Bagi tukang jahit ada sesetengah material kain yang digunakan agak sukar untuk dijahit. Contohnya kain jenis ‘Minky Dot’ ini. Kainnya sangat lembut, memeri, mudah terlipat, senget dan terlebih apabila dijahit.
Sebenarnya ada cara mudah untuk menjahit kain ‘Minky Dot’ ini. Boleh cuba tip yang dikongsikan oleh Tukang Jahit Fitri Bin Muhamad ini sebagai panduan;
Saya pernah terbaca komen seorang tukang jahit barang bayi tentang penggunaan kain minky dot. Katanya dia putus asa dah nak jahit. Kain tersebut selalu terlipat, senget dan terlebih.
Benar. Kain ini sangat memeri. Struktur kain ini seperti getah dan sangat lembut. Ia diperbuat dari gentian polister halus dan sifat keanjalan yang tinggi. Sukar untuk menjahit lebih – lebih lagi jahitan gabungan dengan kain cotton.
Hari ini saya kongsikan tip bagaimana hendak jahit dengan mudah, tidak berlipat atau senget. Kongsikan tip ini dengan rakan tailor yang lain ya.
Bahan Diperlukan:
Kertas terpakai
Cara Membuat:
1.Pertama sediakan kertas terpakai dan gunting memanjang seperti ini. Lebar 1 atau 2 inci sudah memadai.
2.Cucuk jarum peniti antara dua kain ini. Pastikan kain dalam keadaan terbalik kerana kita nak jahit gabung ni. Tandakan dengan pen tempat jahitan tu.
Jarak antara jarum dengan line lebih kurang setengah inci supaya tidak mengganggu tapak jahitan.
3.Ini ialah gabungan kain minky dot dengan kain cotton untuk babynest.
Ads
4.Letakkan kertas tadi dahulu.
5.Letak kain tadi di atas kertas tu. Bahagian kain minky berada di bawah.
6.Mulakan jahitan perlahan – lahan. Bagi yang beginner usah rushing. Ambil basi setengah inci. Sambung kertas tadi bila sudah sampai penghujung. Jahit sampai habis.
Ads
7.Ini keadaan di bahagian belakang tadi. Kertas akan melekat sekali dengan kain minky. Cabut kertas tersebut. Macam cabut tiket wayang gitu.
8.Ini hasilnya. Tiada sebarang kedutan.
9.Bahagian lengkung pun tidak terlipat.
Ads
10. Bahagian hujung juga tidak terlebih. Bagi yang baru nak belajar cuba buat dari kain yang tidak digunakan lagi.
Mingguan Wanita: Begini rupanya cara mudah nak jahit kain jenis ‘minky dot’ yang sangat lembut dan memeri ni. ikut cara ni barulah ia tak mudah senget, atau berlipat ketika menjahit nanti.
Negeri-negeri sebelah utara seperti Penang, Kedah, Perlis memang terkenal dengan masakan kuah kari yang pekat, lemak dan mempunyai rasa yang tersendiri.Sampaikan bila makan, baunya karinya masih melekat di tangan!
Nak buat kuah kari yang sedap cara negeri belah utara ada caranya. Mak-mak boleh tambah ilmu masakan dan cuba masak sendiri tips yang dikongsikan oleh Puan Ieda Zairiyang juga merupakan salah seorang moderator di page Masak Apa Hari Ni.. (MAHN).
“Tips masak KARI.. Selalunya negeri belah utara masak kari memang sedap.. (negeri lain saya tak pasti sebab tak pernah rasa) jangan marah ye..”
1.Santan saya tak letak.
✔ Gantikan dengan beras yang disangai & ditumbuk untuk dapatkan rasa lemak.
Kari yang sedap, minyak mesti berlinang kat atas permukaan. Itu tanda kari telah ditumis hingga rempah betul-betul masak.
Tips untuk menyediakan Kari Yang sedap.
▶Rempah Kari Kering
▶Rempah ditumis kering dan dikacau dengan dalam 1-2 minit sebelum dimasuk sedikit air dan perlahankan api.
▶Lepas terbit minyak baru masukkan daun kari.
▶Kuantiti Minyak
Menumis kari mesti menggunakan minyak yang banyak. Minyak yang banyak bukan saja nampak cantik tapi rasanya pun lebih sedap.
▶Hirisan Bawang
Bawang merah & bawang putih lebih sedap jika dihiris dan ditumis.
▶Halba Campur
Halba campur adalah bahan yang wajib dimasukkan dalam masakan kari.. kari anda akan lebih beraroma..
▶Pecah Minyak
Ini langkah paling penting ketika menumis. Pastikan rempah ‘pecah minyaknya’ atau sesetengah orang panggil naik minyak. Pastikan minyak timbul dipermukaannya dan barulah dimasukkan ikan serta beras sangai. Ketika menumis rempah, pastikan dibiarkan lama dengan penggunaan api perlahan sehingga minyak naik.
▶Asam Jawa
Lepas pecah minyak baru masuk asam jawa & boleh jugak kalau nak masukkan asam keping.Rasa kuah kari ikan utara sememangnya masam berbanding jenis kari lain.
