menjadi halus dan tambahkan satu sudu madu dan adun sekata. Setelah ramuan selesai, sapu pada wajah sebagai masker. Lakukan dalam beberapa minggu sehingga kulit lebih terasa halus dan lembut.

IKLAN

Cara Tanggalkan Sel Kulit Mati

Kulit tampak kotor dan berminyak, salah satunya disebabkan oleh sel kulit mati yang berkumpul pada wajah. Tetapi dengan buah pisang, dapat membantu menghilangkan kulit mati tersebut. Caranya, ambil pisang lalu hancurkan hingga halus. Oleskan pada wajah dan biarkan hingga mengering. Kemudian bilas dengan air bersih.

Kulit Pisang Jangan Dibuang!

Biasanya orang akan memakan isi pisang sahaja untuk mendapatkan khasiatnya. Tapi tahukah anda kulit pisang juga memiliki pelbagai manfaat dari sudut kecantikan? Jom semak info yang kami kongsikan ini.

Kulit pisang mengandung pelbagai khasiat antaranya vitamin C, vitamin E, kalium dan zinc. Nutrisi ini dapat menenangkan kulit yang meradang dan mengurangi jerawat. Selain itu, kulit pisang mengandung lutein dan karotenoid yang merupakan senyawa larut dalam lemak. Kandungan zat ini juga mampu membantu melawan peradangan dan jerawat yang teruk.

IKLAN

Mudah Cara Membuatnya!

Caranya gosok kulit pisang ke kulit wajah dengan lembut. Biarkan selama lima hingga 10 minit. Bilas dengan air bersih. Lakukan dua kali sehari untuk kesan maksimum.

  • Untuk menghilangkan kedutan pada wajah pula, gosok kulit pisang ke kulit wajah yang dirasakan mulai kehilangan keanjalannya dan biarkan selama 30 minit atau semalaman. Kemudian cuci muka. Lakukan tiga kali seminggu untuk kesan optimum.

 

Jangan lupa follow kami di:

Facebook Mingguan Wanita

Instagram Mingguan Wanita

Twitter Mingguan Wanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI