Hidangan paling mudah, cepat dan anak-anak pun suka, tentulah masak nasi lemak. Inilah hidangan yang mungkin menjadi makanan wajib ada atas meja setiap pagi.
Namun, sekarang ini hidangan nasi lemak bukan untuk sarapan saja, tapi boleh dijadikan menu sepanjang hari. Memang tak jemu dimakan, nak-nak bila nasinya yang lemak berkrim dan sambalnya yang menjadi.
Kadang-kadang tak perlu lauk pelbagai pun untuk digandingkan dengan nasi lemak. Cukuplah dengan sambal, ikan bilis goreng, kacang, timun dan telur. Sudah lengkap.
Walau bagaimanapun, tak semua ‘lulus’ untuk masak nasi lemak. Terlebih air boleh jadi lembik dan terkurang akan mentah pula. Macam mana nak dapatkan sukatan yang betul supaya nasi lemak masak elok dan menjadi.
Ada sesetengah mak-mak lebih suka guna sukatan nisbah. Contohnya masak nasi lemak dengan jumlah pot dan sukatan air pun ikut pot yang bersesuaian. Tak kisahlah macam mana sekali pun, asalkan ia masak dan tidak mentah.
Bagi Azy Cullen pula, dia lebih ‘terror’ masak nasi lemak dengan sukat air menggunakan jari saja. Inilah yang paling senang dan mudah. Malah, diaturut kongsikan nasi lemak elok dan cantik berkilat ‘kejadian’nya.
“Inilah cara saya masak nasi lemak.
Insya Allah mudah dan senang. Pasti menjadi.
“Saya tak faham cara nak ikut nisbah. Cuma saya biasa ukur air guna jari. Nanti nasi masak elok dan tak mentah.
Ads
Cara-caranya:
1. Cuci beras sebersihnya.
2. Ini yang biasa saya buat. Mana bahan yang ada saja kat rumah. Saya pula jenis tak suka letak bawang.
3. Masukkan air dan santan. Selepas tuangkan santan, ukur air menggunakan jari telunjuk. Pastikan isi air sampai ke paras garisan pertama jari telunjuk. Tak boleh lebih dan tak boleh kurang. Kalau terkurang, nasi akan mentah dan terlebih pula akan jadi lembik.
Ads
4. Letak minyak masak untuk bagi nasi lemak jadi sebiji-sebiji. Cantik berkilat elok saja bila masak nanti.
5. Dah siap! Kalau tak nak santan berkumpul pada bahagian atas, sebelum nasi masak, gemburkan dulu.
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Ibu anak enam ini berkongsi cara susun dan simpan barang dapur termasuk bahan basah. Selama 16 tahun praktikkan tip ini dan hasilnya mudahkan kegunaan ahli keluarganya.
Cikgu Nida berkongsi cara. Sila hadamkan perkongsian ini ya mak-mak.
Haaa..
Cerita jatuh cinta lagilah.
Bukan pada masakan tapi untuk memudahkan percintaan mokcik masak-memasak.
Kesnya masa tu mokcik kena berkursus di Terengganu 3 bulan. Tinggalkan suami bersama 6 orang anak; yang ketika itu Abanglong baru darjah 4.
Dahlah 5 daripadanya anak jantan. Masuk bapaknya 6 hero dalam hidup mokcik.
Waktu tu seminggu sekali balik, mokcik masak stok lauk utama untuk seminggu terus. Buat sejuk beku. Encik Sommi hanya panaskan, dan tambah lauk sampingan saja. Tapi bila dengar cerita suami yang beliau kadang kerja- kerja menyiapkan bahan masak agak mengambil masa di samping tugas di tempat kerja dan menguruskan 6 anak masih kecil, mokcik simpati.
Maklum nak ambik bibik tak mampu.
Nak cari madu kang melayang lesung batu.
Ehhh….
Hinggalah kemudiannya, seorang rakan, doktor perubatan berkongsi bagaimana beliau memudahkan urusan sehariannya. Sebenarnya sama macam mokcik, beliau ingin memudahkan urusan si suami yang juga seorang guru; dek kesibukan tugasnya yang tak kenal masa.
Maka itulah cara mokcik sampai sekarang dah 16 tahun jatuh cinta,dan mestilah terus setia. Mokcik, kan?
Biasanya mokcik ambik satu hari yakni hari minggu untuk memenuhkan peti atau mengganti stok. Tidak perlulah setiap minggu melainkan kau hari-hari masak macam nak menyambut menantu atau madu.. Ehhh…
Mokcik dah asingkan bahagian bahan mentah tersebut untuk sekali masak mengikut menu kesukaan isi rumah. Dari sebesar-besar, hingga sekecil-kecil seperti bahagian tulang ayam untuk dimasukkan dalam sup sayur atau mi dan bihun goreng.
Hat paling besar tu janganlah korang masukkan sekor kambing hatta ayam belanda sekalipun ya!
Bila nak masak, boleh di ‘defrost’ kan dulu atau ada je yang boleh terus masuk je dalam periuk dessinni disssana korang tu…haaa .
Boleh juga sejukbekukan daun kari,daun sup,daun kesum atau seangkatan dengannya untuk sekali masak. Asalkan bukan hati kau yang beku malas memasakkk….
Ohhh..ada yang pertikai, konon stok tak fresh?
Mungkin yang pertikai tu abam nelayan yang pi ke laut tangkap ikan sendiri,atau suri dan surarumah yang tunggu kat jeti dan pasar.
Maafkanlah depa.
Sambil tunggu ikan baru sampai dari laut sambil tengok menu masak apa hari ini atau puaka mana yang memasak tuuu ..
Hahaha….mokcik mulut puaka pulak!
Walhal ironinya, tanpa sedar sebenarnya kita banyak beli dan makan barang basah yang entah berapa lama disejukbekukan. Teknologi kian memudahkan; justeru pilihan di tangan kita.
Yang pasti pilihan mokcik, bukan awak..haha ..
So tak perlulah klise sangat bagi komen menpertikaikan atau mempersoalkan. Kita tambah baikkan ikut cara kita,kan.
Cara mokcik untuk memudahkan pengurusan di dapur, ketika waktu sibuk bekerja dan punya anak ramai. Yang sesuai dengan situasi mokcik kini ialah mengemas menyiapkan apa-apa patut sementara tengah sihat.
Hargai masa sihatmu sebelum masa sakitmu.
Jika bermanfaat, alhamdulillah.
Berjagung-jagung dahulu sementara padi masak.
Itu peribahasa orang lama.
Soal pengurusan masa dalam kehidupan.
Berpepatah agar kita menghargai masa.
Kalau korang taknak tanam padi atau jagung, pi je kedai beli.
Ehhhh lagi…haha….
Juga untuk memudahkan isi rumah yang lain mencari apabila perlu. Maklum anak-anak jantan mokcik yang dah besar panjang sekarang, suka memasak terutama tengah malam buta. Bela puaka ke apa depa ni.
So tak payah cari dengan mulut. Kalau tak depa akan dapat berteh goreng dari mulut mak depa.
Hahaha …
Kita buat dia kan.
Kita je tau macamana nak mudahkan diri kita.
Pengurusan hidup kita. Terserah cara kita. Mungkin kalian ada cara yang lebih super dan sistematik. Mana yang baik ambik. Tapi baik pada kita,belum tentu sesuai untuk orang pula.
Itu sifir asas.
Selebihnya jaga hati.
Jaga keluarga kita lagi utama.
Nak-nak waktu PKP ni.
Mokcik tak keluar pi pasar dah tapi siap tempah bekalan atas talian.Siapkan. Labelkan.
Juga takkan suruh encik sommi atau anak ke pasar mencari bahan mentah dan bahan basah pada masa-masa begini.
Pandemik ini menakutkan.
Kita dah tak tahu arah datang. Dah sporadik.
Kita pun tak tahu adakah kita ini pembawa atau mangsa.
Bacaan dah melangkaui unjuran.
Duduk je kat rumah.
Semua benda di hujung jari.
Tak perlu merisikokan diri, apatah orang lain.
Kalau malas, tempah jela. Biar stok dalam peti tu jadi mumia atau puaka!
” Mi, ni apesal label daging tetel. Tapi orang bukak tengok dalam ada udang galah!”
Hahaha ..
Itu biasa jugak berlaku bila angin malas mokcik datang!
Hahh..
Awak masaklah udang tu.
Gitu je mokcik bagi jawapan bela diri.
Hahaha….
#bilacikgunidamasak
~ bukan apa, bila,di mana dan bagaimana tetapi mengapa
#kitajagakita
#kitajagahatikita
Tapi sekarang dah kena upgrade juga. Kena boh tarikh. Nanti mokcik dok ingat benda tu ada lagi. Padahal benda tu baru beli. Benda tu ada berapa kali masak dah.