Rasa garam juga harus seimbang Paling penting, biarkan sedikit masam barulah rasanya lebih ‘power’.
Akhir sekali masukkan kacang bendi dan tomato menaikkan lagi rasa pada kuah.
Selamat Mencuba!
MW: Mak-mak boleh cuba tips masak kari ni. Walaupun kita memang dah pakar masak kari, tapi jika sesekali ingin tukar selera, boleh masak dengan cara yang berbeza seperti tips diatas ini.
Semoga bermanfaat.
Biasaannya bila kita selalu masak, periuk belanga yang digunakan akan berkerak hitam dan payah nak dibersihkan walaupun dah sental dengan macam-macam cara. Lebih -lebih lagi jika periuk besar yang hangus, memang sayang nak buang. Ada petua mudah dan berkesan yang boleh tanggalkan kerak tebal pada periuk ni, dengan menggunakan cuka dan soda bikarbonat. Tak sampai 5 minit dah ‘settle’.
Boleh cuba petua yang dikongsikan Puan Faizah Samat
Saya just nak kongsi satu petua. Al kisahnya saya rebus ketupat dalam periuk besar ni.. dok ralit sembang tak sedar ketupat hangus dah. Dekat sekilo jugak ketupat tak dapat diselamatkan.
Bahagia atas ok la selamat. Nak cakapnya punya tebal kerak yang hangit bahagian bawah. Tak tahu dah nak buat macamana. Saya nak buang dah sebab dah cuba gosok-gosok pon tak hilang. Sekali bila tanya mak. Mak cakap jangan buang sayang periuk besar tu. Cuba guna soda katanya.
Saya pun masukkan air bagi mendidik pastu saya masukkan soda dan cuka. Didihkan sampai 5 min. Saya buang air panas tu terus tonyoh dengan berus periuk yang kasar. Alhamdulillah tak sampai 5 min settle.
Mingguan Wanita : Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jadi mak-mak yang ada masalah periuk belanga berkerak hitam, hangus dan berkerak tebal. Kalau payah nak bersihkan dan nak jadi berkilat tu boleh cuba petua dan cara berkesan yang dikongsikan ini.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirasi dan lain-lain.
Minggu ini dah hujung bulan kita meraikan sambutan hari raya, jadi rasanya semua orang masih gigih beraya. Pastinya tiap kali hujung minggu ada sahaja jemputan rumah terbuka hinggakan ‘tak menang badan’ untuk tidak menolak jemputan kawan-kawan.
Boleh dikatakan jemputan kawan-kawan ada yang sampai 4-5 buah rumah. Bagi setiap rumah bukan hanya singgah selama 10 minit sahaja. Paling cepat pun mungkin 30 minit. Borak-borak sambil makan-makan. Ini belum lagi termasuk melayan anak-anak yang hendak makan.
Melayan anak makan nie, bukan apa takut nanti habis ‘berkecah’ rumah orang, satu kerja pulak tuan rumah untuk membersihkan. ‘Tak apalah, biasalah budak-budak’ Mungkin itu yang biasa tuan rumah akan jawab tapi bagi pihak ibu bapa perasaan segan itu mesti ada. Tambahan kalau anak-anak kita nie yang memang kita dah tahu peel diorang macam mana.
Setahun sekali. Inilah masa untuk kita satu keluarga berjumpa kembali sanak saudara mahupun kawan-kawan di jemputan rumah terbuka. Bagi pasangan yang baru berkahwin, tiada masalah untuk menghadirinya tetapi bagi mak-mak yang mempunyai anak lebih daripada seorang. Masa untuk mempersiapkan anak dah satu hal dan ini belum lagi termasuk bila di rumah orang. Rasanya, sukar untuk mengawal anak-anak, terutamanya bila anak yang peramah berjumpa dengan kawan-kawan sebaya dengan mereka.
Viral di media sosial baru-baru ini tentang televisyen berkecai dengan ikan-ikan kat kolam mati ketika tuan ruamh mengadakan rumah terbuka. Pada saya, kita tak boleh marahkan tetamu yang datang kerana membiarkan anak-anak buat sesuka hati. Malah, tak pula nak salahkan tuan rumah.
Sebenarnya semua ini di luar kawalan. Mungkin anak-anak terlalu teruja atau mungkin dalam mood yang tidak elok (mengantuk, lapar dan sebagainya. Maklumlah, banyak tempat yang perlu kena ikut dengan ibu bapa). Manakala, tuan rumah pula, tidak terfikir atau terlepas pandang untuk simpan di tempat yang sepatutnya.
Jadinya, kita sebagai mak ayah pada anak-anak yang tentu sudah tahu peel anak-anak, cuba pesan pada mereka supaya jaga tingkah laku ketika berada di rumah orang. Biasanya mak-mak boleh bagi ingatan semasa di rumah dan masa dalam kereta. Insya Allah, kalu di pesan awal-awal anak-anak mesti akan dengar. Tak caya cubalah!.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Kisah pilu kematian di Jerlun apabila seorang isteri menjerit minta tolong dan dua jam memangku jasad suaminya tanpa kepala selepas pergaduhan tragis di sawah Kampung Pida 3, Jerlun.