Jika mak-mak pernah makan aiskrim gulung atau Ice Cream Roll sebelum ini, ada resipi mudah untuk membuatnya. Hanya guna dua bahan, dah boleh buat Aiskrim Gulung ini dengan cara yang paling mudah. Cuti sekolah ni, boleh buat untuk anak-anak. Mesti anak suka dan nak tolong buat sekali.
Berikut perkongsian resepi yang dikongsikan oleh Puan Nana Robil sebagai panduan;
ICE – CREAM ROLL DUA BAHAN SAHAJA
Best la bebudak sekolah cuti ni. Ada yang mintak mak ayah bawak gi holiday ada yang kena stay kat rumah study sebab tahun ni ada exam besar.
Tapi apa pon dekat rumah mesti happening dengan anak-anak. Mak-mak pon pening dah nak bagi dorang seronok cuti-cuti ni.
Jom ibu kongsi menu menarik untuk mak-mak cuba bersama anak-anak. Mesti dorang pon suka la. Aktiviti ni boleh mengisi masa lapang dorang jugak. Senang sangat kot dan opkos la seronok ok.
Di sebabkan video ibu ada masalah ( anak excited tak sempat rakam ) jadi ibu share yang ni.
Bahan-Bahan :
Heavy Cream ( Ibu guna whipping cream )
Susu Manis 1 Tin
Secubit Garam
Ads
Untuk hiasan dan bahan-bahan dalam tuh boleh je letak choc chips, choc rice atau gapo ever la. Asal boleh makan.
Bagi yang mengikuti laman instagram milik Sheila Rusly,46 pasti biasa melihat perkongsian air tangan oleh Penerbit JS Pictures ini yang rajin berkongsi resipi hasil masakan dilaman sosial tersebut untuk rujukan pengikut akaunnya.
Sheila Rusly diakui merupakan antara selebriti yang hebat memasak di dapur dan mempunyai program rancangan memasak sendiri seperti “Ketuk-Ketuk Ramadhan” yang telah 14 tahun menghiasi kaca tv.
Antara perkongsian video resipi yang mendapat perhatian ramai adalah Sambal Gesek Ikan Bilis yang digesek menggunakan lesung daripada Indonesia.Perkongsian video tersebut mendapat tontonan hampir 500 ribu di laman Instagram isteri kepada Pengarah Jinggo ini.
Berikut perkongsian resipi Sambal Gesek Ikan Bilis oleh Sheila Rusly:
Bahan-Bahan:
Cili merah
Cilipadi
Bawang merah
Bawang putih
Belacan
Limau nipis
Maggi cukup rasa
Ikan bilis (goreng garing)
Cara Membuat:
1.Goreng dahulu semua bahan-bahan tersebut.
2.Gesekkan atau lumatkan cili padi, cili merah, belacan, bawang merah dan bawang putih terlebih dahulu.
3.Kemudian letak sedikit serbuk perasa dan perahkan limau nipis.
4.Selepas itu letakkan pula ikan bilis yang telah digoreng tadi.
4.Gesekkan dan lumatkan sekali lagi sehingga sebati.
A post shared by Sheila Rusly (@sheilarusly_jspictures) on
Selamat Mencuba!
Sambal gesek ni sedap dinikmati bersama ulam-ulaman segar, telur masin atau dimakan begitu sahaja pun dah boleh bertambah 2 pinggan nasi! Mak-mak kena cuba resipi ini nanti iya!
Kalau tengok di kaca televisyen, nampak macam sedap sangat sup yang dibuatnya, boleh kecur air liur tengok mereka makan. Kita nak buat bimbang tak menjadi dan sesedap apa yang ditunjukkan.
Tambahan pula, sup yang disediakan ini cukup popular di kalangan masyarakat Cina dan kalau nak merasa pun mungkin di hotel-hotel atau restoran makanan cina muslim gamaknya.
Malah, apa sahaja jenis sup memang bagus terutamanya mereka yang mengalami masalah sakit gigi terutamanya sukar untuk mengunyah makanan keras. Begitu juga, jika demam, sup membantu dalam menghangatkan badan dan membuka selera.
Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan turut berkongsi resipi sup masakan tradisi cina iaitu Hot & Sour Soup. Nampak memang menarik dan menyelerakan. Tambah-tamabah dengan rasa masa dan pedas itu, boleh buat sesiapa sahaj kecur air liur.
Cara nak membuat pun tidaklah susah. Sesuai sangat untuk mereka yang tak mampu mengunyah makanan keras.
“Saya baru buat rawatan gigi, jadi hanya boleh makanan lembut. Bosan asyik makan bubur. Jadi, hari ini saya masak sup tradisi orang cina, iaitu ‘hot and sour soup’.
Bahan-bahan:
100g isi ketam
4 ulas bawang putih
2 biji telur
¼ batang lobak merah
6 biji cendawan shitake
3 sudu besar sos tiram
2 susu besar tepung jagung
1 sudu besar kicap pekat
1 sudu kecil minyak bijan
1 batang daun bawang
1 keping tauhu
½ sudu besar serbuk lada sulah
1-2 sudu cuka
Cara Memasak:
Sediakan bahan-bahan. Potong memanjang dan halus-halus. Kalau dah sedia semua macam ni. Mudah nanti tinggal masukkan sahaja.
Tumis bawang putih sehingga harum.
Kemudian masukkan cendawan dan goreng kilas sehingga layu.
Saya guna cendawan shitake segar. Kalau guna cendawan shitake kering pun boleh, tetapi kena rendam sehingga kembang dahulu.
Masukkan lobak merah yang telah dipotong halus. Goreng kilas juga.
Tambah 3 cawan air. Reneh sampai gelegak.
Sambil tunggu gelegak, campur tepung jagung dengan sos tiram dan sedikit air. Gaul sampai tak ada ketulan.
Bila sup dah gelegak. Masukkan campuran tadi tu. Kacau kacau kacau, sampai dia pekat.
Pecahkan telur dan pukul sedikit. Tuang dalam sup yang sedang gelegak.
Tarik panjang macam ni, dan sambil tu kacau sup. Ia akan jadi serat-serat.
Macam ni! Kalau jadi macam ni baru puas makan.
Warna sup ni patutnya gelap lagi sedikit, jadi untuk cantikkan ia, letak kicap pekat sikit. Masa ni juga boleh letak garam atau kiub ayam jika perlu.
Sekarang masukkan tauhu yang dah dipotong panjang-panjang macam ni.
Diikuti dengan isi ketam yang dah dicarik atau dipotong. Boleh guna isi dari kaki ketam Snow / Alaska King. Kalau tak jumpa, guna jejari ketam (crab stick) pun boleh. Letak daun bawang sekali.
Letak serbuk lada sulah. Nak lebih pedas, lebihkan lada sulah. Letak cili padi, cili kering atau chili oil. Tak ada hal. Kita yang nak makan, ikutlah selera kita.
Dah na Hot & Sour Soup, kenalah masam. Jadi kena letak cuka. Resepi original gunakan cuka hitam cina. Saya tak tahu mana nak cari. Jadi pakai je lah apa ada.
Akhiг sekali, letak beberapa titik minyak bijan. Jika tak suka bau minyak ni, tak payah letak.
OK boleh hidang dalam mangkuk. Tabur hirisan daun bawang dan daun ketumbar jika ada.
Ini close up. Kita masak sendiri jadi isinya banyak dan berbaloi. Rasa sup ni hangat dan masam. Umaminya datang dari cendawan shitake, sos tiram dan isi ketam.
Kita cuba sikit supnya likat, rasa cendawan dan sos tiram memang serasi. Rasa macam tu buat air liur kecur. Panas dan pedas tu buat rasa selesa kalau makan pada hari sejuk.
MW: Baiklah, leoas ni boleh cuba sendiri kat rumah. Bahan pun senang nak dapatkan. Selamat mencuba!
Cantik dan pasti anak-anak suka, jadi kalau ada mak-mak yang teringin sangat nak buat kek unicorn, boleh ikut step by step yang Puan Norrihan Ars kongsikan kali ini.
Nampak rumit tetapi wanita yang lebih dikenali dengan panggilan Kak Ann ini tidak lokek berkongsi ilmu yang akan memudahkan anda untuk buat tanduk, mata dan telinga kek unicorn ini.
Haa… sila rujuk gambar dan bahan-bahannya dulu ya, nanti mak-mak tak akan terkial-kial nak buat kek trending ini.
Bahan-bahan yang diperlukan:
1. Untuk hiasan piping : Buttercream, 3 warna berlainan, piping bag & nozle no 20.
2. Untuk telinga, tanduk & mata : Fondant putih, fondant hitam, cmc, lidi, cutter bujur, edible gold dust & orange oil.
3. Untuk hiasan tabur : manik pelbagai warna & bunga gumpaste.
4. Seijik kek bulat yg siap dilepa.
Cara Membancuh warna
1. Dalam bowl yang sama, titikkan tiap pewarna pada 3 tempat berasingan dan gaul. Jangan gaul sebati supaya menjadi tone warna.
2. Isikan kedalam piping bag.
Cara Buat Tanduk
1. Gelek fondant memanjang dengan satu hujung runcing daripada hujung yang satu lagi. Sy buat 4inci panjang untuk kek yang kecil.
2. Sapukan gam cmc (cmc campur sedikit air) pada batang lidi sebelum melilit fondant
3. Lilit fondant pada batang lidi sambil ibu jari yang satu lagi menolak fondant agar fondant dapat menutupi keseluruhan hujung lidi.
4. Sapukan hanya sedikit gam cmc pada ruangan diantara lilitan fondant. Dan kemaskan hujung atas dan bawah.
Cara Buat Telinga
1. Ambik sedikit fondant dan letakkan cmc supaya telinga yang terhasil keras melengkung dan tidak lembik.
2. Gelekkan fondant. Jangan terlalu nipis.
3. Tekap dengan acuan.
4. Rehatkan dalam bekas melengkung supaya terhasil bentuk telinga.
Cara Buat Mata
1. Fondant hitam diuli dengan sedikit cmc
2. Gelekkan dan tekap dengan acuan bulat
3. Tekap lagi sekali supaya membentuk semi bulatan
4. Tolakkan dengan jari supaya membentuk alis mata
5. Biarkan kering
Cara Warnakan Tanduk Dan Telinga Menggunakan Gold Dust
1. Tuangkan gold duat sekadar diperlukan
2. Titikkan orange oil dan kacau sebati
3. Sapukan pada tanduk
4. Lorekkan pada telinga
Cara Deko Menggunakan Buttercrem
1. Picitkan buttercream secara perlahan dan membulat supaya jadi seperti kelopak rosette.
2. Hiaskan sehingga penuh dan nampak cantik seperti rambut.
Finishing
1. Pacakkan tanduk di tengah-tengah kek
2. Lekatkan mata
3. Telinga yang telah kering dan keras di pacak ke dalam butterceam
4. Hiaskan dengan bunga dan manik
Ini gambar yang Kak Ann buat YES promotion. Kek ni siap deko size 5inci (baby cake).
Selamat mencuba!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Shu Shukri "sekolahkan" Hafidz Roshdi, "dah kalah tu kalahlah, nafkah anak sesen pun tak bagi. Hari ini, di instagram storiesnya, pempengaruh Nurul Shuhada Mat...