( Baca : mokcik pelupa nau sekarang)
Untuk ikan atau bahan mentah yang bersaiz besar, boleh isikan dalam plastik ( zipper bag). Banyak yang dijual siap sekali ada tempat tulis nama dan tarikh.
Biasanya mokcik susun ikut keutamaan menu yang lebih kerap dimasak.
Mokcik gunakan warna bekas berbeza untuk jenis bahan basah yakni aneka makanan laut, ikan,ayam atau daging bagi memudahkan pencarian.
Yang pasti mokcik takkan cari anak mokcik menyorok dalam ni.
Serai, daun kesum, daun bawang dan seumpamanya pun mokcik susun ikut sekali masak.
Balutkan saja dalam tisu dapur ikut sukatan dikehendaki dan bubuh dalam bekas kedap udara.
Cili, lemon dan seumpamanya jika perlu dibasuh sebelum disimpan, pastikan dalam keadaan kering sebelum dimasukkan dalam peti.
Aneka sos mokcik beli yang paket dan boh dalam botol dua hengget je. Maklum anak ramai dan bela puaka atau saka tah berapa ekor sorang..hahaha ..
Hat ni saja mokcik tayang apa ada kat rak tepi peti ni.
Kang korang tanya plak kan?
Oh ya.. walau anak-anak kadang perasan depa tekak omputih, tapi mokcik tekak melayu tetap makan budu.
Sempena musim durian ni, macam-macam resipi yang mak-mak boleh cuba buat sendiri di rumah. Baik bubur, pengat, kuih muih, serawa dan sebagainya. Tapi untuk kelainan, sebenarnya mak-mak pun boleh buat aiskrim yang lemak berkrim dengan buah durian ini.
Mudah je cara nak buatnya, bahan-bahan pun tak banyak. Pastinya sedap sangat, puas hati ‘pure’ rasa duriannya malah lebih menjimatkan. Anak-anak pun mesti suka makan begitu sahaja, ataupun makan dengan roti.
Musim durian nih, buatlah aiskrim durian sendiri. Letak durian banyak-banyak sikit, biar pure rasa durian dia. Memang sedapp yakmatt laaahh. Sejuk je lalu kat tekak. Makan dengan roti pun sedap. Yummylicious.
Aiskrim Durian Homemade:
1 tin susu cair *Boleh Beli Di Sini
1/2 tin susu pekat (Tak suka manis kurangkanlah ya) *Boleh BeliDi Sini
1 sudu besar ovelette * Boleh Beli Di Sini
Durian secukupnya (Anggaran kalau isi durian yang besar 6 ulas. Durian kecil 10 ulas)
Pewarna kuning telur secukupnya
*(Uwan tak guna sebab durian yang Uwan guna dah kuning. Uwan guna durian Udang merah)
1. Blend durian + susu cair + susu pekat & ovelett.
2. Dah sebati, masukkan pula ke dalam mixer.
3. Mix 20-30 minit @ hingga gebu.
4. Kemudian letak dalam bekas dan simpan dalam frezer. Dah keras, boleh lah makan.
Mingguan Wanita :Wah menarik sangat Aiskrim Durian ni. Nampak macam aiskrim ‘mahal’, penuh berkrim dan pure rasa duriannya. Durian banyak dekat rumah tu, boleh cuba buat aiskrim pula nanti.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirasi dan lain-lain.
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral.Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Resepi sambal garing pedas homemade ini mudah saja nak memasaknya. Bahan-bahan yang digunakan pun mudah saja.
Sambal garing homemade ini sedap bila dimakan dengan nasi panas-panas atau pun bubur. Jadi penyedap rasa gitu. Perkongsian resepi daripada Siti Zubaidah Hassan ini disarankan cuba.
Bukan saja mudah nak membuatnya, malah hasilnya sedap.
Cili kering jenis yang pedas – cuci, tos
Ikan bilis – goreng garing
Bawang merah – hiris, goreng garing
Bawang putih – goreng garing
Cili kering yang telah ditos, digoreng dengan minyak. Jangan lama sebab cepat garing. Kemudian, kisar kering dengan sedikit garam. Gunakan garam halus.
Panaskan sedikit minyak dalam 2 ke 3 sudu makan. Gunakan api yang kecil. Lalu masukkan semua bahan dan kacau bila sebati.
Baru-baru ini tular gambar seorang remaja perempuan di Thailand sedang mengutip dan menjual bahan kitar semula untuk menyara keluarganya yang berdepan masalah kewangan